Resepi Teh Tarik Kaw Guna 5 Bahan, Padu Macam Beli Kat Gerai Tepi Jalan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Tak perlu keluar rumah atau ke kedai mamak, anda boleh buat sendiri minuman lazat di rumah dengan resepi Teh Tarik Kaw. Paling menarik, ia boleh dibuat dengan 5 bahan mudah saja.
Kena pula waktu petang yang redup atau hujan pada waktu malam, hirup Teh Tarik Kaw yang panas sambil tengok drama di televisyen, memang nikmat tak terkata.
Resepi Teh Tarik Kaw ini dikongsikan oleh Qaseh Rizqi di Facebook yang hasilnya cukup padu dan memuaskan. Tak perlu peralatan khas, cukup rebus dan tarik dengan gaya tersendiri.
Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih
RESEPI TEH TARIK KAW

Bahan-bahan:
- 500ml air
- 4 hingga 5 uncang teh
- Susu pekat manis
- ½ susu tin cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, didihkan air bersama uncang teh dalam periuk. Biar pekat dan naik warna teh yang cantik.
2. Apabila teh sudah cukup meresap, masukkan susu pekat manis, susu cair dan esen vanilla.
3. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika, dalam 1 hingga 2 minit sudah cukup. Siap untuk dinikmati!
Jika nak buat versi teh tarik ais, pastikan minuman dibiarkan sejuk dulu sebelum masukkan ais ketul. Jangan terus campak ais semasa panas-panas, nanti rasa jadi cair.
Tak kisahlah cuaca panas terik atau malam yang dingin, Teh Tarik Kaw sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Apabila dicicah dengan biskut, roti bakar atau kuih, memang bertambah menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Qaseh Rizqi (Rozana Mamat)
Baca juga: Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!
The post Resepi Teh Tarik Kaw Guna 5 Bahan, Padu Macam Beli Kat Gerai Tepi Jalan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan