https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...
Kek Gula Hangus Mudah Tanpa Peram, Teknik Cepat Tapi Tetap Cantik Sarangnya
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/QTX4N7m

Dalam banyak-banyak kek klasik yang ada, ramai yang suka Kek Gula Hangus mudah kerana teksturnya bersarang cantik dan aromanya wangi setelah dibakar.
Jika anda teringin nak buat Kek Gula Hangus mudah tanpa peram adunan lama-lama, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Norshalieda Rozali di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Suji Gebu & Wangi, Punyalah Sedap Sampai Tak Cukup Sepotong!
RESIPI KEK GULA HANGUS MUDAH

Bahan-bahan air gula:
- 2 cawan gula
- 2 cawan air panas
- 100gm butter atau marjerin
Cara-cara menyediakan air gula:
- Masak gula dengan api kecil sampai semua cair.
- Sentiasa kacau supaya tak hangit.
- Selepas semua gula sudah cair dan ada buih-buih halus, masukkan 2 cawan air panas (jangan biar gula berbuih lama sebelum masuk air, nanti air gula jadi pahit).
- Gula akan meruap sedikit. Seeloknya tuang air panas guna jug. Jika guna cawan, tangan rasa panas sikit.
- Jika ada ketulan gula, masak saja sampai gula larut kembali. Tutup api. Masukkan butter. Ketepikan dan biar sampai air gula ini suam.

Bahan-bahan kek:
- 8 biji telur gred A
- ½ cawan krimer pekat manis
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara buat kek:
- Masukkan semua bahan dalam pengisar termasuk air gula tadi. Jika tak muat, masuk air gula separuh dulu.
- Jika pengisar besar, bolehlah masukkan semua air gula.
- Kisar sebati. Masukkan atau tapis adunan dalam bekas lain campur baki air gula. Kacau sebati.
- Masuk dalam loyang saiz 8 inci (petak) atau 9 inci (bulat).
- Bakar selama 1 jam 10 minit atau sampai masak. Suhu dan tempoh masa ikut oven masing-masing (suhu oven saya 200ºC api bawah dan 110ºC api atas).
Selamat mencuba!
Sumber: Norshalieda Rozali
Baca juga: Resepi Kek Batik Ganache, Rasa Coklat Lebih Banjir Dalam Setiap Lapisan
The post Kek Gula Hangus Mudah Tanpa Peram, Teknik Cepat Tapi Tetap Cantik Sarangnya appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!
https://ift.tt/xU85Xga Tindakan sebuah restoran mencetuskan rasa jijik dan kemarahan orang ramai selepas tular dakwaan penggunaan semula lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan. Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri seorang pekerja mencuci baki lauk di bahagian belakang premis sekitar jam 12.18 tengah malam pada Selasa. Difahamkan, sisa lauk seperti ayam, kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan hidangan pelanggan dibasuh sebelum diasingkan ke dalam dulang. Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga! LEBIHAN MAKANAN DIBASUH UNTUK DIJUAL SEMULA Individu itu berkata, dia telah menegur perbuatan tersebut dan dimaklumkan bahawa sisa makanan berkenaan akan digunakan semula pada keesokan hari. Perkara itu menimbulkan rasa tidak selesa serta kebimbangan kerana melibatkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan pengguna. Tambahnya lagi, pada peringkat awal...
Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!
https://ift.tt/GU19K7Q Buat anda yang sukakan kuih tradisional Melayu, mesti pernah rasa Kuih Kaswi . Jika nak hasil lembut bergedik dan kenyal elok, resipi Kuih Kaswi inilah yang anda kena cuba. Kuih Kaswi (juga dikenali sebagai kuih kosui) ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung ubi, gula merah atau gula Melaka dan air kapur makan. Dengan menggunakan resipi Kuih Kaswi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook, anda akan dapat hasil yang lembut dan bergedik apabila dipotong. Jom kita cuba! Baca juga: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik RESIPI KUIH KASWI Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 1 cawan santan pekat 2 cawan air* 2 cawan gula merah * ½ sudu kecil garam 2 sudu besar air kapur (jangan terlalu jernih, ambil pekat sikit) 3 helai daun pandan Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, masak gula merah dalam 2 cawan air tadi dan masukkan daun pandan (sa...
Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!
https://ift.tt/tjXw4Dc Jika anda sedang mencari resepi air kopi yang betul-betul kaw, pekat dan padu rasanya sampai boleh ketagih, boleh cuba cara buat Kopi Susu Kaw ini di rumah. Cara buat Kopi Susu Kaw ini dikongsikan oleh Sabrina Abdul Ghani di Facebook yang sangat mudah tapi hasilnya siap ada buih dan rasa lemak padu yang memikat tekak. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih CARA BUAT KOPI SUSU KAW Bahan-bahan: 2 paket kopi kosong (bukan kopi segera 3 dalam 1) 2 sudu besar susu tepung penuh krim (saya guna jenama Fernleaf) 5 sudu besar susu pekat manis Air panas secukupnya (dalam anggaran 1 mug kecil) Ais batu secukup rasa Cara-cara membuat: 1. Masak air sampai betul-betul mendidih. Jangan guna air dari water dispenser, air kena betul-betul mendidih atas dapur . Air yang cukup panas akan bantu keluarkan aroma sebenar dari serbuk kopi. 2. Masukkan 2 paket kopi ke dalam mug berisi air panas tadi. Biarkan ren...
Ulasan
Catat Ulasan