ng

ad

on Leave a Comment

Tergamak Suami Datang Hantar Surat Cerai Semasa Isteri Terbaring Merana Kanser Tahap 4


Setiap insan yang melalui detik sukar dalam hidup terutamanya menghidapi sakit yang serius sudah pasti memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan daripada orang tersayang.

Sokongan orang tersayang dan ahli keluarga kepada pesakit kanser bukan sahaja meringankan beban mereka, malah memberi impak kepada pesakit untuk cepat sembuh dan bersemangat meneruskan kehidupan.

Namun cerita isteri ditinggalkan suami ketika sakit, isteri terpaksa ke hospital seorang diri untuk mendapat rawatan dan seumpamanya bukanlah kisah baru dalam segelintir masyarakat kita, walaupun dilihat agak kejam tetapi itulah hakikatnya ada yang terjadi.

Dikongsikan oleh seorang seorang pegawai perubatan bernama Mohd Faizal Nor Azmi di mana berlaku di depan matanya ketika bertugas kisah yang cukup menyedihkan sehingga air matanya mengalir.

Jom kita perkongsian beliau.


Hari yang cukup emosi kepada saya, saya tidak dapat menahan diri daripada menangis.

Di saat si isteri merana kanser rahim stage 4, mengharapkan kasih si suami meneman dan memberi sokongan, si suami tanpa perikemanusiaan datang ke hospital membawa sepucuk surat perintah hadir mahkamah tuntutan cerai oleh si suami.

Pesakit terbaring bercuraian air mata, tidak mampu mengangkat kepala apatah lagi merayu pada sang suami.

Pergi mampus kisah cinta. Aku rasa semua itu tak wujud.

Apapun, mungkin ada kisah suami isteri di sebalik kejadian ini kita tidak tahu, harap wanita ini tabah. 



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29f07pw
on Leave a Comment

Bila Artis Berniaga Semua Orang Berebut Nak Beratur Nak Beli, Tapi Kalau Kawan Sendiri Berniaga...


Perniagaan atas talian kini semakin pesat membangun dan berkembang di Malaysia, boleh di katakan apabila kita membuka Facebook sahaja, pasti akan ada iklan-iklan berniaga daripada rakan-rakan kita.

Ini kerana medium atas talian terutamanya media sosial merupakan satu medium yang cukup mudah untuk melakukan sebarang iklan tanpa perlu mengeluarkan kos.

Tapi, kebiasaannya kita lihat, apabila rakan kita atau kita sendiri berniaga ia seolah-olah tidak wujud, walaupun rakan ada beribu-ribu tetapi ia kebanyakkan seolah-olah dipandang sepi, tapi jika artis yang berniaga, dia mungkin orang yang pertama yang 'like' dan tempah.

Seorang pengguna Facebook bernama Niena Ismail telah berkongsikan satu artikel lebih kepada kiasan kepada netizen.

Jom kita baca.

Mindset & mindmad

Bila Nealofa jual tudung semua beratur beli

Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli

Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli

Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli

Bila Che Ta jual jubah semua teruja nak beli

Bila Fynn Jamal jual seluar semua sawan beli

Bila Zizan jual t-shirt semua gairah nak beli

Walaupun pakaian yang mereka keluarkan tak patuh syariah... Walaupun pakaian yang mereka keluarkan indah khabar dari rupa.

Bila Betty Rahmad, Izzue Islam, Arja Lee, Tasha Shila, Kak Ogy, Yana Samsudin jual biskut raya... awal tahun lagi semua dah tempah. Walaupun tak sedap mana, harap glamour balang botol letak atas meja.

Bila revolusi minyak wangi artis menular...

Che Ta, Dato CT, Fazura, Shila Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Nealofa keluar jenama minyak wangi sendiri semua berebut beli. Walaupun sumber mereka dari tempat yang sama. Walaupun wangian mereka setanding minyak wangi roll on sebotol RM5 di booth-booth kecil pasaraya.

Semua beli saja. Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Tawar menawar tiada. Beli saja...

Tapi.....

Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut "TAK DAPAT KURANG KE?".... "MAHALNYA...", itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawanpun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu.... kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap "TAKPE LAA SAYA BELI DENGAN DEALER".

Come on laaaaa..... semua barang dipasaran tu ada kualitinya. Kalau kawan letak harga tinggi tu disebabkan modalnya. YANG PENTING.... JANGAN CONDEMN BILA KAWAN BERNIAGA. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.~ Niena Ismail

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29ffWeu
on Leave a Comment

Wanita 22 Tahun Diperkosa Ketika Diajak Sahur Bersama


PEKANBARU - INDONESIA. Seorang wanita berusia 22 tahun mendakwa diperkosa seorang lelaki berusia 32 tahun setelah diajak makan bersahur bersama, lapor Merdeka.com.

Dalam kejadian pada 15 Jun lalu, suspek yang dikenali sebagai 'Mf' itu mengajak mangsa yang dikenali sebagai 'Pa', bersahur bersama di bilik rehat pekerja.

Ketua Polis Pekanbaru, Kompol Bimo Arianto berkata, mangsa sudah memberikan keterangannya dan siasatan sedang dijalankan.

"Kami sudah dapatkan keterangan daripada mangsa dan saksi," katanya yang mengesahkan laporan itu.

Sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa sekitar 3.00 pagi dan mengajaknya makan sahur di luar.

Setelah itu mangsa dibawa ke sebuah tempat rehat untuk pekerja di Jalan Tanjung Datuk Kecamatan Lima Puluh, Pekanbaru.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku selepas waktu imsak kira-kira jam 4.50 pagi waktu Indonesia.

Meskipun menolak untuk mengadakan hubungan seks, suspek terus memaksa mangsa hingga akhirnya wanita itu diperkosa sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

Mangsa kemudiannya mengadu kejadian itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2965RkP
on Leave a Comment

Gara-Gara Cemburu, Suami Maut Ditikam Isteri Sendiri


Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis apabila lelaki itu ditikam di Kampung Paya Besar, Kertau Chenor, dekat Maran, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, mangsa Awang ak Muhamad, 42, seorang penoreh getah, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Chenor selepas terkena dua tikaman dengan pisau dapur di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Maran, Supt. Mat Rizal Mat Radzi berkata siasatan awal mendapati anak lelaki tiri mangsa berusia 10 tahun terdengar suspek bertengkar dengan mangsa sebelum menikamnya di dalam bilik di rumah mereka.

"Hasil temu bual dengan anak tiri mangsa ini mengatakan suspek telah bertengkar dengan mangsa sebelum menikam mangsa di dalam bilik.

"Kemudiannya anak tiri mangsa yang melihat kejadian itu membawa seorang adiknya yang berumur 11 bulan ke rumah saudara berdekatan dan memaklumkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Mat Rizal berkata ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu serta dua anak mereka.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata suspek yang berumur 33 tahun itu sudah ditahan berhampiran kawasan rumahnya selepas kejadian itu dan dia akan direman hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29665Z7
on Leave a Comment

Luahan Sayu Siti Hasmah Apabila Tun Mahathir Dihina




PUTRAJAYA - “Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku," demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah, semalam.

Menurutnya, tidak ada apa yang boleh dilakukan memandangkan ‘lawannya’ itu terlalu berkuasa meskipun selepas 22 tahun menerajui negara dan Umno namun jasa bekas Perdana Menteri itu dakwanya sedikit pun tidak dihargai oleh parti itu, pimpinan masa kini termasuk juga segelintir rakyat Malaysia.

Berkongsi dugaan perjuangan yang dihadapi suaminya, Dr Siti Hasmah mengakui beliau turut terkesan dengan kata-kata nista dan tindakan yang dilakukan oleh pimpinan negara ketika ini.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya dengan nada perlahan.

Tindakan Najib 'tidak baik'


Beliau yang bakal menginjak usia 90 tahun pada 20 Julai ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir sebagai ‘tidak baik’ kerana hubungan keluarga mereka sangat erat sebelum ini.

“Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kenal.

“Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling menyedihkan apabila Mahathir tidak lagi menerajui Proton Holdings kerana syarikat itu menyimpan nilai sentimental kerana dibangunkan suaminya bermula dari kosong sehingga gah seperti sekarang.

“Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat,” katanya.

Sebagai ibu bekas Menteri Besar Kedah, Dr Siti Hasmah menegaskan beliau bukan ahli politik malah ketika menjadi isteri perdana menteri, suaminya hanya mendaftarkan beliau sekadar ahli Umno sahaja.

“Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan,” katanya.

Anak-anak kena ambil vaksin

Sementara itu, sebagai doktor wanita Melayu pertama Malaysia, Dr Siti Hasmah memberi peringatan kepada semua ibu bapa untuk mengambil vaksin terhadap anak-anak mereka demi kesejahteraan.

“Setiap kali saya jumpa ibu dan anak saya akan pergi kepadanya dan bertanya, ini anak ke berapa? Vaksin dah ambil? Itu memang soalan wajib.

“Pengambilan vaksin sangat penting dan ia tidak boleh dianggap remeh. Vaksin sebagai imunisasi melindungi manusia daripada serangan penyakit dan wabak,” katanya.

Berkenaan karyanya, My Name is Hasmah terbitan Kumpulan Media Karangkraf adalah berkisar mengenai suara, sudut pandang dan pengalaman beliau sejak kecil, zaman persekolahan, universiti, berkahwin serta membina keluarga termasuk sebagai bekas wanita pertama.

“Sebagai isteri Mahathir di rumah beliau suami saya dan apabila di luar Mahathir milik masyarakat, saya hormat perkara itu.

“Bab paling menarik dalam buku ini dan hidup saya ialah menjadi isteri Mahathir dan mempunyai anak-anak bersamanya,” kongsinya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/296RmcE
on Leave a Comment

Status Terkini Ketua Menteri P.Pinang Terjawab


GEORGE TOWN: Kelihatan pucat daripada biasa, Lim Guan Eng, buat pertama kali telah berdepan pihak media sejak ditahan, Rabu.

"Buat masa ini, saya akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tetapi jawatankuasa DAP negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan," katanya menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Ditanya sama ada beliau secara peribadi berpendapat dirinya perlu berundur, beliau berkata keputusan itu akan dibuat oleh parti.

Guan Eng mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah dan menyatakan rasa kecewa dengan pendakwaan terhadapnya.

"Saya tidak melihat ini akan berlaku kerana kita memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menjelaskan segala-galanya," katanya.

Ketika pertama kali bercakap di mikrofon, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, kedengaran letih, tetapi bersemangat apabila beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan melawan kes ini sehingga akhir.

"Saya lebih rela mati berdiri daripada hidup melutut dan merayu," katanya pada sidang yang padat, diapit barisan pemimpin Pakatan Harapan.

Sidang akhbar itu diadakan di Dewan Bandaraya, kira-kira 150 meter dari mahkamah.

Guan Eng tidak memberitahu sama ada beliau telah diberikan katil atau makanan baik pada malam Rabu selepas ditahan dan menafikan bahawa beliau telah dipukul.

"Apabila kebebasan anda dinafikan, perkara-perkara itu tidak penting," katanya. - mStar


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/292YIg8
on Leave a Comment

"Buat Apa Nak Takut", Kenyataan Anti Vaksin Bekas Penyanyi Nasyid Popular Ini Bikin Netizen Panas


KUALA LUMPUR, 29 Jun — Seorang penyanyi nasyid mendedahkan empat anaknya bukan sahaja tidak pernah menerima imunisasi vaksin, malah malangnya cuma “diubati” dengan air bacaan ayat al-Quran jika jatuh sakit.

Beliau juga berkata keluarganya tidak mengambil sebarang ubatan dari klinik atau hospital, dan cuma memilih untuk berubat jika “darurat”.

“Empat orang anak saya tidak divaksin. Saya tak suka. Tapi anak orang lain, terpulang. Tiada halangan,” katanya dalam satu coretan awam di profail Facebooknya semalam.

“Bila anak sakit, saya ambil air dan bacakan ayat al-Quran. Beri minum atau sapu pada tempat sakit,” tambahnya.

Menurut beliau, keluarga beliau cuma bergantung kepada menyusukan anak dengan susu ibu selama dua tahun, dan memberi tahnik dengan kurma dan madu.

Di samping itu, beliau mengaku cuma mengamalkan makanan yang dianggap “sunnah”, seperti jintan hitam yang juga dipanggil habbatus sauda yang kononnya “dapat mengubati segala penyakit”.

Menurutnya, beliau cuma tawakal kepada Allah, malah langsung tidak mengambil sebarang polisi insuran untuk keluarganya.

Namun, pandangan 
beliau itu disukai lebih 9,000 pengguna media sosial itu, dan mengundang lebih 3,000 komen.

Berikut merupakan reaksi sinis daripada pengguna Facebook Malaysia yang mengecam pandangan anti-vaksin 
beliau:

Zaid Shaharudin: Vaksin ni cara kita berwaspada. Kenapa kita naik motor pakai helmet kalau kita tahu Allah selalu lindung kita? Kenapa Nabi berperang pakai peralatan perang walaupun Baginda sentiasa dilindungi Allah? Sebab baginda berusaha melindungi diri walaupun Allah sentiasa ada untuk baginda.

Tolong buang mentaliti mcm ni. Kita usaha, Allah pun suruh kita usaha. Bukan semuanya bergantung atau tawakal pada Allah.

Amirah Shalah: Macam riak pula saudara ni. Seolah-olah diri saudara hebat sangat sampai memperlekehkan kebolehan orang lain.

Lepas ni bini nak beranak boleh jalankan sendiri la ya. Sakit nanti jangan sampai ada nama saudara dalam rekod hospital.

Adam Johari: Madu dan habbatus sauda tidak memulihkan jangkitan bakteria. Ia langsung tak berfungsi. Sebab itu kita cipta vaksin dan antibiotik.

Anak kau kena polio kau bagi la madu banyak mana tak sembuh juga.

Mohd Farez: Hipokrit. Bila darurat boleh pula rujuk hospital?

Muhd D Zaid: Ayat tu macam sombong semacam asal eh. Ke aku je yang rasa camtu?

Mard Geer: Saya tak kisah pun setiap orang ada pendirian masing-masing. Tapi saya ingin memberi peringatan janganlah membunuh anak orang lain hanya kerana anda anti -aksin.

Golongan anti-vaksin yang menggunakan alasan agama didedahkan baru-baru ini dengan kontroversi peserta rancangan televisyen realiti Imam Muda musim kedua, Ammar Wan Harun, yang menyindir kematian dua kanak-kanak akibat penyakit difteria setelah tidak menerima imunisasi.

Tiga kanak-kanak telah meninggal dunia bulan ini di Kedah, Melaka dan Sabah akibat difteria, sebuah jangkitan bakteria yang senang berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, namun boleh dihindarkan dengan imunisasi. Ketiga-tiga mereka tidak menerima imunisasi lengkap.

Sumber: Themalaymailonline.com




from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/294iexL
on Leave a Comment

Ini Respon KJ Berkenaan Penahanan LGE Oleh SPRM


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak terlalu awal menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan berkaitan isu pembelian banglo.

Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan.

"Kita tidak mahu menghukum terlalu awal lagi. Sekiranya ada tindakan susulan... tindakan mahkamah dan sebagainya, beliau (Guan Eng) ada peluang untuk membela diri.

"Tidak ada sesiapa yang boleh lepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Pemuda Umno di Matrade di sini, Rabu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon, dipercayai berkaitan isu pembelian sebuah banglo.

Setiausaha Agung DAP itu ditahan di pejabatnya di tingkat 28 Bangunan Komtar, Pulau Pinang pada pukul 5.45 petang.

Sementara itu, Li Khoon pula ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Tangkapan dibuat selepas mendapat arahan Pejabat Peguam Negara bagi menuduh mereka di mahkamah yang dijadual pada Khamis.

Pertuduhan kedua-duanya akan dibuat di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang, pada pukul 10 pagi mengikut Akta SPRM 2009. - mStar


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/296b5e0
on Leave a Comment

Baca Luahan Hati Isteri Yang Hanyut Dengan Lelaki Lain Lantaran Sikap Dingin Suami


Saya telah mendirikan rumah tangga dengan suami atas dasar suka sama suka sejak awal tahun 2000 lagi dan alhamdulillah, Allah memberikan zuriat buat kami menyambung keturunan. Empat orang anak kesemua membesar dengan baik untuk kami diamanahkan menjaga mereka. Sentiasa terkejar-kejar masa selain menguruskan kerjaya. Itu belum lagi tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan anak-anak yang memerlukan perhatian.

Di sebalik penghidupan yang dilalui, rumah tangga saya sudah mulai bermasalah sejak saya mengandungkan anak pertama lagi. Suami seakan mengelak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya dengan alasan takut menyakiti anak yang sedang saya kandung sedangkan dari segi bacaan, apabila berlakunya hubungan batin antara suami isteri, ia tidak akan menyakiti anak dalam kandungan.

Sejak itu amat jarang sekali suami saya memberi nafkah batin kepada saya. Itu pun setelah saya minta, barulah dia akan beri tetapi lebih banyak yang menolak. Dengan sikap dinginnya, saya semakin jarang berjumpa dan bermesra. Tambahan pula suami bekerja mengikut syif.

Bila cuti pula, kami sekeluarga akan sibuk melayan aktiviti keluarga berkumpul dan bercuti. Tambahan kedua-dua belah keluarga tinggal di Kuala Lumpur. Masa dan tenaga saya ini banyak dihabiskan bersama keluarga sebelah suami.

Dalam pada melayari kehidupan berumah tangga, ada peristiwa yang terjadi. Sesuatu yang saya langsung tidak terduga dan minta ianya berlaku. Hendak dijadikan cerita, saya menjadi rapat dengan seorang rakan kerja lelaki yang selalu mengambil berat tentang diri ini.

Sebelum ini, selama ditimpa masalah, saya belum pernah berkongsi cerita peribadi dengan rakan lelaki tetapi bersamanya saya bercerita masalah saya hadapi. Selepas dua tahun berkawan rapat, saya ada melakukan perbuatan terkutuk dengan dia. Saya semakin hanyut. Dan suami saya amat jarang meminta saya melayani dia, begitu juga sebaliknya.

Namun selepas dua tahun, hubungan saya dengan rakan sekerja putus disebabkan dia bertukar tempat kerja. Walau begitu kami masih berhubung melalui telefon.

Saya ada cuba berbincang dengan suami mengenai hubungan kami yang tidak serupa seperti suami isteri kebiasaannya tetapi malamnya, suami tidak memberikan apa-apa respons. Selepas beberapa kali berbincang, suami saya minta masa untuk dia berubah.

Awal tahun 2016, saya sudah membuat keputusan untuk meminta cerai dan berbincang dengan suami mengenai perkara ini. Namun saya terkejut kerana seminggu kemudian, suami berhenti kerja secara mengejut tanpa memberi tahu sebabnya kepada saya dengan alasan mahu berehat.

Tiga bulan kemudian suami masih belum berjaya mencari pekerjaan dan sayalah yang terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah. Masa yang sama, dia masih bersifat dingin kepada saya. Hubungan saya dengan rakan kerja juga telah putus kerana dia sudah berkahwin.

Saya nekad ingin meminta cerai dan hidup sendirian membesarkan anak-anak. Saya telah memberitahu keluarga sebelah suami dan mereka ada menasihatinya. Alhamdulillah, beliau akhirnya berubah.

Sumber: Mingguanwanita.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/299k8vN
on Leave a Comment

Baru Mahu Minta Maaf Selepas Viral, Lihat Tindakan Mangsa Ini Terhadap Lelaki Tersebut


Kuala Lumpur: Tendang, tumbuk, maki hamun, tetapi akhirnya minta maaf dan mahu bayar ganti rugi selepas perbuatannya ‘viral’ di laman sosial Facebook.

Itu dilakukan pembuli jalanan yang menyerang seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar enam pelajar tahfiz menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan jamuan berbuka puasa berhampiran Bulatan Duta-Segambut, di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Zul Fadlain Abdullah, 38, berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu pembuli jalanan itu memotong keretanya dari belakang hingga berlaku pelanggaran.

"Pemandu kereta itu bertindak memotong kereta saya dengan cara merbahaya. Akibatnya kereta kami bergesel di bahagian kiri.

"Saya yang terkejut dengan kejadian itu segera memberhentikan kereta,” katanya.

Menurut Mohd Zul Fadlain, lelaki itu kemudian keluar dari kereta dalam keadaan marah sebelum bertindak menendang lampu keretanya hingga pecah.

“Lelaki itu turut memecahkan cermin sisi kereta saya," katanya.

Katanya, dia kemudian menurunkan cermin pintu kereta untuk berbincang dengan lelaki terbabit.

“Namun lelaki itu sebaliknya mengajak saya bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata cacian.

“Dia kemudian menumbuk saya beberapa kali di bahagian lengan dan muka sebelum melarikan diri," katanya.

Susulan itu, Mohd Zul Fadlain membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini.

Katanya, dia dihubungi lelaki terbabit yang meminta maaf serta mahu menyelesaikan perkara itu termasuk membayar ganti rugi.

"Bagi saya, dia perlu diberi pengajaran setimpal berikutan perbuatannya amat melampau apatah lagi di bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Suspek menyerah diri di balai polis dan bakal didakwa di mahkamah," katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29e5x4r
on Leave a Comment

Pemain Muzik Jalanan Diaibkan & Dituduh Pengemis - Ini Jawapan 'Cerdik' JKM Yang Anda Mesti Baca


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda menafikan pihaknya telah mengaibkan seorang lelaki yang bermain saksofon dengan merampas alatan muziknya di Bazar Ramadan Taman Delima Sungai Petani, minggu lalu.

Pegawai JKM, Adnan Abdul Rashid berkata, beliau telah memberitahu lelaki itu, Abd Rahman Zainol, 57 atau lebih mesra dengan nama Cikgu Man bahawa aktivitinya boleh menjerumus kepada aktiviti meminta sedekah.

Katanya, Cikgu Man telah bermain saksofon dengan meletakkan bekas untuk diisi wang oleh pengunjung yang hadir.

“Kita bukan aibkan dia, kita cakap dengan dia baik-baik, encik punya aktiviti ini tak boleh kerana ia menjerumus kepada orang minta sedekah. Kalau orang lain, kita ambil tindakan, pada encik pun kita kena ambil tindakan.

“Cikgu Man ini bagus, dia bagi respon yang baik jadi barang-barang dia kita tolong angkat masuk van, kita minta tandatangan akujanji, kita pulangkan saksofon dia, kita tak rampas,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemegang diploma jazz


Sabtu lalu, seorang lelaki yang merupakan menantu kepada Cikgu Man telah memuat naik status di Facebook dengan mendakwa ayah mertuanya telah dimalukan oleh JKM dengan alasan meminta sedekah dengan bermain Saksofon.

Katanya, ayah mertuanya pemegang diploma dalam Jazz dari sebuah sekolah muzik di Pulau Pinang dan pernah bermain saksofon di hadapan sultan Kedah.

Lelaki itu mendakwa JKM meminta ayah mertuanya menandatangani akujanji untuk tidak lagi mengemis dan sekiranya mengingkarinya, beliau akan dihantar ke rumah orang tua-tua Bedong.

Ujarnya lagi, susulan perkara itu, pihak keluarga Cikgu Man telah melantik seorang peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap JKM.

Sementara itu, Adnan berkata, pada hari tersebut, pihaknya menjalankan operasi menyelamat kutu rayau dan pengemis dengan terjumpa Cikgu Man yang sedang bermain alat muzik.

Cikgu Man didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 2 Akta Orang-orang Papa 1977 iaitu mengemis atau mendorong pemberian sedekah dengan berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon dan menawarkan sesuatu untuk jualan.

Adnan berkata, selepas operasi itu, pihaknya membawa pengemis-pengemis yang telah ditahan ke pejabatnya bagi menandatangani akujanji dan majlis berbuka puasa bersama-sama.

Malah katanya, beliau melayan Cikgu Man dengan baik apabila mempelawanya untuk makan semeja bersamanya dan pegawai-pegawai lain.

“Kita bawa majlis buka puasa di pejabat saya dan dia duduk semeja dengan saya, dengan pegawai-pegawai lain di peringkat Alor Setar dan orang lain saya tak jemput,” katanya.

Malah katanya, pihaknya turut menghantar Cikgu Man ke tempatnya ditahan kerana beliau tidak mempunyai telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarganya.

“Kita tanya dia ada tak orang yang akan jemput dia pulang dan dia kata, dia tak ada telefon, tak boleh nak hubungi ahli keluarga terdekat.

“Oleh sebab dia tak ada kenderaan jadi kita hantar dia bersama tujuh pegawai kita ke tempat yang kita ambil kerana ada motor dia di situ.

“Kita pulangkan saksofon, dan gambar-gambar allahyarham Tan Sri P Ramlee, kita bagi lagi bubur lambuk untuk dia bawa pulang,” katanya.


sumber

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/296UlFt
on Leave a Comment

Dituduh Mengemis, Pemuzik Legenda Ini Dimalukan Pegawai Majlis Penguasa Jabatan Kebajikan

Orang tua ini adalah peniup saksofon di Sungai Petani. Orang lama. Selalu ada di kawasan medan selera, jam besar dan pasar-pasar malam di sekitar Sungai Petani.


Orang tua ini jiwanya muzik. Dia ada Diploma in Jazz dari sebuah sekolah muzik di Pulau Pinang. Boleh main piano dan keyboard. Boleh tiup saksofon dan trumpet. Boleh main drum set dan gitar. Boleh menyanyi. Boleh karang lagu.

Beliau pernah berkhidmat di SMK Ibrahim sebagai band instructor. Lagu sekolah pun dia yang karang. Pernah bermain saksofon di hadapan DYMM Sultan Kedah dan di dalam pelbagai majlis rasmi dan tak rasmi. Pernah masuk Kilauan Emas. Berpengalaman mengajar di banyak tempat termasuk UiTM dan sekolah muzik swasta. Pendek kata, power.

Sejak bersara, beliau bermain secara solo busking di Sungai Petani untuk menghiburkan orang kebanyakan. Waktu siang beliau pergi mengajar, malam beliau bermain muzik. Jiwa beliau memang betul-betul free bird. Beliau seringkali buat ‘tribute’ kepada artis tempatan, terutamanya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tapi beberapa hari lepas, beliau ditahan oleh satu agensi kerajaan di Sungai Petani atas alasan meminta sedekah. Beliau terangkan yang beliau bukan pengemis atau gelandangan tapi sekadar bermain muzik. Martabat beliau direndahkan di khalayak ramai. “Banyakkah dapat duit?” mereka tanya, sambil orang tua ini digelakkan. Mukanya diambil gambar dan masuk surat khabar. Saksofonnya dirampas dan tidak akan dipulangkan selagi beliau tidak menandatangani akujanji untuk tidak bermain muzik di khalayak ramai lagi. Nak tak nak, beliau tandatangan juga akujanji tersebut. Dan sekiranya Cikgu Man ingkar, beliau akan dihantar ke rumah orang tua-tua Bedong.

Beliau tak balik rumah dan terus ke masjid kerana malu yang teramat-sangat. Cikgu Man Sungai Petani yang pernah main muzik dengan artis dan depan DYMM YDP Agong kena tangkap kerana dituduh minta simpati orang ramai. Masuk surat khabar!

Saya kata, macam mana orang ini dituduh pengemis? Tengok pakaian dia. Tengok saksofon dia. Saksofon yang dia pakai bukan seribu dua ringgit punya saksofon ya. Harga saksofon dia boleh beli motor cash tau. Tiga anak beliau semua masuk universiti, menantu-menantu beliau pun belajar tinggi. Dia bukan kacau orang. Dia cuma main muzik tepi jalan.

Saya kata, nasib baiklah orang tua ini bukan bapak kandung saya. Kalau tidak, siap. Dah besar sangat agaknya jadi pegawai kerajaan? Bapak saya dulu pun pegawai tinggi kerajaan. Mak saya pun dulu kerja di pejabat menteri. Saya sendiri pun dapat tawaran M44 PTD. Nak berlagak apa? Rasa hebat dapat tangkap orang, dapat tunjuk kuasa? Seronok dapat merendahkan orang? Meh saya rendahkan awak pulak, baru tau langit tinggi rendah, berani? Suka masuk surat khabar, dapat publisiti? Rampas periuk nasi orang, seronok?

Memandangkan pegawai yang menangkap dan merendah-rendahkan orang tua ini enggan meminta maaf dan menarik balik surat akujanji yang ditandatangani secara paksa walaupun dah diajak berbincang, maka sebuah aduan rasmi telah dibuat kepada ibu pejabat agensi peringkat negeri di Alor Setar dan juga di peringkat kementerian di Putrajaya. Dan Cikgu Man juga dah lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang. Jangan pandang rendah pada anak-anak, anak menantu, anak murid dan penggemar serta penyokong pemuzik jalanan. Kita lawan!

Oh ya, by the way, orang tua ini adalah bapak mertua saya. Nasib baik saya ni duduk jauh, dan ini bulan puasa. Kalau tak, dah dipendekkan cerita dah.

Saya harap buskers-buskers di Sungai Petani dan di serata Malaysia tau bagaimana mereka melayan pemuzik jalanan seperti anda. Ketahui hak anda dan martabat anda, walaupun anda adalah pemuzik jalanan. Ambil tahu dan jaga hak anda. Jangan biar orang pandang anda haprak. Jangan dipermain dan diperkotak-katikkan, hanya kerana anda cuma tau bermain muzik!
Biodata Cikgu Man

1. Berpengalaman bermain muzik selama 40 tahun. Pernah bermain grand piano dan vocal di hotel selama 17 tahun, dan pernah membuat rakaman di radio dan bakat RTM.

2. Cikgu Man menggunakan saksofon Yamaha Professional model tenor yang harganya lima angka dan diterbangkan khas dari Jepun ketika ditahan, di mana saksofonnya dirampas dan dirinya dimalukan sebelum dibawa pergi dengan van di khalayak ramai bersama pengemis.

3. Cikgu Man terpilih sebagai 10 calon terbaik Zon Utara untuk program Kilauan Emas 2 di Astro Prima. Adnan Abu Hassan pernah memberi komen VERY GOOD PERFORMANCE kepada beliau ketika pertandingan tersebut setelah memainkan lagu Hati Emas menggunakan teknik husky vocal tone.

4. Beliau pernah mengajar di pusat serenti untuk menarik minat bekas penagih supaya bergiat dengan muzik.

5. Pernah mengajar 10 pasukan pancaragam dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

6. Pernah mengiringi ARTIS LAGENDA seperti Sudirman, Noor Kumalasari, DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Datuk Syarifah Aini, Azlina Aziz, M Nasir, M Daud Kilau, Jamal Abdillah, Latif Ibrahim, Aman Shah dan L Ramlee.

7. Berganding secara professional dengan Prof. Madya Razif Mohd (Fakulti Seni USM, Pulau Pinang).

8. Cikgu Man adalah pengarang lirik dan lagu Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani yang masih dinyanyikan sehingga hari ini.

9. Cikgu Man adalah bapak mertua saya, dan dia hadiahkan saya gitar akustik Taylor Big Baby sebagai hadiah kahwin. Nampak? Adakah pengemis mampu beli Taylor Big Baby? Saya sendiri pun tak mampu.

Sumber: Mohamad Nazmi Zaidi Moni, Amazingnara.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/296rNte
on Leave a Comment

Mengejutkan! Pas Masih Kekal Dengan Pendirian Ini Terhadap Isu Banglo LGE


KUALA LUMPUR: PAS kekal dengan prinsip untuk tidak menuduh seseorang itu bersalah selagi ia belum dibuktikan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai mengulas penahanan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, beliau berkata PAS menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pendakwaan dan mahkamah untuk membuat keputusan.

"Tidak banyak yang ingin saya katakan cuma kita masih kekal dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

BACA: Isu banglo: SPRM sahkan tahan Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon

"Kita asyik bercakap berkenaan rasuah dan penyelewengan, jadi kita serahkan kepada SPRM sebagai badan pendakwaan dan pihak mahkamah untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP ditahan petang Rabu oleh beberapa orang pegawai SPRM ketika mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya sekitar jam 5.30 petang.

Turut ditahan ialah ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon yang ditahan di pejabatnya di Penang Garden sekitar jam 4.15 petang.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/292Za2Y
on Leave a Comment

Kesian.. Penaja Berbuka Puasa Tak Datang Anak Yatim Tertunggu Makanan Tak Sampai-Sampai


Pagi ini, perhatian admin tertarik dengan sebuah pos yang dimuatnaik oleh Ummi Rusnah Abu Samah iaitu pengasas kepada Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di mana madrasah berkenaan menempatkan kira-kira 100 orang anak yatim dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Seperti kebiasaan, sudah pasti ada orang yang akan tampil meraikan anak-anak yatim dan anak-anak tidak bernasib baik ini terutamanya pada bulan Ramadhan ini.

Tapi kisah kehidupan mereka ini adakalanya seolah-olah dipermainkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Ummi dalam satu posnya semalam di laman Facebook kepunyaannya, seseorang telah berjanji untuk 'sponsor makanan kepada kira-kira 100 orang anak yatim yang berada di Madrasah berkenaan.

Namun, pada hari yang dijanjikan untuk menyajikan hidangan berbuka puasa kepada anak-anak yatim ini, individu yang berjanji untuk 'sponsor' anak-anak yatim ini makan menyepikan diri apabila tidak menjawab panggilan telefon daripada Ummi.

"Kalau Ummi seorang bolehlah berbuka di masjid, tapi ini 100 orang, macamman nak bawa berbuka di Masjid, ke nak tunggu sampai waktu berbuka, kalau makanan tak sampai kita makan kurma dan minum air je la," tulis Ummi.


Untuk lebih lanjut, kami telah menghubungi Umm, menurut Ummi dia telah cuba untuk menelefon individu yang berjanji tersebut namun panggilannya tidak diangkat sehingga akhirnya beliau terpaksa ikhtiar sesuatu untuk anak-anak ini.

"Ummi dah telefon orang itu lambat, jadi persiapan untuk masak kepada mereka tak sempat disediakan kerana perlu menyediakan barang yang banyak untuk makan 100 orang dan memandangan memang berharap kepada individu berkenaan untuk berikan makanan kerana sudah berjanji," jelas Ummi.

Ditanya anak-anak ini berbuka puasa dengan apa, Ummi memberi tahu ada seorang insan mulia telah mengambil tindakan menghantar kek kepada anak-anak ini untuk lapik perut berbuka kerana makanan yang dijanjikan oleh individu berkenaan tidak muncul tiba.


Kepada anda yang ingin membantu anak-anak ini bolehlah salurkan bantuan anda kepada

Maybank
Darul Tahfiz Sri Al Ain
564397116075

MADARASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN, JALAN GAJAH 16, KG KUBU GAJAH, SG BULOH atau hubungi 0132456300.

Apapun terima kasih kepada Ummi kerana sanggup menjalankan kerja amal ini, semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/292ZgYd
on Leave a Comment

Lim Guan Eng Ditahan? Teka Teki Terjawab Apabila Kit Siang Tampil Beri Penjelasan


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29eE5Rl
on Leave a Comment

Ketua Menteri Pulau Pinang Ditahan SPRM



GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya pada jam 4.50 petang tadi. 

Lapor Free Malaysia Today, suasana pejabat kerajaan di Komtar bertukar gempar apabila 12 anggota SPRM masuk dari pelbagai arah ke dalam bangunan Komtar. 6 anggota SPRM masuk ke bilik mesyuarat Exco, diikuti empat anggota lain tidak lama kemudian di tingkat 28 yang menempatkan pejabat Lim Guan Eng.

Tidak beberapa lama kemudian, Peguam Sanisvara Nethaji Rayer dan adiknya, Lim Hui Ying, tiba di pejabat Guan Eng. Kerisaun tampak jelas di wajah ahli keluarganya itu. 

Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Guan Eng ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang dipercayai berkaitan dengan tanah pertanian dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn. 

Guan Eng akan dibawa ke Mahkamah Seksyen George Town esok. 

Difahamkan, 3 anggota polis berpakaian biasa dari balai polis Komtar menempatkan diri mereka di pintu masuk alternatif pejabat itu di bahagian timur bangunan. Beberapa individu yang dipercayai anggota Cawangan Khas juga dikesan berlegar di ruang legar berhampiran lif. 

Ramai anggota polis peronda bermotor dan berkereta juga dikerahkan ke kawasan sekitar seolah-olah mengepung bangunan Komtar.
on Leave a Comment

Kehadiran 'Harimau' Membuatkan Hasil Tanaman Wanita Ini Tidak Lagi Dirosakkan Kera


POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu.

Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu.

Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu.

Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka mencari pelbagai cara untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya.

“Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu.

"Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, teknik yang digunakan itu telah memberi manfaat kepada keluarganya kerana semenjak itu binatang perosak tidak lagi berani mendekati halaman rumah mereka.

Menurutnya, dia mendapat idea meletak patung harimau itu selepas melawat rumah saudaranya di Pantai Remis di kawasan kelapa sawit yang turut menghadapi masalah sama.

"Teknik itu sangat berkesan hingga menyebabkan saya turut membeli anak patung harimau di Air Hitam, Johor Bahru dengan harga RM120 dan meletak di sekitar halaman rumah.

“Alhamdulillah, semenjak saya meletak di sekitar halaman rumah, binatang seperti kera dan babi hutan tidak lagi berani menghampiri kawasan rumah kami," katanya.

Malah katanya, bagi mengelirukan binatang perosak itu, dia turut sering mengubah patung harimau itu.

"Apa yang menariknya, semasa kami meletakkan harimau di bawah pokok, kami tengok gelagat kera yang datang sekumpulan berteriakan seolah-olah bimbang akan menjadi mangsa harimau itu," katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29nnU2X
on Leave a Comment

5 beradik Bersahur Dan Berbuka Dengan Berkongsi Mi Segera Kerana Kesempitan Hidup

  NOR Alya Dayana (kiri) bersama adik-adik di rumahnya.
Batu Caves: “Sejak mama masuk hospital, kami hanya bersahur dan berbuka puasa dengan mi segera, itu pun terpaksa berkongsi,” begitu luah Nor Alya Dayana Muhammad Nadzri, 12, anak sulung daripada lima adik-beradik yang kini menjadi ketua keluarga selepas ibu mereka, Elya Susanti Ab Rakit terlantar di hospital lebih seminggu lalu akibat masalah saraf.

Lebih menyedihkan, Dayana bersama adik-adiknya Nor Alya Sabrina, 11, Nur Alya Wardina, 10, Muhammad Irfan Danish, 8 dan Muhammad Imran Danish,7, bukan saja terpaksa menguruskan diri sendiri malah hidup dalam kesempitan.

“Bila jemu makan mi segera, kami makan roti. Apa pun yang berlaku, saya pegang pesan mama, suruh saya jaga adik-adik. Mama juga berpesan supaya kami jangan meminta-minta walaupun susah.

“Saya sudah biasa hidup begini tapi berasa sedih bila mengenang mama yang terlantar di hospital, apatah lagi bulan Ramadan dan tidak lama lagi hari raya,” ujar Dayana.

Ibu mereka, Elya Susanti, yang mengalami masalah saraf sejak tujuh tahun lalu menjalani pembedahan belakang bagi kali ketiga baru-baru ini dan kini masih dirawat di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur.

Menurut Dayana, sepanjang ketiadaan ibunya yang bercerai, dialah yang bertindak sebagai ketua keluarga dengan menyediakan segala keperluan adik-adiknya seperti memasak, membasuh dan menggosok pakaian.

Kisah kesempitan lima adik-beradik ini terbongkar apabila seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, di sini, Azlina Jafnus, mendapat tahu bahawa Dayana dan adik-adiknya hidup sendirian selepas ibu mereka dimasukkan ke hospital.

Kunjungan lanjut Azlina ke rumah lima bersaudara itu mendapati mereka hidup dalam keadaan tidak terurus dan susah. Malah, kerana kesempitan hidup, Dayana dan adik-adiknya tidak mampu untuk menziarah ibu mereka yang terlantar di hospital.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun PIBG Bank Muamalat 14050004211714 atau menghubungi talian 019-3692097 (Azlina) dan 0192775694 (Farizah).



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29aOKiL
on Leave a Comment

Buat Hal Lagi.. Pemandu Teksi Tendang Tangan Pemandu GrabCar Dan Serang GrabCar Hingga Rosak Teruk


KUALA LUMPUR - Satu lagi kes kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.‎

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian jam 2 pagi itu, pemandu GrabCar berusia 35 tahun itu didatangi seorang pemandu teksi yang memarahinya kerana mengambil penumpang di kawasan pemandu teksi itu beroperasi.

"Mangsa yang ketika itu mengambil dua penumpang mendakwa ditahan oleh seorang pemandu teksi yang mengarahkan kedua-dua penumpangnya keluar dari kenderaan itu dan didatangi dua lagi pemandu teksi yang cuba merampas telefon bimbit miliknya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sharul berkata, selain dimarahi kerana mengambil penumpang di kawasan terbabit, pemandu teksi berkenaan turut bertindak agresif dengan menendang tangan mangsa.

Bimbang akan keselamatan diri, kedua-dua penumpang yang menaiki kereta mangsa bertindak keluar dari kereta mangsa dan beredar dari lokasi berkenaan.

Sharul berkata, mangsa turut mendakwa beberapa lagi pemandu teksi lain turut bertindak menendang keretanya sehingga menyebabkan kerosakan pada pintu belakang bahagian kanan dan kiri, patah cermin sisi kanan, pecah lampu isyarat kanan, dan remuk pada bumper.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan rakaman percakapan telah dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.

Katanya polis telah merakam gambar rajah kasar seorang suspek yang berbadan gempal dan tinggi serta akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan untuk siasatan.

Kes pemandu perkhidmatan GrabCar dan Uber diserang pemandu teksi telah beberapa kali dilaporkan iaitu pada 20 Jun lepas tercetus satu kekecohan melibatkan seorang pemandu teksi Uber dan suspek berusia 44 tahun yang ditahan di Taman Selayang Utama, Baru Caves pada pukul 11.15 malam.

Dalam insiden tengah hari itu, suspek dikatakan menendang kereta mangsa yang menawarkan perkhidmatan teksi Uber, sebelum menarik keluar seorang pelancong dan bertelagah dengan pemandu kereta berkenaan. - Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/292tRS4
on Leave a Comment

Kerajaan Cadang Untuk Khususkan Hanya Doktor Wanita Sambut Kelahiran Bayi


Kerajaan melaui Kementerian Kesihatan mengakui mempunya rancangan untuk mengkhususkan doktor wanita sahaja yang menyambut bayi abru lahir di hospital awam, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkatan, walaupun bagaimanapun racangan tersebut belum dapat dilaksanakan kerana kekurangan doktor wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan (O&G).

"Dalam kerajaan memang terlebih doktor wanita tetapi tidak ramai doktor wanita ini yang berminat dalam Obstetrik dan Ginekologi.

"Maka kita perlu tunggu lagilah supaya lebih ramai lagi doktor yang akan dilatih dalam bidang tersebut," katanya.

Kementerian kesihatan telah menerima petisyen sejak tahun 2013 lagi yang meminta supaya hanya doktor dan jururawat wanita di bilik dan wad bersalin demi menjaga maruah dan aurat pesakit wanita, khususnya yang beragama Islam.

Selain itu, petisyen berkenaan juga menggesa kementerian untuk memberi insentif kepada wanita untuk mengkhusus dalam bidang obstetrik dan ginekologi, dan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai perubatan mengenai keperluan menjaga aurat semasa melahirkan anak.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/297DKlt
on Leave a Comment

Kajian: Wanita Tempatan Cair Dengan Ayat Manis Warga Bangladesh, Indonesia

Kira-kira 1 peratus rakyat Malaysia mengahwini warga asing, termasuk warga Bangladesh. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Kehebatan lelaki warga Bangladesh dan Indonesia menyusun kata-kata menjadi faktor utama wanita tempatan terpikat dan mengahwini rakyat asing, kata kajian.

Kaji selidik Universiti Putra Malaysia (UPM) juga mendapati lelaki tempatan gemar memilih gadis seberang sebagai pasangan hidup kerana faktor “layanan kelas pertama”, lapor Harian Metro.

Kajian melibatkan kira-kira 1,000 responden melibatkan lelaki dan wanita muda berusia bawah 25 tahun.

"Ini adalah hasil yang diperoleh dan alasan paling popular dalam kalangan responden kerana secara umumnya, kita memang suka dihargai apatah lagi apabila diberikan dengan kata pujian seperti yang dilakukan lelaki Bangladesh," kata Timbalan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

"Manakala bagi lelaki tempatan pula, kebanyakan responden memilih wanita dari Indonesia disebabkan layanan yang diberikan diibaratkan seperti melayan seorang 'raja'. Ini adalah alasan yang diberikan".

Pakar sosial itu berkata, perkara itu bagaimanapun tidak membimbangkan kerana ia hanya melibatkan kira-kira 1 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mengahwini warga asing.

"Kita boleh buat kajian namun saya berpendapat isu penceraian yang tinggi lebih utama.

"Apa pun dalam membincangkan isu perkahwinan warga asing ini, bimbingan dan nasihat perlu diberikan terutama kepada wanita muda yang mahu berkahwin.

“Mereka perlu sedar perkahwinan itu tidak hanya semata-mata atas dasar cinta tetapi soal ekonomi juga," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam Dewan Negara minggu lalu dilaporkan berkata, kerajaan mahu mengkaji faktor rakyat tempatan semakin ramai mengahwini warga asing.

Sumber: Themalaymailonline.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/292xVUt
on Leave a Comment

Parti Baharu Mampu Saingi Umno? Ini Jawapan Pak Lah


KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ‎ketika menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.

Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas dipecat daripada Umno.

Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.

"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno hanyalah sedikit.

Terdahulu, Majlis Tertinggi memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/299XQME
on Leave a Comment

12 Artis Malaysia Yang Ada Pendidikan Tinggi, No.7 Paling Tak Disangka !


1. NAJWA MUHYIDDIN

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

2. Lisa Surihani

Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3. Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

4. Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

5. Ahmad Idham


PaDa tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

6. Sudirman Hj Arshad


Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

7. Datuk Aznil Hj Nawawi


Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

8. Fazley Yaakob


Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

9. Jason Lo

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

10. Kaer Azami

Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

11. Aishah

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

12. Azhar Sulaiman


Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/291X1kl
on Leave a Comment

Pakcik Berdoa Dicabut Nyawa, Lapan Anak Tak Balik Jenguk


SETIAP tahun bila tiba bulan Ramadan akan ada ramai insan yang pemurah. Seperti kebiasaan, saya pergi menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada pihak masjid. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat.

Tetapi rumah pertama yang saya dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila mengingatinya berlinangan air mata saya.

Kami berhenti di depan sebuah rumah yang agak usang. Kelihatan seorang pemuda sedang sibuk memasukkan besi buruk ke dalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya. Kami memberikan salam dan bersalaman dengan pemuda dan pakcik tu sambil di tangan kami membawa sedikit barang untuk disumbangkan dan juga bubur lambuk yang diberikan masjid selepas solat Asar tadi.

“Pakcik apa khabar?,” saya memulakan bicara.

“Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik.”

Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan. Kemudian beliau masuk sebentar ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala lusuh sewaktu kami sampai tadi.

Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya terus bertanyakan khabar pada pakcik tu.

“Pakcik sihat? Pakcik duduk sorang aje ke?”

“Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?”

Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual.

Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan.

Saya bertanya lagi, “anak pakcik tak balik ke?”

Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah.

“Anak pakcik ada 8 orang. Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni,” luahnya.

Kami terus terdiam.

Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.

“Ya Allah, kau cabutlah nyawaku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau matikanlah aku Ya Allah.”

Kelihatan genangan air mula berkumpul di kelopak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersentak dengan apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat keadaan pakcik ketika itu.

Kami kaku seketika. Seorang bapa begitu sedih sehingga meminta Allah mencabut nyawanya kerana sudah lama anaknya tidak pulang ke rumah.

Kami cuba sabarkan dan tenangkan pakcik dengan memberi sedikit nasihat dan harapan. Kami tak kenal pun siapa pakcik ni. Kami tak kenal pun 8 orang anak pakcik ni. Kami tak tau apa kerjaya anak-anak pakcik ni. Kami tak tau apakah harapan yang kami berikan pada pakcik tu untuk menanti kepulangan anaknya adalah harapan palsu atau mampu jadi realiti.

Kami tak tahu sejarah panjang hidup pakcik ini bersama anak-anaknya.

Tapi, saya berdoa pada Allah semoga urusan pakcik ini dipermudahkan. Saya berdoa agar anak pakcik ini pulang untuk menziarahi ayahnya. Saya berdoa agar lebih ramai yang datang membantu pakcik ini.

Kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita.

Merekalah yang banyak berbakti kepada kita.

Mungkin tak mudah untuk kita lafazkan kata-kata sayang pada orang tua macam yang mereka ucap pada kita waktu kita kecil dulu. Mungkin juga kita tak mampu memberikan kemewahan pada mereka. Tapi yang pasti kita boleh sentiasa berdoa dan berbuat baik kepada mereka. Pulanglah di hari raya ini demi orang tua kita.

Nota:

Kisah ini adalah pengalaman saudara Aznan Abdul Latiff ketika menyertai program “Sekampit Beras” anjuran Pemuda ISMA Melaka baru-baru ini.

Sumber: Ismaweb.net


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/291s6Xs
on Leave a Comment

Rupanya Inilah Punca 5 Ketua Umno Cawangan Pagoh Letak Jawatan

Mohd Solihan membakar kemeja Umno sebagai tanda protes terhadap keputusan parti berkenaan yang melucutkan keahlian Muhyiddin baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

PAGOH - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang melucutkan keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan Umno.

Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Tahir berkata, tindakan mereka meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan tertutup dengan Ketua-ketua Cawangan dalam bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Manakala bagi Ahmad, keputusan MT melucutkan jawatan Muhyiddin sememangnya meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Solihan yang juga merangkap sebagai Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, beliau juga tidak menolak andainya wujud parti baru yang diterajui Muhyiddin.

“Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

“Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka. Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/291q2O2
on Leave a Comment

PAN Tuduh PAS Tak Keberatan Bantu BN Rampas Selangor Jika Terus Sendirian


Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Beliau berkata berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.

“PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan.

“Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ia bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

“Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Melihat kepada kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar itu, Khalid berkata, PAS sepatutnya berunding dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sekiranya mereka menganggap BN sebagai sebuah parti lawan dan ingin menjatuhkan parti berkenaan.

"PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini.

"Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendirian dan Pakatan Harapan terdiri dari tiga (parti), PAS yang berpecah dan berasingan.

"Oleh itu, sekiranya PAS melihat BN sebagai lawannya dan menjatuhkan BN penting demi kepentingan rakyat dan negara, sudah pasti paling tidak PAS akan berunding dan berkerjasama dengan Harapan atau pun menyertainya seperti sebelum ini di dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, BN berjaya mengekalkan kerusi di kedua-dua parlimen itu.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menewaskan tiga calon lain daripada AMANAH, PAS dan Bebas dengan majoriti 6,969 undi.

Manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menewaskan calon PAS dan AMANAH dengan majoriti yang meningkat sebanyak 9,191 undi.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/2905UP0
on Leave a Comment

Wanita Ini Rasa Sakit Ketika Kencing, Apabila Diperiksa, Doktor Menemui Sesuatu Mengejutkan

KES seorang wanita berusia 50 tahun yang mengadu kencingnya mengandungi cacing selama tiga bulan telah disifatkan oleh doktor sebagai sesuatu yang aneh.

Wanita yang berasal dari South Carolina itu menemui doktor untuk membuat pemeriksaan dan selain kencing mengandungi cacing, dia turut mengalami kesakitan yang amat sangat ketika membuang air.


Doktor yang merawatnya telah meminta sampel air kencing wanita itu dan mereka terperanjat apabila menemui cacing sepanjang 0.5cm berwarna hitam dan boleh dilihat oleh mata kasar.

Ketika menerangkan mengenai kes berkenaan dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor itu memberitahu bahawa ia sebenarnya adalah larva, bukannya cacing.

Wanita itu juga disahkan menghidap myasis dan keadaan ini berlaku pada mereka yang minum air yang tercemar dengan telur lalat.

Kebiasaannya ia berlaku di bahagian kulit, mata dan saluran hidung namun jangkitan pada air kencing merupakan satu keadaan yang luar biasa.

Keadaan itu juga biasanya hanya berlaku di negara membangun dan disebabkan wanita itu menghidap kencing manis maka ia dikaitkan dengan sistem imun yang lemah dengan kapasiti yang kurang untuk melawan jangkitan dan parasit.

Dia juga tidak mengetahui bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi wanita itu memaklumkan dia telah berpindah ke Charleston, South Carolina, dari Mexico.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memberikan ubat ivermectin, bagi merawat pesakit yang dijangkiti parasit dan seminggu selepas itu kencingnya tidak lagi mengandungi larva. 



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/296Zdvu
on Leave a Comment

Bahagian 2 & 3 Kisah Seram Pelancong Australia ke Malaysia: 'Banjaron Titwang...' - Bisik 'Ayah' kepada Ibu...


Bahagian 2 :

Hai semua, maaf kerana lambat, keadaan tidak tentu arah. Saya sudah menghubungi dengan Sheikh itu. Dia kata dia boleh datang dalam 5-7 hari lagi.

Bagaimanapun, saya masih lagi tak dapat tidur sejak balik dari lapangan terbang dan cuba untuk membuka telinga sekiranya ada bunyi aneh yang kedengaran. Bunyi mendengung itu berbunyi lagi kira-kira jam empat suku dan berterusan sehingga lima setengah. Saat ini, saya dah keluarkan senjata besar dan membaca Quran; yang mana sedikit pelik kerana saya bukannya pengikut yang taat setia. Apa yang saya boleh kata? keadaan kacau bilau macam ni boleh memberi kesan kepada kepercayaan anda.

Kira-kira 5.30 pagi, benda yang menyerupai ayah saya (saya tak mahu percaya benda itu ayah saya) bangun dan turunke bawah. Bukan nak mandi atau guna tandas. Tetapi cuma turun ke bawah dan bertanya kenapa ada Al-Quran atas meja kopi.

Perkara yang pelik tentang semua ini adalah mereka semua masih mempunyai suami yang sama. 'Bapa saya' masih mempunyai suara garaunya (selepas beberapa tahun menghisap rokok), 'ibu saya' dengan bunyi suaranya yang nyaring. 'Abang-abang' saya dengan suara dalam dan adik saya pun masih mempunyai suara yang asalnya. Saya tak tahu adalah ia boleh berlaku dan jika sesiapa tahu jika benda-benda ni boleh simpan suara orang-orang yang mereka tiru, sila kongsi.

Jadi, 'ayah saya' turun dan makan sedikit roti sebelum pergi ke atas kembali yang mana membuatkan saya terkejut kerana itu apa yang ayah saya makan setiap hari pada waktu pagi. Mungkin, saya mula berfikir, bahawa ayah saya yang sebenar tidak mati/diambil tetah dirasuk oleh benda jahat jadi sedikit persamaan masih lagi ada. 'Ibu' saya pun sama, bangun (tapi tak mandi/ guna tandas), menium air kopi tanpa gulanya dan semangkuk conrnflakes. Benda yang sama ibu saya (yang sebenar) makan untuk sarapan.

Sekarang dah 8 pagi dan mereka sudah pergi kerja. Saya tidak ditanya arah tempat kerja mereka. Ini membuatkan saya percaya yang mereka telah mempunyai pengetahuan tentang siapa yang patut mereka jadi semalam. Saya, abang-abang, adik masih lagi dalam cuti, jadi kami tinggal di rumah. Saya lebih selesa berinteraksi dengan 'adik-beradik' saya tanpa gangguan 'ayah' kerana dia seolah-olah seorang ketua, memberitahu mereka apa yang patut dibuat.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya membawa dan membaca Quran untuk menenangkan fikiran saya. Ramai orang berkata benda tu mungkin jin dan kerana itu, saya membaca surah yang khas untuk jin iaitu Surah Al-Jinn. Ketika saya baca dengan kuat, saya boleh dengar seperti bunyi cakaran di bahagian atas, terutama di bilik adik perempuan saya. Mungkin saya terbayang yang ayat-ayat itu memberi kesan kepada benda di atas tu atau mungkin cuma mainan saya sahaja, saya tidak pasti. Saya dah bercakap dengan beberapa rakan keluarga dan setiap mereka memberitahu, saya tidak cukup kuat(mungkin dalam konteks keagamaan) untuk berhadapan dengan benda itu. Mereka memberitahu bahawa saya patut menunggu Sheikh itu.

Sekarang dah 2.50 petang. "Adik beradik" saya masih tak bangun-bangun, saya tak pasti kenapa. Biasanya kalau mereka malas sekali pun, tidak ada siapa yang akan tidur lebih dari pukul 1.30 petang. Saya nak sangat naik ke tingkat atas dan tengok apa yang berlaku tapi saya dah lihat banyak cerita seram yang biasanya menunjukkan pengakhiran yang tidak baik jika 'pergi menyerah diri' dengan hantu. Saya tak mahu mati tanpa selesaikan masalah ini. Ibu bapa saya biasanya akan balik pada 5.30 petang jadi saya ada masa untuk mencuba dan menyiapkan diri dengan informasi dan doa sebanyak yang boleh.

5.34 petang. Saya dengar kereta ibu bapa saya sampai di garaj. Mereka masuk sekali, dengan wajah tidak puas hati jika dibandingkan dengan muka pagi tadi. Saya tak apsti kenapa. 'Ayah' membisik sesuatu seperti '...tak sepatutnya ... sepatutnya tinggal ...' dan 'banjoran titwang' kepada ibu saya. Saya tak pasti jika ayat terakhir yag saya dengar tu betul, mungkinkah ia satu penghinaan? Satu tempat? Saya tak tahu. Bahasa apa pun saya tak tahu tapi yang pasti ia bukan bahasa Inggeris. Mereka cuma kata hi kepada saya dan naik ke tingkat atas. Untuk buat apa? saya tak tahu. Tapi selagi mereka tidak dekat, saya tak rasa takut. Bau busuk masih lagi ada dalam rumah tapi tak sekuat sebelum ini. Mungkin kerana saya dah terbiasa.

Kini jam baru sahaja menunjukkan tengah malam, 12:07 pagi tepatnya. Keperluan saya untuk tidur sedang membuak (Saya tak tidur hampir 72 jam) jadi saya tidur di atas sofa dan pasang Quran kuat-kuat dan dengar menggunakan earphone. Saya tak tahu.. ia menenangkan saya.

Jika apa-apa perkara besar berlaku saya akan update lagi atau bila Sheikh tiba sini.

Update : Saya tahu yang saya tak sepatutnya cuba melawan tapi saya ni degil. Setiap kali saya dengan bunyi irama berdengung tu diatas, saya akan baca ayat Quran dengan perlahan dan saya bersumpah bunyi itu akan berhenti buat seketika dan saya terdengar bunyi ketukan pula, yang datang dari bilik ibu dan ayah. Ketukan itu sentiasa kedengaran dalam urutan yang sama : tiga ketukan pendek, tiga ketukan panjang dan tiga ketukan pendek sekali lagi. Saya tak tahu apa maksudnya. Mungkin tanda amaran? Adakah 9 ketukan menandakan sesuatu? Saya tak pasti. Masih lagi menunggu Sheikh untuk datang, katanya dia akan datang ke sini pada Jumaat. Hari ini malam Selasa. Nanti saya update lagi.

Bahagian 3 :

Saya dah kembali, syukur tanpa sebarang kecederaan. Hari ini hari Sabtu yang sejuk dan saya baru sahaja habis bercakap dengan sheikh, seorang Imam yang bernama Ahmad. Saya akan ceritakan apa yang saya lihat dan juga apa yang Imam Ahmad beritahu saya apabila pertama kali berjumpa 'keluarga saya'.

Pertama sekali, Imam Ahmad menghampiri ayah saya dulu dan bersalaman tangan dengannya. 'Ayah' membalas balik dengan seolah-olah terpaksa (menguatkan teori saya bahawa ayah saya masih ada di dalam dan dikurung oleh makluk itu). Seingat saya, ini dialog antara mereka berdua.

Imam Ahmad : Assalammualikum. Boleh kamu beritahu saya tentang diri kamu?
'Ayah' : Saya adalah Ali ****
(Nota kaki : Perasan tak dia tak balas salam diawal tadi?)

Imam Ahmad : Ali, kerja sebagai apa?
'Ayah' : Saya kerja sebagai ahli farmasi di **** **** ****

Imam Ahmad : Dah berapa lama kamu bekerja di sana?
'Ayah' : Hampir 25 tahun.

Setakat ini, 'ayah saya' lulus dengan cemerlang. Dia tahu nama kami, apa yang kami belajar di universiti dan apa benda yang saya tak suka (vacumm) dan apa makanan pencuci mulut kesukaan ibu. Bagaiamanapun, masih ada yang tak kena. Biarpun sedekat mana dia kenal keluarga ini, saya tak boleh buang perasaan ganjil itu. Bau busuk masih lagi ada dan jarang-jarang kedengaran bunyi berdengung di tingkat atas di bilik adik beradik saya.

Saya bertanya kepada Imam Ahmad jika dia boleh bau bangkai seperti saya tapi dia kata tidak. Ketika ini Imam Ahmad meminta kebenaran dari saya untuk membuat eksperimen. Eksperimen itu termasuk memperdengarkan surah Al-Baqarah (The Cow) dan melihat apa reaksi mereka. Menurut Imam Ahmad ini adalah cara 'standard' yang digunakan sheikh-sheikh dan Imam untuk mengetahui sama ada mereka sedang menghadapi dengan benda ghaib. Saya beritahu dia surah itu sudah ada dalam iphone dan berikan kepadanya. Dia menekan play dan menunggu ia bermula.

Hasilnya sangat pantas. 'Ayah saya' mula menjerit seperti bukan manusia sehinggakan saya takut kerana dia seperti mahu makan kami. Jeritan turut didengari di bahagian atas dan bunyi cakaran turut kedengaran. Perkara-perkara yang saya dengar pada malam pertama semuanya kembali.

Semua ini hanya berlaku dalam masa 3 saat tetapi selepas itu Imam Ahmad memberhentikan Al-Quran dan ketika itu, dia memberitahu yang dia juga terbau bau busuk seperti yang saya alami.

Dengan kekuatan yang ada, saya tanyakan kepada Imam Ahmad apa yang dia buat. Saya sangat 'pakar' dalam exorcism dan rasukan tetapi dari konteks Kristian, dengan penggunaan Lord Prayer, Holy Water, salib dan etc. Terima kasih kepada cerita filem Hollywood untuk itu. Tetapi saya jarang dengar orang lakukannya dalam Islam.

Imam Ahmad perasan muka saya pucat dan bertanya sama ada saya boleh tinggal dengan keluarga atau rakan untuk beberapa hari. Dia juga meminta saya untuk bertemunya di masjid tempatan selepas solat Zohor esok. Ketika saya sedang sibuk mengatur tempat tinggal, Imam Ahmad mempelawa untuk menumpangkan saya. Saya terima pelawaan itu.

Ketika menghantar saya ke rumah rakan saya, Imam Ahmad menceritakan segalanya. Dengan ringkasnya, dia kini 85% yakin yang keluarga saya dirasuk oleh jin yang sangat kuat dan mempunyai niat yang jahat. Imam Ahmad juga berkata dia yakin bahawa ahli keluarga saya masih hidup tetapi tidak lama jika dia tidak memulakan exorcism secepat mungkin.

Biarpun saya sedikit lega dengan apa yang diberitahu tapi ia disusuli dengan perasaan takut. Sesampainya di rumah rakan saya, Imam Ahmad sekali lagi mengingatkan saya untuk bertemunya esok.

Sekarang, saya dengan Amelia, rakan baik saya. Saya ceritakan kepada dia apa yang berlaku tapi di terpegun memandangkan dia seorang pagan. Dia cuba menerima perkara ini secara logik. Saya akan update semula selepas bertemu dengan Imam Ahmad.



*Belum baca bahagian satu? Klik sini.
*Kisah diambil dari pengguna Reddit, melburnbabyburn.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/29iV6s3
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :