Apam Berkuah Terengganu Lembut Lemak Manis, Kuih Lama Tapi Rasa Luar Biasa
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jika disebut tentang kuih tradisional dari Pantai Timur, semestinya ramai sukakan Apam Berkuah Terengganu. Nampak macam biasa, tapi rasanya memang lain dari yang lain.
Apa yang membuatkan kuih ini istimewa bukanlah terletak pada apam yang gebu saja. Tapi, kuah manis lemak santan itu memang sempurna sebagai pelengkap rasa.
Ramai tertarik dengan perkongsian resipi Apam Berkuah Terengganu oleh Kak Wan di Facebook yang kelihatan gebu dan menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Apam Gula Melaka Paling Mudah, Bila Makan Rasa Lembut Gebu!
RESIPI APAM BERKUAH TERENGGANU
Bahan A:
- ½ cawan gula melaka atau gula merah
- ½ cawan air
- ¼ sudu teh garam
– Masak sampai gula larut, tapis dan sejukkan dahulu.
Bahan B:
- ½ cawan air suam
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1½ sudu kecil yis
– Satukan bahan dan rehatkan selama 5 minit sampai yis berbuih.
Bahan C:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar gula pasir
- Loyang atau acuan kecil (gris dengan minyak masak)
Cara-cara membuat:
1. Dalam bekas yang besar, satukan bahan A, B dan C. Aduk rata, adunan tak pekat atau tak cair (seperti adunan cucur pisang), jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air saja.
2. Tutup bekas dan rehatkan adunan selama ½ jam. Kaup balikkan adunan, kemudian tutup semula. Lakukan kaup balik adunan sebanyak 3 kali setiap ½ jam.
3. Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil, biarkan adunan mengembang dahulu dan kukus selama 30 hingga 40 minit bergantung pada saiz acuan.
*Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
*Jika guna acuan kecil, masukkan ½ adunan saja kerana adunan akan mengembang.
Bahan-bahan untuk kuah:
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1cm kunyit
- 1 hiris halia
- 1 hiris lengkuas
- Seekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 keping gula melaka
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu kecil ketumbar disangai
- 1 sudu kecil jintan manis disangai
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar kelapa parut
- Sedikit garam
Cara-cara membuat kuah:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sampai lumat.
2. Kemudian tumbuk lada hitam dan kelapa parut sampai lumat.
3. Tumbuk ketumbar dan jintan manis sampai halus serta masukkan isi ikan tadi, tumbuk lagi sampai halus dan bergaul rata.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi. masukkan kerisik, gula melaka dan garam, kuah biar sedikit manis.
5. Masak kuah sampai naik minyak. kepekatan kuah tak terlalu pekat atau tak terlalu cair. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkeladak.
Setelah buat Apam Berkuah Terengganu ini, anda akan terkejut betapa lembut dan gebunya kuih ini bersama kuah santan yang manis serta beraroma apabila dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Wan, Citarasawan
Baca juga: Apam Solo Sukatan Cawan Dengan 3 Langkah Mudah, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar
The post Apam Berkuah Terengganu Lembut Lemak Manis, Kuih Lama Tapi Rasa Luar Biasa appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan