Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Cara Buat Roti Sardin Yang Lain Dari Biasa, Guna Roti Jenis Ini Baru Lagi Sedap!

https://ift.tt/m7HzKan

resipi roti sardin

Kalau anda sedang mencari resipi roti sardin yang mudah tetapi lain daripada biasa, cubalah versi ini yang menggunakan roti burger ini. Nampak biasa sahaja, tetapi hasilnya memang luar biasa.

Kulit roti jadi rangup selepas digoreng, isi sardin pula berempah dan cukup rasa. Memang sesuai sangat untuk sarapan, minum petang atau dibawa sebagai bekal semasa berjalan.

Selalunya roti sardin dibuat menggunakan roti sandwich kan? Tetapi apabila ditukar kepada roti burger, teksturnya jadi lebih padat dan tidak mudah lembik walaupun sudah sejuk. Jom cuba!

Baca juga: Jom Cuba Resipi Roti Paung Yang Wangi & Lembut Sampai Esok Pagi, Macam Beli Di Kedai!

RESIPI ROTI SARDIN GUNA ROTI BURGER

resipi roti sardin

Bahan-bahan:

  • 1 pek roti burger
  • 1 tin sardin
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji telur (atau lebih jika perlu)
  • Bawang merah (jika suka)
  • Sedikit lada mesin
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Planta atau mentega (untuk sapuan dan menggoreng)

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bersama lada mesin hingga garing dan masak.
  2. Masukkan sardin, perah limau nipis dan tambahkan sedikit garam atau cukup rasa.
  3. Kacau hingga kuahnya agak kering dan sardin hancur sederhana (jangan terlalu lumat).
  4. Potong roti burger kepada dua bahagian dan buat sedikit ruang di tengah untuk isi sardin. Boleh juga sapu planta di bahagian dalam roti.
  5. Isi roti dengan sardin yang telah dimasak.
  6. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Celup roti yang berisi sardin ke dalam telur.
  7. Panaskan pan dan sapukan sedikit planta. Letakkan roti tadi dan goreng hingga keperangan di kedua-dua belah.
  8. Ulang langkah yang sama hingga semua roti habis. Kalau telur tak cukup, boleh tambah lagi.

Roti sardin guna roti burger ini bukan saja sedap, tapi juga mengenyangkan dan mudah nak buat. Selamat mencuba!

Sumber: Suriani Ismail

Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!

The post Cara Buat Roti Sardin Yang Lain Dari Biasa, Guna Roti Jenis Ini Baru Lagi Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!