Langkau ke kandungan utama

Cara Masak Ayam Merah Sedap Ikut Resipi Tukang Masak Katering, Pekat Elok Kejadiannya

Imej
https://ift.tt/kuRrqZ5 Sudah hampir hujung tahun, biasanya waktu begini ramai mula sibuk buat persiapan untuk kenduri. Nak buat lauk kenduri disukai ramai, cubalah cara masak ayam merah sedap ini. Ayam masak merah merupakan salah satu hidangan tradisional Melayu yang sangat popular, terutama ketika kenduri, perayaan, majlis keluarga dan hidangan istimewa di rumah. Wanita yang mesra disapa Mommy Yoi di Facebook berkongsi cara masak ayam merah sedap menggunakan resipi warisan arwah ayahnya yang pernah menjadi tukang masak katering suatu ketika dahulu. Baca juga: Resepi Nasi Minyak Sedap Tak Terkata, Satu Rumah Bau Macam Tengah Masak Kenduri! CARA MASAK AYAM MERAH SEDAP Bahan-bahan: 2 ekor ayam Garam dan kunyit Bahan kisar: 2 batang serai 3 inci halia 1 labu bawang holland 7 ulas bawang putih Bahan lain: 2 senduk cili boh atau giling 2 sudu makan serbuk cili ½ susu tin cair ½ tin panjang puri tomato 2 helai daun pandan 2 kuntum bunga lawang* 1 batang kulit ka...

Resipi Ikan Pari Masak Pecel, Punyalah Nikmat Sampai Makan Tak Tinggal Kuah!

https://ift.tt/M6GvpZ8

ikan pari masak pecel

Ikan pari masak pecel adalah salah satu masakan orang Jawa yang lazat dan mengiurkan. Lauk ini berkuah lemak pedas yang penuh rasa, harum belacan dan sedikit masam.

Selalunya orang guna sayur atau ayam, tapi versi ini lebih istimewa dengan ikan pari yang dimasak terus dalam kuah santan berempah.

Kalau tak ada ikan pari, boleh juga guna ayam bakar, ikan cencaru atau ikan keli. Semuanya sesuai dimasak cara ini sebab kuah pecel memang serasi dengan pelbagai jenis lauk.

Baca juga: Resipi Ikan Pari Masak Lada, Lauk Orang Melaka Yang Ramai Tak Tahu. Sedap Rupanya!

RESEPI IKAN PARI MASAK PECEL

ikan pari masak pecel

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1 inchi halia
  • 1 1/2 inchi belacan

Bahan hiris:

  • 10 helai daun cekur

Bahan lain:

  • 2 keping asam keping
  • 1 kotak santan
  • 2 keping ikan pari (belah dua setiap keping)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  2. Masukkan santan, asam keping dan 1 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah mula mendidih.
  3. Masukkan daun cekur yang dihiris.
  4. Masukkan ikan pari. Biarkan kuah mendidih sehingga mencapai kepekatan yang diingini dan ikan masak sempurna.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Saah Abdullah

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari Yang Pasti Menjadi

The post Resipi Ikan Pari Masak Pecel, Punyalah Nikmat Sampai Makan Tak Tinggal Kuah! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan