Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

Imej
https://ift.tt/BCeIAR5 Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata. Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa. Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni. Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur! RESEPI KERABU TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 biji telur masin (direbus matang) 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis) 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas) 5 sudu makan cuka makan 2 sudu makan gula pasir Cara-cara penyediaan: Mula-mula, belah telur masin yang te...

Cara Buat Bubur Nasi Pecah Cantik, Lembut Beraroma Sampai Licin Semangkuk!

https://ift.tt/iZdGqPu

cara buat bubur nasi

Nak makan sesuatu yang ringkas tapi menyelerakan, semestinya Bubur Nasi jadi pilihan. Cara buat Bubur Nasi bukan setakat mudah, malah boleh disediakan pada bila-bila masa.

Di Malaysia, Bubur Nasi sering dijadikan makanan penyeri sewaktu sakit atau apabila badan perlukan sesuatu yang ringan tapi mengenyangkan.

Nak tahu cara buat Bubur Nasi yang lembut dan rasa cukup harmoni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

CARA BUAT BUBUR NASI

cara buat bubur nasi

Bahan-bahan:

  • 2 hingga 3 keping dada ayam
  • 1½ pot beras (cuci dan toskan)
  • 1½ inci halia (dihiris nipis)
  • 2 kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Minyak bijan
  • Daun bawang (dihiris)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Serbuk perasa
  • Lada merah (untuk hiasan)
  • 1 sudu kecil lada sulah (jika suka)

cara buat bubur nasi

Cara-cara masak:

  1. Didihkn air secukupnya dan rebus ayam sampai empuk, kemudian masukkan kiub ayam.
  2. Setelah ayam sudah masak, keluarkan dan toskan.
  3. Masukkan beras dan masak sampai beras kembang.
  4. Masukkan lobak merah. Nak masukkan fish cake yang dipotong dadu sedap juga.
  5. Sementara masak bubur, carik-carikkan ayam tadi.
  6. Apabila bubur sudah hampir masak, masukkan halia dan perasakan garam. Jika tak cukup masin, masukkan serbuk perasa.
  7. Jika suka ada rasa pedas-pedas sikit, masukkan lada sulah.
  8. Masukkan sebahagian dari ayam carik tadi ke dalam bubur dan gaulkan bagi sebati, kemudian tutup api.
  9. Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan ayam carik tadi, kemudian tabur bawang goreng dan cili merah.
  10. Jika suka, titiskan sedikit minyak bijan.

Selamat mencuba!

Sumber: Uwan Nolly Epin

Baca juga: Bubur Nasi Tomyam Dengan 5 Langkah, Makan Panas-Panas Memang Layan!

The post Cara Buat Bubur Nasi Pecah Cantik, Lembut Beraroma Sampai Licin Semangkuk! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!

Kuih Kaswi Gedik Guna Tepung Beras, Resipi Ini Dapat Hasil Lembut & Kenyal Elok!

Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!