Bibik Ajar ‘Step By Step’ Buat Telur Dadar Guna 5 Bahan, Sedap Luar Biasa!

Imej
https://ift.tt/bLzJgmI Tak perlu resipi yang susah-susah atau masakan yang viral untuk belajar masak. Cukup dengan cara memasak telur dadar ini, anda dapat hasilkan lauk yang sedap untuk keluarga tersayang. Pembantu rumah sering jadi tangan kanan di dapur, namun tiada masalah jika majikan meluangkan masa sebentar untuk belajar masak daripada mereka. Baru-baru ini, Hajar Mohd telah kongsikan cara memasak telur dadar di Facebook yang dipelajari daripada pembantu rumahnya. Jom kita cuba! Baca juga: Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak! CARA MEMASAK TELUR DADAR Bahan-bahan: 5 biji telur ayam ½ biji bawang besar (dihiris nipis) Beberapa biji cili padi (dihiris halus, ikut tahap kepedasan yang disukai) Garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak (lebihkan sedikit untuk dapatkan tekstur telur yang rangup di luar) Cara-cara memasak: 1. Pecahkan telur dalam mangkuk besar. Tak perlu pukul awal-awal sebab kita nak masuk bahan tu...

7 Jenis Beras Yang Orang Malaysia Suka Guna, Ini Pilihan Paling Wangi, Lembut & Jimat!

https://ift.tt/npIiXQr

jenis beras di malaysia

Tak kisahlah nak masak nasi putih, nasi lemak atau nasi goreng, setiap rumah pasti ada stok beras di dapur. Tambahan pula, setiap jenis beras di Malaysia ada keistimewaan tersendiri.

Ada beras yang harum baunya, tapi mahal. Ada yang jimat poket, tapi kurang lembut apabila dimasak. Jadi, mana satu sebenarnya yang paling sesuai ikut keperluan kita?

Dalam artikel ini, kami senaraikan jenis beras di Malaysia yang paling popular supaya lebih mudah untuk anda buat pilihan yang tepat. Jom kita tengok senarainya!

Baca juga: Jenama Bihun Terbaik Yang Orang Malaysia Suka, 10 Senarai Ini Tak Pernah Mengecewakan

7 JENIS BERAS DI MALAYSIA YANG POPULAR

1. Beras Basmathi.

jenis beras di malaysia

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Jenis beras panjang dan berasing. Sangat popular untuk nasi beriani, nasi arab dan nasi minyak. Aromanya wangi dan teksturnya gebu apabila dimasak. Namun, harganya agak mahal sebab ia beras import.

2. Beras Wangi (Jasmine, Faiza, Cap Rambutan).

jenis beras di malaysia

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Ini antara pilihan paling digemari untuk kegunaan harian. Aromanya sedap, nasi pun lembut dan sedikit melekat jadi sesuai sangat untuk nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng. Harga sederhana, tak terlalu mahal tapi bukan paling murah.

3. Beras Super Special Tempatan 5% (SST).

Beras Super Special Tempatan

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Beras tempatan yang digunakan secara meluas di rumah-rumah. Rasanya masih sedap, tekstur lembut, dan paling penting ia jimat. Ini pilihan ramai untuk masakan harian sebab mudah didapati dan lebih mesra bajet.

4. Beras Cap Bunga Raya atau Cap Kipas Udang.

jenis beras di malaysia

Kredit gambar: Facebook Syarikat Faiza Sdn Bhd

Ini juga beras tempatan dengan harga paling murah. Tak selembut atau sewangi beras wangi, tapi sangat sesuai untuk kegunaan keluarga besar atau bajet ketat. Jika masak dengan betul (gunakan daun pandan atau minyak sapi), rasanya tetap sedap.

5. Beras Herba Ponni (Cap Gajah).

jenis beras di malaysia

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Beras yang teksturnya sedikit kering dan tak terlalu melekat. Sesuai untuk mereka yang jaga pemakanan atau berdiet. Harganya agak berpatutan, tapi bukan pilihan utama jika nak nasi yang lembut gebu.

6. Beras Jepun atau Calrose.

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Beras pendek, lembut dan melekit. Biasanya digunakan untuk masakan Jepun atau Korea, seperti sushi. Tak sesuai sangat untuk nasi harian kerana harganya mahal dan jenis nasi pun berbeza.

7. Beras Pusa Cream atau Pusa Gold.

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Jika nak rasa mewah dan bau nasi yang semerbak macam restoran, inilah berasnya. Wangi, panjang, lembut dan sangat cantik apabila masak. Tapi harganya tinggi, sesuai untuk hidangan istimewa.

JENIS BERAS MANA YANG TERBAIK?

Oleh itu, jika anda nak jenis beras:

  • Paling wangi dan lembut: Beras Wangi Jasmine, Cap Rambutan atau Pusa Cream.
  • Paling jimat dan baik untuk harian: Beras Tempatan SST 5%, Cap Bunga Raya atau Kipas Udang.
  • Untuk nasi beriani atau nasi minyak: Beras Basmathi atau Pusa Basmathi
  • Untuk masak nasi lemak yang lemak berkrim: Beras Wangi Tempatan atau Faiza Emas

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik, Qina dari Lemon8, Facebook Lyly Suhaila

Sumber: Midjourney Mahir

Baca juga: Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

The post 7 Jenis Beras Yang Orang Malaysia Suka Guna, Ini Pilihan Paling Wangi, Lembut & Jimat! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan