Resepi Air Mocha Ais Paling Creamy, Sekali Teguk Terus Rasa Melayang!

Sekali-sekala mesti tekak teringin minum kopi seperti yang dijual di kafe hipster. Sekarang, anda boleh buat sendiri dekat rumah dengan resepi Air Mocha Ais yang padu ini.
Mocha ialah sejenis minuman kopi yang menggabungkan espresso, susu panas dan coklat (biasanya serbuk koko atau sirap coklat). Rasanya lebih lembut, manis dan berkrim berbanding latte biasa kerana adanya coklat.
Perkongsian video oleh norbaya_dahalan di TikTok mencuri perhatian ramai dengan resepi Air Mocha Ais yang simple, tapi hasilnya nampak cukup menggoda. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!
RESEPI AIR MOCHA AIS

Bahan-bahan:
- Serbuk koko
- Sirap perasa vanila
- Air kopi atau espresso
- Susu kotak segar
- Ais (pilihan tapi mestilah lagi sedap)
Cara-cara buat:
1. Masukkan serbuk koko, sirap perasa vanila dan air kopi atau espresso ke dalam gelas.
2. Kacau sehingga semua bahan sebati dan tiada ketulan koko.
3. Masukkan susu kotak segar.
4. Kacau sekali lagi sehingga konsisten dan sedia untuk dinikmati.
5. Tambah ais jika mahu lebih kesegaran.
Tips tambahan supaya lebih padu:
- Guna kopi yang pekat untuk rasa mocha lebih kuat.
- Kalau nak lebih berkrim, boleh ganti sikit susu dengan susu cair.
- Tambah sedikit whipped cream di atas kalau nak suasana kafe hipster.
- Serbuk koko boleh diayak dulu untuk elak ketulan.
Selamat mencuba!
Sumber: norbaya_dahalan
Baca juga: Cara Buat Teh Ais Kaw Dan Padu, Sekali Sedut Sampai Esok Boleh Ketagih
The post Resepi Air Mocha Ais Paling Creamy, Sekali Teguk Terus Rasa Melayang! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan