https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...
Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/YOUE1LM

Apabila badan tak berapa sihat atau hilang selera makan, buat saja resepi Sup Ayam sedap untuk mengubat rasa. Kuahnya yang ringan tapi berperisa, buat tekak dan badan terus segar.
Chef selebriti terkenal, Anis Nabilah, turut berkongsi resepi Sup Ayam sedap kegemarannya di Instagram yang ringkas tapi sangat menyegarkan apabila dihirup. Jom kita cuba!
Baca juga: Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut!
RESEPI SUP AYAM SEDAP OLEH CHEF ANIS NABILAH

Bahan kisar:
- 1 sudu kecil biji lada putih
- 1 biji bawang besar kuning
- ½ inci halia
- 8 ulas bawang putih
- 4 hingga 5 batang daun sup cina
Bahan sup:
- Sedikit minyak sayuran
- 1 paket sup bunjut (atau buat sendiri dengan ½ sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil lada hitam, 1 sudu kecil biji ketumbar, 1 bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis dan 1 sudu kecil cengkih)
- 600g kentang kuning (dikupas dan dipotong 4)
- 200g lobak merah (dipotong dadu)
- 8 hingga 10 keping peha ayam tanpa kulit
- 4 liter air atau stok ayam
- ¼ cawan bawang goreng
- Garam dan gula secukupnya
- ¼ cawan daun bawang hiris
- ¼ cawan daun ketumbar hiris (daun dan batang)
- 1 sudu besar minyak kulim
- Limau kasturi (hiasan)

Cara-cara masak:
- Kisar lada putih, bawang besar, halia, bawang putih dan daun sup cina sampai halus.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sampai wangi dan sedikit perang.
- Masukkan kentang, lobak merah, ayam dan tuangkan air atau stok ayam bersama sup bunjut. Reneh atas api sederhana kecil selama 45 minit hingga 1 jam.
- Apabila ayam dan sayur sudah empuk, perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada sulah.
- Akhir sekali, masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun ketumbar. Tutup api, titiskan minyak kulim dan hidangkan panas bersama perahan limau kasturi.
Selamat mencuba!
Sumber: anis_nabilah
Baca juga: Resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam, Sesuai Untuk Orang Demam, Angin & Pantang!
The post Resepi Sup Ayam Sedap Versi Chef Anis Nabilah, Kuah Takkan Hijau Kalau Ikut Cara Ini appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!
https://ift.tt/xU85Xga Tindakan sebuah restoran mencetuskan rasa jijik dan kemarahan orang ramai selepas tular dakwaan penggunaan semula lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan. Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri seorang pekerja mencuci baki lauk di bahagian belakang premis sekitar jam 12.18 tengah malam pada Selasa. Difahamkan, sisa lauk seperti ayam, kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan hidangan pelanggan dibasuh sebelum diasingkan ke dalam dulang. Baca juga: Lelaki Ini Jual Ais Kacang Di Sweden Guna Mesin Dari Malaysia, Netizen Terkejut Tengok Harga! LEBIHAN MAKANAN DIBASUH UNTUK DIJUAL SEMULA Individu itu berkata, dia telah menegur perbuatan tersebut dan dimaklumkan bahawa sisa makanan berkenaan akan digunakan semula pada keesokan hari. Perkara itu menimbulkan rasa tidak selesa serta kebimbangan kerana melibatkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan pengguna. Tambahnya lagi, pada peringkat awal...
Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!
https://ift.tt/GU19K7Q Buat anda yang sukakan kuih tradisional Melayu, mesti pernah rasa Kuih Kaswi . Jika nak hasil lembut bergedik dan kenyal elok, resipi Kuih Kaswi inilah yang anda kena cuba. Kuih Kaswi (juga dikenali sebagai kuih kosui) ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung ubi, gula merah atau gula Melaka dan air kapur makan. Dengan menggunakan resipi Kuih Kaswi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook, anda akan dapat hasil yang lembut dan bergedik apabila dipotong. Jom kita cuba! Baca juga: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik RESIPI KUIH KASWI Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 1 cawan santan pekat 2 cawan air* 2 cawan gula merah * ½ sudu kecil garam 2 sudu besar air kapur (jangan terlalu jernih, ambil pekat sikit) 3 helai daun pandan Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, masak gula merah dalam 2 cawan air tadi dan masukkan daun pandan (sa...
Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!
https://ift.tt/tjXw4Dc Jika anda sedang mencari resepi air kopi yang betul-betul kaw, pekat dan padu rasanya sampai boleh ketagih, boleh cuba cara buat Kopi Susu Kaw ini di rumah. Cara buat Kopi Susu Kaw ini dikongsikan oleh Sabrina Abdul Ghani di Facebook yang sangat mudah tapi hasilnya siap ada buih dan rasa lemak padu yang memikat tekak. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih CARA BUAT KOPI SUSU KAW Bahan-bahan: 2 paket kopi kosong (bukan kopi segera 3 dalam 1) 2 sudu besar susu tepung penuh krim (saya guna jenama Fernleaf) 5 sudu besar susu pekat manis Air panas secukupnya (dalam anggaran 1 mug kecil) Ais batu secukup rasa Cara-cara membuat: 1. Masak air sampai betul-betul mendidih. Jangan guna air dari water dispenser, air kena betul-betul mendidih atas dapur . Air yang cukup panas akan bantu keluarkan aroma sebenar dari serbuk kopi. 2. Masukkan 2 paket kopi ke dalam mug berisi air panas tadi. Biarkan ren...
Ulasan
Catat Ulasan