Langkau ke kandungan utama

Resipi Ikan Pari Masak Pecel, Punyalah Nikmat Sampai Makan Tak Tinggal Kuah!

Imej
https://ift.tt/M6GvpZ8 Ikan pari masak pecel adalah salah satu masakan orang Jawa yang lazat dan mengiurkan. Lauk ini berkuah lemak pedas yang penuh rasa, harum belacan dan sedikit masam. Selalunya orang guna sayur atau ayam, tapi versi ini lebih istimewa dengan ikan pari yang dimasak terus dalam kuah santan berempah. Kalau tak ada ikan pari, boleh juga guna ayam bakar, ikan cencaru atau ikan keli. Semuanya sesuai dimasak cara ini sebab kuah pecel memang serasi dengan pelbagai jenis lauk. Baca juga: Resipi Ikan Pari Masak Lada, Lauk Orang Melaka Yang Ramai Tak Tahu. Sedap Rupanya! RESEPI IKAN PARI MASAK PECEL Bahan kisar: 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 10 biji cili padi 1 inchi halia 1 1/2 inchi belacan Bahan hiris: 10 helai daun cekur Bahan lain: 2 keping asam keping 1 kotak santan 2 keping ikan pari (belah dua setiap keping) Cara memasak: Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan santan, asam keping dan 1 cawan air. Perasakan dengan garam d...

Petua Kacang Tanah Rangup, Ini Cara Goreng Yang Betul Supaya Tak Mudah Hangus

https://ift.tt/yqDNzRC

kacang goreng

Kacang goreng antara snek yang digemari ramai. Rasanya yang garing dan rangup buat sesiapa pun susah nak berhenti makan. Tapi, untuk dapatkan hasil yang sempurna, ada cara mudah yang ramai orang tak tahu.

Rahsia kacang goreng yang sedap adalah dengan merebus kacang dahulu sebelum digoreng. Kaedah ini membuatkan kacang kekal lembut di dalam tetapi rangup di luar dan mengurangkan risiko hangus. Selain itu, kacang juga lebih cepat masak semasa digoreng.

Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk menggoreng ikan bilis. Hasilnya, ikan bilis menjadi rangup dan enak dimakan begitu sahaja atau sebagai topping untuk nasi goreng dan mi.

Baca juga: Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Besar, Tak Cepat Basi, Gebu & Berderai Sebiji-Sebiji

PETUA KACANG GORENG TAK HANGUS DAN RANGUP ELOK BILA DIGORENG

kacang goreng

Untuk mendapatkan kacang yang rangup dan sedap, ikut langkah mudah ini:

  1. Didihkan air dalam periuk. Sementara itu, cuci bersih kacang tanah dan toskan.
  2. Apabila air sudah mendidih, masukkan kacang tanah ke dalam air dan kacau seketika. Biarkan sekejap, kemudian toskan.
  3. Selepas itu, goreng kacang seperti biasa sehingga kekuningan.

Tip tambahan: Cara ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng ikan bilis. Hasilnya, kacang atau ikan bilis akan menjadi lebih rangup dan enak.

Sumber: Yanti Muhammad

Baca juga: Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

The post Petua Kacang Tanah Rangup, Ini Cara Goreng Yang Betul Supaya Tak Mudah Hangus appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan