ng

ad

on Leave a Comment

Anak 'Orang Puteh' Menangis Tak Henti-Henti Dalam Flight, Tindakan Wanita Berniqab Ini Buatkan Ibu Bapa Budak Itu Terkejut

Terbaca sebuah kisah yang cukup mengharukan, tindakan seorang wanita berniqab yang menaiki kapal terbang menuju destinasi dalam negara telah membuatkan sepasang suami isteri dari Eropah berasa kagum.

Anak pasangan ini dikatakan telah menangis dengan kuat tidak henti-henti di dalam pesawat membuatkan penumpang rasa terganggu.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka untuk memujuk anak kecil itu berhenti menangis tetapi tidak berjaya dan akhirnya wanita berkenaan telah meminta untuk cuba memujuk anak kecil berkenaan,

Sesuatu yang menarik akhirnya berlaku.

gambar hiasan

Jom baca kisah penuh kisah yang dilalui oleh wanita berkenaan yang dikongsikannya.

Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.

Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

"Sit here my boy. "

Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

" Mumy ! Dady ! We are flying ! "

Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..

And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.

" No light inside. No light inside. "

Wuwuwuwuwuwu.... sambil menangis kuat.

Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha... 😂 Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂

Tak tahu nak marah ke nak gelak.

Nak marah terasa comel pulak.

Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂

Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside !
No light inside !
No light inside !

Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂

After keluar toilet budak tu masih nangis.

Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk 'reading' di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya.

"Again"

Teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.

" Let me try. "

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

" Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. "

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh.

"Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad."

Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

" Wooooo amazing. Oh my god!!! "

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !

Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil' alamin, wassolatu wassalamu' ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala' alihi wasohbihi wattaabi'in wa man tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba'd.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Share jika bermanfaat.

Pengalaman Kak Hassanah a.k.a Senah, Penulis Buku Henshin Muslimah

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/20SpBbH
on Leave a Comment

Lelaki Disangka Mati Lemas Dan Dibaham Buaya, Rupa Rupanya…


Kecoh satu kampung gara gara seorang lelaki Rahmadi Noor 21 hilang disangkakan mati lemas dan dibaham buaya.

Menurut saksi, Idris, melihat Rahmadi Noor terakhir kali terjun ke Sungai Bangau tapi tidak timbul-timbul selepas itu.

Perkara itu diadukan kepada warga tempatan dan pihak polis, pasukan SAR segera melakukan pencarian dibantu oleh puluhan orang awam.

Saat penyelaman pertama pasukan SAR menemukan handphone Rahmadi, hal itu semakin menguatkan sangkaan bahawa Rahmadi mati lemas.

Beberapa jam pencarian jasad Rahmadi tidak juga ditemukan. Hinggalah seorang bomoh turut membantu sambil mengeluarkan jampi-jampi dan menabur beras di sekitar sungai, bomoh tersebut mengatakan bahawa Rahmadi telah dibaham buaya.

Segala upaya dilakukan sampai jam empat petang, Rahmadi belum juga di temukan, akan tetapi sedang asyik dalam pencarian tiba-tiba Rahmadi muncul dengan menaiki perahu.

Tanpa rasa bersalah Rahmadi mengaku bersembunyi di dalam perahu di seberang sungai dengan alasan “takut dengan bos” sebab kunci pejabat terjatuh dan hilang.

Manakala handphone yang ditemukan memang milik Rahmadi yang sengaja di buang kerana panggilan daripada rakan dan bos tempat kerjanya yang berulangkali menanyakan kunci tersebut.

Saya sihat, tadi menyorok sebab takut kena marah bos, Rahmadi mengaku kunci 
pejabatnya itu terjatuh ke dalam sungai ketika hendak pergi kerja. Setelah puas mencari dia pun memutuskan untuk bersembunyi. "Saya mohon maaf sudah membuat warga panik," katanya.

Manakala pihak polis membawa Rahmadi dan saksi ke balai polis untuk meminta keterangan.

Pihak polis juga menelefon 
pejabat kerana alasan kunci yang dihilangkan oleh Rahmadi terlalu tidak masuk akal dan pejabat Rahmadi mengesahkan bahawa kunci pejabat memang ada di serahkan kepada rahmadi pada hari sabtu lepas.

Akan tetapi kunci 
pejabat tempat Rahmadi bekerja sengaja diduplicate dan salah satunya dipegang oleh bosnya sendiri.

Perkara itu sengaja dibuat sebagai persediaan jika pekerja yang memengang kunci pejabat itu berada dalam keadaan darurat, seperti lambat datang ataupun sakit dengan tiba tiba.

Manakala Idris dan Rahmadi yang turut mendengar panggilan itu hanya membuat wajah tidak bersalah di hadapan anggota polis. - eberita.org


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1t0jBTQ
on Leave a Comment

Ini Rupanya Sebab Mengapa Awal Dan Scha Larang Peminat Cium Pipi Lara Alana

Awal Ashaari dan isterinya Scha Al Yahya sering dilabel sebagai ibu bapa yang “overprotective” terhadap anak mereka Lara Alana sehingga membuatkan sesetengah peminat merasa sedikit meluat kerana tidak boleh mendekati Lara.

Namun, pasangan ini ada alasan tersendiri apabila meminta agar peminat tidak terlalu mendekati Lara dan mencium pipinya.


Melalui akaun Instagram Lara, ada sebuah foto yang dimuat naik dimana pipi Lara terkena alahan dan terdapat ruam merah dibahagian berkenaan. Berdasarkan kapsyen didalam foto tersebut, ibu bapa Lara menjelaskan anak mereka terkena alahan kerana terlalu ramai orang yang mencium Lara.

Bila Mommy or Daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab diorang eksyen or sombong, sebab Lara ni ada eczema. Lipstick merah yang Auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss / gomol / picit / pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham. #eczema.

Kan mudah kalau dari mula lagi Awal dan Scha jelaskan perkara ini, tidak adalah Lara terkena alahan. Semoga Lara cepat sembuh. - beautifulnara.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1TILxBX
on Leave a Comment

Gempar Pemain Golf Terkejut 'Dikunjungi' Buaya Yang Sangat Besar


Florida, 31 Mei - Pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek di Palmetto di sini terkejut apabila seekor buaya besar 'mengunjungi' padang itu dalam kejadian baru-baru ini.

Seorang saksi, Charles Helms, yang berjaya merakam kejadian berkata pada awalnya dia menyangkakan buaya itu sebagai satu 'prank' lawak.

"Saya terkejut dan terdiam", katanya kepada ABC Action News.

"Saya tak tahu jika kami di main-mainkan. Ia cuma duduk terbaring, berehat dan apabila ia bangun, ia mula bergerak ke arah tasik di situ", katanya lagi.





Buaya tersebut dianggarkan 4.5 meter panjang, dan itu bukan pertama kali ia memunculkan diri di padang golf tersebut.

"Dia tak menggangu sesiapa dan mereka (pemain golf) pun tidak mengganggu dia. Dia seolah-olah seperti maskot untuk padang golf ini", kata pekerja di padang golf itu, Wendy Schofield.


"Dia sudah tersangat lama berada di sini... mereka menganggarkan ia berukuran 15 ke 16 kaki panjang", katanya lagi.




from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1sJXbpe
on Leave a Comment

[4 Foto] Jom Lihat Fenomena Keajaiban Alam Hutan Tumbuh Dalam Air

Tasik Kaindy terletak di dalam hutan, 2,000 meter diatas permukaan laut. Tasik ini terbentuk secara semulajadi dari tanah batu kapur dan pemendapan tanah sehingga akhirnya membentuk sebuah empangan semulajadi dan gaung yang indah.


Tasik Kaindy mempunyai panjang kira-kira 400 meter dengan kedalaman 30 meter. Pemandangan menakjubkan ada di sini. Sisa-sisa pokok yang tidak tenggelam air nampak seperti hutan ratusan tahun lalu. Kebelakangan ini, hutan di dalam Tasik Kaindy mulai dikenali oleh pelancong.

Tidak hanya menyajikan pemandangan alam yang luar biasa seperti hutan di bawah tasik, jika air di tasik surut, pelancong boleh melihat pucuk pokok cemara yang muncul di permukaan. Hutan ini dapat dilihat dengan cara menyelam ke dalam tasik.

Masa terbaik untuk melawat Danau Kaindy adalah ketika akhir musim bunga dan awal musim gugur. Bukan hanya ikan-ikan indah menari di permukaan Tasik Kaindy, di tempat ini, anda juga akan dapt melihat hidupan liar yang hadir di sekitaran tasik.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1UcfYzZ
on Leave a Comment

'Kelentit Rindu' Bukanlah Nama Lucah - Ahya Rosli Perjelas Nama Kedai Miliknya

PETALING JAYA: Pelakon Ahya Rosli menjelaskan kedai shisha miliknya iaitu Kelentit Rindu diambil sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis cendawan Kelentit Kering atau saintifiknya Microparus Xanthopus.


Ahya, 29, yang juga anak kepada aktres Normah Damanhuri itu berkata, dia mengambil nama tersebut selepas mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.

"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.

"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama kedai shisha miliknya yang dikatakan menggunakan nama kurang sopan iaitu satu perkataan yang turut dikaitkan dengan kemaluan wanita.

Inilah jenis tumbuhan yang menggunakan nama Kelentit Kering.

Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini.

Sementara itu, Ahya berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan memikirkan nama tersebut adalah nama yang mampu menarik pelanggan ke kedainya.

"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya.

Dalam pada itu Ahya yang juga jurulatih peribadi seni mempertahankan diri Kick Boxing berkata, dia kini dalam perancangan untuk membuka sebuah gimnasium.

"Saya sekarang menjadi pelatih peribadi dan membuka kelas Fitwithahya bagi membantu orang yang ingin kurus dengan cara sihat.

"Insya-Allah, saya dalam perancangan untuk buka gim sendiri yang memudahkan saya membuat kelas tersebut," ujarnya. - mStar


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1O3uXje
on Leave a Comment

Kononnya Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia


Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut.

Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.

Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.

"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.

Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.

"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.

Jadi ternyata apa yang disebarkan dan menjadi viral sebelum ini hanyalah khabar angin dan rekaan semata-mata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1WvxxkJ
on Leave a Comment

Rupanya Inilah Punca Sebenar Gorila Mati Ditembak Di Zoo AS


ZOO Cincinnati di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa seorang pegawai keselamatan zoo telah bertindak menembak mati seekor gorila selepas ia didakwa menarik seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terjatuh ke dalam kandang haiwan itu.

Memetik laporan NBC News baru-baru ini, mangsa dikatakan memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang pada kira-kira jam 4 petang, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Cincinnati, saksi pertama melaporkan dia melihat aksi ganas gorila berusia 17 tahun tersebut yang bertindak menarik dan membaling mangsa.

Kanak-kanak itu kemudian sempat diselamatkan selepas penjaga zoo dengan menembak mati gorilla itu dengan menggunakan sepucuk senapang, rifle.

Pengarah Zoo, Thane Maynard berkata kanak-kanak lelaki yang ditawan oleh gorila selama 10 minit, kini sedang menerima rawatan di Hospital Kanak-kanak Cincinnati dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Di media sosial, kumpulan penyayang haiwan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penjaga zoo.

Menurut mereka, ibu bapa harus mengawasi pergerakkan anak-anak mereka, dan bukannnya membiarkan mereka memanjat pagar haiwan.

Mereka turut menyalahkan kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

Menurut pengguna media sosial, gorila itu bukan ditembak mati kerana menyerang seorang kanak-kanak, tetapi ditembak mati gara-gara kecuaian ibu bapa yang gagal menjaga anak mereka ketika melawat haiwan itu di zoo tersebut.

Gorila yang dikenali sebagai Harambe dilahirkan di Zoo Gladys Porter di Brownsville, Texas dan dipindahkan ke Zoo Cincinnati pada 2014. - astroawani.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1THH7eF
on Leave a Comment

Tentera Daripada 4 Negara Di Dunia Yang Paling Digeruni Amerika


Negara-negara kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang.

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.

Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.

Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri.

Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.

Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.

Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.

Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.

Namun disebalik kekuatan Amerika Syarikat itu, mereka sebenarnya berhati-hati apabila berurusan dengan lima buah negara ini terutamanya di dalam isu keselamatan.


1. China (Jumlah Askar Yang Ramai)



2. Korea Utara (Jumlah Askar Tertinggi Di Dunia Mengikut Perkapita Penduduk)


3. Iran (Pengalaman Berperang Yang Luas)


4. Russia (Memiliki sejumlah senjata nuklear yang besar)



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Pe0yyS
on Leave a Comment

Ibu Bapa Dakwa Anak Hilang Dalam Hutan Dedah Kebenaran Mengejutkan


HOKKAIDO - JEPUN . Ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang di pergunungan sengaja meninggalkan anak mereka sebagai hukuman dan dia sebenarnya tidak hilang seperti yang didakwa mereka sebelum ini, kata polis.

Menurut jurucakap polis, lebih 150 pasukan penyelamat dan polis mencari Yamato Tanooka selepas dilaporkan hilang di kawasan pergunungan utara kepulauan Hokkaido.

Kedua ibu-bapanya kanak-kanak itu memberitahu polis, Yamato hilang ketika mereka berjalan di kawasan pergunungan berkenaan yang merupakan habitat beruang ketika mencari sayuran hutan.

Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian mengaku mereka sebenarnya berbohong.

"Ibu-bapa mangsa meninggalkannya di kawasan hutan sebagai hukuman.

"Mereka kembali semula ke kawasan berkenaan namun mendapati kanak-kanak itu tidak berada di situ lagi," kata jurucakap.

Bapa kanak-kanak itu memberitahu wartawan TV Asahi, mereka takut mengakui perkara sebenar.

Sementara itu memetik The Telegraph, bapa kanak-kanak itu meninggalkan anak mereka sebagai hukuman kerana melemparkan batu ke kereta.

Mereka hanya meninggalkan Yamato sejauh 500 meter selama lima minit namun apabila kembali kanak-kanak itu tidak berada di lokasi tersebut.
 - SH

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1sHPSOI
on Leave a Comment

Padah Hadir Reunion Sekolah Isteri Sudah Bercucu Jatuh Cinta Kembali Dengan Rakan Sekolah Dan Ditangkap Khalwat

Kuala Lumpur: “Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik hingga terjerumus ke lembah zina,” kata seorang suami yang mahu dikenali Zamri, 47, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama bapa enam anak.

Menurut Zamri, dia tidak menyangka tindakan ibu kepada empat anak dan dua cucu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.

Katanya, perubahan sikap isterinya itu mula dikesan selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak Rampai, di sini, pada September tahun lalu. - Harian Metro


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Uq0hYv
on Leave a Comment

TMJ Bongkar Rancangan 'Orang-Orang Besar'


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.

Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah “organisasi yang mempunyai kuasa” dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan “misi” mereka tidak disedari.

“Rakyat kena pandai menilai sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan “orang-orang besar” dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.

“Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.

Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.

Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu. - Malaysiakini.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1OZdtiX
on Leave a Comment

Kes Penceraian Meningkat, Wanita Ini Beri Sebab Kenapa Pengurusan Rumahtangga Orang Kita Masih Lemah


Dengan keadaan ekonomi dan peningkatan taraf hidup zaman sekarang ini, tugas mencari rezeki bukan hanya terletak pada bahu suami. Isteri juga bekerja untuk membantu suami meringankan beban. Apabila masing-masing dah penat bekerja mulalah berlaku pergaduhan kerana tidak bersefahaman dan sebagainya.

Wanita ini beri sebab kenapa pengurusan rumahtangga dalam masyarakat kita masih ditahap lemah walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan. Katanya, jangan tumpu kepada isteri type 1 saja, zaman sekarang banyak isteri yang type 2. Eh?

Kebanyakan contoh diberi dalam ceramah untuk isteri type 1


Dear ustaz/ustazah.

Saya dah dengar banyak ceramah pasal bagaimana seorang isteri patut melayan suami. Semuanya betul.

Cuma, almost semua situasi yang diceritakan itu kisah isteri duduk rumah. Isteri type1.

Memanglah manis isteri sambut suami balik.
Suami balik buatkan air.
Suami balik makanan dah siap.
Suami nak makan apa, masakkan.
Suami balik rumah bersih, wangi.
Isteri dah siap berhias bermekap.

Suami nak apa, layankan.

I couldn’t agree more.
Memang betul semua tu.

Cuba tukar contoh-contoh dalam ceramah anda, ambil contoh isteri type 2

Tapi pernahkah kita terfikir,
Walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan, pengurusan rumahtangga masih ditahap lemah dalam masyarakat kini.

Lihat sahaja statistik penceraian.
Jumlah kes isteri nusyuz.
Kisah isteri derhaka.

It is all climbing up.

Why ustaz? Why ustazah?

I would like to suggest one thing.

Cuba tukar contoh2 dalam ceramah anda.
Ambik contoh isteri sibuk berkerjaya.
Isteri type 2.

Berkerja pula bukan sebab suka nak kerja, tapi nak bantu suami tanggung perbelanjaan keluarga.
Isteri balik rumah lebih lewat dari suami atau paling koman sama time.
Isteri letih berlipatkali ganda dari suami.
Suami letih, balik rumah rehat.
Isteri letih, balik rumah, boleh rehat ke?

Hujung bulan siap isteri kene buat side income pulak nak tolong suami bayar bil.

Sudah-sudahlah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu


Isteri2 kategori ni yang lebih perlukan guidance.
Isteri jenis ni yang perlukan rawatan rohani.
Mereka ini yang perlu dididik bagaimana nak kekal hormat, taat pada suami dalam keadaan badan letih, otak serabut, kepala pusing.
Mereka perlu bantuan bagaimana cara nak tunaikan segala permintaan suami dan penuhi segala keperluan suami dalam keadaan tak cukup masa di rumah, tak cukup tenaga di badan, dan tak cukup tenang di fikiran.

Isteri type 1 yang boleh sambut suami balik tu memang dah banyak sangat tips yang sesuai yang boleh dipraktikkan.

Tapi jenis isteri type 2 ni masih menggagau mencari2 bagaimana nak uruskan suami dengan senyum manis bak gula batu.

Ustaz/ustazah
Lihatlah keadaan sebenar. Sudah2 lah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu. Dah banyak dah contoh2 yang macam tu.

Cuba ajar bagaimana nak senyum manis bila sampai rumah dah maghrib lepas redah jam sejam setengah, masuk rumah kain berlonggok, pinggan bertimbun, tengok kat fridge melekat bil letrik, air dan segala bil masih belum berbayar.

Belum sempat tarik nafas, anak2 dan suami pulak dah tanya, malam ni mama nak masak apa?

Isteri2 type 2 ni perlu penyucian jiwa, pencerahan emosi dan terapi jasmani.

Phewwww!

Credit to Izyan Izdihar Shaarani

sumber : Naha Fieza, ohbulan.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1sHJpDu
on Leave a Comment

Ingatkan Orang Bergaduh Tapi Rupa-Rupanya Ini Yang Berlaku


PASIR MAS - Seorang suri rumah, Norazila Mat Hussain, 44, pada mulanya menyangka bunyi bising dari luar rumahnya adalah bunyi orang bergaduh namun terkejut apabila mendapati sebenarnya sekumpulan remaja sedang memukul seekor ular sepanjang empat meter.
“Awalnya saya sangka ada pergaduhan di hadapan rumah, tapi sebaik saja buka pintu, saya lihat sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar sepanjang empat meter."

Dalam kejadian yang berlaku di Kampugn Bukit, Bunut Susu pada 12.30 tengah malam itu, Norazila berkata dia sedang bersiap-siap untuk tidur.

“Mula-mula saya tak mahu keluar sebab seolah-olah ada pergaduhan sedang berlaku, tetapi seorang anak mahu saya keluar untuk lihat apa yang terjadi.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja keluar rumah, saya terkejut mendapati sekumpulan remaja sedang memukul seekor tedung selar," katanya.

Sinar Online melaporkan, mereka difahamkan ular itu cuba masuk ke dalam rumah Norazila namun gagal sebelum bergerak menyeberangi jalan dan ditemui oleh sekumpulan remaja tersebut.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Hassan Deraman, 70, berkata sejak dia menetap hampir 50 tahun di situ, ini kali pertama di amelihat secara dekat spesis ular sepanjang empat meter itu.

"Pakcik sebelum ini hanya lihat ular tedung biasa yang ada di kampung ini," katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1VrfQBN
on Leave a Comment

Koperal Ropi Menceritakan Kejadian Sebenar Berlaku Selepas Gambarnya Tolong OKU Jadi Viral


Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat koperal mendapat pujian banyak pihak selepas gambarnya membantu lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) melintas jalan dengan menumpangkan lelaki berkenaan di atas motosikalnya ketika melakukan rondaan, tersebar di media sosial.

Koperal Mohd Ropi Mat Ali, 47, dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) berkata, dia bersama seorang rakan setugas sedang melakukan rondaan di Jalan Mohd Fuad, TTDI, apabila ternampak lelaki OKU tanpa kaki itu cuba melintas jalan.

"Keadaan jalan ketika itu agak sesak dan sudah pasti sukar untuk lelaki berkenaan melintas jalan kerana dia tiada kaki.

"Saya tergerak hati untuk membantu dengan memboncengkannya dan menghantarnya ke perhentian bas kira-kira 300 meter dari lokasi dia ditemui," katanya.

Tindakan Koperal Ropi itu juga mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut memuat naik gambar berkenaan di Facebooknya hari ini.

“Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliau semasa sedang membuat rondaan,” tulis Khalid. - Harian Metro


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1THBFZa
on Leave a Comment

Kena Tangkap Sebab Hina TMJ, Ini Respon TMJ Sendiri Yang Tidak Disangka


PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.

"Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Twitter. - mStar


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Uo9pNv
on Leave a Comment

Kisah Lelaki Jadi Jutawan di Usia 25 Tahun, Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kongsi Gelap


Lebih dari itu, hidup Zukermi menjadi lebih perit apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Di Rembau, kehidupan Zukermi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.

Ibarat Gelandangan

Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila malam berlabuh dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.

Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.

Kembali Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun, Zukermi kembali ke ibu negara selepas tamat tempoh hukuman. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.

Dapat Ilham di Kafe Siber
Dek kerana merasakan kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.

Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.


Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.

Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.

Balik Jumpa Ibu Bapa

Selepas perniagannya berkembang, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.

“Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.

“Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Kongsi Kisah di Facebook
Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.

Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1qVYq3i
on Leave a Comment

Bekas Komando Orang Asli Diangkat Sebagai Hero di Media Sosial Selepas Kisahnya Melawan 10 Perompak Tersebar


PETALING JAYA, 26 Mei: Seorang bekas komando Orang Asli diangkat hero di media sosial apabila kisahnya melawan 10 orang perompak dengan hanya menggunakan sebilah parang dikongsi di media sosial.

Kisah John Bah Tuin itu, seorang bekas komando yang kini membuka Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di Facebook.

Menurut Siti, insiden itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet, lapor FMT.

"Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya.

"Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya

"Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah", kata Siti.

Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka dengan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya.

John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.

John juga telah membuat laporan polis susulan kejadian.

"Ini sangat luar biasa... seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Ada juga yang hilang tangan", tulis Siti.

Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.

"Dia berdarah ketika bercakap dengan saya

"Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK"

Sementara itu, di Facebook, orang ramai mengangkat John sebagai wira setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi hollywood. 



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Padmq0
on Leave a Comment

Terikat Tempoh Idah, Ini Respon Mastura Dipilih Menjadi Calon PRK


KUALA KANGSAR 28 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid memohon maaf kerana tidak dapat berkempen dalam pilihan raya itu kerana terikat dengan tempoh idah empat bulan sepuluh hari ekoran kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Mastura dalam tayangan vi­deo yang dipertontonkan kepada umum berkata, batas agama yang mengehadkan pergerakannya sebagai isteri dalam tempoh idah itu wajib dipatuhinya seperti tertakluk dalam hukum agama serta pandangan mufti dan ahli agama.

“Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu, saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) terhadap kedudukan saya.

“Insya-Allah, sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai ke­sinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya,” katanya.

Rakaman video kenyataan beliau itu ditayangkan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura sebagai calon BN serta melancarkan jentera parti.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku Pengarah PRK Kuala Kangsar.

Mastura turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ahmad Zahid dan Zambry atas kepercayaan menamakan beliau sebagai calon sekali gus menganggapnya sebagai suatu tanggungjawab dan amanah berat yang perlu digalas kepada parti.

Selain itu, beliau turut melahirkan keyakinannya terhadap semangat dan kekuatan jentera parti yang pernah membawa kemenangan kepada arwah suaminya sebagai calon BN dalam dua pilihan raya umum sebelum ini iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Menurut Mastura, beliau sekadar penyambung kepada perjuangan arwah suaminya selain memikul amanah bagi meneruskan khidmat baktinya kepada warga Kuala Kangsar.

“Pilihan raya ini bukan soal saya, tetapi BN sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, anak sulung Mastura, Wan Emir Astar, 26, mengakui mereka sekeluarga terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti tersebut bagi meneruskan perjuangan bapanya di Kuala Kangsar. - Utusan


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1TMsWtV
on Leave a Comment

Syed Zainal: Saya Jumpa Nik Aziz Sembunyi-Sembunyi Kerana...


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mendedahkan bahawa beliau terpaksa berjumpa dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara diam ketika memegang jawatan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut.

Menurut Syed Zainal, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menggelakkan persepsi masyarakat memandangkan pihaknya masih memegang jawatan di dalam Proton pada waktu itu.

“Saya kena jumpa sembunyi-sembunyi sebab takut ramai orang melihat. Ada pada satu ketika dulu terdapat pihak yang kata saya ni orang Pas sebab selalu berinteraksi walhal saya hanya ingin belajar.

“Sebenarnya dia adalah rakan kepada atuk saya tapi ramai orang yang tak tahu,” katanya ketika Program Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Dalam pada itu, Syed Zainal memaklumkan bahawa beliau amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Allahyarham dalam mentadbir negeri Kelantan.

Syed Zainal berkata, walaupun Allahyarham mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan Islam, namun beliau dapat memimpin sebuah negeri yang mempunyai pelbagai dinamisme.

“Saya berguru dengan dia (Allahyarham) secara interaksi. Dulu bila saya balik Kota Bharu, saya sentiasa berharap dapat berinteraksi dengan beliau namun selepas pemergiannya, perasaan exciment tu dah tak ada.

“Pemergiannya memang memberi impak yang sangat besar,” katanya.

Syed Zainal berkata, beliau mengagumi Allahyarham berikutan mampu mentadbir Kelantan selama 23 tahun walaupun tidak mempunyai latar belakang bidang pengurusan.

“Allahyarham pernah pesan, kalau kita tak ada kepakaran, kita kena cari dan jangan rasa diri kita ni pandai semua,” katanya. - SH


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1OUu1bF
on Leave a Comment

Anak TGNA 'U-turn' Semula Kerana Takut Kena Marah


SHAH ALAM - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberitahu Allahyarham ayahnya itu seorang yang garang namun masih tetap didekati orang lain.

Hinggakan ada ketika mereka adik beradik sanggup membatalkan niat untuk bertemu dengan Allahyarham gara-gara takut dimarah.

Akui sukar untuk bertemu dengan si ayah, Nik Omar berkata mereka adik beradik telah berpakat untuk pulang setiap minggu pada hari yang sama demi meluangkan masa bersama.

"Kesibukan beliau, kita adik beradik memang rasa. Nak jumpa, bercakap memang susah. Kami pakat balik malam Khamis setiap minggu.

"Masa itulah kita boleh bercakap dan di depan kami yang bercakap itu bukan Musyidul Am Pas, Menteri Besar (Kelantan) tapi seorang ayah kepada anak yang perlukan kasih sayang.

"Tapi kadang-kadang memang rasa takut sebab Tok Guru ini bekeng (garang). Tapi bekeng bekeng dia, orang nak pergi (jumpa). Ada sekali itu kita nampak dia, kita pusing balik sebab takut dia marah," katanya ketika perkongsian pada 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Nik Omar yang juga merupakan Pengetua Kompleks Pendidikan Darul Anuar berkata, walaupun ayahnya itu kurang sihat, jika topik politik dibuka, ayahnya itu kembali segar.

"Kami bercakap tentang banyak perkara termasuk sukan, isu antarabangsa, pertanian, isu semasa dan dia akan respons

"Tapi kami memang pakat tak cakap hal politik sebab politik ini kalau dia letih pun dia jadi segar. Tapi lepas itu dia demam balik," katanya.

Katanya lagi, ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pelik dengan cara Allahyarham menutup lampu dan kipas sendiri sebelum meninggalkan pejabatnya.

"Tapi kita (keluarga) tidak pelik sebab di rumah juga dia buat begitu. Semua dia tutup sendiri sebelum meninggalkan bilik. Kehidupan dia begitu sederhana.

"Saya pun baru tahu bila Galeri Tok Guru dibuka, dalam bilik air dia ada baldi buruk usia puluh tahun pun masih digunakan.

"Guna air untuk mandi pun sangat minima. Apa Nabi amalkan, Allahyarham ikut. Nasi sebutir pun dia habiskan," katanya. - SH


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1TLShRO
on Leave a Comment

Hendak Makan Percuma? Dengan Syarat Anda Perlu Lakukan Ini

 
Seorang pengusaha gerai makanan, Ricky Ricarvy Irawan, pernah jatuh satu ketika dulu di mana pada tahun 1998 beliau terpaksa menutup kedainya kerana tidak mampu menahan kerugian lagi.

Beliau dahulunya mempunyai 18 buah gerai burger sambil menjual kad tambah nilai, kerepek pisang salai dan pelbagai lagi.

Menurutnya ketika itu dia meminjam wang di bank dengan nilai yang begitu besar namun akhirnya tidak terdaya untuk membayar.

Dari titik itulah beliau telah memutuskan untuk berhijrah dan beristiqamah ke jalan Allah di mana beliau pergi menuntut ilmu agama.

Mengaku masa lalunya begitu nakal dan sekolah SMA pun tidak lulus, itu tidak mematahkan semangatnya untuk bangun semula dan berjaya.


Ricky akhirnya telah membuat keputusan untuk bergabung dengan komuniti Pemuda Hijrah dan mengabdikan diri di Masjid Al-Lathief Jalan Suren, Kota Bandung.


"Saya lagi merasa ditenggelamkan oleh Allah. Sudah terlalu banyak dosa. Saya mengabdikan diri di Masjid," ungkapnya dipetik laporan Detik.com.

Beliau kini telah membuka gerai makanan bergerak di Jalan Ciujung, Bandung, Indonesia dengan menyediakan 15 menu makanan berlainan di mana gerainya itu menerapkan konsep Islamik.

Apa yang menariknya, kepada mana-mana pelanggan yang membaca dua juzuk Al-Quran, mereka boleh menikmati makanan di gerainya secara percuma. Menarik!


Menurut Ricky, kebiasaannya pengunjung yang membaca dua juzuk Quran tersebut boleh menghabiskannya dalam masa sejam.

Namun, ada juga mereka yang datang mengaji tetapi tetap membayar hidangan yang telah dimakan oleh mereka.



Beliau berharap agar warungnya itu boleh diperbesarkan lagi bagi menampung lebih ramai pelanggan yang ingin datang mengaji di samping menjadi salah satu jalan dakwah lebih-lebih lagi gerainya itu berada di laluan orang berniaga yang padat dengan orang ramai.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/20MBIXD
on Leave a Comment

Lelaki Nak Bunuh Diri di Lampu Isyarat, Orang Ramai Cuba Bantu Guna Batang Paip Tapi Perkara Sebaliknya Pula Berlaku


China - Seorang lelaki bertindak memanjat lampu isyarat setinggi 10 meter untuk membunuh diri di pusat bandar Changsa dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lepas, lapor shanghaiist.com

Namun niat lelaki itu berjaya dibatalkan setelah pihak polis dengan segera datang dan menggagalkannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, lelaki terbabit kembali lagi memanjat lampu isyarat tersebut dengan niat yang sama.

Selepas berada di situ selama empat jam, sekumpulan orang ramai yang baik hati mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan.

Memandangkan penyelamat sudah pun membuka pelampung angin di bahagian bawah lampu isyarat, orang ramai yang ingin membantu itu berfikir mereka cuma perlu menolak lelaki berkenaan sehingga dia jatuh dan mendarat di atas pelampung tersebut.

Menerusi video kejadian, mereka dilihat menggunakan pelbagai 'alat' untuk mencapai objektif itu. Apabila batang penyapu tidak cukup panjang untuk menolak lelaki itu, mereka menggunakan batang paip 3 meter pula.

Pelbagai cara digunakan untuk membuat lelaki itu jatuh termasuklah memukul lampu isyarat itu supaya bergegar dan memukul lelaki itu sendiri supaya dia terjun.

Marah kerana dipukul bertalu-talu, lelaki tersebut bertindak melompat kembali ke atas jalan raya namun malang menimpanya apabila dia tidak melepasi penghadang jalan dan dia terjatuh ke bawah. Lebih malang dia tidak jatuh ke atas pelampung keselamatan yang disediakan.


Lelaki terbabit dikejarkan ke hospital, dimana doktor berkata dia kini berada dalam keadaan kritikal. Polis berkata mereka akan menyiasat tindakan orang-orang yang 'cuba membantu' ketika kejadian. - Siakapkeli.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1WR9blf
on Leave a Comment

Awie Umum Wings Bakal Buat Persembahan Amal Kumpul Dana Buat Yazit


Kuala Lumpur: Kumpulan rock popular Wings meluahkan hasrat untuk membantu pemain dram Search, Yazit Ahmad, 54, yang ketika ini menderita sakit buah pinggang.

Penyanyinya, Awie, 48, berkata, dia bersama anggota Wings seperti Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk menganjurkan persembahan amal bagi mengumpul dana untuk membantu Yazit.

"Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

"Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Awie berkata, persembahan amal itu masih dalam proses perbincangan kerana mereka memerlukan pendapat daripada banyak pihak.

"Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.

"Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak," katanya. - Harian Metro


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1qNaEeF
on Leave a Comment

Saman Fitnah: Mahkamah Tolak Permohonan Najib





KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan penggantungan bagi memfailkan pembelaan dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna laku dalam jawatan awam berkaitan siasatan kes 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana 2.6 billion.

Saman itu difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.

Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri dan Mohamad Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kesemua responden.

Abu Bakar bagaimanapun memberikan lanjutan seminggu dan mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.

Pada 10 Mei lalu Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina memfailkan permohonan untuk memanggil dan menyoal balas Najib berhubung afidavit bagi menyokong saman fitnah yang difailkan itu.

Dalam permohonan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa sekiranya Najib gagal hadir untuk disoal balas pada masa yang ditetapkan mahkamah, afidavit sokongan itu tidak dibenarkan untuk digunakan dalam prosiding saman itu.

Mereka turut memohon prosiding interlokutori bagi permohonan Najib membatalkan saman berkenaan ditangguhkan sehingga 14 hari daripada tarikh Najib disoal balas.

Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina mengemukakan alasan bahawa defendan telah mengeluarkan kenyataan yang samar, bercanggah dan tidak konsisten dengan fakta.

Dalam saman yang difailkan pada 23 Mac lalu, mereka mendakwa Najib sengaja menganggu siasatan berkenaan 1MDB dan syarikat- syarikat berkaitan, serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya.

Mereka juga mendakwa Najib telah melakukan penindasan sehingga menyebabkan beliau dapat mengelak daripada berhadapan dengan kesan dan akibat di sisi undang- undang atas segala dakwaan salah laku atau perbuatan jenayah.

Plaintif-plaintif turut mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan. - Sinar Harian


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1P25HtO
on Leave a Comment

Inilah Teguran Anwar Yang Boleh Buat Pemimpin Pakatan Harapan Sentap!


SHAH ALAM - Warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan supaya PKR tidak tersasar daripada niat dan matlamat reformasi datang pada masa yang tepat, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Ini kerana menurut Rafizi, ada di kalangan ahli dan pimpinan PKR yang tersasar daripada perjuangan asal PKR sepertimana yang diperjuangkan oleh Anwar pada satu ketika dahulu.

"Saya khuatir apabila ada segelintir di dalam parti yang membicarakan soal kewajaran bercakap mengenai aduan salah laku di dalam parti; bicara itu lebih rancak dari bicara keperluan memastikan tidak ada kelemahan yang menyebabkan salah laku berlaku.

"Saya khuatir apabila segelintir rakyat mengeluh mengenai kemahuan mereka agar pembangkang nampak bersatu agar lebih diyakini berbanding Barisan Nasional; keluhan itu lebih kuat dari desakan mereka agar kerajaan-kerajaan Pakatan Harapan perlu lebih ke depan membawa tata kelola dan urus tadbir yang lebih telus dan berkesan.

"Saya ingat di awal reformasi dahulu, saya mula memahami erti “kuasa itu membutakan” (“power corrupts”). Tidak ada sistem yang boleh menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan salah laku tidak kira dari parti mana kerana bila berdepan dengan kuasa dan wang, nafsu manusia adalah berbeza," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Namun, jelas Rafizi, walaupun, beliau tetap menaruh keyakinan bahawa semangat reformasi masih utuh dalam PKR.

"Saya menarik nafas lega kerana di sebalik rebut-ribut di dalam cawan minggu ini, saya yakin semangat dan matlamat reformasi masih segar dan semakin kukuh di dalam PKR kalau dulu kita diuji dengan susah payah dan tekanan untuk menilai kecekalan kita, kini kita diuji dengan harta dan kuasa untuk menilai keikhlasan kita," katanya.

Sebelum ini, surat lapan muka surat bertulis tangan dipercayai dari Anwar itu yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PKR menyebut soal gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. - SH


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1VkT66m
on Leave a Comment

Wanita Kena Rasuk Selepas Meletakkan Semula Barang Yang Terjatuh


Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita telah dirasuk setelah dia mengutip satu barang yang dengan tiba-tiba terjatuh ke lantai di sebuah pasaraya.

Insiden menyeramkan itu sempat dirakamkan oleh sebuah kamera CCTV di pasaraya tersebut.

Kami tidak pasti lokasi sebenar kejadian itu, memandangkan video yang dimuat naik di sebuah laman sosial ini tidak memberitahu lokasi kejadian tersebut.

Apa-apa pun, beringatlah anda sekiranya hendak mengambil barang yang terjatuh dengan sendiri nya tanpa ada yang menyentuhnya, takut-takut terjadi seperti kejadian ini pula.






from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1qN5aR2
on Leave a Comment

"Dibunuh Cucu Sendiri Dengan KEJAM" - Peguam Kongsi Cerita Sebenar Pembunuh Bebas Hukuman Mati


Buat sekian kali saya mengulang siar kisah ini buat tatapan umum.

Secara jujur bagi saya, di antara banyak banyak kes yang saya pernah kendalikan namun kes ini sangat unik dan berlainan dengan kes kes lain dan melekat di hati saya.

Kisah ini sangat dekat dengan saya dan akan menjadi satu kisah yang akan dikenang hingga akhir hayat saya.

Ianya sangat meruntun jiwa saya. Saya berkesempatan bercakap dengan tertuduh dan ibu tertuduh sepanjang kes berjalan. Saya juga dapat merasai ketabahan dan kecekalan hati sang ibu menghadapi kes ini.

Saya menulis bukan bertujuan membuka aib sesiapa namun saya amat terkesan dengan apa yang berlaku terutama nilai satu pengorbanan.

Buat keluarga arwah saya pohon maaf jika saya melakukan kesilapan kepada mereka sepanjang kes ini berjalan.

Namun satu perkara yang saya ingin tegaskan ialah pengorbanan seseorang bukan sekadar nilaian wang ringgit tetapi jiwa raga.

Bagi saya arwah atau si mati adalah lambang satu pengorbanan dan kasih sayang jitu dan sejati seorang ibu kepada seorang anak.

Jiwa raga dipertaruhkan beliau bagi menyelamatkan nyawa demi seorang manusia bergelar anak.

Selamat Hari Ibu kepada insan bergelar ibu. Biarpun ianya baru berlalu namun tidak salah untuk kita sentiasa ingat kepada ibubapa pada setiap masa dan waktu.

Saya mulakan kisah sedih ini dengan bacaan doa saya kepada roh beliau. Semoga doa saya ini diperkenankan tuhan seadanya.

Kisah sedih ini berlaku di sebuah desa di pendalaman negeri Kelantan.

Kejadian bermula di sebuah rumah PPRT yang dihuni oleh satu keluarga terdiri dari seorang pemuda ini bersama adik beradik, ibu dan neneknya.

Kehidupan mereka sangat bahagia dan sejahtera sehinggalah anak lelaki mereka mengalami gangguan jiwa.

Pemuda ini mengalami gangguan jiwa dan mental yang serius dipanggil schizophrenia paranoid. Puas sudah keluarga ini berikhtiar untuk mengubati penyakit anak lelaki beliau, namun tidak juga sembuh.

Walaupun si anak mengalami gangguan jiwa namun si ibu masih tetap menjaga makan minum pakai dan kerenah anak ini sebaik mungkin.

Sehinggalah beberapa hari sebelum kejadian, anak ini mengamuk dan kemuncaknya bila beliau duduk di atas kitab suci di surau berhampiran rumah beliau dengan keadaan menyelimutkan kepala dengan kain pelikat dalam keadaan tidak sedar. Beliau kelihatan murung dan enggan bercakap dengan sesiapa.

Tanggal 11hb November 2004, pemuda ini balik ke rumah dari surau yang berdekatan, beliau naik ke rumah sambil beliau mengamuk dan mula melibas-libaskan parangnya di dalam rumah.

Dalam kepala pemuda itu wujud satu keadaan halusinasi dan suara ghaib yang mengarahkan beliau membunuh sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah.

Bagi beliau dunia ini sudah kiamat dan suara tersebut menyuruh perlu membunuh semua manusia yang berada di dunia, supaya hanya beliau seorang sahaja akan memasuki syurga tanpa persaingan.

Ketika pemuda sedang mengamuk itu menaiki rumah, ibunya sedang berehat di satu sudut di penjuru rumah.

Pemuda itu meluru ke arah ibunya. Memang beliau tidak tahu siapa di hadapan beliau. Beliau hanya nampak makhluk makhluk ganjil lagi aneh berada di dalam rumah beliau.

Pemuda itu menyerang ibunya yang dilihat sebagai makhluk aneh dengan parang berhulu kayu ditangan.

Dilibas libasnya parang tersebut. Ibu beliau yang terkejut dengan tindakan anaknya itu hanya sempat bangun bagi mempertahankan diri. Ibu beliau tercedera dilibas libat dengan parang tersebut. Akibatnya ibu beliau patah empat bahagian anggota badan.

Takdir tuhan mengatasi segalanya.

Dalam masa kelam kabut itu, tiba tiba muncul nenek pemuda iaitu ibu kepada yang diserang dari dalam bilik dan meluru ke arah anak beliau lalu ditolak anak beliau ke tepi.

Tujuan beliau hanya satu, melindungi anak beliau dari diapa apakan oleh cucu beliau sendiri.

Neneknya yang bertubuh kecil tanpa sebarang senjata di tangan terus menerkam ke arah cucunya yang sedang mengamuk. Bayangkan tangan kosong digunakan melawan pemuda gagah yang bersenjatakan parang ditangan.

Digunakan tangan dan batang tubuh beliau sebagai pelindung kepada serangan anak beliau, supaya anak beliau tidak diapa-apakan oleh cucunya yang sudah hilang akal dan pertimbangan ketika itu.

Tubuh si tua menjadi mangsa libasan parang yang bertubi tubi tanpa kesian.

Libasan demi libasan mengena hampir keseluruhan tubuh. Darah membuak buak dan memancut keluar dari tubuh nenek beliau.

Tubuh malang yang bongkok ini akhirnya jatuh tersembam ke lantai dengan darah memancut mancut keluar dari badan tanpa henti. Tubuh si tua semakin lemah dan tidak bermaya.

Cucunya yang tidak siuman ini masih rakus menyerang tubuh kaku ini tanpa henti.

Apabila serangan dan libasan parang yang berterusan, tiba tiba parang tercabut dari pemegang kayu (hulu) lalu terpelanting jauh.

Pemuda yang masih lagi dirasuk seterusnya menggunakan pemegang hulu kayu untuk memukul bahagian kepala nenek beliau tanpa henti.

Akibatnya seluruh kepala nenek itu hancur dan bersepai bahagian kepala arwah nenek beliau.

Daging, otak, rambut dan tempurung kepala si tua bertaburan dan mercik di semua sudut ruang tamu itu. Hancur lumat.

Subhanallah, tidak dapat saya bayangkan suasana ketika itu.

Air mata saya gugur melihat gambar gambar arwah yang kepalanya bersepai hancur diperlakukan oleh cucu sendiri ketika gambar gambar itu dikemukakan di mahkamah sebagai bahan bukti.

Pemuda itu kemudiannya telah ditahan oleh orang kampung dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Masa berlalu, ibu kepada pemuda ini yang telah kehilangan ibu beliau ditangan anaknya sendiri yang tidak siuman ini tetap setia hadir setiap kali perbicaraan di mahkamah.

Tiada sedikitpun ada dendam dan sengketa di antara mereka.

Beliau tahu anak beliau ini kurang siuman ketika melakukan pembunuhan namun itulah kasih seorang ibu sampai bila bila, hingga ke syurga.

Allahuakbar,

Ketika mahkamah berehat, ibu ini tetap melayan mesra anak beliau, bergurau senda, makan apa yang dibekalkan berupa nasi yang ditanak dan lauk pauk yang disediakan sendiri lalu disuapkan ke dalam mulut anaknya yang digari rapi tangannya.

Mereka sangat mesra, seolah olah tidak pernah ada sebarang peristiwa dan episod sedih yang pernah terjadi antara mereka.

Buat arwah nenek beliau, ingin saya katakan;

Wahai Meriam, besarnya pengorbanan kamu dalam menyelamatkan anak kamu dari menjadi korban cucu engkau sendiri. 


Sayangnya kamu kepada anak kamu sendiri ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Kamu sanggup mengorbankan nyawa kamu demi seorang manusia bernama anak.

Ya Allah, ampunkan dosa dosa nenek ini yang syahid mengorbankan diri sendiri untuk menjadi perisai kepada libasan libasan parang cucu sendiri dan tempatkan beliau di syurgaMu.

Buat ibu tertuduh ingin saya katakan bahawa;

Sayangnya seorang ibu kepada anaknya sendiri yang kurang siuman, sedikitpun tidak pernah berkurangan dan jelas sekali nampak kemesraan wujud antara mereka.Bukan dibuat buat.

Cerita ini cukup cukup menginsafkan saya dan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu bagi mempertahankan hak, maruah dan nyawa seorang manusia bergelar anak dengan mempertaruhkan nyawa beliau sendiri.

Kenapa perlu wujud anak derhaka yang tidak memperdulikan ayah ibu yang menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh semasa mereka kecil.

Saya kagum dengan pengorban ibu anak guam saya ini.

Biar pun ibu ini mengetahui anak beliau berpenyakit mental namun jauh sekali bagi si ibu untuk menyisih anak ini.

Saya berkempatan bertanyakan ibu ini, apa perasaan beliau apabila anak beliau sendiri menjadi penyebab kematian ibu beliau?

Ibu ini mengatakan, "mak cik redha kerana ini semuanya ketentuan Allah kepada mak cik".

Subhanallah, saya terpegun dengan jawapan ibu ini.

Pemuda ini kemudiannya dijatuhkan hukuman tidak bersalah oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi kerana melakukan perbuatan tersebut tanpa sedar dan telah diperintahkan untuk di tempatkan di Hospital Permai Tampoi, Johor Bharu.

Saya memetik satu Firman Allah;

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).“. (QS. Al Isra’: 23).

Sayangi ayah dan ibu kerana syurga di bawah tapak kaki mereka. Tiada mereka, tiadalah kita di dunia ini.

Sama sama kita sedekahkan bacaan ummul Kitab, Alfatihah kepada Arwah Meriam binti Nawan dan sama sama kita berdoa agar roh beliau sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan beliau bersama sama orang orang yang beriman.

Sekian. Terima kasih


Muhammad Hasif Hasan


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Rv9LNB
on Leave a Comment

Suruh Guru Latih Tepuk Tangan, Ini Respon Mengejutkan MB Terengganu


Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.

“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial dakwaan guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Coretan-coretan itu turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar bahawa latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam.

Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan.

Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus.

Projek MMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa.

Ketika ditanya sama ada menjadi kelaziman guru-guru di negeri itu tidak bertepuk tangan, Ahmad Razif berkata ia bukanlah budaya.

Tambahnya, insiden tidak bertepuk tangan mungkin berlaku kerana kebanyakan guru di majlis Hari Guru tahun ini belum pernah menghadirinya.

“Saya dimaklumkan kebanyakan yang dijemput hari itu adalah yang belum pernah hadir dalam majlis Hari Guru sebelum ini,” katanya. “Mungkin mereka amat teruja dengan majlis tersebut.”

Ahmad Razif tidak mengulas apabila ditanya sama ada latihan kepada guru-guru itu, yang didakwa di media sosial sebagai “hukuman”, akan dihentikan. - Themalaymailonline.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/25oU8Va
on Leave a Comment

(Foto) Kapal Selam Perang Dunia ke-2 Ditemui Semula Selepas Hilang Sejak 1942, Dipercayai Dengan Semua Krew Di dalamnya


Itali, 27 Mei - Misteri kehilangan sebuah kapal selam perang dunia ke-2 milik British sejak ia mula hilang pada 1942 akhirnya terjawab setelah ia ditemui oleh sekumpulan peneroka lautan di sebuah pulau kecil di sini.

Kapal selam model HMS P-311 itu ditemui di perairan Sardinia dipercayai dengan kesemua mayat 71 krew di dalamnya.


Kapal itu dianggap tenggalam selepas terputus hubungan pada 31 Disember 1942 dan ditemui semula baru-baru ini.


Salah seorang dari peneroka tersebut, Massimo Domenico Bordone, memberitahu La Nuova Sardgna : "Sepantas kilat saya terfikir macam mana nasib orang-orang yang menemui ajal di dalam sana

Kapal selam itu dipercayai tenggelam setelah terkena bahan letupan ketika misi ke Trieste dan Gorizia untuk menghapuskan kapal perang Itali.


Hanya bahagian kecil kapal itu sahaja dilihat mengalami kerosakan, dan dipercayai bahagian dalam kapal itu masih lagi elok.

Massimo menambah : "Kapal itu kelihatan seperti tenggelam tanpa dimasuki air, yang bermakna krew mati kerana kehabisan oksigen".


Royal Navy memberitahu akhbar The Local bahawa kapal selam itu tidak akan dialihkan dari tempat ia tenggelam, biarpun ada mayat di dalamnya.

"Bangkai(kapal) hanya akan dinaikkan jika perlu atau alasan kukuh diberikan", katanya.

"Apabila kapal perang tenggelam, ia menjadi kubur perang dan ditinggalkan dimana ia tenggelam".





from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1TDvmpm
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :