ng

ad

on Leave a Comment

“Tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka”

Walaupun telah membuat pencerahan mengenai Isu adik Thaqif, Madrasah Tahfiz Al-Jauhar terus menerima banyak persoalan daripada Netizen yang masih tidak dapat menerima akan kejadian tersebut. Pencerahan yang dibuat MTAJ sememangnya terbatas mungkin kerana kejadian itu masih dalam siasatan pihak Polis. Namun, dalam posting susulan MTAJ telah menjawab isu-isu yang dibangkitkan Netizen. Baca lagi:

Alhamdulillah.
Begitu banyak respon yang diberikan oleh orang ramai. Samada positif atau negatif. Terima kasih banyak. Kami mengambil kira semua itu untuk penambah baikkan akan datang. Posting terdahulu samasekali bukan untuk menutup apa-apa kesalahan. Ia dikeluarkan bagi menjawab beberapa isu terdahulu yang telah disahkan oleh Badan Bertanggunjawab. Antaranya isunya :

1. Madrasah tidak terurus
2. Madrasah tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi
3. Madrasah tidak mempunyai SOP
4. Madrasah tidak berdaftar
5. Madrasah tidak ambil tahu ttg latarbelakang pekerja
6. Kebajikan pelajar tidak dijaga dengan baik

Adapun kami faham, bahawa persoalan lain belum terjawab, cuma ia belum sesuai diulas dari pihak kami kerana ia mungkin berkait dengan siasatan. Tujuan penjelasan dibuat tentang keadaan MTAJ dari sudut kemudahan, pengiktirafan dan sebagainya itu adalah untuk mengelakkan orang ramai terus mendapatkan input yang salah tentang status madrasah ini.

2. Penyataan tentang surat dari Arwah yang telah diserahkan kepada pihak polis, itu bukan untuk memberi bayangan tentang arwah mempunyai sikap negatif. Tidak perlu diandaikan begitu. Kami menulis, ia mungkin membantu dalam mengenal watak arwah untuk menetukan apakah keadaan arwah benar seperti yg didakwa sedang merasa perit kerana didera emosi dan fizikalnya.

3. MTAJ memang tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka kerana 97% dari mereka, tidak pernah berurusan dengan MTAJ selama ini dan hanya bercakap dan menulis melalui persepsi dan sentimen yang dimainkan. Perkataan penderaan itu sendiri mungkin menyalahi keadaan yang sebenar. Mengapa arwah Thaqif perlu dipilih untuk didera sedangkan beliau baru berumur 11tahun, seorang kanak-kanak kecil yang tidak bermasalah dan hanya berada di MTAJ selama 57 hari sahaja. Sedangkan MTAJ mempunyai lebih 80 pelajar yang melebihi tempoh 1tahun yang mungkin sedikit antara mereka mempunyai masalah yang lebih besar dari sudut disiplin dan sahsiah.

4. MTAJ telah mempunyai pendirian untuk tidak mempertahankan perkara salah lebih awal sebelum tuan puan mengikuti perkembangan kes ini. Kami semua di MTAJ samsekali tidak pernah secara niat atau percakapan bersetuju dengan penggunaan getah paip untuk mendisiplinkan pelajar. Ia bukan keputusan bersama dalam mesyuarat atau SOP dalam pengambilan tindakan disiplin. Pemb warden islam, memukul pelajar menggunakan getah paip, ia tak boleh dijadikan sebab untuk kita mencemuh agama islam dan orang islam secara keseluruhannya. Kerana kita semua jelas apa pendirian islam tentang menghukum seseorang. Begitulah dalam konteks kes ini, apalagi untuk disalahkan madrasah-madrasah lain.

5. Syafiq akan dihukum menurut undang-undang setelah disabit bersalah. MTAJ tidak mempertahankan kesalahan beliau. Beliau diambil berkerja, setelah habis parol. Bukan masih dalam parol. Tugasan pembantu warden itu juga tidak memperuntukkan kuasa kepada syafiq untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar. Dan ia adalah kejadian pertama seumpamanya.

6. Permohonan maaf dan sebagainya, adakah tuan puan para bijaksana dan adil telah bertemu sendiri dengan keluarga hingga boleh dengan yakinnya menulis bahawa tiada permohonan maaf dibuat serta tiada sikap perihatin serta tanggunjawab terhadap Thaqif setelah insiden ini terjadi.

7. Semua saranan yang diberikan akan diambil kira oleh MTAJ untuk tindakan lanjut. MTAJ hanya perlu meminta maaf kepada netizen kerana tidak dapat menjawab semua persoalan. Ampun maaf zahir dan batin.

Sekian
Ahli Jemaah Pengurusan MTAJ.

The post “Tak perlu melayani netizen yang terlalu banyak prasangka” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2quIJ3O
on Leave a Comment

ALI BIN ABI THALIB MENGECAM SYIAH YANG MENGKHIANATINYA


Apa Itu Syiah?

Di dalam kamus Lisanul Arab, makna Syiah adalah seseorang yang menyepakati suatu hal. Atau orang-orang yang bersepakat dalam suatu permasalahan. Atau sekumpulan orang yang mempunyai suatu perjanjian, mereka mengikuti pendapat seseorang di antara mereka (Lisanul Arab, harfu asy-Syin: islamweb).

Setelah Amirul Mukminun Utsman bin Affan radhiallahu 'anhu wafat, umat Islam berbeza pendapat dalam menyikapi para pembunuhnya. Ali berpendapat Muawiyah harus berbaiat kepadanya terlebih dahulu, baru urusan pembunuh Uthman boleh diselesaikan. Sedangkan Muawiyah sebagai keluarga Uthman, menuntut agar para pembunuh sepupunya itu akan diadili. Orang-orang yang bersetuju dengan pendapat Ali, disebut Syiahnya Ali. Sedangkan orang-orang yang sepakat dengan Muawiyah disebut Syiahnya Muawiyah. Inilah makna asal dari Syiah. Seiring zaman, Syiah Ali terus berkembang. Bahkan sekarang pendapat mereka tentang Ali sangat melampau.

Ali dan Syiahnya

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu mengeluh pendukungnya, yaitu penduduk Kufah. Ia berkata, "Umat-umat terdahulu takut terhadap kezaliman para pemimpinnya. Tapi aku, justru takut akan kezaliman rakyatku. Aku mengajak kalian untuk berjihad, tetapi tak ada yang menyambut ajakan. Aku berbicara pada kalian, tetapi kalian tidak mendengar. Aku mengajak kalian kepada kebaikan secara rahsia dan terang-terangan, tapi kalian tidak menurut. Aku menasihati kalian, tetapi kalian tidak menerima. Apakah kalian ada? Hakikatnya kalian tak ada. Apakah kalian hamba sahaya? Tapi seolah-olah kalian sebagai majikan.

Aku bacakan undang-undang pada kalian, tetapi kalian lari darinya. Aku nasihati kalian dengan nasihat yang bagus, namun kalian lari darinya. Aku ajak kalian berjihad menghadapi para pembelot, tapi belum sempat aku menamatkan perkataanku, kamu sudah bubar kembali ke tempat kalian. Dan kalian manipulasi nasihat yang diberikan. Aku meluruskan kalian pada pagi hari. Sore harinya kalian kembali padaku dalam keadaan bengkok tab punggung ular. Yang memberi nasihat telah lemah, tetapi yang dinasihati makin mengeras.

Wahai orang-orang yang hadir di sini tapi fikirannya entah di mana, yang berbeza-beza keinginannya, dan yang menjadi ujian bagi para pemimpinnya. Teman kalian tunduk kepada Allah. Sedangkan kalian mendruhakai-Nya. Aku sungguh sangat berharap demi Allah, Muawiyah akan menukar kalian dariku, seperti menukar dinar dengan dirham, di mana dia mengambil dariku sepuluh orang di antara kalian dan memberiku seorang daripada mereka.

Wahai penduduk Kufah, aku diuji melalui kalian dengan lima masalah: (1) kalian ini tuli tapi punya pendengaran, (2) bisu tapi boleh bercakap, (3) buta tapi punya penglihatan, (4) pengecut ketika menghadapi peperangan; dan (5) tidak ada teman yang dapat dipercaya ketika mendapat ujian. Celaka kalian! Kalian seperti kawanan unta kehilangan pengembalaannya, jika diiring dari satu sisi dia lari ke sisi yang lain (al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 247-248, mengutip dari Najhul Balaghah 1 / 187-189).

Tidak hanya sampai di situ, bahkan mereka juga menuduh Ali radhiallahu 'anhu sebagai pembohong. Syarif ar-Radhi meriwayatkan dari Amirul Mukminin, Ali radhiallahu 'anhu, ia berkata, "Amma ba'du .. Wahai penduduk Iraq! Kalian itu seperti wanita hamil yang ketika kehamilannya telah sempurna ia keguguran, suaminya mati, menjanda dalam waktu yang lama, dan pusakanya diwarisi orang yang hubungan kekeluargaannya sangat jauh dengannya. Demi Allah, aku tidak mendatangi kalian dengan sukarela, tapi aku datang kepada kalian (tinggal di Iraq) dengan terpaksa. Aku sudah mendengar bahawa kamu mengatakan bahawa Ali berbohong. Semoga Allah membinasakan kalian. Kepada siapa aku pernah berbohong? "(Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 249, mengutip dari Najhul Balaghah 1 / 118-119).

Ali radhiallahu 'anhu juga mengatakan, "Semoga Allah memerangi kalian! Kalian mencemarkan hatiku dengan nanah, memenuhi dadaku dengan amarah, mencekokiku dengan kesedihan, seteguk demi seteguk, dan kalian merosakkan fikiran dengan kedurhakaan dan pengkhianatan. "Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 249, mengutip dari Najhul Balaghah 1 / 187-189).

Penilaian Para Sahabat Terhadap Syiah Ali

Kerana itu, wajar para sahabat bimbang kepada Husein bin Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhuma yang menyambut undangan penduduk Iraq.

Pertama: Abdullah bin az-Zubair

Apabila Husein bin Ali radhiallahu 'anhuma hendak berangkat ke Iraq, Abdullah bin az-Zubair radhiallahu' anhuma berkata padanya, "Engkau hendak pergi ke mana? Apakah engkau ingin pergi ke tempat kaum yang telah membunuh ayah dan saudara kamu? Janganlah engkau pergi. "(Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 236, mengutip dari al-Bidayah wa an-Nihayah, 8/163).

Kedua: Kadzim al-Ihsa-i an-Najafi

Ia berkata, "Pasukan yang keluar untuk memerangi Imam al-Husein berjumlah tiga ratus ribu orang. Semuanya penduduk Kufah. Tidak ada orang Syam (Syiah nya Muawiyah), Hijaz, India, Pakistan, Sudan, Mesir, dan Afrika di antara mereka. Mereka semua adalah orang Kufah yang berkumpul dari berbagai daerah. "(Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 255, mengutip dari Asyura, Hal: 89).

Ketiga: Husein bin Ahmad al-Baraqi an-Najafi

Memetik kata-kata al-Qazwini: "Di antara perbuatan sangat keji yang dilakukan orang-orang Kufah adalah mereka menusuh al-Hasan bin Ali dan membunuh al-Husein setelah mereka mengundang beliau." (Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 255, mengutip dari Tarikhul Kufah, Hal: 113).

Keempat: Muhsin al-Amin

Ia berkata, "Ada dua puluh ribu orang penduduk yang membaiat al-Husein dan mengkhianatinya, lalu memeranginya. Padahal, baiat itu masih mereka pegang. Hingga akhirnya mereka membunuhnya. "(Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 255, mengutip dari A'yanusy Syiah, 1/26).

Seorang ulama Syiah, ath-Thusi, memasukkan Ubaidullah bin Ziyad dalam sahabat-sahabat ali bin Abi Talib. (Al-Khamis, Inilah Faktanya Hal: 255, mengutip dari Rijal ath-Thusi, Hal: 54. Terbitan al-Matba'ah al-Haidariyyah, Najaf, 1961 M, dengna tahqiq Muhammad Sadiq Bahrul Ulum).

Ulama Syiah yang lain, An-Nazimi asy-Syahrudi, mengulas Syamr bin Dzul Jausyan (orang yang memerintahkan pasukan untuk membunuh Husein): "Pada Perang Shiffin, ia berada di dalam barisan pasukan Amirul Mukmin Ali bin Abu Talib." (Al-Khamis , Inilah Faktanya Hal: 255, mengutip dari Mustadrakat Ilm Rijalul Hadits karya al-Allamah an-Nazimi asy-Syahrudi, 6/220 bahagian ke-6899, terbitan Mu-assasah an-Nasyr al-Islami, Qumm, 1425 H).

sumber:
- al-Khamis, Utsman bin Muhammad. 2012. Huqbah min at-Tarikh, Terj. Inilah Faktanya. Jakarta: Pustaka Imam asy-Syafi'i. kisahmuslim.com


from Detik Islam http://ift.tt/2qiA0Fq
on Leave a Comment

4 Bulan Ini Disebut ‘Bulan Haram,’ Mengapa?


ALLAH SWT memuliakan empat bulan dari 12 bulan dalam 1 tahun hijriyah. Bulan-bulan ini mempunyai kedudukan istimewa sehingga disebut sebagai 'bulan Haram.' Maka, tak heran jika kita berbuat kebaikan di empat bulan ini, Allah akan melipatgandakan pahalanya.

Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah sejak menciptakan langit dan bumi. Di antara dua belas bulan tersebut terdapat empat bulan yang suci. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kalian pada bulan-bulan (suci) tersebut, "(QS. At Taubah: 36).

Bulan Haram (suci) ini terdiri dari bulan Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab. Sebagaimana yang disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW "Zaman (masa) terus berjalan dari sejak awal penciptaan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan di antaranya ada empat bulan haram (suci), tiga bulan berturut-turut, yaitu Dzul Qa'dah, Dzul Hijjah dan al-Muharam serta Rajab yang berada antara Jumadil (akhir) dan Sya'ban, "(HR. Al Bukhari, kitab bad-il kholqi, bab maa jaa-a fi Sab'i arodhiina, almaktabah asysyamilah hadis no. 2958).

Mengapa keempat bulan tersebut dinamakan sebagai bulan haram atau bulan yang suci?

Abu Ya'la ra berkata, "Dinamakan bulan haram kerana dua makna. Pertama, pada bulan tersebut diharamkan pelbagai pembunuhan sebagaimana yang diyakini oleh orang-orang Jahiliyyah dahulu. Kedua, pada bulan tersebut larangan untuk melakukan perbuatan maksiat lebih ditekankan daripada bulan yang lain kerana mulianya bulan tersebut, "(Zaadul Maysir, Ibnul Jauziy).

Sebagai seorang Muslim, sudah menjadi keharusan bagi kita untuk memuliakan empat bulan Haram tersebut. Bagaimana caranya? Perbanyaklah melakukan amal kebaikan dan jauhi maksiat.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2qjYVFu
on Leave a Comment

Sabar Tidak Hanya Berdiam Diri


SABAR adalah kata yang sangat sering kita dengar. Ketika teman kita ditimpa musibah, yang kali pertama dikatakan adalah kata "sabar". Kerana Allah berjanji bahawa orang-orang yang senantiasa sabar sesungguhnya akan mendapatkan kebahagiaan.

Namun, banyak orang yang menyalah ertikan kata sabar ini. Menurut sebahagian orang sabar adalah diam dengan ujian yang sedang dihadapi. Berpasrah kepada Allah tanpa berbuat apa-apa.

Semestinya kita faham bahawa intipati dari sabar itu sendiri bukanlah hanya diam atas apa yang menimpa kita. Bukankah Allah telah menjelaskan bahawa Dia hanya akan merubah suatu kaum apabila kaum itu merubah nasibnya sendiri. Termasuk ketika kita mendapat masalah.

Pasrah memanglah perlu, tapi pasrah yang seperti apakah itu? Iaitu pasrah kepada Allah beriringan dengan usaha maksimum kita kepada Allah.

Beberapa pamaham yang salah bahawa diam itu hanya sekadar berdiam diri tanpa ada perkara yang dilakukan. Sepatutnya kita tahu bahawa sedar bukan hanya berdiam diri menunggu Allah mengubah nasib kita sedangkan tak ada satu pun yang kita lakukan. Beberapa pengertian sabar di bawah ini semoga membuat anda lebih sedar akan sabar itu sendiri.

Yang pertama, sabar itu adalah menekan emosi dan keinginan. Jadi, apabila kita berkata sabar namun emosi kita masih melonjak-lonjak, sungguh itu bukanlah sabar. Sikap sabar adalah penekanan emosi dan keinginan kita dalam diri sehingga tidak terciptanya hal-hal yang tidak diingini.

Yang kedua, sabar itu adalah pengendalian diri. Dalam hal sabar, kita harus mampu mengendalikan diri kita dalam berbagai hal. Kadang-kadang, diri kita tidak terkawal kerana rangsangan negatif dari luar. Inilah pentingnya pengendalian emosi atau sabar itu sendiri.

Yang ketiga, berfikir panjang. Ketika kita ditimpa masalah kemudian harus memutuskan sesuatu, sudah seharusnya sebelum memutuskan kita berfikir panjang. Di sinilah proses sabar terjadi. Sabar bukan bererti pasrah terhadap keadaan, tapi sabar merupakan tindakan nyata kita dalam menerima ketentuan daripada Allah dengan cara berfikir panjang dalam memutuskan sesuatu.

Yang keempat, memaafkan. Sabar bererti memaafkan kesalahan orang lain. Hidup ini tidak akan pernah terlepas dari sebuah kesalahan. Kadang-kadang, kesalahan seseorang yang membuat kita sakit hati akan sukar termaafkan. Di sinilah Allah menguji tahap kesabaran kita. Apakah kita mau memaafkannya atau tetap membencinya.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2pHocN8
on Leave a Comment

Ini Cara Sedekah untuk 360 Sendi di Tubuh Kita


TAHUKAH anda bahawa setiap persendian tubuh kita diwajibkan bersedekah setiap harinya?

"Sesungguhnya setiap manusia keturunan Adam diciptakan mempunyai 360 sendi," (HR. Muslim no. 2377)

"Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedakah, "(HR. Bukhari dan Muslim).

Lalu, bagaimana jika kita merasa kesulitan bersedekah sekalipun hanya dengan melakukan kebaikan-kebaikan untuk orang lain?

Ada satu amalan yang mencukupi sedekah 360 sendi kita, oleh sebab itu perlu untuk kita rutinkan setiap harinya, yakni dengan solat Dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat:

"Setiap persendian salah seorang di antara kalian ada sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma'ruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah, dan sudah mencukupi hal itu dua rakaat dhuha yang dilaksanakannya, "(HR. Muslim dari Abu Dzarr ra).

Jangan sampai kenikmatan setiap persendian yang Allah anugerahkan pada kita, yang membuat kita mampu berjalan, menggenggam, memasak, mencuci, mengunyah, tidak kita syukuri dengan selayaknya.

Mari lakukan solat Dhuha rutin setiap harinya, semoga kita tercatat sebagai hamba Allah yang bersyukur. []

Sumber: Ummi / islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2pEtFnB
on Leave a Comment

Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek

Disebalik kehebatan Jaguh Cilik Catur Negara, Adik Afira Zahrah dan adik beradiknya, ada ayah yang bekorban untuk mereka. Perkongsian daripada Tuan Anas Hj Adnan ini menceritakan kisah yang seakan sama seperti jalan cerita didikan keluarga Sidek. Baca lagi:

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Negara dan Pengorbanan Sang Bapa]

1. Cikgu Salihin merupakan seorang guru bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Sungai Udang, Klang dan merangkap jurulatih sukan catur di daerah Klang, Selangor. Beliau juga merupakan satu-satunya guru di Selangor yang memiliki pusat pembangunan catur sendiri.

2. Minat Cikgu Salihin terhadap sukan catur begitu tinggi, sehinggakan kesemua anaknya dilatih untuk bermain catur seawal usia 4 tahun lagi. Menurut beliau, apabila waktu latihan beliau akan melayan anak-anaknya sama seperti pelajar-pelajar lain. Adakalanya, beliau akan bertegas demi membentuk displin mereka. Daripada sembilan orang anak, enam daripadanya bergiat aktif dalam sukan catur.

3. Banyak sudah pertandingan dan kejohanan yang disertai oleh anak-anak Cikgu Salihin, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kebiasaannya latihan akan dibuat minimum 6 jam dalam seminggu. Tetapi, untuk persediaan ke kejohanan dunia, latihan dilipat gandakan lagi sehingga 5-6 jam dalam sehari.

4. Adik Afiqah sendiri telah berjaya merebut gelaran juara di peringkat kebangsaan tiga kali berturut-turut di dalam kategori kanak-kanak berusia bawah 8 tahun. Penglibatannya dalam pelbagai pertandingan bermula dari seawal umurnya lima tahun lagi.

5. Oleh kerana pencapaiannya itu, empat orang anaknya telah terpilih untuk bertanding di peringkat dunia baru-baru ini. Tetapi oleh kerana ketiadaan penaja dan kos yang tinggi untuk ke luar negara, Cikgu Salihin hanya mampu membawa dua orang sahaja anaknya. Iaitu Anisah,17 tahun dan Afiqah,7 tahun. Seorang daripadanya, Farah Liyana,9 tahun merupakan johan dalam kejohanan Women Candidate Master di Korea tak dapat ikut bersama.

6. Difahamkan, kos yang terpaksa beliau tanggung untuk menyertai kejohanan dunia itu mencecah sehingga RM30 ribu. Namun, atas dasar minat dan ingin melihat kejayaan anak-anaknya yang berbakat di dalam sukan catur ini serta misi membawa nama negara, beliau telah membuat keputusan nekad dengan menjual rumah keduanya bernilai RM65 ribu.

7. Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek yang telah melahirkan barisan jaguh sukan badminton negara di dalam sejarah Malaysia. Sekarang kita sudah punya keluarga lagenda baru dalam sukan catur negara. Anak-anak Cikgu Salihin.

8. Mengapa Pemuda ISMA Klang membuat liputan dan mengangkat cerita keluarga Cikgu Salihin ini ? Sebab yang pertama adalah, kerana keluarga beliau adalah anak jati dari Klang. Keduanya, kami mahu nasib beliau dibela oleh pihak yang sepatutnya. Ketiga, kami berharap agar kisah keluarga hebat ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan anak muda.

9. Kisah seperti ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia, diberi liputan di media-media lebih daripada mengagungkan kisah-kisah artis bercinta, bercerai yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat dalam membangun tamadun negara. Anak-anak kita perlu mengambil mereka ini sebagai contoh idola lebih daripada bintang kecil di rancangan realiti tv.

10. Jika Tuan/Puan behasrat ingin menyalurkan sumbangan, atau ada mengenali badan korporat yang sudi menaja keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun CIMB milik Cikgu Salihin di no berikut, 12210072958526 atau pm admin di inbox sebagai wakil tabung sumbangan kepada Cikgu Salihin Ahmad.

Disediakan Oleh : Zabidi Hj Azhar
Wakil Pemuda ISMA Klang

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Negara dan Pengorbanan Sang Bapa]

1. Cikgu Salihin merupakan seorang guru…

Posted by ANAS HJ. ADNAN on Wednesday, April 26, 2017

 

UPDATE TERKINI | Wira Catur Negara

Perlawanan sudah pun bermula, pertemuan di antara wakil Malaysia termuda, adik…

Posted by ANAS HJ. ADNAN on Thursday, April 27, 2017

The post Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2oAg9Bi
on Leave a Comment

“Rashid! Nanti-nantilah fikir pasal superbike awak tu! Tau lah motor mahal!”

Perkongsian oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai situasi penunggang motorsikal yang dirawatnya di Jabatan Kecemasan. Inilah yang dinamakan “biar bergaya asal selamat”.

SUPERBIKE WEH!

“Dua-dua kes MVA. Superbike langgar kapcai. Berlanggar sama sendiri sebab nak elak kereta tukar lane” lapor MA sambil menyorong masuk dua orang mangsa ke dalam Zon Kuning Jabatan Kecemasan.

Aku segera periksa kepada mangsa pertama yang kelihatan terpinga-pinga.

“Tenang. Awak di hospital. Saya Doktor Kachak. Nama awak siapa?”. Selalunya selepas kemalangan jalanraya, kebanyakan mangsa akan hilang orientasi. Jadi, perlu beri orientasi kepada mereka. Bukan mendaftar masuk kolej je ada program orientasi tau!

“Rashid. Motor saya macam mana?” jawabnya.

“Rashid, saya nak periksa awak ni. Awak ingat tak apa yang berlaku?”

“Tak ingat.” jawab Rashid

Sambil meneruskan komunikasi, aku teruskan pemeriksaan. GCS penuh, E4V5M6. Anak mata reaktif pada cahaya dan saiz kedua-duanya setara. Walaupun Rashid pakai helmet Arai, belum tentu otak dia tak bergegar kalau terhempas ke jalan raya.

“Rashid, saya kena bukak baju dengan riding gear awak. Saya nak periksa kecederaan lain. Boleh tak?”

Jaket kulitnya calar balar, terutamanya di kawasan siku dan belakang badan. Sewaktu aku tanggalkan jaket kulit, sarung tangan pelindung dan butnya, aku periksa fizikal pemuda itu secara kasar. Tiada tanda-tanda kecederaan pada leher, tangan dan kaki. Cuma ada kesan lebam di bahu.

“Motor saya. Macam mana motor saya?”

Sejak tiba di Zon Kuning ni, hanya motorsikalnya yang dirisaukan. Rasanya hampir 10 kali dah dia tanya pasal motor dia tu. Serabut pula aku dibuatnya. Poyo betul!

“Rashid! Nanti-nantilah fikir pasal superbike awak tu! Tau lah motor mahal!”

“Eh? Motor saya, LC. Mamat tu yang tunggang superbike!” balasnya sambil menuding jari ke arah pesakit di katil bertentangan.

Aku pun toleh ke arah yang dituding. Dari tempat aku berdiri aku nampak baju putih pesakit yang menunggang superbike tersebut sudah bertukar merah. Ada luka teruk di buku jari kanannya. Oleh kerana hanya memakai boxer, aku perasan lutut kanannya juga ada luka. Kau jangan tanya aku kenapa dia pakai boxer je.

“Doktor saya dah boleh pakai baju semula ke belum? Sejuk la kat aircond kat sini” suara Rashid membantutkan pengamatan aku.

Toleh semula kepada Rashid.

“Laaaa…mati-mati saya ingat kau yang tunggang superbike. ” terpacul kata-kata ini daripada mulut aku lantas tersengih. Naik FZ pakai helmet fullface pun dah kelakar. Apatah lagi tunggang LC siap pakai kelengkapan macam nak berlumba di Litar Sepang.

“Jubake! Doktor ni sama je dengan member-member saya. Ketawakan saya pakai jaket kulit apa semua. Keselamatan tau ni. KESELAMATAN!” ujar Rashid.

Bahak!

Kelakar memang kelakar. Tapi, betul kata Rashid. Keselamatan perlu diutamakan. Biarlah orang kata kita poyo, naik motor LC hutang Aeon pun nak pakai kelengkapan menunggang yang lengkap. Yang penting selamat.

Setelah aku buat segala pemeriksaan yang perlu, aku benarkan Rashid pulang setelah dipantau 6 jam di bilik pemantauan.

Penunggang superbike itu pula di masukkan ke wad Orthopedik kerana mengalami luka kulit dan isi tersiat(degloving wound) yang agak besar di bahagian jari kelingking kanan dan lutut kanan. Sampai nampak tulang jari dan tempurung lutut. Buku lali kiri pula terkehel dan dikhuatiri ada ligamen yang terputus.

Aku tahu, memang nampak pelik kalau nak suruh penunggang kapcai pakai macam si Rashid tu, tapi sekurang-kurangnya, pakailah pakaian yang bersesuaian.

Jangan pakai seluar pendek. Sayangi lutut anda.
Jangan pakai selipar. Lindungi kaki.
Ramai penunggang motorsikal pakai jaket, walaupun bukan jenis kulit, itu pun dah cukup baik. Cuma kalau boleh, elakkan pakai terbalik.

Helmet tak payah ulaslah. Orang tak ada otak je tunggang motorsikal tak pakai helmet.

Jadilah macam Si Rashid

The post “Rashid! Nanti-nantilah fikir pasal superbike awak tu! Tau lah motor mahal!” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2qhrsLb
on Leave a Comment

“Saya nak pindah kerana saya kena tumbuk tanpa sebab” – Diari Thaqif

on Leave a Comment

10 Anggota Tubuh yang Berbicara pada Hari Kiamat


SETIAP apa yang dilakukan manusia di dunia ini pada hakikatnya akan dimintai pertanggungjawaban. Setiap bahagian dari tubuh kita kelak pada hari kiamat akan bercakap menganai apa saja yang sudah kita lakukan di dunia ini. Sudahkan tubuh ini kita gunakan untuk taat pada apa-apa yang Allah perintahkah? Atau malah sebaliknya?

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan, "(Qs. Yasin: 65).

Jika hari ini kita masih boleh beralasan dengan segala maksiat-maksiat yang kita lakukan. Maka di hari kiamat nanti, sesungguhnya mulut kita akan dikunci. Tubuh-tubuh kita yang pernah bermaksiat akan memberi keterangan di hadapan Allah nanti.

Abu Bakr Al-Asham berkata bahawa ada sepuluh anggota tubuh manusia yang akan berbicara pada hari kiamat, iaitu:

dua telinga
dua mata
dua kaki
dua tangan
kulit
lisan
Kelak, tidak ada badan yang berdusta di hadapan Rabb-Nya.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2pnstEc
on Leave a Comment

“Saya mahu jadi huffaz dalam masa 2 tahun”

Pemergian adik Thaqif turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. Siapa saja yang mengikuti kisah adik Thaqis pasti akan tersentuh.

Manakan tidak, pada usia seawal 11 tahun sudah mengabdikan diri berusaha menghafaz kalam Allah. Dalam masa yang sama adik Thaqif pula menghadapi dugaan di tempat pembelajarannya dan kemungkinan paip air yang menghinggapi kakinya itu adalah asbab kepada pemergiannya.

Dalam nota yang ditulis dan disimpan dalam Al-Quran miliknya, Adik Thaqif sudah menyimpan hasrat untuk menjadi huffaz dalam 2 tahun. Dalam catitannya itu juga, dia turut menulis 3 cara-cara menjadi huffaz. Sesuatu yang boleh diikuti.


Subhanallah, walaupun adik Thaqif sudah tiada, dia masih mampu berbuat kebaikan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Takziah kepada keluarga Thaqif. sememangnya pemergian anak syurga ini memberi kesan kepada semua. – The Alternatif

Gambar Adik Thaqif yang dimuatnaik ibunya:

Ya Allah….berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu……kuat yea sayang…setiap…

Posted by Dayang Thaqifah on Wednesday, April 19, 2017

The post “Saya mahu jadi huffaz dalam masa 2 tahun” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2q7lX5j
on Leave a Comment

Adik Thaqif meninggal dunia

JOHOR BAHRU: Adik Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang dipotong kedua belah kakinya akibat jangkitan kuman telah meninggal dunia, sebentar tadi.

Bapa Thaqif, Mohd. Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang, tadi.

Semoga Adik Thaqif ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman… Al-Fatihah

Daripada Ibu Thaqif:

The post Adik Thaqif meninggal dunia appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2pkbxi5
on Leave a Comment

Ketika Suami Mengeluh Pada Isteri


JUDUL di atas tidak terbalik sama sekali. Kita tidak sedang membincangkan tentang isteri yang mengadu dan mengeluh kepada suami. Kerana yang ingin meringankan himpitan tugas tak hanya isteri. Tetapi juga suami.

Pada masa itu tiba, bagaimana sikap isteri. Dan apa sebenarnya yang ingin didapatkan oleh suami. Dan apa pula pelajaran di balik ketegaran suami yang ternyata masih perlu bentangan lembut tempat mencurahkan segala keluhan.

Hal itu, pernah dilakukan oleh suami terbaik. Rasulullah saw.

Pada masa itu sudah memasuki bulan terakhir di Tahun 6H. Muslimin berjumlah 1400 orang, langsung dipimpin oleh Rasulullah berangkat keluar Madinah menuju ke Mekah. Bukan untuk perang atau menyerang Mekah. Tetapi untuk membuktikan mimpi Nabi dalam tidurnya bahawa muslimin memasuki Kota Mekah untuk ibadah dengan tenang tanpa gangguan. Tentu ini merupakan khabar gembira bagi seluruh muslimin yang merindukan kiblat mereka.

Tetapi ternyata, mimpi Nabi tidak terbukti tahun itu dan baru terbukti tahun berikutnya. Nabi tidak salah, kerana beliau tidak menyebut bila-bila mimpi tersebut akan terbukti. Muslimin dipintas oleh Quraisy di luar Kota Mekah, tepatnya di Hudaibiyyah. Muslimin tidak boleh memasuki Mekah untuk melaksanakan umrah.



Muslimin kecewa. Kekecewaan mereka bertambah besar serta mengetahui isi perjanjian antara Nabi dan Quraisy yang secara kasat mata dimenangi oleh Quraisy.

Umar bin Khattab salah seorang yang kecewa, mengisahkan hal tersebut. Sebagaimana yang disebutkan dalam Shahih Bukhari, Sunan Abu Dawud, Musnad Ahmad, Dalail Al Baihaqi, Mushonnaf Abdurrazzaq dan lain-lain.

Setelah Nabi selesai dari membuat perjanjian dengan Quraisy, beliau berkata kepada para sahabat: Bangun, sembelihlah ternak yang kalian bawa kemudian tahallullah (bercukur sebagai tanda selesainya ibadah umrah).

Tidak ada satupun shahabat yang bergerak.

Kerana mereka berharap masih boleh memasuki kota Mekah dan tahallul setelah benar-benar melakukan umrah. Mereka kecewa.

Nabi mengulanginya lagi.

Kembali tidak satupun sahabat yang menyambut perintah Nabi.

Untuk ketiga kalinya Nabi mengeluarkan perintah.

Dan ternyata sehingga kali ketiga pun, tidak seorang pun yang berdiri melaksanakan perintah Nabi. Ya, tidak seorang pun.

Pasti Nabi terkejut luar biasa. Kerana sahabat Nabi, adalah orang yang sangat ingin melaksanakan semua perintah Nabi. Malah, sesuatu yang belum diperintah pun boleh mereka lakukan saat mereka memahami Nabi hanya dengan gerak badan dan mimik wajah Rasul. Tetapi tidak untuk kali ini.

Kekecewaan memang bukan hal yang mudah.

Tapi untuk Nabi, jelas hal ini memeranjatkan. Tiga kali perintah, tanpa sambutan. Tidak seorang pun. Tidak shahabat biasa, tidak pula sahabat senior dan terbaik.

Kekecewaan bertemu dengan kekecewaan.

Nabi tidak punya penyelesaian. Memang sesuatu yang sangat mengejutkan sering membuntukan fikiran.

Bahkan sekelas Rasul sekalipun.

Parut wajah kecewa tidak dapat disembunyikannya. Di lapangan masalah itu hadir. Tidak ada jalan lain kecuali kembali ke tempat peraduan beliau. Siapa tahu penyelesaian itu ada di sana. Ya, isterinya.

Pada masa itu isteri yang dibawa adalah Ummu Salamah radhiallahu anha. Nabi masuk ke khemah isterinya sambil bergumam sangat kecewa,
"Celakalah muslimun. Aku perintahkan mereka untuk menyembelih dan bercukur tetapi tidak melaksanakan. "

Dalam riwayat lain, Nabi berkata kepada Ummu Salamah,
"Tidakkah kamu melihat orang-orang yang aku perintahkan itu tetapi tidak ada yang melakukannya. Padahal mereka mendengar perkataanku dan melihat wajahku! "

Jelas ini merupakan rangkaian kalimat kekecewaan. Hingga keluar dari Nabi kalimat yang bahkan menurut Ummu Salamah perlu diperbetulkan,

"Ya Rasulullah, jangan engkau caci mereka. Kerana mereka sedang dihentam kekecewaan yang besar atas kesulitan yang kau alami dalam perjanjian damai dan mereka akan pulang tanpa hasil (ibadah umrah).

Ya Nabiyyalloh, keluarlah. Jangan bercakap dengan sesiapa sehingga kau sembelih binatang ternak kamu. Kemudian panggillah tukang cukurmu untuk mencukurmu. "

Peluang penyelesaian kini hadir. Dari isteri untuk suami hebat yang sedang buntu. Ummu Salamah tidak mengeruhkan suasana. Ummu Salamah tidak berkata, "Apa mereka tidak tahu kalau engkau Rasul yang harus ditaati?" Ummu Salamah tidak justru membakar hati suami yang sedang gundah dengan berkata, "Mereka memang celaka ..."

Tidak. Tetapi Ummu Salamah adalah isteri yang tenang dan penuh wibawa. Dia justru mengingatkan suami yang merupakan orang besar itu dalam kalimatnya, "Ya Rasulullah, jangan engkau caci mereka."

Sebelum isteri memberikan penyelesaian, pembetulan terhadap kesalahan tetap dilakukan jika hal itu terjadi. Kerana mencaci bukan penyelesaian. Hanya menambah keruhnya jiwa. Dan awan di hati semakin menggelayut tebal.

Ummu Salamah cuba untuk memahamkan suaminya mengapa mereka melakukan hal mengecewakan tersebut, "Kerana mereka sedang dihentam kekecewaan yang besar atas kesulitan yang kau alami dalam perjanjian damai dan mereka akan pulang tanpa hasil (ibadah umrah)."

Setelah tugas pertama selesai, isteri bijak dan tenang itu memberi setitik pelita penyelesaian, "Ya Nabiyyalloh, keluarlah. Jangan bercakap dengan sesiapa sehingga kau sembelih binatang ternak kamu. Kemudian panggillah tukang cukurmu untuk mencukurmu. "

Rasul tidak punya pilihan penyelesaian lain. Kecuali yang datang dari hati tenang seorang isteri yang bijak. Tetapi seberapa ampuh penyelesaian itu?

Umar bin Khattab menceritakan,

"Rasul shallallahu alaihi wasallam keluar sambil menyingsingkan bajunya. Beliau mengambil alat pemotong dan memotong binatang sembelihannya dengan mengangkat suaranya: Bismillah, wallahu Akbar. Setelah itu, beliau meminta tukang cukurnya untuk mencukur beliau.

Melihat hal itu, muslimin pun berlumba untuk menyembelih binatang mereka dan saling berdesakan hingga hampir saling melukai di antara mereka. Kemudian saling mencukur di antara mereka.

Subhanallah, idea sang isteri benar-benar tepat.

Setelah membaca peristiwa ini, berhentilah untuk berfikir bahawa suami hebat tidak perlu tempat mengadu, apalagi 'hanya' kepada seorang isteri. Sehebat apapun para suami, mereka hanya laki-laki yang tak lengkap jiwanya tanpa sentuhan ketenangan dan kelembutan wanita.

Bagi para isteri, jadilah tempat mengadu yang selesa bagi suami. Hitunglah anda tidak mempunyai penyelesaian bagi suami, tetapi sekurang-kurangnya anda telah meringankan beban di kepala dan kebimbangan di hati suami.

Selain itu jika anda boleh menjadi seperti Ummu Salamah.

Subhanallah, alangkah istimewanya.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2qcwRDa
on Leave a Comment

“Bila jumpa scenery begini, rasa nak hempuk muka ke dinding”

Sememangnya sikap manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada. Perkongsian Amir Zuhair mengenai makcik cleaner yang sedang berehat di kaki lima membuka mata kita dan mengajar apa itu erti syukur. Baca lagi:

Kadang tu kita selalu sangat mengadu kerja kita paling susah atas dunia, kita paling hebat, sibuk dan penting, penat, nak hadap ketua perangai tah apa-apa, konon kerja kita paling banyak tapi bayar sikit (padahal dah 2000 lebih gaji), kitalah paling payah dalam kerja etc etc etc, aduan tak akan habis.

Tapi bila jumpa scenery begini, rasa nak hempuk muka ke dinding. Ramai lagi kat luar sana yang kerja jauh lebih susah dari kita. Waktu rehat sangat terhad. Kerja teruk setiap hari hingga lenguh seluruh tubuh mencuci sana sini sampai tempat buang najis pun dia cucikan. Melepaskan lelah kerja seharian hanya di kaki lima. Apabila berehat beralas batu lantai. Malunya. Sedang kita bila berehat terus menuju ke mall-mall. Pergi makan tempat yang mahal-mahal. Kononnya sebagai ganjaran kerja ibarat “unta”.

Bayaran mereka? Jangan cakapla, jauh lebih rendah dari kita. Kita complain banyak pun masih kerja dalam penghawa yang nyaman, berkerusi empuk, masih boleh berpakai pakaian cantik-cantik pergi kerja. Tak terlibat dengan mencuci najis di tandas pun.

Sepadannya bersyukur dahulu. Mungkin banyak yang tidak kena dengan kerja kita, tetapi lihatlah yang jauh lebih susah dari kita mencari sesuap rezeki.

Terima kasih pakcik makcik cleaner kerana membahagiakan hidup seharian kami. Memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih walaupun kami yang selalu kotorkan. Mulianya kerjaya pakcik makcik hanya tuhan yang berikan ganjaran lebih dari majikan telah berikan kepada makcik pakcik di atas dunia ini.

The post “Bila jumpa scenery begini, rasa nak hempuk muka ke dinding” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2qaCuSv
on Leave a Comment

Rasulullah Larang Menikahi Wanita Ini Walaupun Cantik dan Berkedudukan Tinggi


SEORANG lelaki yang akan berkahwin meminta nasihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Wanita yang akan dinikahinya itu cantik dan berkedudukan tinggi, akan tetapi Rasulullah melarangnya. Mengapa Rasulullah sampai melarang lelaki tersebut untuk berkahwin dengan wanita itu?

Rasulullah mengemukakan satu kekurangan wanita tersebut, akan tetapi lelaki itu belum berpuas hati dan masih berkeras untuk menikahi wanita tersebut. Di hari berikutnya, ia kembali mengajukan agar dibenarkan berkahwin dengan wanita itu.

Namun, Rasulullah kembali melarangnya. Hingga ketiga kalinya, lelaki itu kembali menghadap Nabi dan mengajukan agar dibenarkan berkahwin dengannya. Lalu Rasulullah pun mensabdakan alasan melarangnya.

Seseorang datang menghadap Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Sesungguhnya aku akan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan kecantikan, tetapi ia tidak dapat melahirkan. Apakah aku boleh menikahinya? "Beliau menjawab," Jangan "Kemudian ia menghadap untuk kedua kalinya dan beliau tetap melarangnya. Kemudian ia menghadap ketiga kalinya maka beliau bersabda, "Nikahilah wanita yang penyayang dan subur, kerana sesungguhnya aku berharap mempunyai jumlah umat yang banyak melalui kalian di antara umat-umat lain," (HR. Abu Dawud).

Hadits ini menunjukkan keutamaan berkahwin dengan wanita yang subur, sebagaimana hadis-hadis lain. Wallahu a'lam bish shawab. []



Sumber: Tarbiyah / islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2pbKy66
on Leave a Comment

Pengacara hina ayah Watson Nyambek digantung kerja

on Leave a Comment

Kini Ramai Orang Mengidap Dua Penyakit Ini


RASULULLAH pernah menyampaikan nasihatnya di depan para sahabat. Mengenai penyakit yang akan menimpa umat menjelang akhir zaman. Dan kini, sabda Rasulullah itu terbukti.

Sungguh ramalan beliau tak pernah meleset kerana semua itu adalah berdasarkan wahyu dari Allah yang Maha Mengetahui.

Lalu apakah dua penyakit yang dimaksud Rasulullah?

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Hampir saja umat-umat (yang kafir) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan". Seseorang bertanya, "Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada masa itu sedikit?" Rasulullah bersabda, "Bahkan kalian pada masa itu banyak. Akan tetapi kamu bagai buih yang dibawa oleh air. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian 'Wahn'. Kemudian seseorang bertanya, "Apa itu 'wahn'?" Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati," (HR. Abu Daud dan Ahmad; shahih).

Cinta dunia dan takut mati. Inilah dua penyakit yang melanda banyak orang di zaman ini. Tepat seperti sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Fenomena rasuah, menghalalkan segala cara untuk mendapatkan wang dan kuasa, menipu dan sebagainya merupakan bukti cinta dunia. Tidak mempedulikan halal dan haram dalam berniaga, menzalimi orang lain demi keuntungan peribadi juga merupakan bukti cinta dunia.

Semakin cinta dunia, semakin orang takut kehilangan harta. Takut kehilangan jabatan. Takut kehilangan kuasa. Umumnya hal itu akan mengakibatkan kemurungan pada masa kehilangan itu benar-benar berlaku.

Takut mati sering kali mengiringi kecintaan terhadap dunia. Kerana begitu cintanya dengan dunia, ia tidak rela meninggalkannya. Jadinya, ia takut jika malaikat maut datang lalu ia berpisah dengan kenikmatan di dunia ini.

Takut mati ini akan lebih ketara terlihat ketika ada panggilan jihad. Seseorang yang takut mati, ia takkan berani terjun ke medan jihad sebagaimana Abdullah bin Ubai berbalik pulang saat menuju Uhud.

sumber tarbiyah / islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2pUDsmE
on Leave a Comment

“Cucu nenek kena bakar nak…” – Kejadian ibu muda, 21, maut dibakar tunang

Kejadian seorang ibu muda yang baru berusia 21 tahun maut setelah dibakar tunangnya, 28. Perkongsian oleh Fazly Hassan yang kebetulan bertemu dengan nenak mangsa di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baca lagi:

Satu kisah yang amat menghayat hati pada aku dan isteri aku ketika di hospital tadi.

Seorang nenek,berusia dalam lingkungan 70 tahun.duduk teresak-esak menangis ditepi pintu kecemasan.aku dan isteri aku cuba merapati nenek tersebut,bukan untuk menyibuk tapi cuba untuk meredakan perasaan nenek tersebut.

hati aku mula sayu bila melihat seorang nenek menangis sebegitu.isteri aku terus bertanya pd nenek tersebut..”nenek..nek ok..??

Perkataan pertama keluar dr mulut nenek tersebut amatlah membuatkan kami berdua tergaman terkejut..

“Cucu nenek kena bakar nak..”

Ayat tersebut terus menangkap jiwa kami.dengan keadaan nenek itu yang amat kami kasihani,menangis tanpa henti..

Aku dan isteri terus cuba tenangkan nenek tersebut.bila nenek itu dah tenang terus nenek tu bercerita apa yg terjadi.mula2 kami cuma mahu nenek itu melepaskan segala kesedihan yg dirasainya..

“Cucu nenek usia 21 tahun..suami dia dalam 28 tahun.kejadian dirumah cucunya di taman sri bahgia tampoi .masa tu mereka suami isteri berada dalam rumah tersebut.ntah apa jadi, tiba2 sang suami melemparkan sejenis minyak petrol dibadan isterinya..”

Terdetik aku nak bertanya, kenapa si isteri tak melawan..?”mungkin kerana terlalu takut dan tak sangka sisuami sanggup buat sedemikian..jawapan nenek dalam keadaan menangis.keadaan itu amatlah memilukan sehingga menarik perhatian orang awam dan kakitangan yang terkejut mendengar kisah nenek tersebut.

Seminit kemudian tiba anak2 sedara nenek tersebut. keadaan jadi huru hara. keluarga si suspek cuba membela suspek. (Tiada disitu) dengan berkata suspek mempunyai masalah mental dan telah ditahan polis

Bila keluarga si isteri bertanya, balai mana?bila kena tangkap?

Jawapan keluarga suspek hanya ‘tak tahu’..

Hal tersebut mula membuatkan keluarga mangsa curiga.

Seorang pakcik mangsa menceritakan masalah suspek. aku dah mula agak..

DADAH..bila ketagihan mula melampau kita akan buat perkara melampui batas akal fikiran kita.sehingga tanpa sedar sanggup bakar isterinya hidup2.

Sabar la nek.banyakkan istifar.keadaan si isteri menurut doktor telah terbakar 95% ..
Aku harap sangat si suami ditangkap dan menerima hukuman setimpal dan keluarga simangsa dapat keadilan seperti dituntut waris mangsa

Sekarang si isteri berada dizon kritikal hospital aminah jb.saya dan isteri mengharap anda dapat mendoakan mangsa selamat kerana mangsa ada anak kecil yang masih berusia 1 tahun lebih.

Pilu malam ini..



Berita mengenai kejadian daripada Harian Metro. Menurut pihak Polis, lelaki itu dan mangsa bukanlah suami isteri, mereka tinggal bersama namun hanya mempunyai ikatan tali pertunangan:

Johor Bahru: Wanita 21 tahun maut selepas melecur hampir 95 peratus dipercayai dibakar lelaki yang sekurang-kurangnya tiga tahun menetap bersamanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada 11.03 pagi, Sabtu.

Beliau berkata, lelaki yang disyaki membakar mangsa bukanlah suami wanita itu sebaliknya hanya tunang yang tinggal bersamanya tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Katanya, lelaki berusia 28 tahun itu sudah ditahan di HSA ketika mendapatkan rawatan, semalam.

“Suspek lelaki ini dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencingya positif bahan itu. Dia dan mangsa kedua-duanya tidak bekerja.

“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca akibat pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu mendakwa menyesal kerana mempunyai hubungan tiga tahun dengan mangsa sehingga melahirkan anak tidak sah taraf yang kini berusia 18 bulan,” katanya.

Sulaiman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

The post “Cucu nenek kena bakar nak…” – Kejadian ibu muda, 21, maut dibakar tunang appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2oCnTxL
on Leave a Comment

Imej Haiwan Pertama Yang Anda Lihat Ini Dedah Personaliti Sebenar Anda

Gambar-gambar yang sedang anda lihat ini sebenarnya merupakan gabungan 7 jenis haiwan yang berbeza yang disatukan menjadi sebuah gambar yang unik.
Uniknya gambar-gambar ini adalah kerana ianya boleh mendedahkan personaliti sebenar anda dengan cara yang mudah.
Bagaimana?
Imej haiwan yang pertama dilihat anda daripada gambar ini akan mendedahkan beberapa perkara tentang diri anda yang mungkin tidak diketahui oleh diri anda sendiri.

Burung atau ketam?

Jika anda melihat burung, bermakna anda mempunyai personaliti seorang yang suka meluahkan. Jika anda melihat ketam terlebih dahulu, bermakna anda adalah orang yang lebih bahagia dengan sikap lucu yang baik.

Atau kedua-duanya dalam masa yang sama?

Jika anda menyedari burung dan ketam dalam waktu yang sama, bermakna anda adalah seorang yang sensitif. Anda juga mungkin seorang yang mudah menunjukkan emosi anda.
Atau kuda?
Jika anda menyedari kuda terlebih dahulu, ia bermakna anda seorang yang bersemangat dan berdikari.

Atau adakah anda melihat ikan lumba-lumba?

Sekarang, jika anda menyedari ikan lumba-lumba terlebih dahulu, bermakna anda seorang yang kreatif. Orang yang artistik dan kreatif akan sentiasa melihat ikan lumba-lumba kerana kecantikan yang ada di dalamnya.

Jika anda melihat anak itik?

Ini bermakna anda seorang yang sangat teliti, yang cenderung kepada sisi senyap dan fokus. Anak itik tersembunyi dengan baik dalam gambar ini dan hanya mereka yang fokus secara mendalam sahaja yang akan menemuinya.

Atau mungkin anda melihat anak anjing atau beruang?

Jika anda melihat beruang, ianya adalah khabar gembira. Ini bermakna anda adalah salah seorang yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Selalunya, ia diiringi dengan personaliti yang kuat. Manakala, jika anda melihat anak anjing, anda mungkin seorang yang baik dan suka dijaga.
on Leave a Comment

“Bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan!” – Watson Nyambek

Kuching: “Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat, nasib kita macam tu, tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.”

Itulah luahan hati bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek setelah nama ayahnya dipersendakan dengan bunyi kambing oleh seorang pengacara dalam program komedi, Sukan Tak Sentral, keluaran sebuah syarikat Stesen TV Swasta.

Watson yang dikenali sebagai ‘The Flying Dayak’ merupakan bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu jelas tersinggung dan berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang atas penghinaan itu.

“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,”katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Watson turut menyatakan kekecewaan setelah tindakan itu dilihatnya secara jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

Stesen televisyen Media Prima Berhad menerusi anak syarikatnya Primeworks Studios (PWS) telah memohon maaf secara terbuka kepada Watson Nyambek atas perkara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idzham Omar bagi mewakil stesen berkenaan memohon maaf dan berjanji akan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

“Kejadian yang telah berlaku ini menjadi pengajaran buat kami agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.”

Watson pernah diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Namun, beliau telah dibebaskan daripada status tersebut selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

VIDEO:

The post “Bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan!” – Watson Nyambek appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2p9VcMJ
on Leave a Comment

“Saya maafkan dia cuma rasa terkilan dengan kecuaiannya”

Gombak: Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun meninggal dunia akibat terkena strok haba setelah ditinggalkan selama lebihkurang 3 jam dalam sebuah van di Bandar Country Homes, Rawang, Gombak, Jumaat lalu.

Mangsa, Muhammad Iqram Danish dilaporkan menaiki van kira-kira jam 2 petang untuk ke Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA). Namun, pemandu van itu tidak menyedari Iqram yang tertidur di belakang van dan hanya menyedarinya ketika hendak mengambilnya semula.

“Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan.” – Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar.

Pihak Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Ibu mangsa, Jumrah Thamrin ,38, ketika ditemui menzahirkan rasa terkilan dengan kecuaian pemandu van tersebut.

“Saya maafkan dia walaupun terdetik di hati rasa terkilan kerana kecuaian dia meragut nyawa anak,”

Jumrah mengatakan pemandu van tersebut telah datang ke rumahnya pada petang hari kejadian, namun tidak melihat kelibat anaknya.

“Kira-kira 5 petang, pemandu van tiba di rumah kami, namun saya tidak nampak kelibat anak saya. Saya terkejut apabila dimaklumkan anak saya sudah dihantar ke klinik berhampiran tadikanya selepas pemandu itu menyedari anak saya tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu,” katanya.

Dia kemudiannya bergegas bersama pemandu itu membawa Muhammad Iqram ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kerana diserang strok haba,” katanya.

The post “Saya maafkan dia cuma rasa terkilan dengan kecuaiannya” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2pSJbJG
on Leave a Comment

“Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu”

Keadaan kesihatan Adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, murid yang terpaksa dipotong kedua belah kakinya dilaporkan semakin teruk. Terbaru, ibu kepada adik Thaqif, Puan Felda Wani mengatakan tangan anaknya pula perlu dibedah akibat bakteria yang mengjangkiti kaki anaknya itu terlalu cepat merebak ke anggota badan yang lain.

“Semalam lepas potong kaki… tangan kanan dah mula bengkak dan kehitaman.. .Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran… untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sangat cepat….Saya dah redha apa jua ketentuan Allah…” Tulisnya.

Berikut Kronologi rawatan dan keadaan Adik Mohamad Thaqif:

Dalam masa yang sama, ibu Thaqif turut memohon doa semua untuk kesembuhan buat anaknya.

Adik Mohamad Thaqif merupakan murid di sebuah Madrasah di Kota Tinggi, Johor Bahru. Thaqif dikatakan merayu kepada ibunya agar dikeluarkan dari madrasah tersebut setelah mendakwa dipukul oleh pembantu warden menggunakan paip air.

Selepas lebih dari dua minggu kejadian tersebut, keadaan kaki Thaqif semakin teruk dan akhirnya kedua belah kakinya terpaksa dipotong setelah darah beku terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Pembantu warden yang dipercayai memukul pelajar lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pada 18 April lalu, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, yang mendakwa anaknya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah pada 24 Mac 2017.


The post “Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2oga7pB
on Leave a Comment

Pada masa Mendengar Azan, Inilah 5 Amalan Utama yang Boleh Anda Lakukan


KETIKA mendengar azan, seringkali kita sedang asyik dengan aktiviti masing-masing. Padahal ternyata ada lima amalan yang boleh kita lakukan setiap kali mendengar azan, dan mempunyai keutamaan yang luar biasa berupa syafaat Rasulullah kelak di hari kiamat. Apa saja itu?

Lima amalan tersebut telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim sebagai berikut:


(1) mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muadzin.

(2) bershalawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam: Allahumma sholli' ala Muhammad

 (3) minta pada Allah untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam wasilah dan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Jabir bin' Abdillah: Allahumma robba hadzihid da'watit taammah wash sholatil qoo-imah, aati Muhammadanil wasilata wal fadhilah, wab'atshu maqoomam mahmuuda alladzi wa 'adtah.

(4) membaca: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna muhammadan 'abduhu wa rasuluh, radhitu billahi robbaa wa bi muhammadin rosulaa wa bil islami diinaa, sebagaimana disebutkan dalam hadits Sa'ad bin Abi Waqqash.

(5) memanjatkan doa sesuai yang diinginkan. (Lihat Jalaa-ul Afham hal. 329-331).

Dalil untuk amalan nombor satu sampai dengan tiga disebutkan dalam hadis dari 'Abdullah bin' Amr bin Al 'Ash, ia berkata bahawa ia mendengar Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Jika kalian mendengar muadzin, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh muadzin. Kemudian bershalawatlah untukku. Karena siapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Allah akan bershalawat padanya (memberi ampunan padanya) sebanyak sepuluh kali. Kemudian mintalah wasilah kepada Allah untukku. Kerana wasilah itu adalah tempat di syurga yang hanya diperuntukkan bagi hamba Allah, aku berharap akulah yang mendapatkannya. Siapa yang meminta untukku wasilah seperti itu, dialah yang berhak mendapatkan syafa'atku, "(HR. Muslim no. 384).

Adapun meminta wasilah pada Allah untuk Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan dalam hadits dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Barangsiapa mengucapkan setelah mendengar adzan 'Allahumma robba hadzihid da'watit taammah wash sholatil qoo-imah, aati Muhammadanil wasilata wal fadhilah, wabatshu maqoomam mahmuuda alladzi wa' adtah '[Ya Allah, Rabb pemilik dakwah yang sempurna ini (dakwah tauhid), solat yang ditegakkan, berikanlah kepada Muhammad wasilah (kedudukan yang tinggi), dan fadilah (kedudukan lain yang mulia). Dan bangkitkanlah beliau sehingga boleh menduduki maqom (kedudukan) terpuji yang telah Engkau janjikan padanya], maka dia akan mendapatkan syafa'atku kelak, "(HR.Bukhari no. 614).

Ada juga amalan sesudah mendengar azan jika diamalkan akan mendapatkan ampunan dari dosa. Dari Sa'ad bin Abi Waqqash, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



"Siapa yang mengucapkan setelah mendengar azan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa anna muhammadan 'abduhu wa rasuluh, radhitu billahi robbaa wa bi muhammadin rosulaa wa bil islami diinaa,

(Aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku redha sebagai Tuhanku, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamaku), maka dosanya akan diampuni, " (HR. Muslim no. 386).

Dari 'Abdullah bin' Amr bahawa seseorang pernah berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya muadzin selalu mengungguli kami dalam pahala amalan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Ucapkanlah sebagaimana disebutkan oleh muadzin. Lalu jika sudah selesai kumandang azan, berdoalah, maka akan diijabahi (dikabulkan), "(HR. Abu Daud no. 524 dan Ahmad 2: 172. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadis ini hasan)

Artinya, doa sesudah azan termasuk di antara doa yang diijabahi. Setelah menyebutkan lima amalan di atas, Ibnul Qayyim berkata, "Inilah lima amalan yang boleh diamalkan sehari semalam. Ingatlah yang boleh terus menjaganya hanyalah as saabiquun, iaitu yang semangat dalam kebaikan, "(Jalaa-ul Afham, hal. 333).

Mari kita amalkan walaupun sederhana, yang penting rutin dan istiqamah. Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Sumber: Jalaa-ul Afham fii Fadhli Ash Shalah was Salaam 'ala Muhammad Khoiril Anam, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Dar Ibni Katsir, cetakan kedua, tahun 1432 H oleh Rumaysho


from Detik Islam http://ift.tt/2p5dsH8
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :