ng

ad

on Leave a Comment

Tips Mempercepatkan Jodoh Dengan Segera

Seperti yang sedia maklum, jodoh pertemuan, ajal maut sudah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Manusia tidak akan tahu bilakah jodohnya akan tiba dan hadir dalam hidupnya.

Dalam persoalan jodoh, para ulama’ telah menjelaskan bahawa terdapat 3 tahap Allah kurniakan jodoh kepada manusia. Pertama, ada dikalangan manusia yang bertemu jodohnya dengan segera yakni perkenalan yang singkat terus membawa kepada pernikahan. Kedua, ada dikalangan manusia yang akan lambat bertemu jodohnya sehingga ada yang bertemu jodoh ketika usia 40 atau 50 tahun dan yang ketiga, ada dikalangan manusia yang ditundakan jodohnya sehingga hari akhirat yakni dia akan bertemu jodohnya di kehidupan yang satu lagi.


Walaupun jodoh telah ditetapkan oleh Allah SWT, namun kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh kita. Antara tips untuk mempercepatkan jodoh dengan segera adalah seperti berikut.

Tips Mempercepatkan Jodoh Dengan Segera

1. Memperluaskan pergaulan

– Kebanyakkan orang yang lambat jodohnya hanya memiliki pergaulan dan kehidupan yang sangat terhad. Hanya bergaul dengan kawan – kawan yang terlalu sedikit. Jadi apabila kita memperluaskn pergaulan, kita akan kenal ramai orang dan mungkin kita akan kenal seseorang yang serasi dengan kita.

2. Jangan terlalu memilih yang sempurna

– Andai kita terlalu memilih yang sempurna sudah pasti kita tidak akan bertemu jodoh kita sampai bila-bila kerana manusia tiada yang sempurna. Jadi pilihlah pasangan yang serasi dengan kita. Kerana pasangan kita adalah cerminan diri kita.

3. Minta tolong pada keluarga, saudara mara atau sahabat

– Jangan malu untuk meminta pertolongan dari keluarga, saudara mara atau kenalan untuk carikan jodoh untuk kita. Nyatakan hasrat kita untuk bernikah. InsyaAllah mereka akan bantu kita.

4. Berani bertindak

– Jangan terlalu malu atau segan untuk memulakan percakapan atau ingin menegur seseorang yang ingin kita kenali dengan lebih rapat.

5. Perbetulkan diri

– Andai dulu selalu tertinggal atau lambat solatnya, maka kita boleh perbetulkan. Nak dapatkan jodoh yang baik, kita perlu berusaha jadi baik terlebih dahulu.

6. Rajin bersedekah

– Amalan sedekah secara istiqamah kadang antara punca tertariknya rezeki kepada kita, punya penyembuhan penyakit dan punca dijauhkan dari bala bencana. Selain itu, sedekah dengan ikhlas juga dapat membantu mempercepatkan jodoh.

7. Bertaubat dan berdoa

– Bersihkan diri dengan bertaubat kepada Allah dan berdoa bersungguh-sungguh dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh. Digalakkan berdoa di waktu – waktu mustajab berdoa seperti berdoa ketika selepas solat fardhu, berdoa di tengah malam selepas bertahajud dan sebagainya.

Moga, tips-tips yang diberikan dapat membantu anda disamping dapat bertemu dengan jodoh anda dengan segera. Aamiin

*Jodoh bukanlah yang serasi atau yang mempunyai perangai yang sama macam kita, tapi jodoh adalah mereka yang mempunyai sikap atau perangai yang berlawanan dengan diri kita untuk saling melengkapi.

Sumber: Nizarazu.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2anfS8Y
on Leave a Comment

Kononnya Bergaji RM12,000 Dengan Petik Buah Di Australia, Lelaki Ini Dedah Realiti Yang Menyedihkan

gambar hiasan 

TERPEDAYA dengan iklan-iklan petik buah di Australia yang menjanjikan bulan dan bintang, membuatkan ramai masuk perangkap penipuan ejen.

Sanggup berhabis RM9,000 untuk mengejar impian gaji lumayan, seorang mangsa pemetik buah di Australia yang hanya mahu dikenali sebagai Kayla, 32, menceritakan kisah malangnya sepanjang lebih dua bulan di negara kanggaru itu.

Kerana pengalaman ngerinya itu, Kayla sanggup berkongsi kisahnya bersama Sinar Harian. Tegasnya, jangan ada lagi orang kita yang tertipu dan jika hendak menjadi pemetik buah di sana, berhati-hatilah...

Menurut Kayla, sebelum ini dia bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji sekitar RM5,000. Namun, dia melepaskan jawatannya kerana mahu menjaga ibunya yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan dialisis setiap hari.

"Antara adik-beradik, hanya saya yang masih bujang, jadi tugas menjaga ibu jatuh di bahu saya," katanya.

Selepas ibunya kembali sihat, Kayla membuat keputusan untuk ke Australia dan berkerja sebagai pemetik buah.

Berbekal impian dan semangat mahu mengubah hidup, Kayla mencari ‘lubang’ untuk merealisasikan mimpinya. Dia berusaha mencari orang tengah untuk membantunya meneruskan perjalanan ke Australia.

Dirancakkan lagi dengan iklan dan tawaran menarik di Facebook membuatkan niatnya untuk bekerja sebagai pemetik buah di Australia membuak-buak. Apatah lagi dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan.

Dengan restu ibu, Kayla nekad mengeluarkan semua wang simpanan serta menjual motosikal kesayangan. Tidak cukup itu, Kayla meminjam daripada adik-beradik lain dan rakan untuk dijadikan modal.

"Pada waktu itu, saya meletakkan keyakinan kepada ejen dengan harapan saya tidak akan ditipu, malangnya ia sia-sia sahaja," katanya.

Kembara hitam

Ketika pesawat Boeing yang membawanya ke Melbourne meninggalkan bumi Malaysia, terlalu banyak persoalan tiba-tiba bermain di fikiran Kayla.

"Saya nekad, saya teruskan. Saya sudah tidak boleh berpatah balik, lagipun tujuan utama saya untuk menjadi pemetik buah di Australia ialah mahu melangsaikan hutang dan pinjaman," tegasnya.

Katanya, ejen yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mie dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur itu tidak putus-putus memberitahu Kayla supaya jangan bimbang kerana segalanya sudah diuruskan.

Sesudah tiba di sebuah ladang di Victoria, Kayla pun memulakan pekerjaannya sebagai pemetik buah. Perasaan curiganya bermula apabila ada pemetik buah yang lebih lama daripadanya mula merungut tidak dibayar gaji.

“Apabila saya cakap kontraktor ladang tidak bayar gaji kepada ejen yang menguruskan saya, ejen berkenaan terus ‘ghaib’ tanpa jejak. Dia terus lepas tangan begitu sahaja,” katanya.

Dari situ bermulalah episod hitam dalam kerjaya Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil, Robinvale, juga di Victoria.

"Ejen itu hanya memberikan saya satu nombor telefon yang dia sendiri tidak pasti siapa, tetapi mendakwa ia milik kontraktor yang akan memberikan saya pekerjaan.

“Malangnya saya tak dapat menghubungi ejen berkenaan dan dari situlah bermulanya siri penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-ratanya mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap di Australia.

Amat menyedihkan apabila yang menipu adalah orang dari negara tercinta kita sendiri, Malaysia," ujar Kayla.

Seperti berada di 'neraka'

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Kayla gagahi juga rintangan dan cabaran yang datang. Hingga tanpa sedar sudah sebulan dia membanting tulang di negara Australia, kontraktor semakin galak menggunakan tipu helah kononnya upah akan dibayar mengikut jam kerja, namun semuanya hanya janji palsu.

“Setiap kali tiba hari bayaran, kontraktor akan gunakan alasan untuk memotong upah kononnya kotak buah hilang, buah rosak dan pelbagai lagi alasan. Potong punya potong, dapatlah AU$5.4 (RM16), lepas tolak duit sewa rumah AU$80 (RM245).

“Kena ingat, di Australia sebanyak 10 peratus GST ditolak daripada gaji.

“Mungkin lebih baik jadi penjual nasi lemak atau goreng pisang di Malaysia daripada kerja seperti saya di sana,” rintihnya.

Menurut Kayla, adakalanya dia rasa seperti dieksploitasi tetapi tidak boleh menuding jari kepada sesiapa.

“Cuma saya kesal ramai mangsa yang sudah ditipu tidak mendedahkan kisah mereka, kalau ia diuar-uarkan setidaknya mungkin dapat mengelak saya daripada melalui azab seperti itu.

“Inilah pengajaran berurusan dengan penipu. Nasihat saya seboleh-bolehnya kalau ada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah, dapatkan ‘working holiday visa’ untuk tempoh setahun, tidak mahal pun lebih kurang RM1,000. Cari kenalan yang boleh dipercayai dan boleh tawarkan kerja sepanjang musim, bukannya ejen,” katanya.

Menurutnya, kembara dua bulan banyak memberi pengajaran kepadanya.

Wang bekalan yang dibawa sebanyak RM9,000 hangus digunakan untuk menampung kehidupan di sana termasuk tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Keperitan hidup sebagai pekerja dan dengan hanya menggunakan visa pelawat juga membuatkan hidup Kayla tidak senang. Setiap kali sedang memetik buah, dia bimbang dirinya dicekup oleh pihak berkuasa.

Kerana sudah tidak tahan dengan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung dan wang yang sudah habis digunakan, Kayla membuat keputusan drastik berhenti menjadi pemetik buah, dan meninggalkan ladang berkenaan.

Dengan visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya kembali ke bumi tercinta Malaysia.

Cukuplah baginya dua bulan lebih yang amat memeritkan.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aS0u6i
on Leave a Comment

Suami ‘Lari’ Bila Tahu Isteri Sudah Tiada Dara, Selepas 6 Bulan Berkahwin Ini Yang Berlaku


Kata orang, lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa. Selagi masih bernyawa dan diizinkan Allah, selagi itu pintu taubat masih terbuka.

Ini kisah wanita yang pernah terlanjur dengan bekas kekasih selama beberapa kali. Kemudiannya dijodohkan dengan pilihan keluarga. Bakal suami pula bertanyakan tentang status daranya. Apakah kesudahan hubungan mereka, bahagia atau derita? Ikuti kisah benar yang sangat menyayat hati ini.

Banyak Kali Terlanjur Dengan Bekas Kekasih…


Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya. Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain. Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.

Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.

“Saya Ingatkan Mak Saya Pilih Orang Yang Bertudung”

Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya. Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September. Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang betul ke saya nak kahwin?

Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan pada saya ialah, “Saya ingatkan mak saya pilih orang yang bertudung,” katanya. Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri. “Kalau tak sesuai, kita boleh putus,” ringkas saya balas. Dia hanya menggelengkan kepala.

Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu. Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya.

Bakal Suami Tanya Status Dara!

Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur. “Awak pernah tidur dengan mana-mana lelaki?” Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.” Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri. Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi. Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akan berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.

19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon. Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.

Suami Jauhkan Diri…

Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab. Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.

Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri. Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia. “Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,” katanya. Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.

Tuhan Lebih Sayangkan Dia!

Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya. Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes. Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna, penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.

Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah. Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka. Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat.

Sumber: KRT, Ohbulan.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aDcw7L
on Leave a Comment

Dituduh Melancong Ke Krabi, Ini Penjelasan Daripada Pejabat Timbalan MB Kelantan


Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Mohd Amar Abdullah dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini telah mengadakan lawatan rasmi keatas Gabenor Wilayah Krabi, Thailand.

Didalam perjumpaan mahabbah diantara pimpinan kedua wilayah ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama, antaranya berkenaan industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal. Berteraskan dasar 'Think of Thailand, Think of Krabi', pihak berkuasa Krabi sekarang ini sedang giat membangunkan tarikan-tarikan pelancongan baru yang dapat menarik segmentasi pelancong yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat. Disamping itu, wilayah Krabi juga sedang dalam proses untuk dijadikan hab penghasilan produk halal terbesar di Thailand.

Menurut Gabenor Krabi, setiap tahun Krabi menerima kedatangan pelancong melebihi 10 juta orang. Tambah beliau lagi, pelancong tidak hanya datang menikmati keindahan alam , tetapi masyarakat muslim diseluruh dunia juga datang untuk menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Ini kerana, 
berdasarkan rekod, hampir separuh daripada populasi penduduk Krabi adalah beragama Islam. Malah, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di Krabi pada sekarang ini dipolopori oleh masyarakat Islam dan giat mempromosikan pelancongan bebas maksiat.

Hasil daripada lawatan ini, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerjasama strategik dapat dijalankan diantara wilayah Krabi dan Negeri Kelantan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan pembangunan industri hub halal di kedua wilayah. Disamping itu, beliau menegaskan, hubungan dua hala diantara wilayah ini akan terus diperkemaskan pada masa hadapan bagi memastikan pelbagai faedah dan manfaat dapat diperolehi serta diaplikasi diantara Kelantan-Krabi.

Sumber: Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2a3Y8UK
on Leave a Comment

Ditolak Jatuh Daripada Bot, Lelaki Ini Maut Akibat 'Prank' Kawan


LISBON - BRITAIN . Mayat seorang lelaki yang hilang selepas ditolak jatuh dari sebuah bot oleh kawan-kawannya pada 16 Julai lalu ditemui Jumaat lepas.

Dailymail mengatakan mangsa, Nishanthan Gnanathas berusia 32 tahun ditolak atas alasan bergurau sekumpulan 12 orang kawannya.

Selepas Nishanthan gagal timbul, dua orang rakannya bergegas terjun dan menyelam untuk menyelamatkan mangsa namun beliau gagal ditemui.

Anggota Pencari dan Penyelamat kemudian mengerahkan 30 anggota, bot polis dan sebuah helikopter untuk membantu operasi mencari.

Ketua Polis Maritim, Malaquais Dominguez menyifatkan kematian Nishanthan sebagai tragik.

"Saya pasti mereka yang terlibat dalam prank tersebut akan ingat saat mengerikan ini," kata Malaquais.

Keluarga Nishanthan pula tidak mahu mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden tersebut kerana 'mereka tidak berniat jahat'. - Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aBbsAC
on Leave a Comment

Polis Akhirnya Dedah Identiti Mengejutkan Mangsa Tembak Dalam Kereta


KUALA LUMPUR 28 Julai - Pemilik syarikat peminjam wang, V. Kandasamy, 43, yang mati terkena 10 daripada 18 tembakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini semalam dipercayai orang kanan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng Satu Hati.

Difahamkan, polis kini menyiasat kemungkinan mangsa ditembak oleh anggota kongsi gelap yang lain kerana perselisihan faham antara kumpulan itu.

Sementara itu, Ke­tua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh keti­ka ditanya pemberita mengenai peng­libatan mangsa de­ngan Geng Satu Hati mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

“Ya, kita boleh sahkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sehingga kini polis belum me­lakukan sebarang tangkapan dan motif pembunuhan masih disiasat.

Sementara itu, me­ngulas kes yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya keempat-empat suspek yang terlibat da­lam kejadian masih berada dalam negara dan gerakan memburu mereka sedang dijalankan.

“Kita akan buru kesemua penjenayah ini, mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana,” katanya.

Semalam, Kandasamy dibunuh selepas terkena 10 daripada 18 das tembakan dari jarak dekat oleh empat suspek di bahagian kepala, badan dan paha.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa yang menetap di Wangsa Maju di sini sedang memberhentikan kereta Honda Accord yang dipandu bersendirian di lorong kanan jalan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota bersebelahan pusat beli-belah Setapak Sentral, Setapak di sini.

Sementara itu, Bernama mela­porkan, rakan Kandasamy yang ditemui memberitahu yang mang­sa baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Rakan yang enggan dikenali berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan peminjam wang sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry. - Utusan Malaysia


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2afb8U0
on Leave a Comment

Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"


Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak.

Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari Pakistan dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan.

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka.

Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa.

Antara barisan wira Malaysia yang terlibat menyelamatkan anggota Marin US selepas Black Hawk Terhempas

Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang talipon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya call dia nak tanya kisah "Black Hawk Down" di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak dak pun babak Tentera Malaysia pi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik k.terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.


Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan2 dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yg berlaku. Lepas tu baru dapat maklumat yg Black Hawk tentera Amerika dlm operasi menangkap Jen Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap - tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dam lain-lain bertalu-talu..

Last-last depa minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bukhara. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka(jenis) senjata api ditembak bertalu-talu. Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah depa pi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pi bertempur sepanjang mlm tu, pakai mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu.

Salah seorang wira kita

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !!

(Mael sepupu saya nie pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan2 dia yg turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani. Mael kata nak wat gena, askar pencen mcm tu ja lah kerjanya...perwira negara tu..:-(


Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down, sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambaq keta depa pun tentera Amerika tak bagi, tapi lepas kejadian berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mai melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita aje yg tak tahu !!
Saja nak kongsi.

Tkasih

Sumber: Siakapkeli.my






from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ai5i6M
on Leave a Comment

Rakan Dedah Cerita Mengejutkan Mangsa Tembak 2 Minggu Sebelum Kejadian


KUALA LUMPUR: Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini pada Rabu baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang menyaksikan 18 das tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa - dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.

"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai sebagai Sazwan.

Sazwan berkata beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.

"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan. Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.

Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaa.

Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. - BERNAMA


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2anMyna
on Leave a Comment

Inilah Perbezaan Antara Lelaki & Wanita Ketika Isi Minyak Kereta!

 

Cuba anda perhatikan tabiat anda setiap kali mengisi minyak kereta. Tidak kira lah sama ada anda ni lelaki atau wanita.

Kalau ikutkan ada perbezaan cara lelaki dan wanita ketika isi minyak kereta.

Anda tak percaya? Cuba lihat perbezaan ketara ni. Lepas anda baca, mesti rasa nak tepuk dahi sendiri sebab terkena dekat batang hidung sendiri. Haha!

4 Cara LELAKI isi minyak kereta


1. Sampai stesen minyak matikan enjin, tarik tuil untuk buka penutup minyak.

2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil keluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.

3. Lepas bayar, kembali ke kereta terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.

4. Lepak-lepak jap, nozzle berhenti, Simpan balik ke tempatnya, tutup tank dan bergerak.

13 Cara WANITA isi minyak kereta


1. Sampai stesen minyak matikan enjin, cari purse dalam beg.

2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran.

3. Patah balik ke pintu besar atau terjenguk-jenguk tengok ke luar sebab terlupa tengok pam nombor berapa

4. “Oooo pam nombor 5”

5. Lepas bayar, kembali ke kereta. Buka pintu semula sebab simpan purse dulu.

6. Tutup pintu kereta semua. Bergerak nak buka penutup tangki. Opppss! Terlupa tarik tuil penutup tangki.

7. Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Pergi balik, tengok-tengok penutup tak terbuka lagi.

8. Silap, tadi tarik tuil nak buka bonet belakang rupanya. Pergi tutup bonet dulu. Patah balik tarik tuil tangki. Kali ni baru betul.

9. Pulas buka penutup tangki. Cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung. Pergi pam, angkat nozzle, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.

10. Sambil tunggu minyak diisi, terpandang cermin tingkap belakang. Boleh betulkan tudung yang sikit terpenyek. Nozzle berhenti. Angkat simpan ke tempatnya semual.

11. Nak tutup tank, terlupa penutup letak kat mana. Cari melilau.

12. “Oooo ada atas bumbung kereta rupanya”.

13. Ambil pulas sampai ketat. Tutup, masuk kereta, jalan.

Sumber: Hanasuva.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2awRszI
on Leave a Comment

Sangka Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru-Paru, Rupanya Apa Yang Berlaku Sungguh Menakutkan!



Sungguh, Allah takkan uji perkara di luar kemampuan kita kan? Dan Allah uji orang-orang yang Dia sayang. Belum habis bersedih dengan pemergian Abah, 22 Julai lalu anak kecil diadmit ke hospital pula. Mulanya nak bawa dia ke klinik ibu saudara di Seberang Jaya yang juga pakar ENT di Hospital Seberang Jaya sebab nak rujuk masalah bunyi kahak yang agak teruk dan prolonged sejak dari sebelum puasa lagi dengan batuk dan selsema on off.

Seperti biasa, Aydan diberi neb nasal saline untuk clear blocking sound pada paru-paru dia. Esok harinya, baru kena bawa refer pakar Peads di Hospital Seberang Jaya pula. We were advises to be admitted, so that mereka boleh pantau dan selesaikan isu yang saya bimbangkan.

Admit jam 4 petang dan Aydan di x-ray sekali lagi (last x-ray 29 Jun di Hospital Tuaran) untuk periksa kandungan kuman di paru-paru.

Saya dipanggil oleh doktor untuk datang tengok x-ray anak tidak lama selepas itu. Tetapi sebelum itu, semasa dalam wad doktor ada datang bertanya kalau anak ada pakai kalung ke apa semasa x-ray tadi. Saya jawab, tidak ada, Mula-mula dia tunjuk di bahagian paru-paru saja memang ada bintik-bintik putih (kewujudan kumanlah tu) dan apa berlaku selepas itu buat saya betul-betul terkejut.

Dari paru-paru tiba-tiba naik ke atas.

"Mak nampak tak bulat putih ini?" Mak rasa apa ini?" soal doktor.

Sya tidak tahu nak jawab apa dan doktor pun begitahu saya.

"X-ray ini menunjukkan anak tertelan bendasing dan suspected adalah duit syilling,"jelasnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sungguh Ummi terkejut sangat-sangat masa mendapat tahu perkara itu. Terketar-ketar rasa lutut dan lemah badan, fikiran juga kosong tak dapat nak menghadam. Satu persatu doktor jelaskan keadaan anak saya pada masa itu. Katanya, mereka akan rujuk pada Surgical Department untuk keluarkan duit syilling itu.

Selepas itu Aydan disuruh menjalani imbasan x-ray sekali lagi dari arah sisi pula untuk melihat keduduk sebenar duit syilling itu. Dia bernasib baik sebab pernafasan dia tidak terjejas dan makan minum juga okay walaupun kurang makan sangat sejak bunyi kahak itu bertambah sejak selepas raya. X-ray film dapat dan sekali lagi kami dikejutkan bahawa bukan satu tetapi dua keping duit syilling yang ada di esophagus Aydan!


Ya Allah. Tak dapat nak digest macam mana dia boleh tertelan duit syilling itu sampai dua keping.

Bla.. bla.. bla.. macam-macam test x-ray 3-4 kali nak tengok selalu kedudukan duit syilling itu. Akhirnya Aydan disuruh berpuasa dari jam 8 malam hari admit ke wad itu. Sampai esok pagi masih berpuasa, hari Sabtu pula tu. Specialist masuk lambat sikit bawa sampai ke petang untuk mereka buat keputusan macam mana cara nak mengeluarkan duit syilling itu.

Akhirnya jam 4 petang itu, specialist dari Surgical datang dan decide at that time untuk try buat something masa itu untuk keluarkan duit syilling itu. Ummi disuruh mendukung Ayda dalam bilik rawatan dengan ramai doktor berada di sekeliling bersedia dengan topeng oksigenlah, apalah, macam-macam sebab agak berisiko tinggi dan bimbang duit syilling tersekat di salur pernafasan semasa nak keluarkan.

Aydan diberikan ubat tidur agar tidak meronta pada masa itu tetapi dia tak tidur pun. Dia tenung saja muka ummi dalam keadaan tak menangis selepas diberi ubat bius. Sebak ummi pada masa ini. Lantas Ummi zikirkan 'Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin' berkali-kali di sebelah Aydan sambil mengusap-usap muka Aydan dan mencium-cium Aydan.

Aydan nampak lemah tetapi they always pantau kadar pernafasan dan kandungan oksigen Aydan pada masa itu. Dua kali doktor itu cuba tarik duit syilling itu mengikut tiub yang Aydan kena telan pada masa itu tetapi both attempt failed sebab duit syilling itu tersangkut dan doktor tak nak paksa tarik sebab boleh membahayakan nyawa anak.

Mereka cakap hanya ada satu cara iaitu kena pindakah ke Alor Setar untuk lakukan scooping pula.

And here we are now. Naik ambulan jam 1 pagi yang dipandu laju macam nak terbang aku rasa duduk di dalam itu. Kami sampai Hospital Sultanah Bahiyah jam 2 pagi. Admit di wad kanak-kanak dan tunggu surgical procedure the next morning.


Esok pagi itu (which is kelmarin) kami tunggulah doktor bilalah nak panggil untuk buat procedure itu. Last-last jam 3 petang, jururawat datang bagi baju untuk anak tukar nak masuk bilik OT. Ummi dan mula berdebar pada masa itu.

Jam 3.30 petang, kami disorong masuk ke bilik OT dengan Ummi sekali kena tukar baju warna biru khas untuk masuk ke dalam. Aydan seperti biasa, dia fobia nampak bermacam-macam alat yang ada di dalam itu. Letak saja atas katil bedah, dia mengamuk dan menangis. Ummi peluk kuat-kuat dan sekelip mata saja dah diam sebab dah dipengsankan. Docotr suruh cium anak dan tunggu di luar.

Allah, bertambah hancur luluh hati Ummi saat itu sebab doktor dah jelaskan prosedur ini berisiko dan 50-50 saja peluangnya. Mulut tidak berhenti berzikir dan berdoa agar Aydan selamat. Memang rasa sangat down pada masa itu sebab yang ada teman ke sana sini urusan masuk hospital ini, adik yang duduk rumah kami di Cheras itu, si Norman. Sudahlah suami jauh berjauh pula dengan anak sulung soernag-soernag tunggu anak dalam dewan bedah itu. Mesej WhatsApp family dan kawan-kawan minta tolong doakan dan pinjamkan sikit semangat agar Ummi kuat dan tabah menghadapi semua ini.


3.45 petang, Aydan start operation itu. Tunggu punya tunggu dengan penuh debaran dan drama air mata, akhirnya jam 4.30 petang, staff dewan bedah panggil mak baby. Berlari anak aku mengikut staff tadi nak pergi pada Aydan. Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Doktor Pakar Bedah sudah berjaya scoop duit itu keluar dari mulut Aydan tanpa sebarang kecederaanyang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain pula. Allah. Nauzubillahiminzalik.

Alhamdulillah semuanya sudah selamat hari ini. 26 Julai 2016, hari ke 5 kami bermalam di hospital ( 2 malam di Hospital Seberang Jaya, 3 malam di Hospital Sultanah Bahiyah), inshaAllah hari ini Aydan boleh dicharge. Tunggu doktor round saja ni, nak tanya jam berapa boleh discharge.


Sedih, kami waris semua jauh-jauh. Time melawat katil-katil sebelah penuh pelawat (semua pelawat katil sebelah-sebelah mengucap panjang dengar kes Aydan. Ummi pula penat ulang cerita macam mana boleh tertelan duit) yang ada kami dua beradik sajalah waris si Aydan di sini.

Satu persatu Allah duga Ummi. Adakalanya rasa down but again, Allah Maha Besar, Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Setiap kejadian yang jadi Allah sudah aturkan. Kita sebagai hambaNya hanya mengikut jalan hidup kita ini. Semuanya sudah dalam perancanganNya.

Harap tiadal agi episod-episod seperti ini berlaku dalam hidup Ummi sama ada terhadap anak-anak Ummi atau keluarga. Nauzubillahiminzalik. Perlu lebih peka dan perhatikan Aydan merangkak selepas ini. Ummi has decided to buy a baby walker untuk kegunaan Aydan nanti. Cukup sudah dengan apa yang terjadi pada anak Ummi. Serik dah. Memang ada risk naik walker but untuk Aydan, since this happened to my child, I will firm with my decision untuk pantau Aydan bila duduk dalam walker nanti.

Terima kasih kepada semua. Sekarang tunggu doktor pakar Peads datang melawat dan decide bila kami boleh keluar dari hospital ini. - ibu Normala Hussain

Sumber: Siakapkeli.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2anGxH4
on Leave a Comment

Ini Formula Yang Digunakan Untuk ‘Bid’ Harga Hartanah Lelong


Hari ini nak kongsi formula yang saya guna pakai dalam membuat kajian pasaran harga. Ini salah satu cara yang mudah untuk meletakkan had limitberapa yang patut anda stop bid dalam arena lelong dengan hanya di hujung jari sahaja.

1. Buka website lelongtips.com untuk cari hartanah yang ingin dibida (RP).

2. Dalam masa yang sama buka website mudah.my untuk ketahui pasaran harga subsale sebenar (MV).

3. Bandingkan harga RP vs MV semasa.

4. Jika menyamai cari sahaja unit lain.

5. Jika harga RP dibawah harga MV, anda boleh proceed untuk membida (jangan lupa site visit, periksa tunggakan lain dan dapatkan POS – kalau tak pandai, hire saja ejen).

6. Formula saya ini untuk meletakkan had limit berapa harga patut saya stopmembida:

[ MV – 30% = X ]

X= Harga patut aku menang

Contoh di bawah:

RP: RM 55,000
MV: RM 135,000

Harga patut aku menang: RM 94,500 +/-

Rahsia kenapa 30%? Senang kalau nak loan sekalipun kerana kuota pinjaman saya hanya 70%.

Kalau loan anda boleh 90%, dapatlah cashback 20% tapi dengan syarat kena beli cash dan remortgage semula ikut harga MV.

Boleh juga kalau menggunakan loan tapi leceh kerana perlu refinance semula dan membayar Lock in Period fee.


Rezeki kalau menang RP unit ini sebab 60% dibawah harga pasaran. Dan ini adalah salah satu cara untuk anda yang dah stuck untuk beli property ke-3 dan seterusnya.

Cara lain pun ada tapi anda kena pergi menuntut sendiri dengan otai-otai yang dah beli berbelas dan berpuluh-puluh property di luar sana.

*Setiap tahun anda buat macam ini pun dah cukup, setiap tahun beli property, yang penting kena rajinlah buat research.

Disclamier: Untuk lebih ketepatan dan kejituan harga MV, sila check denganvaluer atau boleh melihat melalui transaksi di Brickz. Kaedah di atas hanyalah anggaran kasar sahaja.

SHARE jika memberi manfaat kepada kawan-kawan yang stuck untuk property seterusnya.


Sumber: Thevocket.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2a9Nttc
on Leave a Comment

Video Kehadiran 16 Ekor Ular Sawa Gemparkan Penduduk Sungai Lembu


BUKIT MERTAJAM: Penduduk kampung di sini digemparkan dengan kehadiran 16 ekor ular sawa yang sehingga kini menjadi misteri.

Ia bermula dari penyebaran satu klip video dan beberapa gambar sehingga menjadi viral, menunjukkan sekumpulan lelaki melepaskan kesemua ular di satu tempat yang dikatakan adalah sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Lembu pada 18 Julai lalu.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk dan pejalan kaki yang bimbang tentang keselamatan mereka.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu kemudiannya tampil mendakwa kesemua ular tidak dilepaskan di Sungai Lembu atau mana-mana di Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Goey enggan memberitahu di mana ular-ular sawa tersebut dilepaskan.

"Kita mahu berdiam diri mengenai perkara itu tetapi sejak seminggu yang lalu, ramai yang mengutuk perbuatan kami, yang kami lakukan dengan niat baik," katanya.

Kumpulan lelaki itu membeli kesemua ular dari sebuah kedai haiwan perliharaan pada 16 Julai lalu dan 'membebaskan' haiwan reptilia yang disifatkan sebagai tindakan yang murni.

Goey berkata, wang yang digunakan untuk membeli ular itu adalah hasil sumbangan derma penganut Buddha.

"Kita hanya membantu untuk memenuhi hasrat mereka bagi membeli haiwan-haiwan dalam kurungan dan melepaskannya ke habitat semula jadi," tambahnya.

Bagaimanapun, klip video yang menunjukkan sekumpulan lelaki membuka beberapa guni dan membebaskan ular bersaiz sederhana mencetuskan kekecohan di Sungai Lembu, kira-kira 20 minit perjalanan dari Bukit Mertajam.

Seorang pesara Tang Ching Swee, 51, yang juga aktif berjalan kaki berkata: "Kita mempunyai kira-kira 100 ahli yang akan berjalan melalui trek di Sungai Lembu hampir setiap hari.

"Laluan yang digunakan bersambung ke Hutan Simoan Cherok To'Kun yang mana ratusan pejalan kaki melaluinya setiap hari," kata Tang yang sering mengamalkan aktiviti berjalan kaki sejak dua dekad lalu.

Seorang pekerja ladang getah, Chin Tee Aun, 51, turut menyuarakan kebimbangannya berada di ladang.

"Sebagai penoreh getah, kami akan memasuki kawasan itu biasanya dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang. Kami tidak pernah menemui sebarang ular sawa tetapi kami amat berhati-hati dengan setiap langkah kami," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Yeo Keng Chuan berkata, pasukan bomba sukarelawan bersama-sama dengan penduduk kampung melakukan pencarian di empat kawasan di ladang kelapa sawit pada Ahad lalu tetapi tiada penemuan haiwan itu.

"Kita cuba untuk mengesan lokasi itu berdasarkan latar belakang yang dilihat dalam klip video berkenaan tetapi kita tidak dapat menentukan lokasi sebenar," katanya.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aoDaOK
on Leave a Comment

Penting! Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam


"Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?"

Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?

1. APA ITU DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5'C iaitu lebih 37.5'C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM


A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

B) Adalah satu kesilapan jika anda: 

Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.
Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?

3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

4. KERAP MINUM AIR

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38'C.

Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik "Fibrile Fit". - Dr Rich | PIXEL MEDIA


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ad6Yhj
on Leave a Comment

Bergenang Air Mata Rosmah Bila Ditanya Tentang Anak Perempuannya


Tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB mendedahkan persengketaan dalam keluarga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun apabila mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

“Maka bertanyalah saya kepada si ibu...

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

“Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi lewat malam semalam.

Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".

Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.

“(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..

“Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.

“Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya,” tulisnya lagi. - Malaysiakini


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2ac9PnG
on Leave a Comment

Tuanku Sultan Johor Belanja 90 Pelajar Sekolah Makan KFC


SEKUMPULAN pelajar dari Sekolah Menengah (SMK) Kangkar Pulai di Johor Bahru melalui pengalaman terindah apabila dapat bertemu dengan sultan kesayangan di negeri berkenaan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kumpulan pelajar tersebut yang sedang menjalankan aktiviti kem motivasi di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Sekakap pada Rabu, teruja apabila terserempak dengan kenderaan yang dipandu Tuanku.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Johor, kumpulan pelajar berkenaan dilihat dengan gembiranya mengejar dan melambai-lambai kenderaan yang dipandu Baginda itu sambil memanggil “Tuanku, Tuanku.”


Baginda yang memandu pacuan empat roda jenis Land Rover berwarna oren dengan bernombor pendaftaran ZZZ 1 dilihat memberhentikan kenderaan dan terus menanyakan khabar kepada kumpulan pelajar terbabit.

Kumpulan pelajar itu turut menjemput baginda ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing, di mana mereka sedang menghadiri kem motivasi namun tidak dapat ditunaikan atas komitmen lain tuanku.


“Makan sedap tak semua?” tanya Baginda.

“Kami belum makan,” ujar pelajar.

“Alahai kesian.. nak saya belanja makan?” yang disusuli reaksi mereka seakan tidak percaya dan serba salah hendak menjawab.

“Nanti saya suruh hantar KFC yer.. berapa orang semua,” kata Baginda.

Baginda kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kem motivasi dan berapa lama mereka akan berada di situ.

Pada petang itu juga, sebanyak 150 bungkusan KFC telah dihantar ke pusat kem motivasi tersebut dengan pesanan daripada Baginda agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. – MYNEWSHUB.CC


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aHxmPd
on Leave a Comment

Gara-Gara Buang Tulang Rusuk Untuk Kelihatan Macam Patung, Lihat 7 Foto Apa Yang Terjadi Kepada Tubuh Dan Kepala Lelaki Selepas 1 Tahun Amat Mengerikan...

Lelaki yang digelar patung Ken manusia, Mauricio Galdi kini mahu bertindak lebih ekstrem yang mahu empat tulang rusuknya dibuang.

Tindakannya itu dibuat hanya semata-mata mahu memenuhi keinginannya untuk menyerupai patung Ken.

Galdi, 28 yang berasal daripada Brazil sanggup ke Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan pakar bedah bagi merealisasikan impiannya itu.


Doktor bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakannya itu boleh membahayakan nyawanya.

Galdi sebelum ini pernah menjalani lapan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan bentuk muka yang sama dengan patung Ken.

Tidak berpuas hati dengan hanya bentuk rupa sahaja, Galdi mahu tubuh badannya turut sama mirip dengan patung mainan yang juga ‘kekasih’ kepada patung mainan Barbie.

Selepas doktor enggan meembuang tulang rusuk Galdi, mereka mahu membantu Galdi dengan menjalankan pembedahan pada dadanya namun bertukar fikiran selepas mendapati pembedahan akan menambahkan kesan parut.

Galdi bukanlah lelaki pertama di Brazil yang mendapat jolokan patung Ken manusia, sebelum dia mendapat jolokan itu, seorang lagi lelaki bernama Celso Santebanes turut menghabiskan sehingga $47,000 untuk pembedahan semata-mata mahu kelihatan seperti pasangan Barbie itu.

Celso bagaimanapun meninggal dunia pada 2015 akibat leukemia ketika berusia 21 tahun.

Sumber: rayakayaraya





on Leave a Comment

Suami Jangan Bergurau Depan Isteri Kata Nak Kawin Dua, Kamu Tak Tahu Sebenarnya Isteri...


Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru2 ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..

Dia kata "lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri ak kata.. "Abg apa2 berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa2 berlaku pada saya xpe.." Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu..." Huhuk..

"Masa kami berdua je.. Ak selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan... Masa tu orang umah ak marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin ak dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak..."

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu... Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata "saya xde masa nak fikir psal ni... Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya.."

Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara' tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat2 dia ke.. Main lari2 ke.. Main nyorok2 ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semu.. Kami x perasan perkara2 kecil ni...

Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat snagat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit smeua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..

Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29TUFbq
on Leave a Comment

'Pelajar Itu Yang Bermasalah, Tolong Forward Cerita Sebenar' - Md Sukhairi Osman


Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan.

Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir.

Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat.

Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain.

Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor.


Kenyataan mendakwa pelajar itu koman ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar. - Md Sukhairi Osman | PIXEL MEDIA

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2aEvcjf
on Leave a Comment

Kes Tipu Hartanah, Pelakon Adlin Aman Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Sebenar


KUALA LUMPUR, 24 Jul ― Pelakon Adlin Aman Ramlie menafikan terlibat dalam sindiket penipuan projek hartanah yang dilaporkan melibatkan kerugian lebih RM500,000.

Pelakon “Gila Baby” itu sebaliknya berkata beliau diperangkap oleh kenalannya yang tersenarai dalam suspek polis.

“Saya diperangkap, dikambinghitamkan oleh sebuah syarikat pelaburan yang hanya ingin menggunakan nama saya,” katanya seperti dilapor portal Astro Awani malam ini.

Adlin, 44, berkata beliau hanya terlibat sebagai penceramah jemputan dalam program berbentuk sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) syarikat terbabit.

“Saya akui memang kenal dengan kebanyakan nama yang disenarai sebagai suspek kerana sebelum ini saya sering hadir ke majlis yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.

“Cuma saya tidak tahu kenapa nama saya dikaitkan dalam kes ini,” katanya lagi dalam satu sidang media di sini.

“Sebab itu saya tidak mempunyai sebarang masalah ketika dipanggil polis untuk membantu siasatan.”

Anak pelakon terkenal AR Tompel itu juga menafikan laporan media yang menyebut beliau direman selama empat hari, sebaliknya dilepaskan dalam tempoh 24 jam dengan jaminan polis.

Khamis lalu Adlin dilaporkan ditahan polis di rumahnya di Cyberjaya kira-kira pukul 2 petang bagi membantu siasatan.

Turut ditahan beberapa individu lain berpangkat Datuk, kata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Adlin bertekad memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis “bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan”, lapor mStar Online.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2alx82z
on Leave a Comment

Kos Untuk Bina Sebuah Rumah Banglo Yang Sebenarnya Jauh Lebih Rendah


Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin. Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?

Jawapan :


Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah

Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch

Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.

Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2

Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00
KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.


Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2

Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah
RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00
Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00
Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00
________________________________________________________________JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00=================================================================

Sekarang ambo tunjukkan berapa banyak duit yang dapat anda jimatkan jika mengurus sendiri pembinaan rumah anda….Harga kontraktor = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.
Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per sqft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR
RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00
SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00
ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00
MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00
KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
______________________________________________________
RM 193,500.00
=============================

Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..

*Terima kasih kepada Putera Farid kerana sudi berkongsi info berguna ini.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2amdtxA
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :