ng

ad

on Leave a Comment

Pemandu Mungkin Keletihan Sebab Tak Rehat


MUAR - "Sebagai pemandu bas, saya tahu pemandu keletihan sebab tidak rehat," kata tunang salah seorang mangsa nahas bas ekspress di KM137.2 Plus arah utara, awal pagi tadi.

Pemandu bas di Singapura, Hary Ramlan,26, merupakan tunangan mangsa yang maut Nur Amira Izzaty,22, dalam kejadian yang turut mengorbankan 13 mangsa lain.

"Saya yang menghantar Amira dan Saidatul (seorang lagi mangsa) ke Larkin, kami menunggu sehingga jam 1.45 pagi baru bas tiba.

"Kurang 10 minit mengambil penumpang, terus bas bergerak semula walhal baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur, kerana penumpang turun dari bas berkenaan dan bergerak semula ke ibu negara," katanya yang ditemui di perkarangan Forensik Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Hary yang berkenalan dengan Amira sejak lima tahun lalu merancang untuk mendirikan rumah tangga bulan Mei tahun hadapan.

"Saya ada melarang beliau untuk pergi, tapi dia nak pergi juga menyebabkan kami berselisih faham sedikit.

"Bila dia dah menaiki bas, saya ada terima mesej beliau meminta maaf dan halalkan makan minum sepanjang berkawan seakan dia nak pergi jauh,"katanya yang mengetahui tunangnya terlibat dalam insiden tersebut selepas mendapat maklumat dari grup Whatsapp selepas mendapat pengesahan nombor pendaftaran bas yang terlibat.

Beliau redha atas pemergian Amira yang merupakan anak sulung dari enam beradik dari Kota Tinggi turut menemani keluarga arwah.

Jenazah Amira akan dikebumikan di Kampung Semanggar, Kota Tinggi.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2is9OAn
on Leave a Comment

Kata-Kata Terakhir Mangsa Nahas Bas Ekspres Sebelum Dijemput Ajal

Hary Ramlan, 27, menangis sambil ditenangkan oleh ibunya Rosnita Ahmad, 49, (dua, kanan) apabila mendapat pengesahan tunangnya terkorban dalam nahas bas ekspress. — Foto Bernama

MUAR, 24 Dis — “Saya rasa nak pergi jauh” adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantarnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’ jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

“Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan,” katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

“Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

“Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. — Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ietSa8
on Leave a Comment

Tegas Pertahankan Kepentingan Dunia Islam, Sedia Letak Jawatan KUIS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada Majma’ Taqrib’yang ditubuhkan dalam tahun 1980, lapor Buletin Online.

Beliau berkata demikian kepada media apabila ditanya tentang kedudukan dalam KUIS dan pemergian ke Iran, selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, hari ini.

"Saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran,” jelasnya yang juga Naib Ketua KUIS.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.




Sumber: harakahdaily.net.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2i9sTIv
on Leave a Comment

Apa Hukum Bunuh Isteri Sebelum Dirogol Depan Mata?

KITA mungkin tidak pernah terfikir untuk bertanya soalan sebegini namun berbeza situasinya di daerah bergolak Aleppo, Syria.

gambar hiasan

Akibat bimbang dengan nasib atau kekejaman yang bakal dialami oleh ahli keluarga mereka terutama perempuan, lelaki di sana berfikir hingga ke tahap ini. Soalan ini telah dilontarkan kepada ahli agama Muhammad Al Yaqoubi.

"Kami menerima soalan sebegini dari Aleppo, bolehkah seorang lelaki membunuh isteri atau kakak sebelum dia dirogol oleh tentera Assad di hadapannya?


Ini pula jawapan daripada beliau.


"Adalah haram membunuh atas sebab takut dirogol atau pun membunuh diri. Kesabaran itu penting. Ganjaran menanti di akhirat.

Membaca kenyataan ini sebenarnya amat menyentuh hati. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara seagama kita di sana.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2i2ApVm
on Leave a Comment

WASPADA!! Tanda-tanda anda terkena pukau.

Image result for SUPERSTITIOUS
Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.


PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.

Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.

Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.

"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan," kata Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menurut Dr. Amran, yang juga salah seorang perawat kanan di klinik Darussyifa' di Bangi, Selangor, ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.

Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.

BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAN

Menurut Dr. Amran, dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.

Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.
Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.

Menurut Dr. Amran, kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.

Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya. Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.

"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Dr. Amran."

Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.

Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.

Dr. Amran berkata kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.

Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.

Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.

TANDA-TANDA TERKENA PUKAU

Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

KAEDAH MENGELAK PUKAU

Pertama, kaedah paling berkesan untuk mengelakkan kesan pukau ialah dengan meminta perlindungan Allah yang merupakan pencipta semua makhluk termasuk jin, iblis dan syaitan.
"Berdoa dan membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu merupakan sebaik-baiknya amalan untuk menghindarkan segala kemungkaran dan perlindungan Allah memelihara keselamatan diri, harta benda serta rumah kita," kata Dr. Amran.

Kedua, kekuatan roh merupakan satu lagi kaedah untuk mengelakkan daripada terkena pukau. Satu cara untuk menguatkan roh ialah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.

Ketiga, selain daripada perkara-perkara wajib, amalan-amalan sunat seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang taubat pada waktu malam, berzikir, berwirid, berselawat dan sebagainya patut dilakukan secara terus-menerus dalam usaha bertaqarub atau menghambakan diri kepada Tuhan.

"Melalui amalan-amalan itu, Allah akan sentiasa menyayangi diri kita dan memberi kekuatan kepada diri kita. la memberi ketenangan jiwa dan mengelakkan berbagai-bagai penyakit, termasuk sopak dan penyakit gila," kata Dr. Amran.
Keempat, menurut beliau, orang yang dikasihi Allah akan dikurniakan sifat qaramah atau kemuliaan. Setiap permohonannya diperkenankan dan dirinya akan sentiasa terpelihara daripada kejahatan manusia dan gangguan syaitan.Beliau menegaskan bahawa cara terbaik untuk merawat seseorang yang terkena pukau ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, bukannya berubat dengan orang-orang yang melibatkan diri dengan sihir.
"Setiap penyakit yang melibatkan sihir, lawannya ialah ayat-ayat suci," tegas Dr. Amran.

Kelima, mangsa yang dipukau bagaimanapun boleh mengubati dirinya sendiri, jika berupaya, dengan cara menguatkan rohnya. Jika tidak berupaya, seperti tidak sedarkan diri, lupa atau tidak tahu membaca Quran atau didatangi haid bagi perempuan, mangsa boleh meminta pertolongan daripada orang lain untuk merawatnya."Berubatlah dengan orang yang beriman yang menggunakan kalimah-kalimah Allah sebagai penawar, bukan dengan mereka yang bersubahat dengan ibiis dan syaitan," tegas Dr. Amran.

on Leave a Comment

Sudah Bayar RM44,500 Untuk Beli Rumah, Tapi Batalkan Niat Selepas Tahu Pemilik Rumah Susah, Sedekahkan Semua Duit Deposit

Gambar: Google

Sungguh mulia hatimu wahai Mr. Lee Hui Sen, itulah yang boleh admin katakan apabila terbaca sebuah pos yang dimuatnaik oleh Siti Na'imah Mohamed ke laman Facebooknya.

Beliau telah mengambil gambar surat berkenaan yang diperolehinya daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di mana surat berkenaan adalah surat Mr. Lee Hui Sen kepada pemilik rumah lelong yang hendak dibelinya.

Namun semasa datang melawat rumah itu beliau telah terpandang sesuatu menyebabkan dia tidak jadi meneruskan hasratnya, beliau juga tidak mahu mengambil semula wang deposit sebanyak RM44,500 di mana wang berkenaan disedekahkan kepada pemilik rumah berkenaan.

Jom baca.
Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.

Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.

Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.

Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.

Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.



Apa yang terjadi sebenarnya sehingga rumah itu akan dilelong?



Terima kasih Mr. Lee Hui Sen, hati anda memang mulia, harap anda terbaca artikel ini.

Sumber: http://ift.tt/1CMc8G7


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2i7Vscs
on Leave a Comment

Ustaz Khairi Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar

Allahyarham Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. - Foto Bernama

SEREMBAN: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.

"Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said di sini, 9 pagi esok, kata Abdul Karim Shahimi.

Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan," kata Tuan Ibrahim. -- Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hoO08J
on Leave a Comment

[VIDEO] Duta Rusia Ditembak Ketika Sampaikan Ucapan Perasmian

ANKARA 20 Dis. - Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov ditembak beberapa kali di bahagian belakang badan oleh suspek yang tidak dikenali ketika menyampaikan ucapan perasmian pameran fotografi di sini sebentar tadi.

Karlov disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.

Saksi di tempat kejadian berkata, selepas menembak Karlov, suspek bercakap mengenai situasi yang berlaku di Aleppo, Syria.

Penembak itu juga berkata, dia tidak akan meninggalkan lokasi insiden itu hidup-hidup.

Keadaan menjadi tegang selepas tembak menembak berlaku antara suspek dan juga pasukan keselamatan dan media Turki mengesahkan suspek ditembak mati dalam kejadian itu. - AGENSI




Ulasan Dr. Rozaimi:



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hkBR4J
on Leave a Comment

Ini Sebab Dr Maza Kagum Dengan Tun Dr Siti Hasmah Yang Mengejutkan


Saya teringat Tun Siti Hasmah. 6 tahun lepas saya ada menulis sebuah artikel bertajuk SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI. Saya rasa elok juga saya siarkan semula tulisan tahun 2010 itu buat yang belum pernah membaca. Ia hanya berkaitan dengan Tun Siti, dan sebuah artikel lama. Sila baca;

SAYA INGIN MEMUJI TUN SITI

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Setiap orang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Sumber: DrMAZA


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hPcAjN
on Leave a Comment

Penyokong Kritik Agong, Ini Jawapan Mengejutkan Amanah


SHAH ALAM - Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan menunaikan solat di beberapa masjid

Ketika ditanya, sama ada penyebaran kenyataan tersebut serangan musuh politik, Shazni berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hgIlSg
on Leave a Comment

Tidak Dapat Tawaran Berlakon, Hairie Othman Kini Bawa GrabCar


KUALA LUMPUR, 17 Dis ― Padah pernah berada di pentas pembangkang, Hairie Othman kini memandu GrabCar selepas hampir lima tahun tidak menerima tawaran berlakon.

Hairie, 45, berkata memandu GrabCar menjadi pendapatan sampingan selepas kerjaya seninya “digam” kerana berada di pentas politik.

“Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon.

“Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal.

“Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Pelakon filem Leftenan Adnan pada Oktober mengaku dipergunakan ketika aktif berada dalam parti politik.

Katanya, status sebagai selebriti dijadikan umpan untuk menarik orang ramai hadir mendengar ceramah politik.

“Saya pula termakan umpan. Lama-lama saya baharu sedar politik tetap politik,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menyertai PAS pada 2012, Hairie banyak berkongsi pentas ceramah parti itu dan Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sumber: http://ift.tt/1aoZXzE


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hJYLWw
on Leave a Comment

Cerita Disebalik Pemergian Tuan Haji Abdul Hadi Awang Ke Persidangan Di Iran




Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Dis. 2016


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2h05dYr
on Leave a Comment

TIPS SUPAYA RUANG LIVING ROOM ANDA NAMPAK LEBIH LUAS SERTA MENARIK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu lepas, dok sembang-sembang dengan suami... anak-anak melayan mainan diorang ler kan.. si baby macam biasa kerjanya isap jari.. haha.. rezeki anak ketiga ni... tak banyak ragam... Alhamdulillah... 

Sembang kat ruang tamu.. masing-masing cari jalan nak jadikan ruang tamu nampak luas.. maklumlah rumah teres biasa je kan.. tambah pula, 1/4 ruang tamu tu diambil buat sekatan untuk jadikan pejabat suami... maklumlah buat bisnes kat rumah camtu ler... Jadi, masing-masing dok fikir cara terbaik nak nampakkan ruang tamu nampak luas...  Kat ruang tamu, cuma ada almari buku kayu, tv dan sofa L... tapi nak juga bagi nampak luas... dengan meminimakan perabot yang ada... 

Akhirnya dapat idea.. iaitu modified rak buku kayu tu jadikan kabinet buku dan TV... Jadi, bertukanglah kami suami isteri modified rak buku yang ada tu...  dalam 2 jam juga la buat ni siap.. kemudian ubah kedudukan sofa... 


Alhamdulillah... memang nampak luas dan lapang. Anak-anak pun suka siap main pusing-pusing kat ruang tamu... dan yang menunjukkan ruang tamu tu lapang dan luas ialah, bila bercakap, suara pun bergema je... macam kat gua pula... Alhamdulillah.. puas hati... akhirnya dapat juga buatkan ruang tamu jadi luas... 


1.    Memilih rona yang cerah pada dinding dan lantai kediaman
Rona gelap mampu menjadikan ruang lebih nyaman sebab rona gelap menyerap cahaya dan tidak seperti rona cerah yang memancarkan cahaya. Tapi, untuk ruang tamu kelihatan lebih luas, pilihlah rona yang cerah untuk dinding dan lantai. Ini sedikit sebanyak dapat membantu ruang ini tampak luas. Untuk ruang tamu kami, kami pilih warna purple... sebelum ni warna biru... tapi habis diconteng anak-anak... Jadi, tukar kepada purple gelap sikit... sebab jadikan dua tone warna tak nampak sempit sangat. 

2.    Jarakkan perabot dengan dinding untuk suasana yang lebih luas
Merapatkan perabot ke dinding akan membuatkan ruangan ini menjadi lebih sempit. Cukup sekadar menjarakkannya beberapa sentimeter daripada dinding dan dengan cara ini, ia akan terlihat jauh lebih luas. Cara ni memang berkesan... Nampak lapang je bahagian tengah ruang tamu.

3.    Cat atau gunakan kertas dinding pada siling

Ingat nak buat juga ni... nak cari kertas dinding corak awan atau langit.. mesti nampak luas dan menenangkan.

4.    Menggunakan perabot multi-fungsi

Gunakan perabot multi-fungsi untuk menjimatkan ruangan. Tak pasti kat Malaysia ada ke tak... tapi kalau ada best juga kan... sebab tu kami modified rak buku dan combine dengan rak letak tv sekali.

5.    Pilih perabot yang sesuai
Ini penting masa beli perabot.. kalau boleh memang nak perabot atau sofa yang luas kan... tapi memandangkan ruang tamu segitu je... kami pilih sofa L je... jimat ruang. 

6.    Jangan pakai aksesori/ornamen ruangan yang terlalu besar
Hindarkan daripada meletakkan aksesori atau ornamen yang besar kerana ini hanya menjadikan ruang semakin sempit. Memang tak letak aksesori... MF pun tak minat sebab nanti berhabuk.

7.    Atur rak buku dengan kemas

Idea asal la ni... nak modified rak buku seperti gambar tu.. tapi tak jadi lah.. sebab banyak kerja... 

8.    Gunakan corak garisan

Dengan menggunakan permaidani yang bercorak garisan, ini dapat memperlihatkan ruang tamua lebih memanjang dan luas.

9.    Buka tirai jendela
Ruang yang terang dan cerah akan memberi impak yang lebih luas. Tirai pintu utama je ada.. jadi buka pun gelap gak sebab depan rumah pasang awning... 

10.    Material gelas

Bagi takde anak kecil ok kot... tapi MF tak berani nak guna material gelas kaca ni selagi anak tak besar... walaupun anak-anak MF anak perempuan... lasaknya mengalahkan lelaki... huhu

11.    Gayakan tema warna daripada setiap ruangan
Untuk dinding, rak dan perabot, gunakan rona yang sesuai dan pilih rona cerah untuk memberi impak luas tersebut.

12.    Gunakan perabot berkaki
Hampir sama dengan tip nombor dua, penggunaan perabot berkaki juga boleh memainkan peranan dalam mencipta ruang agar kelihatan lebih luas. Selain tu, mudah nak sapu habuk dan kemas.

13.    Hiasan cermin dinding

Meletakkan sebuah cermin besar pada dinding merupakan idea yang bernas. Tip ini adalah baik untuk merefleksikan cahaya dan seterusnya ruang tampil lebih luas. Yes!... ini deko seterusnya... nak cari cermin yang simple untuk letak pada dinding di ruang tamu... 

14.    Menggunakan permaidani sebagai pemisah ruangan
Khususnya bagi mereka yang tinggal di apartmen, tip ini sangat berguna dan membuatkan seolah-olah anda memiliki banyak kawasan di dalam sebuah ruangan yang besar. 

15.    Hiasan artistik
Tidak memerlukan hiasan gantung yang terlalu sarat, cukup sekadar memilih rekaan artistik yang besar bagi memenuhi ruang tamu kediaman. 
Sumber: Dekorasi karangkraf.com

Memang seronok sesekali deko rumah... memang hobi MF dan suami deko rumah bila takde kerja nak buat... ada saja kami akan ubah... ada kebaikannya deko dan ubah suai perabot dalam rumah ni... antaranya mengelakkan jin bertenggek kat rumah kita...dan untuk elak orang sihirkan rumahtangga kita juga... ini apa yang MF dengar dan baca dari pengamal perubatan Islam... 


kredit : MARIAFIRDZ
on Leave a Comment

TMJ 'Ceramah' Annuar Musa Isu Bola Sepak Kelantan


Perkara Terbaik Adalah Membiarkan Keputusan Dibuat Oleh Ahli-Ahli Gabungan Dan Penyokong Bola Sepak Malaysia.

Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut atau tidak. Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong. Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin.

Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut. Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda. Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka. Keutamaan harus diberikan kepada pemain tempatan dan bukannya pemain import. Ia jelas menunjukkan bahawa anda terlebih membayar pemain import dan hasilnya, anda tidak mampu untuk mengekalkan kelab.

Perkara itu tidak berakhir di sini, kita dapat lihat prestasi Kelantan mulai merosot dan cukup jelas bahawa kapal tersebut mulai karam. Lebih memburukkan lagi keadaan sebagai nakhoda kapal, anda memilih untuk meninggalkan kapal tersebut, dan membiarkan anak-anak kapal anda menderita. Dan dengan situasi tersebut, anda masih ada keinginan untuk menjadi Presiden FAM.

Jadi nasihat saya kepada anda adalah, tumpukan perhatian kepada kerjaya politik. Anda adalah seorang ahli politik senior yang sangat berpengalaman dan kami menghormati tugasan yang anda lakukan. Oleh itu, sila berikan tumpuan kepada tanggungjawab politik anda dan mungkin anda akan dapat membersihkan keadaan kucar-kacir serta skandal di Mara. Mari kita serahkan bolasepak tanahair kepada rakyat untuk membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia.

Bolasepak tidak memberi apa-apa manfaat kepada saya. Ia hanya satu sukan yang saya cintai. Beza antara sesetengah individu dengan saya adalah mereka berkhidmat kepada ideologi parti politik dan kepentingan peribadi. Saya berkhidmat untuk rakyat.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2hL6WPG
on Leave a Comment

Ini Jawapan Jakim Berikutan Isu Kit Kat Ada Alkohol

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Gambar hiasan 

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, menyatakan dalam hal ini, Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

"Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat," jelas kenyataan Jakim, hari ini.

Oleh itu, pihak Jakim menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu sebarang sebaran cerita sebelum menyebarkan kepada orang awam.

"Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut," jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim dalam melakukan pembelian produk luar negara.

Jelas pihak Jakim, sehingga kini, Jakim telah mengiktiraf 56 badan dan logo halal luar negara.

"Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, viral di media sosial bahawa coklat Kit Kat Nestle di dakwa mengandungi alkohol dan telah dipasarkan di Malaysia.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2gXgV66
on Leave a Comment

Kisah Ydp Agong Dengan Seorang Mejar Tentera Yang Buat Ramai Terpana


KUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.





"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”

“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”

"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”

Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.

Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.



Sumber: Astro Awani


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2gUrVCP
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :