ng

ad

on 60 comments

23 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA

tanda-tanda lelaki dicintai jin betina

dicintai jin



Apabila seseorang manusia maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

21) Anda menjadi semakin malas melakukan ibadat , gemar melakukan maksiat dan menjadi seorang yang cepat putus asa.

22) Anda mengalami rasa kemurungan dan kebosanan yang melampau.

23) Anda berasa tidak yakin apabila berdoa.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca .

Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini. 

60 comments:

  1. Cth ayat2 ruqyah..
    http://www.rawatanislam.com/audio-ayat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la browse youtube itu pun nk kene ajar ke...!!

      Delete
  2. Merepek je... Fakta tk tepat..
    Abih tu org INTROVERT ni ada hubungan dgn benda ghaib la ye?

    ReplyDelete
  3. Ada sebarang dalil atau potongan ayat x yg boleh mensahihkan maklumat ni?

    ReplyDelete
  4. Kalau org berbintang virgo yg simbol nya perempuan mcm mana plak?

    ReplyDelete
  5. Kalau gay dan pondan maksudnya didampingi jin perempuan jg ke? Ataupun jin lelaki?

    ReplyDelete
  6. Korang kata merepek?! Yer la tu.. Kalau terlupa atau belum tau boleh check dlm quran Surah AdzDzariat ayat 56 yang bawa erti Allah jadikan jin dan manusia hanyalah utk beribadah kpd Allah. Look around you, adakah semua insan sentiasa beribadah? That the same to the jinn.. Depa pun ada yang baik dan jahat. Depa pun ada nafsu. Lagi, Apa sebab kita disuruh melindungkan diri apabila masuk toilet.. 'ya Allah, lindungilah aku dr kejahatan jin jantan dan jin betina'.. Semua tu ada kena mengena tu. Saya setuju dengan admin dengan fakta dlm artikel diatas. Tu belum cerita lagi yang orang perempuan kalau selalu tidur lepas asar, selalu ada 'love bite' kat peha.. Siapa buat??... Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan saudara

      Delete
    2. Benar..saya setuju.Sentiasa persiapkan diri.Dgr la ceramah di youtube tentang ruqyah dari penceramah dari UK yg berbangsa Arab.

      Delete
  7. yang ckp bnda nie,merepek..please refer blik pada ustad...bukan kita je makhluk Allah...Jin pun makhlu Allah jugak...Ustad Kazem Elias pun pnh sentuh soal nie.Jin itu wujud...jng terlalu moden smp lupe asas....wallahua'alam.....

    ReplyDelete
  8. ini ada hubung kait dgn golongan yg suka beronani. dan secara tidak lgsung ibadahnya tergantung. sila refer bab onani dalam islam

    ReplyDelete
  9. video2 lucah bnyk menggalakkan onani. terutama bg golongan bujang

    ReplyDelete
  10. Salam...artikel ni bukan merepek..artikel ni benar..dan aku sedang melaluinya...begitu menyiksakan....semua ditulis itu adalah fakta! Hanya yg mengalaminya saja yg tahu kebenarannya....t.kasih penulis..cuma kalau boleh aku mahu tahu sesiapa yg tahu cara rawatan yg lebih spesifik..kalau takat dengar ruqyah..dah tak jalan..rupanya jin ni pun dah ada perisai sendiri..mereka lebih maju dari kita..wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudara...cuba perubatan darul syafi ..abg ipar sya ...mmg ada kes cmni...yg perempuan ...kes jin jantan menodai nya secara separa sedar ..insya allah abg ipar sya boleh mrmbntu saudara...pusat darul syafi di alma bukit mertajam pulau pinang

      Delete
  11. Amalkan bacaan 7 ayatul kursi slps solat. Lalu di hembuskan pada tgn dan di sapu dari hujung rambut ke hujung kaki dgn sekali sapuan. InsyaAllah. Pernah mengalami nya.

    ReplyDelete
  12. Nabi xajar pun. Sahabat xbuat pun.. Mcm mana erk.

    ReplyDelete
  13. Boleh x bila nk komen tu pakai iman bukan pakai logik..

    ReplyDelete
  14. Hahaha.. bila la islam nk maju kalau ada org pecaya benda2 mengarut ni. Hahahaha. Lawaknyaaa...

    ReplyDelete
  15. Jangan kata mengarut...xalami atau belum mengalami mmg xtau..Allah ciptakan jin dan manusia...ada jin baik dan ada jin jahat..cmtu gak manusia..ada baik ada jahat..

    ReplyDelete
  16. Bg yg ckp merepek tu mungkin kafir... kalu yg Islam, mmg jahil. Artikel kat atas tu amat berkait dgn rukun iman yg 6 tu... x percaya dlm salah satu rukun maka jatuhlah iman bermakna dh murtad. Yg kafir pun setahu yg percaya wujudnya pahala & dosa, syurga & neraka pun faham cuma dlm kitab korang lebih nyebut Lucifer, demon..

    ReplyDelete
  17. So much bullshit.. Amusing article. Hahahaha keep it up, for entertainment purposes xD

    ReplyDelete
  18. Ngarut. Melayu tak habis habis dgn kepercayaan gini. Saki baki animisma. Jin mmg ada tapi bukan gini kejadian dia. Dia tak sama mcm manusia.

    ReplyDelete
  19. kenali sejarah dan kisah puteri balqis asal usul hidupnya.. drpd kitab2 ulamak.. korang akan nmpk pertalian penceritaan manusia jin bunian alam nyata dan alam ghaib..

    ReplyDelete
  20. Menurut al quran jin tiada apa apa kuasa atas manusia kecuali menipu dan mengelirukan manusia hingga menimbulkan berbagai sangkaan. Ini adalah contoh tipu daya jin hingga ada yg mengkhayalkan pelbagai sangkaan tanpa apa apa asas yg benar. Masalah yg dihadapi adalah sebenarnya masalah emosibterhasil dari jiwa yg tidak stabil akibat dari cara hidup dan amali yg tidak seimbang. Ia di ubati dgn kaedah psychiatry dan kerohanian tanpa melibatkan jin.

    ReplyDelete
  21. Bila lah pulak rukun iman yg ke 6 percaya pd jin, hadoi. Pastu senang2 jatuhkan hukum kafir atas org lain. Lupa bahawa jika org itu tidak kafir maka kekufuran itu akan jatuh pd diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  22. jgn kata merepek.yg mengalami shj yg percaya.

    ReplyDelete
  23. Rukin iman: beriman dgn Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Qada dan Qadar. Qada dan Qadar tu org putih kata fate and destiny iaitu ketentuan takdir oleh Allah. Percaya pd jin bukan rukun iman. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya kepada kewujudan perkara ghaib termasuk dlm percaya kepada kitab (AlQuran). Terdapat satu surah dlm AlQuran yg diberi nama Surah Jin. Wallahu'alam

      Delete
    2. aih..5 je rukan iman ko..patut lah cakap mengarut..mana percaya kepada benda ghaib..syurga..neraka..jin..itukan benda ghaib..wajib kita percaya

      Delete
  24. Kekadang benda nie betol .. Aku pun penah alaminya .. Cuma x serius .. Berkhayal x tentu hala ..

    ReplyDelete
  25. Astagfirullah...
    percaya pada yg ghaib termasuk ada malaikat n Jin..
    Allah tidak menguji seseorang hambaNya, melainkn atas kemampuan hamba2Nya..
    So Korang yg xjumpa, xrasa lagi tu berjumpa dgn ustaz2 n tanya..
    bukan pasal kolot ke, mengarut, tp xpernah jumpa secara sedar or tidak..blh la cakap..bukan takut tp mmg ada..tu sbb ada ayat 3 qul..amalan pendinding selain ayt kursyi..fahami maksud ayat2 surah 3 qul tu..

    ReplyDelete
  26. Jin baik n jin jahat....?dah nama jin mana yg baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jin islam tu apa benda? Aduhh benda asas kot. Fikir la dulu

      Delete
    2. Mereka bercakap tanpa asas agama barangkali masih muda.. nampak mcm karut tp ia nya wujud.. dkt mekah sndiri terdapat kisah2 jin islam dlm sejarah islam.. yg xpercaya, buat kajian sndiri kemudian dptkan pengesahan alim ulamak.. itu cara islam =)

      Delete
  27. Masih ramai yg tak tahu menahu mengenai makhluk2 Allah yg lain selain manusia. Tu la. Ada ceramah tak nak pergi dgr. Ada ustaz tak nak tanya. Sekarang bagi statement yg bodoh bagi orang2 yang tahu. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya stuju ngan anda.

      Delete
  28. Mcm mana plak tanda jin jantan mncintai wanita?? Subhanallah mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  29. “Hakikat tanpa syariat adalah kepalsuan, sedang syariat tanpa hakikat adalah sia-sia.”
    Imam Malik berkata, “Barangsiapa bersyariat tanpa berhakikat, niscaya ia akan menjadi fasik. Sedang yang berhakikat tanpa bersyariat, niscaya ia akan menjadi zindik

    ReplyDelete
  30. Apa yg saya faham dr tuan guru saya, alam ghaib kita tak blh tahu dgn tepat , melainkan dgn izin allah.apa yg penting kita mesti sentiasa mohon pelindungan allah setiap masa.jika ada simptom pelik, berubatlah dgn perawat islam yg diiktiraf

    ReplyDelete
  31. Nie la manusia .. nk ckp psl agama... hipokrit jew lebih.. xde ilmu..nk memandai ckp..ntah mne org die dengar...pastu ikut..Dlu org sruh pi skola .. xnk belaja betul2..
    Haishh.. boleh terpesong akidah kitew..

    ReplyDelete
  32. Sy pnh berubat..dgn imam..mmg die beritahu sy didampingi.ade jin yg bkenan kat kite.. ape yg dlm artikel die mmg blaku kt sy..brg2 peribadi byk hlg..kt imam, die mmg akn sorok brg kte ..sj nk main2.. tp alhamdulillah sy xskit..cme emosi tu tganggu sket sbb rsau..

    ReplyDelete
  33. popup block suruh aku "like", aku dah tembus tak perlu nak tunggu... kedekut...

    ReplyDelete
  34. Sya mengalami semua keadaan diatas boleh kah saudara membantu saya

    ReplyDelete
  35. Maaf dari saya. Bagi yg menafikan dan menjahilkan perkara ini saya berharap anda akan mengalaminya sendiri. Bukannya saya berdendam atau mempunyai hasat dengki terhadap mereka yg mengutuk, untuk menceritakan sesuatu yg ghaip ia tidak boleh di terangkan dengan kata2 kecuali anda mengalami dan melalui sendiri.

    ReplyDelete
  36. sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia.... kene ingat tu yek....

    maner yang baik kite ambik dn yg buruk xpayah la sibuk2 nk ambik.la ye.....

    ReplyDelete
  37. Pastikan buat artikel seperti ini ada dalil yang mengesahkannya... dari mana dapat artikel ini... merujuk al-quran surah mana... takut ada yang terpesong... wallahualam

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. or gila namanya! merepek meraban

    ReplyDelete
  40. Sebagai doktor psychiatric saya rase penulis menulis dari pengalaman sendiri atau org terdekat. Org tu menghidapi penyakit schizophrenia. Pegi hospital la makan ubat. Isyaallah sembuh

    ReplyDelete
  41. Nk cari syurga, cari la dlm hati. Nak cari neraka, cari la dlm hati. Jgn tanya di mana syurga, kalau hati sendiri xmcm bau syurga melainkan hati mmg sudah sebusuk dan meluap-luap seperti neraka.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :