Resipi Pau Goreng Yang Sedap Tak Cukup Sebiji, Kena Guna Cara Ini Baru Lembut Gebu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Resepi pau goreng yang ini senang saja nak buat, hasilnya pau gebu dan sedap. Sesuai sangat untuk sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga.
Selain itu, anda juga boleh guna pelbagai jenis inti ikut cita rasa, sama ada manis atau pedas, tetap sedap dan menyelerakan. Lagi sedap dimakan panas-panas!
Dengan beberapa tips mudah, pau goreng akan lembut di dalam dan sikit rangup di luar. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak cuba buat pau sendiri.
Baca juga: Jom Cuba Resipi Roti Paung Yang Wangi & Lembut Sampai Esok Pagi, Macam Beli Di Kedai!
RESEPI PAU GORENG KACANG MERAH

Bahan-bahan A:
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan air suam
(Campurkan dan biarkan yis kembang – biasanya 20 minit)
Bahan-bahan B:
- 2 cawan tepung protein tinggi
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar susu tepung
- Sedikit baking powder
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil fine cream super
- Air suam tambahan secukupnya (agak-agak sehingga doh lembut, lebih kurang 30 minit uli)
Cara-cara:
- Campurkan yis, gula, susu pekat dan air suam. Biarkan selama 20 minit sehingga yis kembang.
- Masukkan telur, marjerin, susu tepung, baking powder, garam, fine cream super, tepung dan yis yang telah kembang. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika perlu. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
- Ambil doh 35 g, leperkan dan masukkan inti 20 g. Bulatkan dan tutup rapat.
- Panaskan minyak sederhana panas dan goreng pau hingga keemasan. Angkat dan tos minyak.
Sumber: Wan Atirah WM
Baca juga: Resipi Pau Kari Ayam Lembut Bak Sutera, Putih Melepak & Montok Gebu Hasilnya!
The post Resipi Pau Goreng Yang Sedap Tak Cukup Sebiji, Kena Guna Cara Ini Baru Lembut Gebu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan