Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resipi Masak Lemak Putih Umbut Kelapa, Lauk Kampung ‘Rare’ Yang Memikat Selera!

Imej
https://ift.tt/FsHdQur Umbut kelapa ialah bahagian pucuk lembut pokok kelapa yang lazim digunakan dalam masakan tradisional Melayu, terutamanya di kawasan kampung. Bahan ini biasanya diperoleh apabila pokok kelapa tua ditebang dan dianggap antara hasil alam yang semakin jarang ditemui. Menurut rujukan masakan tradisional, umbut ini mempunyai rasa manis semula jadi serta tekstur rangup. Disebabkan rasanya yang lembut dan segar, ia selalunya dimasak secara ringkas supaya keenakan asal tidak hilang. Masak lemak putih merupakan antara cara paling sesuai untuk menikmati umbut kelapa. Gabungan santan dan bahan kisar yang minimum menghasilkan hidangan berlemak, ringan dan menyelerakan, sekali gus mengekalkan rasa asli umbut itu sendiri. Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Goreng Garing, Biasa Buat Sumbat Tapi Versi Ini Sedap Juga! RESIPI MASAK LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA Bahan-bahan: Umbut kelapa, dihiris halus Bahan tumbuk: Sebiji bawang besar (resipi asal guna 4 biji bawang merah) 2 u...

Udang Masak Singgang Menyegarkan, Resipi Campak-Campak Ini 15 Minit Terus Siap

Imej
https://ift.tt/L6RYSpr Kalau anda tengah cari menu berkuah yang ringkas, sihat dan menyegarkan, udang masak singgang memang pilihan terbaik. Kuah singgang yang ringan, beraroma herba dan tidak berminyak menjadikan hidangan ini sesuai untuk mereka yang berdiet, malah yang tak berdiet pun pasti suka. Dapat pula hirup kuah panas-panas, memang terus naik selera. Resipi ini dikongsikan oleh KakSlina Vlogs di YouTube dan caranya sangat mudah, cuma main campak bahan, biar mendidih, terus siap! Baca juga: Cara Simpan Udang Tahan Lama, Tabur Sedikit Bahan Rahsia Terus Segar Macam Baru Naik Dari Laut RESIPI UDANG MASAK SINGGANG Bahan-bahan: Air secukupnya (untuk kuah singgang) 3 ulas bawang putih – hiris Halia – hiris nipis Lengkuas – hiris 1 batang serai – diketuk 1 kiub ayam Garam secukup rasa Gula secukup rasa Serbuk pati cendawan secukupnya 2–3 helai daun limau purut Tauhu (pilihan) ½ biji bawang holland – hiris kasar Udang (guna banyak sikit, lagi sedap) 1 biji tomat...

Jangan Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Peniaga Boleh Didenda Sehingga RM500,000

Imej
https://ift.tt/muO5UGJ Menjelang bulan Ramadan, ramai peniaga mula mempromosikan pelbagai pakej buffet Ramadan bagi menarik pelanggan berbuka puasa. Namun orang ramai dan pengusaha makanan kini diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila menggunakan istilah tersebut. Menurut peringatan rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), mana-mana premis yang menggunakan istilah seperti buffet Ramadan atau seumpamanya tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Lebih membimbangkan, kesalahan ini boleh membawa denda sehingga RM500,000.00 jika sabit kesalahan. Baca juga: Wanita Non-Muslim Turut Sarankan Pilih Tulang Halal Untuk Masak Sup, Rupanya Ini Sebabnya… KENAPA ISU BUFFET RAMADAN INI SERIUS? Istilah buffet Ramadan membawa maksud hidangan tersebut sesuai untuk umat Islam berbuka puasa. Apabila peniaga menggunakan perkataan ini tanpa status halal yang sah, ia boleh dianggap: Mengelirukan pengguna Muslim Memperdayakan pe...

Cara Masak Ikan Siakap Masam Pedas, Memang Terangkat Selera & Kuah ‘Melekat’ Di Tekak!

Imej
https://ift.tt/9aEz6im Kalau anda sedang cari cara masak ikan siakap yang senang, cepat dan betul-betul menyengat, resipi ini memang wajib cuba di rumah untuk keluarga tersayang. Siakap Masam Pedas dikongsikan oleh Aisha Shukor dan merupakan hasil air tangan sendiri sehingga dapat rasa yang benar-benar padu di tekak dan jiwa. Resipi ini tak guna bahan pelik, tak perlu tumis lama, tapi kuahnya cukup masam, pedas dan wangi, sesuai dimakan dengan nasi panas. Sekali buat, boleh jadi menu kegemaran rumah. Baca juga: Siakap Rebus Asam Masam Pedas, Segar Sampai Berpeluh! Resipi 3 Langkah Super Mudah CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAM PEDAS Bahan-bahan: 2 mangkuk air 1 ekor ikan siakap (boleh potong atau masuk seekor) 6 ulas bawang putih ½ biji bawang holland 5 biji cili api merah (ikut tahap pedas) Garam secukup rasa 3 sudu besar sos ikan Thai (Nampla) (wajib) 3 sudu besar jus limau Thai (wajib) 1–2 biji limau nipis (ambil jus) 2 sudu besar gula 1 kiub pati ayam Akar daun ketum...

Resepi Kerepek Peria Rangup Tanpa Rasa Pahit, Bahan Mudah, Sedap & Confirm Tak Stop Makan!

Imej
https://ift.tt/G0ObhJ5 Ramai tak tahu, peria sebenarnya boleh jadi kerepek yang sangat rangup, sedap dan langsung tak pahit. Kalau anda sedang cari resepi Kerepek Peria rangup yang mudah dibuat dan hasilnya memang menjadi setiap kali, ini adalah resipi yang wajib cuba. Bahan ringkas, teknik mudah dan paling penting, semua peringkat umur boleh makan, termasuk yang langsung tak suka peria! Baca juga: Cara Mudah Hilangkan Pahit Peria Dengan 3 Bahan, Rangup Dan Sedap Dimakan! RESEPI KEREPEK PERIA RANGUP Bahan-bahan: Peria biasa Tepung goreng serbaguna – 1 kg Tepung beras – ½ kg Minyak untuk menggoreng Cara-cara penyediaan: 1. Sediakan peria Ambil peria biasa. Kalau saiz besar/gemuk, belah dua dulu. Sagat nipis sehingga menjadi kepingan halus. Tak perlu basuh peria. Jika berair, perah sedikit untuk buang lebihan air. 2. Salut dengan campuran tepung Campurkan 1 kg tepung goreng serbaguna + ½ kg tepung beras. Gaul peria hingga bersalut rata. Ayak/goncang lebihan te...

Resepi Ketam Telur Masin Berkrim Ala Restoran, Rasa Padu Pasti Membuka Selera Keluarga!

Imej
https://ift.tt/C2qc8Hv Sedang mencari resepi Ketam Telur Masin yang menghasilkan kuah berkrim pekat dengan rasa lemak masin yang seimbang? Hidangan ini sangat sesuai dijadikan menu istimewa untuk keluarga, terutamanya apabila dihidangkan bersama nasi panas. Resepi Ketam Telur Masin dikongsikan oleh Deqli Lee di Facebook dan mendapat sambutan ramai kerana hasil masakannya yang berkrim, tidak muak serta rasa telur masin yang benar-benar menyerlah. Baca juga: Resepi Telur Masin Paling Mudah Guna 2 Bahan, Masin Elok & Sedap Macam Di Kedai! RESEPI KETAM TELUR MASIN Bahan-bahan: 4 ekor ketam (anggaran 1 kg) 3 biji bawang kecil – dicincang (pilihan) 5 biji bawang putih – dicincang 7 biji cili padi – dipotong kecil 1 tin susu cair ½ ketul butter Tepung jagung secukupnya 1 setangkai daun kari 4 biji telur masin 1 kiub pati ayam Lada sulah, garam dan gula secukup rasa Serbuk kunyit sedikit Cara-cara penyediaan: 1. Rebus telur masin hingga masak, kupas kulit dan ha...

Cara Buat Apam Nasi Kampung Gebu & Tak Bantat, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut

Imej
https://ift.tt/W6rnFsZ Biasanya resipi apam nasi dibuat menggunakan loyang atau dulang besar sebelum dipotong, namun kali ini ia dibuat menggunakan acuan bunga ros supaya lebih cantik dan sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau majlis kecil. Apam nasi kampung ini antara kuih tradisional yang sentiasa digemari kerana teksturnya yang lembut, gebu dan rasa lemak manis yang sederhana. Gabungan apam nasi yang lembut dengan kelapa parut yang sedikit masin pula memang membangkitkan selera. Baca juga: Resipi Apam Bunga Gebu & Lembut, Guna 3 Bahan Saja Boleh Jadi Secantik Ini! RESIPI APAM NASI SUKATAN CAWAN Bahan-bahan: 2 cawan nasi putih 3 cawan air 3 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula 1 paket yis segera (mauripan) Cara-cara penyediaan: Masukkan nasi putih dan air ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga benar-benar halus. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis segera ke dalam bahan kisaran tadi. Kisar sekali lagi sehingga ...

UNTUK TEMPAHAN