Resepi Akok Kedut Sedap Paling Mudah, Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Nak rasa keenakan kuih tradisi dengan gaya santai tapi masih mengekalkan keaslian rasanya, jom cuba resepi akok kedut yang sangat mudah dibuat menggunakan acuan muffin.
Akok kedut ialah sejenis kuih tradisional yang sangat popular di negeri Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Walaupun tiada acuan khas, anda masih boleh menyediakan kuih yang sedap menggunakan acuan muffin dengan resepi akok kedut oleh Masz Lyna di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Nona Manis Paling Mudah, Sukatan Tepat Supaya Tak Tumpah Inti Putih!
RESEPI AKOK KEDUT

Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred A
- 150 hingga 160gram gula melaka
- 30 hingga 40gram tepung gandum
- 100ml air
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Santan kotak (200ml)
Cara-cara buat:
- Masukkan air, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk.
- Masak sampai gula larut, tapis dan sejukkan.
- Masukkan semua bahan dalam pengisar.
- Kisar sampai semua sebati.
- Tapis supaya dapat adunan yang halus.
- Panaskan oven, tetapkan suhu 220 hingga 250ยบ C.
- Sapu sedikit minyak ke bekas membakar atau muffin tray.
- Tuang adunan ¾ bekas.
- Bakar adunan selama lebih kurang 20 hingga 25 minit.
Jangan risau apabila tengok adunan naik semasa membakar kerana setelah sejuk, kuih akan jadi kecut berkedut nanti. Hasilnya berlemak dan manisnya juga cukup rasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Masz Lyna
Baca juga: Kuih Cara Manis Pandan Yang Lembut, Gebu Macam Resipi Mak Kita Dulu-Dulu!
The post Resepi Akok Kedut Sedap Paling Mudah, Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan