Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Resepi Sambal Jawa Paling Padu, Pedas Manis Sekata Sampai Licin Nasi!

https://ift.tt/Afvipxk

resepi sambal jawa

Ramai suka lauk ringkas dengan rasa yang seimbang dan membangkitkan selera. Jadi kali ini, kami nak kongsikan resepi Sambal Jawa yang paling sedap dan mudah disediakan.

Sambal Jawa merupakan hidangan tradisi yang popular di kalangan orang Jawa. Biasanya, ia dimasak dengan bahan goreng seperti tempe, tauhu dan kentang.

Jika nak masak sendiri di rumah, resepi Sambal Jawa perkongsian Norma Nina di Facebook antara yang mudah disediakan dan hasilnya memang mengagumkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

RESEPI SAMBAL JAWA

resepi sambal jawa

Bahan-bahan yang digoreng dahulu:

Bahan tumis:

Bahan tambahan (pilihan):

  • Pedal
  • Hati ayam

resepi sambal jawa

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering potong dan ikan bilis sampai kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar dan tumis sampai betul-betul masak.
  3. Selepas itu, tambahkan kicap manis dan suhun yang telah direndam lembut.
  4. Seterusnya, masukkan kacang panjang dan kacau rata.
  5. Setelah itu, masukkan semua bahan yang sudah digoreng tadi iaitu tempe, tauhu dan kentang.
  6. Gaulkan sampai semua bahan sebati, kemudian perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
  7. Akhir sekali, kacau sampai semuanya masak dan sambal jadi pekat berkilat.

Selamat mencuba!

Sumber: Suriani Mohd

Baca juga: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

The post Resepi Sambal Jawa Paling Padu, Pedas Manis Sekata Sampai Licin Nasi! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!