Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Sekali Cuba Resipi Siakap Kengsom Terus Jatuh Cinta, Kuah Masam Pedas Ala Thai Memang Buka Selera!

https://ift.tt/ZCua0AF

resepi siakap kengsom

Kalau bosan dengan masak stim atau tiga rasa, apa kata cuba resepi siakap kengsom pula. Masakan ala Thai ini terkenal dengan rasa masam, pedas dan wangi serai serta belacan yang membuka selera.

Sekali cuba, pasti nak buat lagi! Kuahnya memang padu dimakan panas-panas bersama nasi putih. Sesuai juga untuk hidangan tengah hari atau malam bersama seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

RESEPI SIAKAP KENGSOM

resepi siakap kengsom

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dipotong ikut saiz suka
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili padi (*) – letak 2 biji saja jika tidak mahu terlalu pedas
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (boleh ganti kunyit hidup)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • 1 inci halia (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya
  • Nanas masak secukupnya – potong ikut suka
  • Kangkung secukupnya

Cara Memasak:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air dan serbuk kunyit. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nanas, kemudian tambahkan air asam jawa.
  4. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan dan tomato. Biarkan hingga ikan masak.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus limau nipis. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Nina Mahdar

Baca juga: Ikan Cencaru Goreng Paling Simple, Lebih Padu Bila Cicah Bersama Sambal Belacan!

The post Sekali Cuba Resipi Siakap Kengsom Terus Jatuh Cinta, Kuah Masam Pedas Ala Thai Memang Buka Selera! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!