ng

ad

on Leave a Comment

Kompleks Dedah Punca Sebenar Laksa Sarawak Dibuang


Sebuah pusat beli belah di Kuching mengakui cubaan mereka mencatat rekod Malaysia dengan menyiapkan laksa Sarawak sebagai suatu "kesilapan".

Mereka juga berterima kasih kepada orang awam yang memberikan maklum balas mengenai usaha berkenaan.

"Kami akan belajar daripada kesilapan. Jika kami mula mengabaikan kesilapan, kita tidak boleh menjadi lebih baik. Falsafah kami ialah memastikan kami melakukan sesuatu dengan betul, bukan menjadikan sesuatu itu betul. Ia hakikat sangat mudah," kata Pengurus Besar Plaza Merdeka, Cheah Kheng Mun.

Menurut Borneo Post, Cheah berkata demikian kepada media ketika mengagihkan 1,500 mangkuk laksa Sarawak kepada pengunjung kompelks beli belah berkenaan semalam.

Kelmarin Plaza Merdeka mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records dengan menghasilkan laksa Sarawak raksasa membabitkan 600 kilogram bahan yang kemudian disiapkan menjadi 1,500 hidangan.

Bagaimanapun didapati seluruh hidangan itu dibuang selepas majlis berkenaan menyebabkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Tambahan pula hidangan itu dianggap sebagai makanan istimewa Sarawak.

Kata Cheah keputusan membuang laksa Sarawak itu dibuat atas faktor keselamatan.

"Selepas ia dipamerkan, kami tidak boleh agihkan ia begitu saja kerana penasihat kami memberitahu kuahnya - daripada santan kelapa - mesti dikekalkan pada suhu tertentu.

"Menjelang jam 7 malam santan itu sudah basi dan laksa berkenaan perlu dilupuskan," katanya.

Sumber: Malaysia Kini


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eSrDrn
on Leave a Comment

Cara Mengenal Pasti Minyak Masak Yang Dikitar Semula


KOTA BHARU – Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan kesihatan.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.

Menurutnya, selain itu, pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengenal pasti ketulenan minyak masak dan antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eSkZS6
on Leave a Comment

Makkah Hampir Diserang Peluru Berpandu Tapi Lihat Apa Yang Berlaku

gambar hiasan

RIYADH – ARAB SAUDI. Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mendakwa pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu ke negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota Suci Makkah, lapor AFP.

Tambah tentera pakatan lagi, pemberontak melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Makkah kelmarin dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak hanya di seberang sempadan Arab Saudi.

Kota suci Makkah terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2f4jIqj
on Leave a Comment

Chef Wan Jawab Kontroversi Mangkuk Terbesar Laksa Sarawak Yang Dibuang


PETALING JAYA: Cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail mendakwa beliau tidak tahu laksa yang disediakan penganjur pada acara “Mangkuk Laksa Sarawak Terbesar”, di negeri Kenyalang itu baru-baru ini akan dibuang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan, juga menafikan terlibat dalam penyediaan makanan itu kerana hadir sebagai tetamu jemputan sahaja.

“Saya tidak masak laksa itu dan tidak pula saya sedar mereka (penganjur) tidak memberinya makan kepada orang lain sehingga saya berada di sana pagi itu,” katanya menu

Ia susulan kontroversi mangkuk gergasi laksa Sarawak, Chef Wan yang turut hadir pada majlis pecah rekod itu, menurut tulisannya di Instagram, beliau dijemput menyertai pelancaran dewan makan baru Plaza Merdeka bersama Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Ragad Walled Al-Kurdi pada jam 11 pagi untuk membuat demonstrasi masakan beliau.

Beliau tiba di Sarawak dua malam lalu, iaitu apabila semua wakil dari Plaza Merdeka menghampirinya dan meminta beliau menyertai acara mangkuk laksa Sarawak terbesar.

“Sememangnya saya berkata ya kan? Saya juga teruja untuk mengetahui sebesar mana mangkuk itu dan rekod yang perlu dicapai untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records.”

Terdahulu, netizen menyelar penganjur acara mangkuk laksa Sarawak terbesar seperti dilaporkan The Borneo Post mengenai pembaziran.

Salah satu pengikut Instagram beliau, @afiqashwin juga bertanya Chef Wan hari ini apa yang berlaku kepada laksa Sarawak itu selepas acara berakhir.

“Datuk, saya mahu mempersoalkan sama ada laksa itu boleh dimakan? Adakah mereka mengagih-agihkannya? Jangan beritahu saya mereka pecah rekod dan biarkan makanan itu dibazirkan?”

Chef Wan menjawab dengan mengatakan makanan itu dicemari kerana ditinggalkan di tempat terbuka selama beberapa jam.

“@afiqashwin Anda tidak beri makan orang lain dengan makanan yang terbiar beberapa jam kerana ia akan menyebabkan pencemaran dan beracun kepada orang lain … Anda tidak boleh mengambil risiko itu,” sebahagian jawapan Chef Wan .


Sumber: freemalaysiatoday.com/


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eZSFNX
on Leave a Comment

Kisah Pengorbanan Jururawat Dalam Tragedi Kebakaran HSA


PARA petugas Hospital Sultanah Aminah bertungkus-lumus memindahkan pesakit-pesakit ke lokasi selamat

“Saya bergegas ke tingkat dua, sebaik sampai di atas kesemua jururawat sedang bertungkus lumus mengeluarkan kesemua pesakit ke tempat yang selamat. Tanpa berlengah, saya terus membantu rakan sekerja lain.

“Keadaan dalam wad ketika itu agak kelam kabut dengan kaca bertaburan di atas lantai, namun saya terus menyelamatkan pesakit tanpa rasa takut.

“Ini kejadian pertama dialaminya sejak bertugas di hospital berkenaan dan pengalaman menjalani latihan kecemasan dan kebakaran sebelum ini sedikit sebanyak membantu.”

- Jururawat Hospital Sultan Aminah

Sumber: Utusan.com.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eHhAYW
on Leave a Comment

Isu Makan Duit Anak Yatim, Ini Komen Dari Seorang Peguam



Coretan peguam Hasif Hasan

Tajuk berita ini menarik minat saya untuk mencoret di sini.

" Adik Bongsu Mangsa Nahas Duke Didakwa Pecah Amanah

Dalam kemalangan tersebut, suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila; bergelar anak yatim piatu.

Namun, yang menjadi pertikaian hari ini ialah bila mana kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain telah mengadakan sesi sidang media mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’. "

Perlu saya tegaskan bahawa ini hanya tuduhan atau 'allegation' dan masih belum dibuktikan kesahihannya.

Pihak yang dituduh juga berhak untuk menafikan atau membela diri beliau daripada pertuduhan ini.

Tuduhan ini sesuatu yang serius dan jika mana mana pihak membuat laporan polis dan setelah berakhirnya sisasatan, juga terdapat arahan pendakwaraya untuk menuduh suspek, maka sudah tentu kes begini akan berakhir di mahkamah.

Saya sekadar mencoretkan peruntukan undang undang bagi kes atau kesalahan begini (jika ada).

Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mana perkataan "amanah" dalam peruntukan ini merujuk kepada semua kejadian yang mana seseorang yang telah diamanahkan itu menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti kepunyaannya sendiri.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kes Periasamy A/L Sinnapan v Pendakwa Raya (1996) 3 CLJ 187 seperti berikut :

"Section 405 Penal Code describes the person who may be guilty as one being any manner entrusted with property or dominion over it. And if that person dishonestly misappropriates (that property), he or she commits ‘Criminal breach of trust’.”

Pihak pendakwaan perlu membuktikan perbuatan tertuduh tersebut dilakukan dengan tidak jujur (dishonestly).

Seksyen 24 Kanun Keseksaan memperuntukan maksud “secara tidak jujur” seperti berikut :

“ Sesiapa yang membuat apa-apa dengan tujuan menyebabkan keuntungan salah kepada seseorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain tidak kira sama ada perbuatan tersebut menyebabkan kehilangan salah atau keuntungan salah sebenar, adalah dikatakan membuat perkara itu “secara tidak jujur"

Seksyen 406 Kanun Keseksaan ini membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Di dalam agama juga disentuh persoalan amanah.

Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud;

"Ada 4 perkara, jika dilakukan membawa kepada kemunafikan yakni; Apabila diberi amanah (kepercayaan), dia khianat. Apabila berbicara, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila berbalah, dia melampaui batas."

Dalam cerita tanah kubur pun selalu ada 'balasan' untuk pecah amanah ini. 


Credit to Tok Adi 👍🏻

Semoga kita menjadi manusia yang beramanah

Syukran wa iIlal liqaq


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eOCLoB
on Leave a Comment

Insiden Di Johor Ada Kaitan Unsur Keganasan? Ini Jawapan KPN


SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dan letupan di stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru, Johor pada Selasa tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden itu.

"Setakat ini tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur keganasan. Jadi orang ramai jangan menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan 100 unit Kerusi Roda kepada PDRM oleh Kelab Rotary Petaling Jaya di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian sejurus sebelum 9 pagi tadi, seramai enam pesakit maut apabila Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah terbakar.

Enam jam kemudian, seorang lelaki maut dipercayai akibat letupan daripada kebakaran tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru.

Khalid berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kedua-dua kejadian itu.

"Siasatan yang dilakukan adalah menyeluruh...jika ada elemen sabotaj, kita akan mengenal pasti perkara itu," katanya.


Dalam majlis itu, sebanyak 100 unit kerusi roda di sumbangkan Kelab Rotary Petaling Jaya kepada PDRM sebagai tanda mengenang jasa warga polis yang banyak berbakti kepada masyarakat.

"Sumbangan ini membuktikan Kelab Ratory prihatin dengan pengorbanan warga PDRM. Kerusi Roda Ini akan diagihkan kepada kontijen PDRM di seluruh negara mengikut keperluan," kata Khalid.

Beliau turut dikurniakan anugerah Paul Harris iaitu anugerah tertinggi kepada individu oleh Kelab Rotary Peringkat Antarabangsa. - mStar



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dUcuYa
on Leave a Comment

Myvi Diseret Lori 30 meter, Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku... Salah Siapa?


Video kejadian jam satu tengahari itu viral di media sosial selepas dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan. — Paparan skrin Facebook/Zarra

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Gara-gara cuba memotong di sebelah kiri, seorang pemandu wanita diseret lori sejauh 30 meter semalam, lapor Berita Harian.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menjelaskan lori dan wanita yang memandu Perodua Myvi berada di lorong kiri susur keluar Air Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Ketika sedang memotong, laluan terbabit semakin mengecil yang mana hanya boleh dilalui sebuah kenderaan saja menyebabkan berlaku pergeseran antara dua kenderaan itu.

“Impak pergeseran menyebabkan Myvi terbabit berpusing dalam keadaan melintang di hadapan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Menyebabkan ia terus diseret oleh lori terbabit sepanjang kira-kira 30 meter di laluan susur keluar berkenaan,” kata pegawai turus siasatan dan perundangannya Deputi Superintendan Shafie Daud.

Video kejadian jam satu tengahari itu viral di media sosial selepas dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan.

Shafie berkata wanita berusia 18 tahun dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Sumber: http://ift.tt/1aoZXzE


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2f5reG8
on Leave a Comment

Tikus Terbaring Di Atas Roti, Ini Jawapan Komugi

Seekor tikus kelihatan berada di atas susunan roti di bakeri Komugi Malaysia seperti dirakam oleh seorang pengguna Facebook. ― Foto ihsan Facebook/Melon Roux

KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Seorang pelanggan bakeri Komugi Bakery Malaysia terkejut apabila melihat seekor tikus terbaring di atas susunan roti yang baru sahaja dimasak.

“Saya tergamam seketika!” kata pelanggan itu Melon Roux di Facebook kelmarin, terperanjat besar setelah agak lama tidak berkunjung di situ.

Beliau kemudian memulangkan semula pastri yang mahu dibelinya sebelum memaklumkan perkara itu kepada kakitangan bakeri, yang terletak di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini.

Dua foto tikus itu, di atas talam roti, dimuatkan di media sosial miliknya sejak 23 Oktober lalu, menarik perhatian lebih 2,700 kongsian dan lebih 1,700 ulasan.

Menyedari masalah tersebut, Komugi hari ini “memohon maaf” kepada pelanggan-pelanggannya atas kejadian memalukannya itu.

Syarikat itu sedang menyiasat “insiden terasing” ini, tambahnya.

“Komugi mengambil perhatian pada insiden makhluk perosak di kedai kami di Mid Valley Megamall dan memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Keselamatan dan mutu makanan menjadi keutamaan kami dan kami memandang perkara ini dengan serius.

“Kami bersama pihak berkaitan dan pengurusan pusat beli-belah itu sedang menyiasat insiden terasing ini.”

Dalam proses siasatan tersebut, kata syarikat itu lagi, ia akan menutup kedai bakeri tersebut.

Pelanggannya boleh menghubungi bakeri tersebut melalui customerservice@komugi.com.my.

Sumber: Themalaymailonline.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2esEZwX
on Leave a Comment

Ustaz Hassan Din Dakwa Teguran Lawak Dalam Ceramah Disalah Erti, Ini Maksud Sebenar Beliau

Hassan Din menunjukkan petikan yang mengatakan lawak jenaka dalam ceramah tidak sepatutnya berlebihan.

GEORGETOWN - ‘Teguran saya mengenai lawak dalam ceramah disalah erti sesetengah pihak." Itu luahan penceramah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz yang mengakui menerima kritikan negatif berhubung tegurannya tempoh hari.

Hassan Din berkata, teguran itu dibuat kerana mahu ilmu agama disampaikan kepada pendengar dengan lebih berkesan, namun telah disalah erti sesetengah pihak.

“Saya hanya katakan boleh lawak, tetapi tak berlebihan. Bukan saya yang sebut, tetapi Syeikh Yusuf Abdullah Al Qaradawi yang sebut melalui Kitab Al Halal Wal Haram Fil Islam edisi Arab muka surat 273.

"Jelas di situ beliau mengatakan lawak dalam ceramah tak boleh keterlaluan, ibarat sedikit garam dalam masakan. Kadangkala isi sedikit, tetapi lawaknya lebih banyak. Jadi di mana pengisian yang sebenar? Bagaimanapun, saya mahu pihak berkenaan memahami erti maksud yang sebenar ini,” katanya selepas ceramah kembara beliau bagi mengutip dana Surau Kompleks Kota Raya, Ipoh.

Mengulas kutipan dana surau itu, Hassan Din selaku penaung kompleks berkenaan memaklumkan, beliau sudah menjelajah hampir ke seluruh negeri di semenanjung untuk membuat kutipan dana.

Menurutnya, sehingga kini pembinaan kompleks berkenaan sudah hampir 50 peratus siap.

“Saya harap orang ramai dapat mewakafkan wang mereka bagi pembinaan surau ini. Ulama mengatakan terdapat dua jenis sedekah iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ialah zakat dan sedekah sunat terbahagi kepada dua, amal serta jariah.

"Sedekah amal ialah sedekah yang mana ALLAH SWT berfirman, daripada satu kebajikannya akan dapat 10 pahala. Seperti kita beri sedekah kepada seseorang, kita bagi RM1, tapi pahalanya menjadi 10. Berbeza dengan sedekah jariah. Jariah ialah infak, daripada RM1, dia akan ditanam seperti benih yang baik dan kemudian berkembang menjadi rimbun yang mendatangkan manfaat berterusan.

“Sama seperti kita bersedekah untuk bina surau, bila siap surau itu nanti, betapa besar manfaat yang orang lain dapat daripada satu benih yang juga sedekah jariah kita itu tadi,” katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eNtIW7
on Leave a Comment

Punca Sebenar Kebakaran Di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah


JOHOR BAHRU - Enam pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran membabitkan tingkat dua hospital berkenaan kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Othman Abdullah berkata, seorang mangsa dipercayai kakitangan yang berada di wad ICU berkenaan dilaporkan selamat.

Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira jam 8.56 manakala 10 jentera dan 160 anggota bomba daripada Balai bomba dan Penyelamat, Johor Bahru, Tebrau, Kulai dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.


"Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan hospital berkenaan namun ia tidak merebak ke aras lain. Bomba berdepan dengan kesukaran mengesan mangsa berikutan asap tebal termasuk untuk memadamkan kebakaran,"katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata terdapat 294 pesakit dirawat di bangunan hospital ini serta 193 kakitangan berada dalam bangunan ketika kejadian.

"Manakala di wad ICU terdapat 7 pesakit dan 8 jururawat berada diwad ketika kejadian bagaimanapun hanya satu pesakit lelaki dapat diselamatkan yang turut melecur 80 peratus.

"Mangsa yang mati melibatkan empat pesakit wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50 tahun yang ditemui rentung dalam wad tersebut," katanya.

Semua jururawat yang bertugas di wad ICU berjaya diselamatkan bagaimanapun tiga daripadnya sesak nafas akibat asap tebal.

Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan pendawaian dan polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah. 



Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eiJnxd
on Leave a Comment

Kritikan-Kritikan Sosial Daripada 5 Filem P. Ramlee


P. Ramlee adalah orang filem dan juga penyanyi yang memunculkan dirinya untuk menghiburkan ramai. Dalam ramai-ramai orang itu barangkali ada diri kita sendiri yang pernah ketawa ketika menonton beberapa karya filemnya atau merasakan terharu mendengarkan gubahan lagu-lagunya.

7 Julai 2016 yang lalu, kenyataan dari David Teo menggugah perasaan kita semua. Ada yang marah, geram dan lain-lain.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P. Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang…,” – Malay Mail Online.

Kita tidak menafikan apa yang disebut oleh David Teo itu adalah peringatan buat orang-orang baru dalam industri hiburan di Malaysia, tetapi mencanangkan P. Ramlee dalam riwayat hidupnya yang berakhir dengan kemiskinan tanpa memperingati apa yang telah dilakukan P. Ramlee kepada tanah semenanjung ini, begitulah menjelekkan.

P. Ramlee telah meletakkan hidupnya pada satu tahap yang tinggi pada ketika dahulu. Daniyal Kadir dalam bukunya Membedah P. Ramlee terbitan Dubook Press telah memberikan gambaran kepada kita bahawa karya-karya P. Ramlee sarat dengan kritikan sosial.

Di sini kami memilih 5 filem terbaik dari filem-filem yang sudah dibedah oleh Daniyal Kadir dari bukunya:

1. Penarek Becha (1955) menyentuh tentang hierarki dalam struktur masyarakat dengan eleman patriarki yang cukup kuat. Golongan kaya menindas yang miskin dan golongan lelaki menindas wanita. Petikan dialog cukup baik untuk direnungi bersama “Kekayaan manusia itu hanya daki dunia”, “Budi bahasa tidak memerlukan modal.”

2. Semerah Padi (1956) adalah cerita yang bernuansa Islam. Memaparkan bagaimana hukuman Islam ke atas perbuatan jenayah seperti melakukan zina. Walaupun ada pertelingkahan pendapat ke atas hukuman tersebut, namun dalam hal ini kita masih boleh menerima pakai bahawa masing-masing mempunyai ijtihad dalam menentukan kadar hukuman.

3. Bujang Lapok (1957) muncul ketika semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Yang cuba diangkat adalah soal materialistik masyarakat dalam korpus negara kapitalis yang sedang membangun. Juga P. Ramlee sedikit sebanyak menyentuh soal feudalisme dan kelas.

4. Pendekar Bujang Lapok (1959) mengangkat isu kronisme, nepotisme melalui watak-watak gangster iaitu mendahulukan kepentingan peribadi dan keluarga berbanding kepentingan orang awam. Gangster yang wujud boleh dilihat sebagai kerajaan tempatan yang wujud tidak mampu menguruskan kesejahteraan dengan baik. Ini juga menyangkut kepada persoalan feudal yang tidak putus-putus P. Ramlee dalam banyak karya cuba untuk tekankan.

Dalam dialog Sudin mengeja papan tanda Sekolah Umum sebagai “Alif, Mim, Nun, Wau” dan disambung pula dengan “Alif tendang Wau, Sarkis (Sarkas)” Alif dan Wau jika dirumikan dalam bahasa Inggeris adalah United dan Organisasition. Jika ditendang United dan Organisasition maka yang tinggal hanyalah Sarkas (Malay dan National). Ini kritikan P. Ramlee ke atas politik.

5. Musang Berjanggut (1959) memberikan kritikan kepada golongan agamawan, ulama dan ustaz. Mereka berpura-pura dengan penampilan fizikal (penampilan agama) tetapi korup (ini melalui watak Datuk Nikah Kahwin – Musang Berjanggut). Juga kritikan diberikan kepada golongan pemerintah (watak Sultan) apabila Sultan sudah dilihat salah maka beliau umumkan untuk ke Mekah bagi mengerjakan Haji. Ini adalah eskapisme yang paling mudah untuk dilihat suci dan tidak berdosa.


Sumber: Thevocket.com

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dOcd9i
on Leave a Comment

Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Faizz Nur Buat Kenyataan Rasmi


KENYATAAN RASMI
FAIZZNUR

Assalamualaikum w.b.t

Saya mengambil pendekatan ini untuk memberikan penjelasan mengenai sidang media yang dilakukan oleh kakak saya, Datin Yusnidah dan abang ipar saya, Dato Roslan, seterusnya ulasan yang dikeluarkan oleh netizen terhadap saya. Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum, tetapi melihat kepada tuntutan semasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang dirasakan terlampau berat dan apabila semua cerita yang diviralkan merujuk kepada sebelah pihak sahaja, memerlukan saya untuk tampil memberikan penjelasan. Namun saya tidak akan membuat kenyataan balas sidang media kerana kes ini masih berjalan di mahkamah dan tindakan membuat kenyataan balas tersebut adalah satu kesalahan yang menghina mahkamah (contempt of court).

Kemalangan yang meragut jiwa abang saya dan isterinya pada tanggal 2 May 2015, cukup memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga dan saya merupakan antara adik beradik yang paling rapat dengan arwah.

Setelah tersebarnya berita kemalangan tersebut, ramai rakyat Malaysia yang perihatin memberikan sumbangan ikhlas kepada Amira dan Aqila. Sepanjang arwah abang saya dan arwah isterinya masih hidup, mereka dan anak-anak tinggal bersama mak saya dan saya. Amira dan Aqila membesar bersama-sama saya kerana kami tinggal di rumah yang sama.

Arwah abang saya menjalankan perniagaan yang menguruskan permit dan visa dan saya menolong arwah abang saya menguruskan perniagaan tersebut. Arwah telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut.

Selepas pemergian arwah, Amira dan Aqila tinggal bersama saya dan mak saya. Selepas itu, kedua-dua keluarga disebelah pihak ayah dan ibu Amira dan Aqila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqila.

Mak saya (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ayah mereka – arwah abang saya) meminta izin Pn Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ibu – arwah kakak ipar saya) untuk menjaga dua anak ini dan mak saya ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqila bersama-sama Alang iatu abang no. 3 saya, kerana, Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, dan kesemua anak-anak Alang cemerlang dalam bidang akademik dan ada yang menghafaz 30 juzuk al-quran dan isteri Alang juga ialah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Aqila. Kami sekeluarga amat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak-anak ini.

Sewaktu perbincangan dijalankan, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya, Datin Yusnidah mengenai penjagaan Amira dan Aqila yang akan dijaga oleh Mak saya dan Alang serta isteri.

Namun, seminggu selepas pemergian arwah abang saya, Kakak saya, bertegas untuk membawa pulang kedua-dua anak ini ke rumah mereka. Apabila, kami sekeluarga (mak dan adik beradik yang lain) ingin membawa Amira dan Aqila pulang kepangkuan neneknya untuk dijaga bersama-sama Alang, kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan-jalan, membawa berjumpa artis dan sebagainya.

Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan kakak saya Datin Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik-beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada Kakak saya, Datin Yusnidah.

Pada ketika itu, Dato Roslan iaitu abang ipar saya, ada menelefon saya ada menyuruh saya untuk memberikan keseluruhan duit derma rakyat Malaysia kepadanya, untuk diuruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu. Pada hemat saya dan adik-beradik lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara, dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (Yang masih lagi berjalan di mahkamah).

Pada tanggal Ogos 2015, sekali lagi kami kehilangan insan tersayang iaitu mak kami yang tercinta

Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan Amira dan Aqila. Kami bersepakat adik beradik (kecuali kakak saya) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut.

Saya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya yang hanya RM12,000 diberikan.

Begini ceritanya.

Kakak saya meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan arwah ibu, Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila dan kami adik beradik sepakat memberi kepadanya.

Tidak terhenti disitu sahaja.

Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqila diberikan secara konsisten kepada Amira dan Aqila. Pemberian duit belanja ini ada direkodkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditandatangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut.

Disamping itu juga, kakak saya Datin Yusnidah dan Dato Roslan ada membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah, penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutan faraid dan segala kes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sebarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti apa yang telah dihebohkan.

Mengenai tuntutan insurans, setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr Leo, kami sekeluarga bersetuju (termasuk Datin Yusnidah), tuntutan insurans hanya akan dilakukan selepas perbicaraan kes MyV berakhir. Namun, selepas kakak saya, mendapat hak penjagaan sementara, dia telah bertindak membuat tuntuntan insurans peninggalan arwah Abang saya secara menerus, bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui oleh kami sekeluarga sebelum ini iaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.

Mengenai isu mufti yang dibangkitkan, saya meminta maaf diatas salah faham yang ditimbulkan oleh Datin Yusnidah dan saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan.

Cukup lah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional. Kerana itulah perkara ini selayaknya diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah, yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak, dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum (court of public opinion).

Tambahan lagi kes ini melibatkan permasalahan keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebaliknya dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.

Sebagai waris keluarga lelaki yang amat menyayangi Amira dan Aqila saya telah cuba untuk mempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong Puan Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila – sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga Amira dan Aqila dan saya serta keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan anak-anak ini.

Terima kasih Datin Yusnidah diatas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini, secara terancang bersama-sama suami anda, Dato Roslan.

Along, Alang dan Adik (saya) hanya menjalankan tugas secara tegas.

Kini, segalanya sudah tercalar.

Maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka.

Bukan ini yang Arwah Mak dan Arwah Uda inginkan.

Bukan ini ajaran Arwah Abah.

Bukan ini yang kita pinta.

Terima kasih.
Faizznur
23 Oktober 2016


Sumber: Faizz Nur

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dNlZs9
on Leave a Comment

Siapakah Manusia Paling Kaya Di Malaysia Ketika Ini?


KUALA LUMPUR: Encik Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion ($14.02 bilion). 






Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi http://ift.tt/1kt39RU selain menrusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.  - BERNAMA


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dM8ZDd
on Leave a Comment

10 Fakta Mengenai Pen Pineapple Apple Pen Yang Anda Tidak Ketahui!

 

Pasti anda sudah mendengar lagu Pen Pineapple Apple Pen ‘PPAP’ yang versi originalnya dimuatkan ke dalam Youtube pada bulan Ogos lalu.

Video yang berdurasi pendek ini mempunyai fakta yang mungkin kita tidak ketahui.

Ayuh ketahui fakta lagu yang sedang menjadi Viral diseluruh dunia ini.


1. Lagu ini mempunyai komposisi untuk menjadi sebuah lagu viral. Catchy dan ritme membuatkan kita mendengar lalu menjadi ketagih untuk mendengar berulang kali. Lagu versi original ini dimuatkan ke dalam youtube pada bulan Ogos lalu dan telah mencapai 4 juta views dalam masa satu bulan.


2. Lagu ini dibuat oleh seorang berbangsa Jepun iaitu Piko Taro yang mengklaim bahawa dia yang mencipta lagu ini sekaligus sebaglai penyanyi.

3. Sebenarnya Piko Taro adalah satu karekter yang dicipta oleh seorang lelaki bernama DJ Kosaka Daimaou yang nama sebenarnya ialah Kuzuhito Kosaka. Kosaka adalah seorang comedian yang pernah muncul dalam filem bertajuk Nogami pada tahun 2012.

4. Lirik lagu ‘PPAP’ tiada maksud. Jadi tidak perlu mencari di google untuk mengetahui maksud lagu ini.

5. Dia adalah Borsalino dari One Piece di dalam dunia nyata yang merupakan siri komik Manga yang berasal dari Jepun. Lihat saja kostum kuning emas yang dipakai olehnya!

6. Kosaka pertama kali telah memperkenalkan karakter Piko Taro ini sewaktu membuat persembahan Stand Up. Karakter tersebut telah mendapat sambutan dan telah membawa ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kata lain Piko Taro ini bukanlah watak baru tetapi watak lama yang telah viral di internet.

7. Seperti kebiasaan video yang menjadi viral parody seperti Gangnam Style, Harlem Shake dan lain lain. ‘PPAP’ juga tidak terkecuali video yang diparodykan oleh ramai orang. Cari saja di Youtube

8. Anda mungkin bernasib baik jika melakukan video parody ‘PPAP’ dan tweet @pikotaro_ppap untuk mendapat reply dari Piko Taro sendiri.

9. Piko Taro mempunyai beberapa lagu dan sudah pastilah lagu yang mendapat perhatian ramai ialah ‘PPAP’.

10. Komen yang diterima semuanya kelakar dan ada yang sanggup memakai lagu ini untuk upacara pemakaman mereka! 


Sumber: http://ift.tt/2dKPUkU

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eFteA5
on Leave a Comment

Wan Azizah Dedah Sebab Sebenar Pembangkang Keluar Dewan


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak telus.

Katanya, isi pembentangan yang dilihat tidak realistik memaksa beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain meninggalkan Dewan Rakyat.

"Siapa yang sandiwara? Bukan kami! (Sebaliknya) Kami mahu beliau jawab siapa itu Malaysia Official 1 (MO1). Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi hutangnya?

"Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan. Siapa MO1 (Malaysia Official1)? Itu mesti dijawab," katanya kepada pemberita di pekarangan dewan, di Parlimen, hari ini.

Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.

Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan. 


Sumber: Sinar Harian

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2erqjhI
on Leave a Comment

Punca Sebenar Tapak Projek I-City Diarah Tutup


SHAH ALAM - Sebuah tapak pembinaan tiga menara pangsapuri mewah di I-City, Seksyen 7 di sini, diarah tutup dan menghentikan operasi serta merta selama 14 hari selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

Dalam operasi bersepadu selama tiga jam diketuai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Selangor hari ini, syarikat pembinaan didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh agensi berkaitan.

Justeru, pengarahnya, Mohd Zaid Zakaria berkata, tindakan itu diambil sehingga syarikat tersebut mematuhi semua syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain CIDB, operasi yang bermula pukul 10.30 pagi itu, turut disertai antara lain Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Keaselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, dalam pemeriksaan tersebut, pihaknya mendapati 11 daripada 30 syarikat kontraktor dan kontraktor kecil yang terlibat dengan projek pembinaan itu tidak memiliki Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang sah manakala empat lagi tamat tempoh perakuan tersebut.

"Walaupun ia sebuah projek pembinaan yang ikonik di bandar raya ini, namun kita tetap jalankan operasi dan beberapa kompaun ke atas kontraktor terlibat turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Zaid berkata, pemeriksaan PKD Petaling pula mendapati terhadap 10 kawasan pembiakan nyamuk aedes di tapak pembinaan tiga blok bangunan tersebut.

Selain itu, pihaknya mendapati ramai pekerja asing dikesan tidak memiliki kad perakuan pekerja binaan atau Kad Hijau CIDB.

"Ini kali pertama CIDB memeriksa tapak projek I-City...kita harap selepas ini kontraktor-kontraktor projek ini akan mematuhi peraturan pihak berkuasa memandangkan ia adalah sebuah projek yang besar," katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya didapati cuai dan melanggar ketetapan CIDB atau agensi penguatkuasaan lain, kontraktor projek pembinaan boleh dikenakan tindakan memberhentikan operasi serta merta dan digantung lesen. - Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dQzTYg
on Leave a Comment

Soalan Pertama Dari Mastura Ini Tarik Perhatian Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Datin Mastura Mohd Yazid yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar pada Isnin lalu, mengajukan soalan pertamanya dalam sidang Dewan Rakyat pada hari keempat hari ini.

Dalam sesi pertanyaan lisan, beliau bertanya sama ada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersedia untuk melaksanakan program 'rent to own' ke seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Tan Sri Noh Omar sebelum menjawab soalan berkenaan mengucapkan tahniah kepada Mastura atas kemenangannya dalam pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun lalu.

"Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dengan kemenangan PRK lalu. Walaupun tidak keluar rumah, masih boleh menang," katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan susulan kematian penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eTOIgQ
on Leave a Comment

Budak Berumur 4 Tahun Ini Memiliki Kelebihan Luar Biasa Sekali Yang Anda Pasti Tidak Akan Percaya!




MOSCOW - RUSIA. Si cilik yang hebat! Itu sahaja gambaran yang sesuai diberikan kepada seorang kanak-kanak yang kini viral kerana kepetahannya bercakap dalam tujuh bahasa.

Menurut Malaysian Digest, Angelina Bella Devyatkina, 4 atau Bella berasal dari Moscow, Rusia menjadi popular ketika menghadiri uji bakat sebuah rancangan.

Dalam ujibakat itu, Bella menjawab soalan dalam bahasa Rusia, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina dan Arab, menyebabkan juri dan penonton 'terlopong'.

Menurut ibu Bella yang mengajar bahasa Inggeris, Bella didedahkan dengan bahasa-bahasa berkenaan sejak lahir.

Bella juga dijaga lebih daripada seorang penjaga yang berlatarbelakangkan pelbagai negara.

Penjaganya bukan sahaja mengajar Bella mengenai bahasa dan frasa, malah menceritakan isu-isu dunia, sejarah dunia dan pelbagai topik dari ensiklopedia.

Rakaman telatah Bella telah viral di laman Facebook dan ditonton lebih 8 juta pelayar.

Sumber: Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2etZcPI
on Leave a Comment

Isu Songlap: Ini Respon Mengejutkan Adik Mangsa Nahas DUKE


SEMALAM satu Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Yusnida Husian, 48, yang mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain sebagai ‘pecah amanah’.

Ia susulan gagal memberi wang sumbangan orang ramai terhadap dua anak perempuan kepada pasangan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Mei tahun lalu.

Kali ini, Muhammad Faizznur tampil dengan memuat naik statusnya dalam Facebookyang mendakwa dirinya difitnah dan akan membawa isu berkenaan ke muka pengadilan.

Dalam postingnya, Faizznur berkata, akan membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih

Dia bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dinasihatkan peguam untuk menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

“Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

“Saya mohon rakyat Malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan,” katanya.


Menurutnya, media sosial bukanlah medium terbaik untk merungkai permasalahan ini dan kita serahkan badan kehakiman yang dihormati untuk menilai kes ini secara tulus.

Posting Faizznur melalui akaun Facebooknya Faizz Nur itu mendapat kritikan netizen yang mempersoalkan tindakannya gagal memberi wang sumbangan orang kepada Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4.

“Aku tunggu penjelasan dr pihak ko plk..aku nk thu kemana duit itu diuruskan?sebgi pemegang amanah adakah ko mjge dia sepenuh masa? dan lepas ni..hope segala urusan anak yatim ini selesai,” tulis Chot Tom dalam Facebook.

Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.

Yusnida dalam sidang media semalam mendakwa dua anak saudaranya hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000. – MYNEWSHUB.CC


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ek0lOU
on Leave a Comment

Mufti Wilayah Perjelas Isu Kekeliruan Pemegang Amanah

YUSNIDAH Husain bersama anak saudaranya, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Pemegang amanah anak yatim, mutawalli, bapa saudara atau sesiapa sahaja yang menjaga anak yatim boleh menggunakan hak pengurusan wang untuk tujuan keperluan anak yatim sahaja.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata hak pengurusan wang dan sedekah anak yatim perlu diuruskan pemegang amanah dengan kejujuran dan rasa tanggungjawab.

Beliau berkata, wang disedekah kepada anak yatim tidak boleh menjadi hak milik pemegang amanah atau digunakan untuk manfaat peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya.

"Ada yang bertanya kami, keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak yatim itu sendiri.

"Kami dengan tegas menyatakan hak pengurusan wang berkenaan tertakluk kepada keperluan dan sumbangan atau sedekah kepada anak yatim," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau mengulas dakwaan bapa saudara menyeleweng duit sumbangan kepada anak mangsa kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lalu, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 5, yang kini dijaga ibu saudaranya, Yusnidah Husain, 48.

Semalam, Yusnidah, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, mendedahkan kanak-kanak berkenaan hanya menerima RM12,000 daripada jumlah keseluruhan sumbangan orang ramai sekitar RM300,000.

Dr Zulkifli berkata, jabatan ada menziarahi keluarga berkenaan sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi dan sudah menjelaskan isu berkenaan kepada ahli keluarga mangsa.

Bagaimanapun, katanya, alasan dinyatakan adik Yusnidah ketika ini adalah tindakannya merujuk kepada penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa duit diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana dimasukkan ke dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini.

Sumber: bharian.com.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ejzUV6
on Leave a Comment

“Berbaloi Ke Kerja Offshore?” Jawapan Engineer Ini Akan Buat Anda Termenung


Semasa belajar di UTP, saya mula melihat potensi dalam bidang minyak dan gas. Matlamat utama pastinya bukan bidang itu sendiri, tetapi potensi untuk mendapt gaji yang lumayan.

Semasa praktikal saya telah mendapat peluang untuk ke Offshore bagi kerja Hook-up.

Setelah menamatkan pengajian, saya mula menyusun langkah mencari peluang dalam bidang ini. Kerja pertama saya hanya bertahan selama 2 bulan. Sempat saya habiskan 2 job di atas ‘Drilling Rig’.

Namun atas masalah syarikat, saya berhenti.

Alhamdulillah, rezeki saya masih ada di dalam bidang ini. Saya telah mendapat tawaran sebagai Jurutera Lapangan.

Dari pengalaman saya, ini yang saya boleh kongsikan:

1. Gaji/Elaun

Umum mengetahui gaji/elaun pekerja laut agak lumayan, itu saya tidak nafikan. Kebiasaannya pekerja tetap diberi gaji bulanan dan elaun offshore.

Elaun yang pernah saya terima sekitar RM80 – RM350 sehari.

Bagi pekerja kontrak/freelance, kebiasaannya gaji dibayar mengikut hari yang mana jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit sehari.

2. Rotation & Shif

Bergantung kepada jenis kerja, ada yang rotation 2minggu on/off (biasanya kerja di pelantar), ada yang 4minggu on/off (biasanya kerja di drilling rig), ada yang berbulan-bulan (biasanya orang kapal), dan bagi kru projek rotation tidak menentu bergantung tempoh projek. Kebiasaannya saya perlu ke laut 2-3 bulan, off 1 / 2 minggu dan kembali semula ke laut.

Bagi shif pula, hanya ada shif malam / shif siang, dimana 1 shif adalah selama 12jam. Nampak mudah bukan kerja 12 jam, namun bagi Jurutera tempoh 12 jam hanyalah untuk memantau kerja kru di deck atau pelantar.

Selepas habisnya 1 shif, pelbagai laporan dan plan kerja perlu di kemaskini.

Kebiasaannya 1 hari tempoh kerja sekitar 15 ke 16 jam, lebih sehari pun sudah menjadi lumrah kerja laut.

Lebih teruk lagi, jika tersadai di pelantar atau boat ketika cuacu buruk. Hanya mampu pasrah dan berdoa untuk cepat pulang ke kapal.

3. Pengangkutan


Hanya ada 2 cara untuk pergi offshore samada helicopter (chopper) atau kru boat. Kebiasaannya hanya klien atau pekerja rig yang guna chopper, untung mereka kan?

Bagi kami kru projek, boat adalah satu-satunya pengangkutan yang digunakan. Pengalaman saya yang paling ngeri apabila menaiki boat untuk pulang ke darat selama 33jam, keadaan saya ketika itu amat sengsara.

Telan pil, tidur, bangun, makan masih nampak laut. Saya pun tak ingat berapa kali muntah ketika itu.

4. Makanan

Bagi makanan ia bergantung kepada dimana anda berada, menu pastinya berbeza.

Pernah satu ketika saya terdampar di sebuah pelantar, makanan memang superb. Dengan pelbagai makanan laut, ais krim baskin robbins & magnum, buah-buahan, segalanya ada.

Boleh katakan saya tidak pernah ponteng waktu makan 5 kali sehari dan sejujurnya berat saya bertambah 2kg dalam masa 36hari.

Namun yang pahitnya pasti ada, ketika di dalam boat di Mumbai, hampir 2 hari saya hanya makan nasi putih berkuahkan dhal.

5. Keselamatan

Masa kerja di laut, fokus yang tinggi diperlukan setiap masa demi keselamatan. Walaupun kerja sentiasa rasa tak tenang dan seperti di dalam penjara.


Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampaikan ada yang tak dapat menghadiri pengkebumian ibu bapa sendiri akibat ketiadaan boat dan chopper.

Jika anda tonton ‘Deepwater Horizon’, bayangkan kami pekerja laut yang setiap masa terdedah dengan pelbagai risiko. Kisah putus jari, terjatuh laut, terlanggar objek tergantung adalah kisah yang seringkali didengar.

Pepatah ada mengatakan, ‘IT’S JUST A JOB BUT NOT WORTH YOUR LIFE’, jadi fokus, fokus dan fokus.


6. Telekomunikasi

Mujurlah kini teknologi semakin canggih, saya tidak dapat bayangkan bagaimana pekerja laut terdahulu ‘survive’ selama berbulan-bulan tanpa khabar berita dari keluarga.

Sedangkan saya pada satu ketika pernah terputus hubungan internet & telefon selama seminggu, perasaan ketika itu rasa bagai nak gila mengenangkan nasib isteri dan keluarga.

Hubungan telekomunikasi di laut sangat-sangat terhad. Kapal terakhir yang saya naik, untuk telefon SGD15 = 60minit.

Nak bergayut perlu beratur lagi, tidak boleh lama-lama mmg kena ‘sound’ nanti. Internet pula tidak menentu tenggelam timbul.

7. Keluarga


Untuk anda yang masih lagi bujang pastinya tiada masalah untuk pergi ke laut selama mungkin. Begitu juga saya, di awal saya ke laut 2-3 bulan tidak rasa apa pun.

Segalanya jadi lain setelah berkahwin dan mempunyai anak, jujur saya katakan yang pastinya air mata jantan saya menitis setiap kali ingin melangkah keluar rumah untuk ke ‘offshore’.

Mujurlah saya mempunyai boss yang masih punya perasaan, ikutkan semasa isteri bersalin saya perlu naik laut tetapi beliau melepaskan saya selama 3 minggu untuk bersama isteri.

Ini adalah pengorbanan terbesar bagi orang laut, kami gadaikan masa bersama keluarga demi rezeki di laut.

Kesimpulan:
Jika ada adik-adik yang baru grad terdetik untuk ‘join’ bidang minyak & gas, fikirlah sekali lagi.

Ianya tidak seindah yang seperti anda bayangkan. Banyak lagi peluang lain yang terhidang di depan mata.

Walaupun bekerja pejabat, tetapi anda mempunyai masa dan peluang untuk melakukan kerja sambilan seperti Berniaga Online, Perunding Unit Amanah, Agen Hartanah, Agen Dropship, Uber/Grab dll.

Bagi rakan-rakan yang sedang bekerja di laut, rancang masa depan anda dari sekarang. Sediakan wang kecemasan sekurangnya 6 bulan ke 1 tahun.

Tiada apa yang kekal selamanya, sebaliknya cari jalan untuk menjana pendapatan pasif bagi pelan persaraan kelak.

Kepada para isteri yang suami kerja laut, berterima kasihlah kepada suami anda dengan pengorbanan mereka demi keselesaan keluarga.

Kepada para suami yang kerja laut, berterima kasihlah kepada isteri anda yang menjadi ketua keluarga semasa anda di lautan.

Buat Nurul Fahida Abu Bakar , terima kasih atas pengorbanan menjaga Baby Jelita Aisyah.

Andai kata saya diberi pilihan untuk kembalikan masa, pastinya saya akan memilih jalan yang lain. Selamat berjaya rakan-rakan

Sumber : Syed Amirul


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dMJ23V
on Leave a Comment

Dua Beradik Yatim Piatu Waris Mangsa Kemalangan Duke Hanya Terima RM12,000

Firuza Amira (kanan) mencium Yusnidah Hussain sambil diperhatikan Nur Firuza Aqilah. Kedua kanak-kanak itu menjadi anak yatim piatu selepas tragedi kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang yang mengorbankan kedua ibubapa mereka pada tahun lalu. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 Okt. 2016.

Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.

Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.

"Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

"Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.

"Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

"Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

"Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini.

Yusnidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.

Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.

Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.

Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya.

Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.

Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.

Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.

Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. - MalaysiaGazette.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2eqDLim
on Leave a Comment

Ini Komen Bekas Bufti Berkenaan Pembentangan RUU Oleh TGHH.. Patutkah?

Juanda Jaya, bekas mufti Perlis, risau usul PAS ‘mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan’. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Bekas mufti Perlis bimbang rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencemarkan nama Islam kerana banyak perkara mengelirukan.

Datuk Dr Juanda Jaya berkata ramai umat Islam tersalah faham dengan RUU yang cuba dibawa presiden PAS, dibimbangi mendatangkan pemikiran ekstrem dalam masyarakat.

“Saya yakin ramai rakyat sudah salah faham dengan isu ini. Nampaknya usaha Hadi, saya bimbang ia lebih mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan.

“Akhirnya mengajak kepada pemikiran ekstrem dalam masyarakat. Kita tengok di mana-mana pun percambahan pemikiran ekstrem, penghujungnya mahu laksana hudud.

“Potong tangan orang, potong kepala orang. Siapa tidak takut? Bersunat pun orang takut. Masuk Islam potong dekat bawah, keluar Islam potong dekat atas,” katanya kepada ProjekMMO, Jumaat lalu.

Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam dijangka akan membahaskan RUU persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.

Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.

Juanda, 44, bekata RUU yang dibawa Hadi umpama tetamu tidak diundang apabila tujuan dan kandungannya tidak dihebah kepada umum.

“Kita pun tidak tahu apa tujuan tetamu itu datang. Dia pun tidak cakap hendak datang tetapi kerana kita menghormati tetamu, kita benarkan tetamu itu masuk rumah.

“(Beliau) sudah bentang, tidak mahu bahas, kemudian ditangguhkan. Selama tempoh sebelum bahas, ada atau tidak penjelasan yang dibuat kepada orang ramai?

“Setakat hantar rombongan, minta sokongan. Beritahulah hendak sokong apa? Ini minta orang beri cek kosong, mereka yang tentukan berapa jumlah wang,” katanya.

Sumber: Themalaymailonline.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dLrBAM
on Leave a Comment

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlantikan Yang Dipertuan Agong Malaysia

 

Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun.

Ini adalah salah satu sistem pemerintahan yang unik di dunia. Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15. Antara isu yang menjadi perbicangan hangat adalah "Adakah seorang sultan boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia jika tidak mempunyai permaisuri?".

Ramai menjawab tidak sedangkan itu bukanlah perkara sebenar. Inilah retorik cerita bualan rakyat Malaysia setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Retorik yang sering diceritakan secara turun temurun mungkin.

Berikut adalah beberapa perkara asas berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Ciri-ciri kelayakan seorang Raja untuk dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong:-

  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih;
  • Hanya Raja-raja sahaja yang boleh mengundi;
  • Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, Seorang Raja lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mengundi sebagai “proksi”;
  • Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX;
  • Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Jadual Ketiga (Perkara 32 dan 33), Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Bahagian 1

1 (1) Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika-

(a) Raja itu belum dewasa: atau

(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau

(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Berdasarkan penerangan tersebut jelas tidak dinyatakan bahawa seseorang Sultan itu perlu mempunyai permaisuri untuk membolehkan baginda di lantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Semoga segala kekeliruan dan perbincangan rakyat Malaysia selama ini terjawab.

Sumber:

http://ift.tt/2eia73X
http://ift.tt/2do8WKq
http://ift.tt/2eiaCeC


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2do8CuW
on Leave a Comment

Sebulan Bekerja Sebagai Pemetik Buah Di Australia Buat Saya Sedar Akan Realiti Ini


Ramai anak muda kita tertarik dengan gaji lumayan sebagai pemetik buah di Australia yang menjanjikan pendapatan sehingga RM10 ribu sebulan. Sehinggakan ada yang sanggup untuk menggadaikan kereta atau meminjam wang daripada rakan-rakan dan saudara demi mengejar peluang keemasan itu.

Namun, sejauh manakah ketelusan tawaran pekerjaan itu dan adakah ia bebas daripada penipuan? Adakah mereka berjaya untuk melepasi imigresen Australia yang begitu ketat bagi merealisasikan impian mereka?

Ikuti pengalaman saya sendiri semasa bekerja di negara kanggaru itu selama sebulan.



Sejujurnya, faktor gaji lumayan mendorong saya mencuba nasib di Australia. Kebetulan pula saya mempunyai rakan yang telah lama bekerja di sana dan dia yang banyak membantu dalam mencari pekerjaan.

Berbekalkan 400 dolar di tangan dan harapan tinggi menggunung saya membawa diri ke Perth. Saya ditempatkan di ladang sayur kira-kira sejam perjalanan dari bandar.

Di situlah tempat saya tinggal dan bekerja. Saya perlu menjalani latihan selama 2 minggu di ladang sayur kepunyaan orang Malaysia sebelum ditempatkan di sebuah ladang beri biru berdekatan dengan kawasan rumah.

Saya sampai pada bulan Ogos, iaitu bulan terakhir dalam musim sejuk. Namun cuaca di sana sangat sejuk kerana kedudukan jauh di pedalaman. Suhu pada awal pagi sangat sejuk dan beransur-ansur panas pada waktu tengahari tetapi kehadiran angin sejuk cukup membuatkan saya menggigil dan kemudiannya ia kembali sejuk pada waktu malam.

Kadangkala suhu pada waktu malam boleh mencecah 5 darjah selsius. Krim perlindungan matahari amat diperlukan jika bekerja di ladang kerana sinaran UV amat tinggi ketika cuaca terik. Jadi, jangan tertipu dengan angin sejuk walaupun matahari berdiri tegak di atas langit.

Setiap mereka yang bekerja di ladang ini akan ditempatkan di rumah sewa dan perlu membayar sewa bulanan sebanyak 100 dolar seminggu. Rumah kami mempunyai lebih kurang 5 bilik dan setiap bilik memuatkan 5 hingga 6 orang dan keadaan rumah tidak kurang seperti rumah setinggan di Malaysia.

Hanya terdapat 2 tandas yang digunakan untuk 30 orang. Bayangkan, bagaimana kami perlu mengatur waktu mandi kami pada setiap hari. Dapur berkonsepkan terbuka membuatkan kami kesejukan jika memasak pada waktu pagi dan malam.

Kami selalu sahaja berdepan masalah bekalan elektrik terputus dan kebanyakan berlaku pada waktu pagi ketika kami masih diulit mimpi. Bayangkan bagaimana kami tidur dalam kesejukan.

Pemanas juga tidak disediakan dan kami terpaksa membeli sendiri. Saya tidur berbekalkan dua sleeping bag dan memakai seberapa banyak baju untuk kekal panas.

Semasa latihan 2 minggu di ladang sayur, saya menaiki traktor dan kereta untuk ke tempat kerja yang terletak dekat dengan tempat tinggal saya. Waktu berkerja tidak tentu bergantung kepada budi bicara supervisor.

Kadang-kadang berkerja mulai jam 7.30 hingga 8 pagi dan berakhir pada sekitar jam 4 hingga 6 petang.




Cabaran bekerja di negara asing

Di Australia, kita dilayan seperti kuli dan kudrat kita dikerah sepenuhnya bagi memenuhi standard mereka yang tinggi. Tidak kira hujan panas, kerja perlu disiapkan dengan cepat dan berkualiti.

Majikan di sana tidak suka mereka yang lambat membuat kerja. Konsep cepat dan tepat digunapakai diseluruh Australia.

Pengalaman buruk saya ketika menanam kacang pada waktu hujan. Saya menggigil kesejukan dibasahi. Pada masa itu, tiada apa yang difikirkan melainkan ingin pulang semula ke tanah air. Namun, saya kuatkan semangat kerana saya tahu itu jalan yang dipilih.

Sebelum bekerja di ladang anda perlu tahu bahawa kerja di ladang juga terbahagi kepada 2 jenis. Pertama, gaji dibayar mengikut jam. Purata gaji dibayar 13-25 dolar sejam dan waktu berkerja 6 hingga 8 jam. Semua kerja perlu dilakukan dengan pantas.

Kedua, gaji dibayar secara kontrak mengikut berapa banyak buah yang dikutip. Ia juga bergantung kepada ladang dan bos itu sendiri. Mengikut pengalaman rakan saya yang pernah bekerja di ladang strawberi, dia dibayar lebih kurang 1.40 dolar setiap bakul strawberi yang berjaya dikutip. Gaji bergantung kepada tahap kelajuan anda untuk mengutip seberapa banyak buah yang anda mampu.

Saya bernasib baik kerana diberi kerja berdasarkan kontrak. Seminggu bekerja di sana sama dengan kerja sebulan di Malaysia. Makanan halal juga mudah didapati dan barangan dapur di sana murah dan saya mampu makan mewah setiap minggu berbanding di Malaysia.

Nasihat saya kepada anda yang ingin bekerja di Australia, sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang keburukan. Realiti menjadi pemetik buah tidak seindah seperti yang anda sangka.

Anda perlu berkerja keras untuk mendapatkan hasil lumayan.

Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Ada yang datang ke Australia gagal mendapatkan pekerjaan, ada yang hanya bekerja beberapa jam setiap minggu dan yang mana bernasib baik dapat bekerja setiap hari dalam masa yang tetap. Nasib setiap orang berbeza-beza dan jangan membandingkan diri dengan orang lain.

Ada juga mereka yang menjadi mangsa penipuan ejen dan terpaksa pulang dengan tangan kosong. Bagi saya, pemergian ke sana adalah atas risiko anda sendiri dan tidak perlu menyalahkan sesiapa. Jika anda berjaya melepasi imigresen Australia, anda cukup bernasib baik.

Rezeki itu akan datang samada lambat atau cepat. Hanya mereka yang hati kental sahaja dapat bertahan.

Berada di sana sebulan cukup menginsafkan diri saya. Saya belajar untuk mensyukuri, menghargai dan berterima kasih atas apa yang saya ada dan jangan memandang rendah pada mereka yang berada di bawah.

Sumber: Thevocket.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2do6B1L
on Leave a Comment

10 Pelakon Lelaki Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia


BIDANG seni sememangnya boleh dianggap sebagai lubuk kekayaan.

Masakan tidak, dengan hanya membintang beberapa buah filem dalam tempoh setahun, seorang pelakon boleh memperoleh gaji tahunan melebihi RM200 juta.

Laman Forbes merangkumkan pendapatan para pelakon lelaki popular dunia menerusi data daripada portal-portal hiburan seperti Nielsen, Box Office Mojo dan IMDb serta temu bual dengan pihak pengurusan para pelakon berkenaan.

Jumlah tersebut dikira bermula dari Jun 2014 hingga Jun 2015.

Beberapa muka baharu dilihat menggantikan para pelakon popular yang lazimnya memonopoli carta seperti Liam Neeson, Daniel Craig dan Hugh Jackman.

Berikut merupakan 10 pelakon lelaki dengan bayaran tertinggi di dunia setakat ini.

10 – Mark Wahlberg

Foto - AFP

Mark Wahlberg yang berada di tangga ke-10 senarai dilapor menerima bayaran sebanyak AS$32 juta (RM125 juta).

Filem lakonannya iaitu Transformers: Age of Extinction dan The Gambler mendapat pulangan yang memberangsangkan.

9 – Akshay Kumar

Foto - Trailer Brothers

Filem drama-aksi dibintangi Akshay Kumar berjudul Holiday: A Soldier Is Never Off Duty merupakan filem Bollywood dengan kutipan tertinggi sepanjang 2014.

Lakonan dalam beberapa lagi filem popular melayakkan bintang berusia 47 tahun ini menduduki tangga kesembilan.

7 – Amitabh Bachchan dan Salman Khan

Foto - AFP

Tempat ketujuh dikongsi oleh dua bintang tersohor Bollywood iaitu Amitabh Bachchan dan Salman Khan yang masing-masing menerima bayaran sebanyak AS$33.5 juta (RM130 juta).

Kedua-duanya aktif berlakon dalam pelbagai filem blokbuster Hollywood dan Bollywood.

6 – Tom Cruise

Foto - AFP

Tangga keenam diduduki oleh Tom Cruise yang dianggarkan membawa pulang AS$40 juta (RM156 juta).

Tom Cruise yang melakonkan karakter Ethan Hunt dalam siri filem Mission: Impossible turut menjadi penerbit dalam filem kelima yang dikeluarkan pada 30 Julai lalu.

5 – Adam Sandler

Foto - AFP

Adam Sandler dilaporkan telah menandatangi empat kontrak filem secara eksklusif bersama Netflix sekali gus menjadikan pelawak ini sebagai pelakon kelima dengan pendapatan tertinggi.

Beliau dianggarkan memperoleh AS$41 juta (RM160 juta).

4 – Bradley Cooper

Foto - AFP

Filem-filem popular seperti American Sniper, Guardians of the Galaxy dan Serena dilihat menjana pendapatan Bradley Cooper sehingga melayakkannya berada di tangga keempat dengan AS$41.5 juta (RM162 juta).

3 – Vin Diesel

Foto - AFP

Bintang yang popular menerusi siri filem The Fast and The Furious, Vin Diesel selesa di tangga ketiga dengan jumlah pendapatan AS$47 juta (RM184 juta).
Keluaran ketujuh siri filem perlumbaan kereta itu memperoleh kutipan lebih AS$1.5 billion (RM5.8 billion).

2 – Jackie Chan

Foto - AFP

Lagenda filem Hong Kong, Jackie Chan menduduki tangga kedua dengan bayaran AS$50 juta (RM195 juta).

Pelakon berbakat berusia 61 tahun itu memperoleh sebahagian besar bayaran daripada pemilikan syarikat panggung wayang dan lakonan dalam filem Dragon Blade.

1 – Robert Downey Jr.


Buat tahun ketiga, Robert Downey Jr berjaya mengungguli carta dengan bayaran tahunan sebanyak AS$80 juta (RM312 juta) menjadikan teraju utama filem Iron Man itu sebagai pelakon lelaki dengan bayaran tertinggi di dunia pada 2015.

Sumber: astroawani.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dX01Co
on Leave a Comment

Ini Kejadian Sebenar Yang Berlaku Sebelum Berlaku Pembunuhan

Unit Forensik mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Kuala Terengganu. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - "Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan lembut sanggup bertindak agresif dan menikam abang saya," kata Azlina Husin, 27, adik kepada kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibunuh di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam), di sini pagi tadi.

Beliau bersama enam anggota keluarganya termasuk abangnya bertolak dari Kelantan kira-kira jam 10 pagi semalam dan tiba di Pejabat Maidam pada jam 10.30 pagi tadi bagi mengesahkan status bakal suaminya itu.

Azlina berkata, beliau terkejut apabila diberitahu pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu bahawa suspek yang berumur 29 tahun itu pernah berkahwin, sedangkan dia sebelum ini mempertahankan bahawa dia masih bujang.

"Selepas dimaklumkan dia telah berkahwin, saya terus berkata, cukup setakat ini sahaja, kerana saya telah berjanji dengan keluarga saya untuk tidak bersamanya jika dia suami orang. Dia dengan tenang menerimanya (keputusan).

"Sejurus itu abang saya mengajak dia pergi minum. Namun tiba-tiba kami terkejut, bila diberitahu abang saya telah ditikam," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Azlina berkata, dia mula mengenali lelaki tersebut enam tahun lalu menerusi telefon, namun hubungan mereka terputus seketika ekoran kekangan kerja dan kembali berhubung rapat dua tahun lepas.

Beliau berkata, hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan dibuat tahun ini selepas beberapa kali lelaki itu menangguh perkara tersebut apabila diajak berkahwin sejak tahun lepas.

"Abang saya sebelum ini ada memaklumkan bahawa bakal suami itu telah berkahwin, namun saya enggan mempercayainya lantas saya membuat keputusan untuk menyemak statusnya," katanya.

Anak keenam daripada sembilan adik beradik ini berkata, bakal suaminya itu adalah seorang yang berperwatakan lembut dan sentiasa prihatin, namun tidak menyangka dia bersikap seperti itu.

"Saya harap dia ditangkap segera sebab jika dia boleh lakukan perkara itu pada abang saya, mungkin juga dia boleh lakukan benda yang sama pada saya dan ahli keluarga saya yang lain.

"Sebelum ini abang saya selalu menasihatinya dan meminta saya agar membuat keputusan yang tepat. Abang juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Saya sangat terkilan disebabkan saya, abang saya yang menjadi mangsa," katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa ditikam sebanyak enam kali dengan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri bersama seorang rakannya dengan kereta. - Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2dVN8bE
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :