Resepi Banana Roll Simple Guna Roti Paratha, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Nak buat hidangan sarapan atau minum petang yang mudah, buat saja resepi Banana Roll. Cukup ada pisang, roti paratha dan sedikit bahan dapur, sudah boleh hasilkan kudapan sedap.
Banana Roll boleh digoreng atau dibakar mengikut citarasa masing-masing. Jika tambah coklat cair atau serbuk gula di atasnya, pasti lebih padu dan buat satu rumah berebut nak rasa.
Baru-baru ini, Sha Nazz telah kongsikan resepi Banana Roll yang mendapat perhatian ramai pengguna di Facebook kerana rangup dan cantik kejadiannya. Jom kita cuba!
Baca juga: Tak Nak Sardin Roll Terbuka Semasa Goreng, Guna Teknik Gulung Mudah Ini!
RESEPI BANANA ROLL

Bahan-bahan:
Cara-cara buat:
- Mula-mula, biarkan roti paratha sejuk dalam suhu bilik.
- Setelah roti paratha terasa sedikit lembut, boleh terus gulung dengan pisang.
- Selepas itu, boleh hiris kecil-kecil mengikut saiz yang disukai.
- Kemudian, susun dalam air fryer dan sapukan kuning telur.
- Akhir sekali, letak almond flakes sebagai topping. Selain itu, boleh juga guna chocolate rice, sprinkles dan lain-lain.

Rasanya manis lemak, teksturnya rangup di luar bersama isi pisang yang lembut di dalam. Sesuai sangat untuk minum petang atau dijadikan bekal anak ke sekolah.
Selamat mencuba!
Sumber: Sha Nazz
Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Lembut Manis Berkrim, Resipi Simple Hanya Guna 3 Bahan!
The post Resepi Banana Roll Simple Guna Roti Paratha, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan