Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Resipi Ayam Salai Masak Lemak Guna Air Fryer, Tak Guna Bawang Pun Tetap Sedap!

https://ift.tt/1iVpXER

ayam salai masak lemak

Kalau anda penggemar ayam salai masak lemak tapi mahu versi yang ringkas dan cepat disediakan, resipi ini memang wajib cuba. Walaupun tidak menggunakan bawang, hasilnya tetap berlemak, pedas dan cukup rasa.

Ayam diperap dengan kunyit dan sedikit garam sebelum dibakar menggunakan air fryer. Boleh juga gunakan pemanggang atau bara api jika mahu rasa salai yang lebih asli.

Apabila ayam salai digabungkan dengan kuah lemak cili padi, hasilnya memang padu habis! Walaupun nampak ringkas, rasanya tetap lengkap dengan keseimbangan rasa pedas, lemak dan aroma wangi yang menyelerakan.

Baca juga: Resipi Paprik Ayam Ini Simple Saja, Tapi Sedapnya Serius Tak Cukup Satu Pinggan Nasi!

RESEPI AYAM SALAI MASAK LEMAK

ayam salai masak lemak

Bahan-bahan:

  • Ayam (diperap dengan kunyit dan sedikit garam)
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Daun kunyit
  • Serai (diketuk)
  • Santan
  • Asam keping
  • Sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dengan kunyit dan garam, kemudian bakar dalam air fryer. Renjis sedikit minyak sebelum bakar. Jangan bakar terlalu lama, cukup sekadar nampak sedikit hangus.
  2. Kisar kunyit hidup dan cili padi hingga halus.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai.
  4. Bila air kisaran hampir kering, tuangkan santan dan masukkan asam keping.
  5. Didihkan perlahan-lahan sehingga naik bau.
  6. Masukkan ayam yang telah dibakar tadi.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  8. Biarkan kuah mendidih seketika sehingga pekat dan sebati.

Sumber: MrsNor Wahid

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Daun Kari Wangi Beraroma, Sedap Sampai Menjilat Jari!

The post Resipi Ayam Salai Masak Lemak Guna Air Fryer, Tak Guna Bawang Pun Tetap Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!