Resipi Nasi Ayam Gepuk Dengan Kangkung Crispy, Padu Macam Makan Dekat Kedai!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Ayam gepuk semakin mendapat tempat di hati pencinta makanan pedas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup menyengat. Menariknya, resepi nasi ayam gepuk ini sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit.
Bagi yang ingin mencubanya di rumah, Puan Nana Rozanalina telah berkongsi cara penyediaan lengkap merangkumi nasi, ayam, sambal, kacang gajus tumbuk serta bahan sampingan lain. Memang puas hati dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Penyet, Resipi Lengkap Dengan Sambal, Sup Kosong & Bahan Sampingan
RESEPI NASI AYAM GEPUK LENGKAP

Bahan-bahan ayam:
- Ayam secukupnya
- Halia
- Lengkuas
- Biji ketumbar
- Kunyit hidup atau kunyit serbuk
- Bawang putih
- Garam
Bahan-bahan sambal:
- Cili padi secukupnya
- Bawang putih
- Garam dan sedikit aji
- Kacang gajus tumbuk
- Minyak panas
Bahan-bahan lain:
- Tauhu
- Kangkung
- Minyak untuk menggoreng
- Nasi putih secukupnya
Cara-cara memasak:
- Kisar halia, lengkuas, biji ketumbar, kunyit hidup atau kunyit serbuk, bawang putih dan garam. Sukatan bahan boleh dianggarkan mengikut jumlah ayam yang digunakan. Gaulkan ayam bersama bahan kisar tadi sehingga sebati, kemudian perapkan selama kira-kira 30 minit.
- Selepas diperap, rebus ayam hingga masak dan empuk. Angkat dan toskan. Apabila hendak dihidangkan, goreng ayam seketika sahaja sehingga bahagian luar sedikit garing. Elakkan menggoreng terlalu lama kerana ayam boleh menjadi keras.
- Untuk sambal, tumbuk cili padi dan bawang putih sama ada halus atau kasar mengikut citarasa. Curahkan minyak panas ke atas sambal yang ditumbuk, kemudian perasakan dengan garam dan sedikit aji.
- Kacang gajus digoreng berasingan hingga kekuningan, kemudian ditumbuk kasar.
- Goreng tauhu dan kangkung digoreng asing hingga rangup dan garing. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
Cara menghidang:
- Letakkan nasi putih di atas pinggan. Susun ayam gepuk, sambal, kacang gajus tumbuk, tauhu goreng dan kangkung goreng rangup.
- Tuangkan juga kicap di atas nasi sebelum sedia untuk dimakan. Hidangkan panas-panas untuk rasa yang lebih sedap.
Sumber: Nana Rozanaliza
Baca juga: Resipi Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!
The post Resipi Nasi Ayam Gepuk Dengan Kangkung Crispy, Padu Macam Makan Dekat Kedai! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan