Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Resipi Kuih Masalodeh Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Paling Sedap Makan Panas-Panas!

https://ift.tt/P8qV7WA

kuih masalodeh

Kalau sebut kuih masalodeh, mesti ramai terus teringat rasa rangupnya di luar dan lembut di dalam. Aromanya yang wangi dengan daun kari dan rempah memang cukup membuka selera. Kuih ini bukan saja sedap untuk sarapan pagi, tapi juga pilihan terbaik waktu minum petang bersama keluarga.

Walaupun nampak macam susah nak buat, sebenarnya resepi kuih masalodeh ini mudah saja. Cuma perlukan kacang dhal, bawang, cili dan sedikit rempah. Hasilnya memang padu!

Baca juga: Wanita India Kongsi Cara Masak Ayam Varuval, Rempah Wangi, Rasa Pun Padu!

RESEPI KUIH MASALODEH

kuih masalodeh

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang dhal – direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
  • 1 labu bawang besar – dihiris nipis
  • 5 tangkai cili kering – dihiris halus
  • 3 tangkai daun kari – diracik
  • 1 biji cili hijau (jika suka) – dihiris
  • 1 biji cili merah (jika suka) – dihiris
  • 1 ½ sudu besar jintan manis – ditumbuk
  • 1 sudu teh garam halus (atau secukupnya)
  • ½ sudu teh gula
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Toskan kacang dhal yang telah direndam. Kisar menggunakan blender bersama sedikit air hingga hancur. Jika ada sedikit biji dhal yang tidak hancur pun tidak mengapa, Itu yang buat masalodeh lebih sedap!
  2. Selepas dikisar, tapis dan biarkan seketika supaya lebihan air keluar. Tekan-tekan sedikit supaya tidak terlalu banyak air, kerana adunan yang terlalu cair akan mudah berderai ketika digoreng. Ambil sedikit mendapan air kisaran yang pekat di bahagian bawah dan campurkan ke dalam adunan. Ibi berfungsi sebagai agen pelekat.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan lain dan gaul hingga sebati. Pastikan rasa masin dan manisnya seimbang.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Ambil sedikit adunan (saiz sederhana), bulatkan dan leperkan di atas tapak tangan. Masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng menggunakan api sederhana hingga keemasan. Bila dah masak, angkat dan toskan minyaknya.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

The post Resipi Kuih Masalodeh Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Paling Sedap Makan Panas-Panas! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!