Langkau ke kandungan utama

Ikan Masak Kengsom Thai Original, Kuah Masam Pedas Segar, Satu Lauk Dah Cukup Buat Nasi Bertambah

Imej
https://ift.tt/XhrM8U0 Ikan masak kengsom memang terkenal sebagai menu masam pedas yang boleh buat selera terus naik. Kuahnya jernih, rasa masam segar dari nanas dan asam jawa, digabung pula dengan kepedasan cili segar. Paling best, menu ini tak guna santan, jadi lebih ringan dan sesuai dimakan bila-bila masa. Resipi ikan masak kengsom Thai original ini dikongsikan oleh Nur Hidayah di Facebook. Menurut beliau, setiap kali balik kampung Pattani, menu inilah yang wajib dimasak oleh sepupu. Walaupun dulu tak biasa makan, lama-kelamaan ia terus jadi menu kegemaran keluarga. Baca juga: Sup Sayur Simple Tanpa Perencah Yang Cepat & Sihat, Wangi Ala Thai Pasti Anak-Anak Suka RESIPI IKAN MASAK KENGSOM THAI ORIGINAL Bahan-bahan: Ikan siakap atau ikan kerapu Nanas masak (dipotong) Kangkung Bahan-bahan kisar: 2 biji cili merah (buang biji) 15 biji cili api 1 inci kunyit hidup 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci belacan 2 batang serai Bahan-...

Resepi Roti Telur Mayonis 3 Bahan, Simple & Cepat Siap Untuk Sarapan Atau Sahur

https://ift.tt/UB96FW7

resepi roti telur mayonis

Kalau anda perlukan menu sahur yang cepat, mudah, dan mengenyangkan, resepi roti telur mayonis ini memang pilihan paling praktikal. Dengan hanya 3 bahan asas, anda boleh siapkan hidangan panas dalam beberapa minit saja.

Rasanya rangup lembut dan cukup tenaga untuk tahan lapar sampai tengah hari. Menu ini juga sesuai untuk sesiapa yang suka sahur last minute tapi tetap nak makanan yang sedap.

Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup Guna 5 Bahan Mudah, Menu Paling Anak-Anak Suka!

RESEPI ROTI TELUR MAYONIS 3 BAHAN

resepi roti telur mayonis

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Telur – 2 biji
  • Mayonis

Cara-cara penyediaan:

1. Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam.

2. Pukul hingga telur sebati.

3. Buang kulit tepi roti dan potong roti menjadi bentuk segi empat.

4. Sapukan mayonis pada setiap kepingan roti.

5. Celup roti ke dalam bancuhan telur.

6. Goreng hingga roti keperangan dan sedikit rangup. Siap! Tak sampai 5 minit pun.

Kenapa Menu Ini Sesuai Untuk Sahur

  • Penyediaan cepat — sangat membantu jika bangun lewat.
  • Mengenyangkan kerana kombinasi karbohidrat + protein.
  • Bahan sentiasa ada di rumah, tak perlu persiapan rumit.
  • Sedap walaupun simple, sesuai untuk seisi keluarga.

Tip Untuk Lagi Sedap Ketika Sahur

  • Tambah sekeping keju supaya lebih creamy dan kenyang lama.
  • Boleh guna roti wholemeal untuk serat tambahan.
  • Letak sedikit lada hitam dalam telur untuk aroma wangi.
  • Jika nak kurang berminyak, boleh bakar atas kuali non-stick tanpa minyak.

Buat anda yang nak sahur cepat tapi masih mahu hidangan sedap dan mengisi perut, resepi roti telur mayonis ini memang wajib cuba. Simple, jimat masa dan cukup tenaga untuk mulakan hari.

Selamat mencuba!

Sumber: DREVE Fufu

Baca juga: Roti Sosej Cheese Rangup, Menu Sarapan & Bekal Sekolah Paling Anak-Anak Suka!

The post Resepi Roti Telur Mayonis 3 Bahan, Simple & Cepat Siap Untuk Sarapan Atau Sahur appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan