ng

ad

on Leave a Comment

Beranikah Bung Mohktar Sahut Cabaran Pendebat Terbaik Asia?


Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berdebat atau berdialog dengannya.

Beliau berkata, tajuk debat yang dicadangkan antaranya adalah berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini boleh dilakukan secara terbuka atau tertutup, itu pilihan anda. Setidak-tidaknya anda akan tahu banyak perasaaan rakyat sekarang,” katanya menerusi status di Facebooknya.

Sebelum ini, FMT melaporkan Bung mencabar Syed Saddiq supaya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika merasakan dirinya remaja hebat.

Beranikah Bung Mohktar Sahut Cabaran Pendebat Terbaik Asia?

Bung berkata, Syed Saddiq dialu-alukan untuk bertanding pada PRU-14 termasuk di Parlimennya untuk membuktikan pengaruh dan kehebatannya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang merupakan penuntut tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berasa terkilan dengan cabaran yang dilontarkan Bung padanya kerana sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutama melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.

“Jika sesiapa yang berani mempersoalkan ahli politik mesti menjalankan pilihan raya, ia membawa makna demokrasi.

“Hak demokrasi ini tidaklah berhenti apabila kita memilih wakil kita, tetapi berterusan untuk memastikan wakil tersebut terus berkhidmat and tidak tersasar jauh daripada janjinya,” katanya.

Beranikah Bung Mohktar Sahut Cabaran Pendebat Terbaik Asia?

“Saya juga percaya jika kita ikut apa yang diperkatakan YB Bung Mokhtar secara prinsipnya, lebih daripada satu juta orang akan bertanding di Pekan sahaja,” sindirnya.

Syed Saddiq mahu Ahli Parlimen Kinabatangan sedar bahawa menjadi seorang ahli politik bermaksud berkhidmat kepada orang ramai, bukannya menjadi pemerintah yang tidak boleh dikritik.

“Ingatlah bahawa rakyat yang mengundi anda sebagai wakil dan bila-bila masa sahaja anda boleh hilang kuasa tersebut. Jadi nasihat saya, janganlah bongkak dan sombong,” tegasnya.

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1ROykWo
on Leave a Comment

Adik Najib Mengakui Lulus Keluarkan Dana Politik AS$7 Juta Pada Najib


PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak membuat pengakuan bahawa abangnya Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bantuannya bagi meluluskan wang tunai untuk membantu jentera parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi CIMB Group, itu menganggap, percaya dan bersangka baik bahawa wang dana diperoleh itu datangnya daripada pengumpulan dana politik yang sah.

“Kesemua jumlah itu telah diedarkan dan tidak ada satu sen pun saya simpan,” katanya menerusi Instagram.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam, Nazir mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari Najib yang juga merupakan Presiden UMNO.

Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1TmlxzL
on Leave a Comment

KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pencarum KWSP


EMAIL/WHATSAPP/FACEBOOK BERANTAI MENGENAI BANTUAN KEMATIAN KWSP

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2,500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2,500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang!

MAKLUM BALAS KWSP

Maklumat di atas yang disebarkan melalui emel, whatsapp dan facebook mengenai KWSP tidak memaklumkan tentang Bantuan Kematian KWSP adalah tidak benar. KWSP ingin memaklumkan ahlinya bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Warganegara Malaysia.

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.

 Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris ketika permohonan dibuat. Ini bermakna waris tidak perlu membuat permohonan secara berasingan untuk mendapatkan bantuan kematian ini.

KWSP juga ingin menjelaskan bahawa bayaran Bantuan Kematian ini dibuat daripada pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli. Jika waris ahli tidak layak menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen.

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Sumber: kwsp.gov.my


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/25zimcM
on Leave a Comment

Harga Terkini Petrol Bermula 1 April 2016


31 Mac - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini, kata sumber pengusaha minyak sebagaimana lapor portal Malaysiakini

Harga diesel pula naik sebanyak 20 sen dari RM1.35 seliter kepada RM1.55 seliter.

Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.

Harga minyak bermula 1 April 2016 :

RON 95 : RM 1.70 seliter
RON 97 : RM 2.05 seliter
Diesel : RM 1.55 seliter
Harga minyak pada Mac 2016 :

RON 95 : RM 1.60 seliter
RON 97 : RM 1.95 seliter
Diesel : RM1.35 seliter

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/25ypOFh
on Leave a Comment

Muhyiddin Dedah Salah Laku Najib Dalam Pentadbiran Bank Negara


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan Penguasa Kewangan Singapura telah menyerahkan laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak dimasukkan ke akaun BSI Bank di Singapura.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, laporan berkenaan itu telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat.

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.

“Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun,” katanya di Facebook semalam.

Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.

“Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.


“Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.

“(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini,” tambah Muhyiddin.

Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB,” tulis beliau.

Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

“Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.”



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1M2zK3i
on Leave a Comment

Kes Murid Potong Lidah Akhirnya Selesai, Ini Keputusannya..


Shah Alam, 31 Mac: Tiada kejadian buli yang berlaku ke atas seorang murid di sebuah sekolah di Klang yang mendakwa dia dipaksa menggunting lidahnya sendiri pada minggu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya, murid itu cedera pada lidah ketika dia bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Kata beliau lagi, tiada sebarang bukti yang diperoleh sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit yang mendakwa dia dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.

"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Khamis lalu, seorang murid tahun dua mendakwa dia dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima pelajar senior.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1pMrJVH
on Leave a Comment

Bahaya Letak Nama Anak Pada Penama Takaful / Insurans dan KWSP Yang Orang Ramai Tidak tahu




Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takafulmereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama.” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anakmereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.
Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.
Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1SzmnHa
on Leave a Comment

Misteri Kelibat Perempuan Bersama Tiga Anak Di Jalan Lama Bukit Putus


BUKIT Putus, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama gah ini, malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Seperti ular kena palu, begitulah rupa paras jalan yang satu ketika dahulu menjadi laluan utama dari Seremban ke Kuala Pilah.

Tapi apabila jalan baharu sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25 November 2009, jalan berkelok 32 itu, dari hari ke hari semakin ditinggalkan sepi. Namun Bukit Putus ada menyimpan 1001 rahsia. Dari cerita mistik hinggalah perancangan untuk menceriakan kembali laluan itu.

Tidak menepati kehendak! Itu respons editor selepas gambar dikirim kepadanya. Sekali lagi saya perlu ziarah kawasan itu. Rasanya belum sampai pun suku perjalanan, dari jauh kelihatan sekumpulan anjing dan monyet di tengah-tengah jalan.

Ini peluang baik! Tapi apabila kereta semakin menghampir, kumpulan binatang itu cabut lari ke dalam hutan di kiri dan kanan.

Hati terasa rugi kerana tidak dapat merakam gambar 'mereka'. Saya matikan enjin lalu keluar dari kereta dan kemudian menjengah di tepi lembah yang penuh dengan pokok-pokok tinggi.

Mana tau kalau-kalau kumpulan monyet tadi ada di situ, ada juga rezeki untuk merakam aksinya sedang bergayutan. Hampa. Hanya suara nyaring sang monyet sahut menyahut dari kejauhan yang kedengaran. Anjing-anjing tadi pula entah hilang ke mana.

Mata meliar memerhati kiri dan kanan. Tiba-tiba datang deru angin agak kuat dari arah belakang. Riuh suara monyet tidak kedengaran lagi. Suasana jadi sunyi sepi. Dan sepantas itu juga jantung berdegup laju. Bulu roma menegak, saya terasa seram...

Bukit Putus saya tinggalkan. Maaf puan editor. Saya gagal untuk merakam gambar dikehendaki kerana seram yang saya rasa mengatasi segalanya. Ya, rasa seram itu benar-benar muncul waktu kali kedua saya ke Bukit Putus untuk tugasan laporan khas kali ini.

Legenda raksasa bergaduh


Sehingga hari ini bagaimana wujudnya nama Bukit Putus masih tidak diketahui dengan jelas. Hanya satu saja kisah legenda yang pernah sampai ke telinga pada zaman kanak-kanak dahulu. Nenek pernah bercerita kononnya dulu ada kejadian raksasa bergaduh hingga berparang.

Dalam pergaduhan itu, salah satu raksasa tersebut yang mahu menetak lawannya tertetak bukit tersebut sehingga terputus-putus dan kerana itu ia dinamakan Bukit Putus.

Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya lapan kilometer sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit.

Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam. Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali melaluinya.

Mengenang Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut.

Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong’ berdiri di kaki bukit.

Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh yang terdapat juraian air bukit.

Kereta tiba-tiba jadi berat

"Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah," kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

"Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

"Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

"Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak."

Perempuan bersama tiga anak


“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

"Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

"Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu." kata Shahrudin Abd Halim.

Orang usung keranda


"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Pernah diganggu lampu kereta tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

"Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa. Dan ternampak pula sekumpulan orang mengusung keranda. Saya lega bila lihat ada orang ramai.

"Perasaan takut mula hilang. Namun bila tiba puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.” kata Mashitah Idris.

Jalan sunyi kenderaan berkurangan
Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan, malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih terus disebarkan.

Bagaimanapun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi.

Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus sudah jadi laluan sunyi. Bukan setakat manusia dan kenderaan, malah monyet dan kera yang dahulunya kelihatan banyak di tepi-tepi jalan setiap kali melalui laluan itu, kini sudah tiada.

Kalau dulu ‘mereka’ amat suka berpelesiran di tepi jalan, kini sudah tidak nampak bayang. Mungkin dulu ada saja pemandu yang melempar makanan untuk mereka menjadikan mereka gemar keluar di tepi jalan menunjukkan muka.

Tapi sekarang, tak siapa yang datang melihat lagi. Khabarnya, polis juga tidak menggalakkan pemandu melalui laluan ini terutama waktu malam kerana ada kes samun berlaku di sini.

Berpotensi jadi tarikan pelancong
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berharap kerajaan negeri dapat membuat kajian terperinci terhadap laluan lama Bukit Putus, untuk dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Secara peribadi katanya, lokasi tersebut agak menarik berikutan keadaannya yang dilitupi kehijauan alam semula jadi di kiri dan kanan jalan, ditambah kewujudan beberapa dusun buah-buahan dan sebuah restoran di situ.

“Pada hemat saya, laluan itu sesuai dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan atau sukan lasak misalnya maraton, longboard, berbasikal, rock climbing, meredah hutan, mendaki bukit dan pelbagai lagi.

“Ditambah laluan berliku dan mencabar, pastinya mampu menggamit penyertaan atlet antarabangsa. Memang rugi kalau dibiarkan sebab lokasi itu mudah diakses menggunakan laluan baharu, selain terletak berdekatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),” katanya.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun nyata sependapat dengan Mohamad Taufek, cuma berharap segelintir aspek dapat dipertingkatkan lagi jika cadangan sedemikian menjadi realiti.

“Selain menaiktaraf kualiti jalan, beberapa kemudahan asas perlu dibina untuk orang ramai. Penguatkuasaan juga mesti proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin kelak.

“Bila ada pengunjung, secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sepanjang laluan penuh bersejarah itu,” katanya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1UVyrpz
on Leave a Comment

Annuar Musa Dedah Punca Sebenar Mahathir 'Mengamuk' Dengan Najib


KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa serangan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berpunca daripada kekecewaannya melihat prestasi anaknya dalam politik.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memahami perasaan Mahathir apabila melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak begitu menyerlah walaupun telah diberikan ruang istimewa.

“Kita boleh faham pada usia beliau (Mahathir), yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan Umno. Sukarlah kita dalam Umno hendak pertahankan dia (Mukhriz).

"Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah. Tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.

“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden. Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah," katanya ketika luar ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Tambah Annuar lagi, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan pula pada Umno, namun, beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan adalah tidak wajar.

"Laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” ujarnya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Szmm6c
on Leave a Comment

2 Beradik Ditinggalkan Ibu Tiri Di Stesen Minyak Di Merbok Kedah

Dua beradik, Mahmud Osmani Isma Elias dan Muhammad Najmuddin ditemui orang awam berhampiran tapak arkeologi MRSM Merbok, Kedah, kelmarin dan mendakwa ditinggalkan oleh ibu tiri. – Gambar ihsan Jabatan Kebajikan Masyarakat

MERBOK 30 Mac – Dua remaja lelaki yang berasal dari Pulau Pinang 'kebingungan' setelah mendakwa ditinggalkan ibu tiri mereka di sebuah stesen minyak dekat sini, petang semalam.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Faezah Nadiah Md. Sairy berkata, Mahmud Osmani Isma Elyas, 15, dan adiknya, Muhammad Najmuddin, 14, ditemukan orang ramai berhampiran Tapak Arkeologi Sungai Batu, berdekatan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

“Mereka mendakwa menaiki kenderaan bersama ibu tiri yang hanya dipanggil sebagai 'mak' untuk menuju ke rumah nenek tiri yang tidak diketahui lokasinya. Dalam perjalanan, mereka berhenti di stesen minyak Caltex dekat sini dan dua beradik itu pergi ke tandas.

“Sebaik sahaja keluar dari tandas, dua beradik itu mendapati ibu tiri mereka sudah tiada di situ. Mereka cuba mencari di kawasan sekitar namun tidak langsung menemukan jejak ibu tiri mereka itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Faezah menambah, kedua-dua remaja itu mendakwa tinggal di Blok D, Flat Taman Sejahtera, Teluk Air Tawar di Pulau Pinang.

Bagaimanapun pemeriksaan mendapati hanya ada sebuah blok saja di kawasan tersebut dan tiada sesiapa di situ yang mengenali dua remaja tersebut.

“Justeru kami mengharapkan ada pihak yang tampil memberi maklumat mengenai dua beradik ini. Mereka ditemukan dalam keadaan tidak mempunyai MYkad dan apabila ditanya mengenainya, kedua-duanya mendakwa tidak ingat.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda di talian 04-420 4900,” ujarnya.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1SzmnqN
on Leave a Comment

Pekerja ATM Hilang Kena Culik Van Putih, Tinggalkan Isteri Hanya Menghitung Hari Untuk Bersalin



Seorang lelaki pekerja ATM Mesin Safeguard yang beralamat kampung minyak beku dipercayai hilang secara misteri di sini.

Menurut maklumat awal lokasi terakhir mangsa Norazee Bin Abdulrahman berada di hadapan rumahnya, seorang saksi melihat Ada satu pergelutan berlaku sebelum mangsa di paksa masuk kedalam van putih dan terus dilarikan.

Motorsikal mangsa yang terbiar serta kunci dan juga topi di jumpai ditempat kejadian menguatkan kata saksi tersebut.

Gambar mangsa Norazee Bin Abdulrahman bersama dua anaknya

Dalam kejadian sekitar tengah hari Tadi hingga sekarang mangsa masih belum di jumpai.
Kata rekan mangsa Miey miey mangsa memiliki seorang isteri yang sedang menunggu hari untuk bersalin selain dari pada dua anaknya yang masih kecil

Pihak keluarga juga sudah membuat report polis dan kes dalam usaha pencarian.

Diminta kepada ramai kepada siapa yang memiliki maklumat agar segera menghubungi no di bawah.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1UVyqSH
on Leave a Comment

Mimpi Dikelilingi Kain Putih Sehari Sebelum Tragedi Highland Towers

PUTRAJAYA: Mimpi dikelilingi kain putih sehari sebelum Blok 1 kondominium Highland Towers di Ulu Klang, Selangor, runtuh seolah-olah menjadi petanda tragedi buruk bakal berlaku pada keluarga Umi Rasyidah Khoiruman.

Nur Hamidah dikucup oleh ibunya, Umi Rasyidah.

Menyorot kembali detik tragis 23 tahun lalu, Umi Rasyidah, 43, yang merupakan pembantu rumah ketika itu berkata pada hari kejadian 11 Disember 1993, beliau baru selesai menyuapkan makanan kepada anaknya Nur Hamidah Nadjib yang baru berusia 18 bulan di tingkat tujuh kondominium mewah tersebut.

"Selepas selesai, saya biar anak saya di ruang tamu manakala saya bersiap untuk solat zohor. Semasa nak ke bilik air, waktu itulah saya terdengar bunyi kuat dari luar.

"Apa yang saya lihat di luar menakutkan saya. Saya lihat bukit berhampiran mulai runtuh, batu-batu dari atas bukit berhampiran blok kediaman juga bergolek ke tempat parkir kereta.

"Dalam keadaan cemas itu, saya terus bergegas mendapatkan anak saya dan terus menghubungi majikan, Susan Tan," katanya ketika menceritakan pengalamannya kepada pemberita dalam sesi wawancara khas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini, Selasa.

Katanya pada masa itu blok kediaman yang didiaminya mulai bergegar dan suasana hingar-bingar diselangi jeritan penghuni blok berkenaan.

"Saya ambil kunci di ruang tamu dan kain untuk mengikat Hamidah di badan saya dan keluar ke lif untuk menyelamatkan diri.

"Malangnya belum sempat keluar dari pintu rumah, bangunan itu terus runtuh menghempap saya sehingga saya tidak sedarkan diri. Nasib baik, tangisan kuat Hamidah menyedarkan saya semula.

"Saya menyusukannya hampir tiga jam di bawah timbunan batu tersebut, sebelum saya mengumpul kekuatan menjerit meminta tolong," katanya.

Sementara itu, menceritakan pengalamannya dalam keadaan sebak, Nur Hamidah berkata beliau hanya mengetahui kisah berkenaan ketika berusia tujuh tahun.

"Setelah mengetahui kisah itu, saya berusaha mencari maklumat kejadian di laman sosial sehinggalah pada awal Februari lepas, saya diberitahu ada pihak dari Malaysia ingin bertemu saya.

"Inilah menjadi titik pertemuan saya dengan pihak yang telah menyelamatkan saya," katanya yang bersama keluarganya tinggal di Surabaya, Indonesia.

Sebelum mengakhiri pertemuan itu, Nur Hamidah melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa tragedi itu.

Insiden yang menggemparkan negara pada 11 Disember 1993 itu mengakibatkan 48 orang terkorban. - BERNAMA

from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1onc5iK
on Leave a Comment

Susulan Kes Murid Gunting Lidah, Hasil Siasatan Merungkai Sesuatu Di Luar Jangkaan!


Siasatan awal oleh pihak sekolah terhadap kes seorang murid tahun dua dipaksa memotong lidahnya sendiri, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendapati ada unsur-unsur meragukan mengenai kejadian tersebut.

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd. Nor berkata, sehingga kini, sekolah terbabit masih gagal mengenal pasti sekumpulan murid lain yang memaksa Muhammad Alif Shukran berbuat demikian.

“Budak ini (Muhammad Alif Shukran) memang gunting (lidah) sendiri. Kawan (murid lain) sebelah beritahu sekolah. Cikgu (ada) dalam kelas, tiba-tiba budak ini menangis pukul 6 petang tapi tidak tahu dibuli atau tidak.

“Sampai sekarang pihak sekolah tidak jumpa siapa pembuli. Kejadian pukul 6 petang. Ini laporan daripa­da sekolah kepada Jabatan Pendidikan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Dalam satu kejadian buli di sebuah sekolah rendah di sini yang disifatkan paling tragis pernah berlaku Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran dipaksa memotong lidah­nya sendiri.

Dia mendakwa dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama ketika waktu rehat.

Akibat kejadian itu, lidahnya putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Muhammad Alif Shukran sengaja mengada-adakan cerita, Zainuren memberitahu, perkara itu masih da­lam siasatan. - Utusan


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1onc3Y0
on Leave a Comment

Bertubi-Tubi Diserang Pemimpin UMNO, Najib Akhirnya Bersuara


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan ahli Umno supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.

"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.

"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.

Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertukar perjuangan.

"Bukan ke setengah orang dahulu cakap lain...dahulu suruh sokong parti, dahulu nasihat jangan kalau dah bersara jangan lupa (parti). Waktu kita jadi pemimpin, orang lain sokong kita, bila kita berhenti (jadi pemimpin) kita wajib sokong parti.

"Di mana duduknya orang itu sekarang...dia tidak duduk sebaris Umno lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan.

"Dia duduk dengan orang yang dahulu dia cakap rasis, cauvanis, komunis, anti-Islam dan anti-Melayu. Apa kita nak kata dia sekarang. Kita pertahankan dia selama 22 tahun. Orang kata dia maha zalim, maha firaun...bukan saya kata, mereka kata. Saya menyambung apa yang mereka kata.

"Sekarang, dia duduk sebaris (dengan mereka)...di mana letak maruah diri. Kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya kita ada maruah," kata perdana menteri sambil menegaskan bahawa rakyat tidak lagi terpengaruh dengan usaha menjatuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya umum.

Najib berkata, rakyat tidak akan membiarkan orang luar menentukan kepimpinan negara sebaliknya, menyokong usaha kerajaan dalam merencanakan pembangunan negara.

"(Oleh itu) jangan layan karenah puak-puak ini kerana kita ada banyak lagi kerja dan agenda untuk rakyat dan negara. Kita mesti istiqamah, fokus sebagai pemimpin kerajaan, kita mesti pastikan negara terus berjaya di bawah kepimpinan Barisan Nasional dan Umno," katanya.

Beliau mengingatkan tentang tanggungjawab pemimpin untuk mewariskan sebuah negara yang lebih kukuh kepada rakyat.

"Kalau ada kesilapan, kita betulkan sesama kita, jangan hancurkan negara kita, jangan hancurkan parti yang kita sayangkan. Kalau parti hancur, tiada lagi perjuangan. Sebab itulah, kita perlu kasihkan parti, kasihkan negara," katanya.

Terdahulu, kira-kira 5,000 anggota PBAKM yang diketuai Melati membaca ikrar taat setia dan menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib. - Bernama


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1VTtM7e
on Leave a Comment

Kritik Najib, Pekerja Petronas Ini Telah Dibuang Kerja Serta-Merta Selain Perlu Meminta Maaf Secara Terbuka


Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja 24jam. Lelaki tersebut bukan sahaja menghina perdana menteri, malah dia turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.

Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki terbabit kini telah dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.

Tapi malangnya semua telah terlambat, pandai saja tak guna, kalau takde akal.., betul tak?? Akibat daripada tindakan yang diambil terhadapnya, Jalil kini secara terbuka telah menzahirkan permohonan maafnya terhadap perdana menteri. Sudah jadi macam ni baru nak insaf yer!

“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.

“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang,” katanya.

Doa-doa jela yang perdana menteri maafkan dia, tapi Gomez percaya yang Najib ni memang baik hati.. Huhuuuu! Posting permohonan maaf Jalil di media sosial mendapat reaksi positif dari para pengguna Facebook. Rata-rata mereka menerima dengan baik permohonan maaf yang disuarakan jurutera tersebut.

Itu la lain kali nak muatnaik status tu baik-baik sikit, jangan fikir yang sekarang ini tiada mata-mata sedang melihat. Zaman sekarang ini mudah sangat nak viral, kutuk sikit je memang akan jadi viral.. Hahaha! Pengguna laman sosial jugak yang viralkan okey, jangan tuduh ‘spy kerajaan di facebook’ pulak! Cari makan dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan. Fuhhhhhh, memang terkena la bro! Lain kali pakai otak okey! - TiraGomez/UtaraNews.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1pKzHyC
on Leave a Comment

Media Australia Dedah Perbelanjaan Mewah Najib


KUALA LUMPUR 29 MAC: Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation(ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama “Mr X” yang dakwanya milik Perdana Menteri, seperti dilapor Malaysiakini.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:

Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)

Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk Barisan Nasional.

Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan

Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan

Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)

Penginapan hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading

Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia

Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars

Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan

(Baca berita asal DI SINI)

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1SleG4T
on Leave a Comment

Kejutan Yang Tak Disangka-Sangka Dari Mulut Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

“Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno.

“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.

“Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong,” tulisnya di laman blog.

Menurut Dr Mahathir, kerana kepentingan diri dan tamak, ahli Umno dan pemimpin parti itu sanggup menjual kepentingan diri, bangsa, negara dan agama.

Soalnya apakah mereka berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit negara dan mengenakan cukai GST ke atas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM42 billion.

“Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin.

“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. (Tan Sri) Shahrir (Samad) mengaku dia terima satu juta dan (Datuk) Ahmad Maslan dua juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan,” katanya.

Negara rasuah

Dr Mahathir berkata Najib yang memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU-13 juga telah memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai satu daripada sepuluh negara yang mengamal rasuah terbesar.

Katanya, Najib sendiri dicemuh di seluruh dunia.

“Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara,” katanya.

Atas sebab itu, menurut Dr Mahathir berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib dan membidas ahli-ahli Umno yang menyelar kejasama itu.

“Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang.

“Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” katanya.

Dr Mahathir seterusnya meminta ahli-ahli Umno yang pernah diterajuinya supaya jangan menyoal dirinya tetapi menyoal diri sendiri.

“Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari kerajaan berharga RM60 setiap kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500 bagi satu kaki persegi?” soalnya.

Beliau mengakhiri tulisannya dengan berkata “kami tak makan dedak sesiapa.”

Kongres Rakyat diadakan di Shah Alam pada Ahad lalu yang menyaksikan 19 pemimpin, termasuk Dr Mahathir mengambil bahagian dengan menyatakan sebab mengapa Najib mesti berundur.

Hadir sama adalah beberapa pemimpin Umno seperti timbalan presidennya yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang dipecat, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pemimpin Umno itu dirakamkan menjulang tangan dengan musuh-musuh politik mereka seperti Datuk Seri Azmin Ali, Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar.

Kumpulan itu juga sedang mendapatkan satu juta tandatangan sebelum akhir tahun ini.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1PEmHjl
on Leave a Comment

Luahan Sayu Nurul Hasnani Pergaduhan Besar Antara Keluarga Di Hari Perkahwinan


Pengantin perempuan, Nurul Hasnani Yazit, 21, berkata, keluarganya hanya bertindak daripada diserang oleh keluarga pengantin lelaki.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara itu me­nimpa keluarganya apatah lagi video bertumbuk antara bakal suami dan keluarga yang berdurasi tiga minit mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

“Terus terang saya sedih dengan apa yang berlaku, kawan-kawan juga ada bertanyakan kepada saya tentang kejadian itu kerana ia sudah tersebar.

“Saya tidak mahu cakap me­ngenainya dan rasa kami tidak akan berhubung semula lepas ni,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di PPR Kampung Limau di sini hari ini.

Dia mengulas tentang pergaduhan yang berlaku melibatkan keluarganya di Masjid Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dia yang mesra dipanggil ‘Nani’ memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik dan ketika ditemui, raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan.

Semalam, akhbar melaporkan hasrat sepasang bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan musnah didakwa gara-gara wang hantaran tidak cukup sehingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara kedua belah keluarga.

Bakal pengantin lelaki yang be­kerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan gagal menyediakan wang hantaran RM15,000 seperti yang dijanjikan dan dipersetujui semasa sesi merisik pada Januari lalu.

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa keluarga kepada pihak perempuan dengan nama ‘Wanie Azwani’ turut memuat naik penjelasan daripada imam masjid berkenaan menerusi statusnya di laman Facebook.

Memetik kenyataan itu, punca pergaduhan dikatakan bukan disebabkan wang hantaran tidak cukup tetapi isu perjanjian yang gagal ditunaikan, selain pihak lelaki didakwa bercakap secara kurang sopan apabila ditanya mengenai baki wang hantaran tersebut.

Dalam pada itu, bapa Nurul Hasnani, Yazit Hasshim, 48, ketika ditemui berkata, dia enggan me­ngulas lanjut mengenai kes tersebut dan me­nyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa, orang boleh bercakap apa saja tetapi biarlah kebenaran yang menentukan. Berdiam bukan bermakna saya salah atau mengalah.

“Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku ini, apa pun saya hanya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu saudara pihak lelaki yang enggan dikenali berkata, dia tidak me­nyangka pemberian wang hantaran dijadikan isu sehingga pernikahan anak saudaranya terbatal.

“Saya mengenali Nurul Hasnani, dia pernah datang ke rumah sebelum ini. Saya masih terkejut dengan apa yang terjadi kerana hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam keluarga kami.

“Perkara sebegini seharusnya diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan emosi,” ujarnya.

Sementara itu, bakal pengantin lelaki masih gagal dihubungi kerana menurut ibu saudaranya itu, tele­fon bimbit milik anak saudaranya rosak akibat pergaduhan tersebut.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1UTsBow
on Leave a Comment

Mayat Guru Agama Ditemui Dalam Tandas Sebuah Homestay


KUALA SELANGOR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang guru agama dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata mayat Sobri Yusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi semalam.

Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.

"Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.

"Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1PEmFYQ
on Leave a Comment

Kisah Disebalik Anjing 'Misteri' Gunung Nuang Setia Menjaga Pendaki Terjawab


Hulu Langat: Kelibat dua ekor anjing yang menjaga pendaki Gunung Nuang yang menjadi tanda tanya dan kisahnya menjadi viral baru-baru ini nampaknya sudah terjawab.

Anjing-anjing ini sebenarnya anjing terlatih yang telah dibela oleh Norfazli Abdul Aziz, 50, sejak kecil.

“Ia cuma anjing biasa yang saya bela dan latih sejak kecil untuk menjaga keselamatan saya dan pendaki gunung ini, bukannya tidak bertuan, misteri atau ‘diturunkan’ seperti yang disangka,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Beliau memberitahu terkejut apabila kisah kesetiaan dua ekor anjing berkenaan Kiki Boy dan Kiki girl menjadi viral di laman sosial apabila setia menemani pendaki Gunung Nuang sejak tiga hari lalu dikaitkan dengan misteri.

“Mungkin pendaki yang memuat naik kisah dua ekor anjing ini pertama kali mendaki Gunung Nuang dan tidak tahu mengenai rutin biasa haiwan itu yang sudah dikenali menemani pendaki di situ sejak dua tahun lalu.

“Saya yang latih dan jaga kedua-duanya sejak kecil sebagai balasan atas kematian keluarganya yang dipatuk ular senduk demi menyelamatkan nyawa saya,” katanya yang bertugas sebagai pekerja penyelenggara di Gunung Nuang, tujuh tahun lalu. - 



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1WTlrPh
on Leave a Comment

Kanak-Kanak 4 Tahun Dipenggal Di Hadapan Restoran


Taiwan, 28 Mac - Taiwan hari ini dikejutkan dengan satu kejadian seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun yang dipenggal kepala di dalam satu serangan rawak di luar stesen Metro di pusat bandar Taipei.

Laporan media tempatan berkata seorang lelaki telah ditahan polis susulan kejadian.

Lelaki tersebut, Wang, dilihat mundar-mandiri di Stesen Metro Xihu di Taipei selepas membeli sebilah pisau dari sebuah kedai pagi tadi. Ketika dia berjalan, dia terlihat kanak-kanak tersebut dengan basikal kecilnya terlekat di sebuah lubang di atas jalan, lapor Apple Daily.


Dia kemudian mendekati kanak-kanak itu dan dengan marah menetaknya secara bertubi-tubi menggunakan pisau sehingga menyebabkan leher kanak-kanak itu terkulai. Ibu kanak-kanak tersebut cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan namun gagal.

"Ketika ia berlaku, saya cuma 1 meter darinya", kata ibu tersebut.

"Saya ternampak seorang lelaki menghampiri anak saya dan berfikir dia cuma mahu menolong anak saya, semua itu meleset sama sekali apabila saya melihat dia menetak leher anak saya secara bertubi-tubi.

"Perkara pertama yang saya buat adalah cuba menahan lelaki tersebut (dari menetak anak saya), tapi saya gagal menahannya. Apa yang saya boleh buat cuba menghalangnya dari melarikan diri.", katanya sebagaimana lapor Shanghaiist.

Central News Agency berkata Wang, yang berusia 33 tahun itu mempunyai rekod dadah dan juga pernah dirawat kerana penyakit mental.

Tindakan Wang mencetus kemarahan pelbagai pihak sehingga orang ramai datang berhimpun di hadapan balai polis, yang mana tempat dia ditahan.

Dua video, masing-masing menunjukkan ibu kepada kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku dan juga Wang selepas ditahan di muat naik di internet.

Kejadian juga telah menimbulkan desakan dari orang ramai di China kepada kerajaan supaya menghukum Wang sehingga mati biarpun dia mempunyai rekod mental.




from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1RLMtKe
on Leave a Comment

Punca Sebenar Erra Tidak Mahu Kembali Jadi Kekasih Awie


Bagaikan pasangan yang cukup serasi dalam filem Sembilu 22 tahun lalu, kemunculan bersamaAwie dan juga Erra Fazira dalam filem terbaru yang menggandingkan mereka iaitu Warna Cinta kembali membuka kenangan pelakon ini.

“Perhubungan saya dengan Awie yang sudah saya anggap seperti abang saya sendiri. Di mana saya boleh bergurau senda, berbincang dan sebagainya. Kalau jadi kekasih pula dia ini jenis kuat cemburu,” katanya berseloroh.

Sementara itu dalam perkembangan lain, menurut Erra, dia menghormati keputusan bekas suaminya, Engku Emran supaya tidak melibatkan puteri sulungnya, Engku Aleesya ke dalam bidang seni.

“Keputusan bukan di pihak saya seorang harus ada persetujuan bapanya. Jadi saya tahu bapanya tidak mengizinkannya buat masa ini. Itu sebabnya, anak saya tidak terlibat dengan mana-mana dan saya pun bukan jenis memaksa,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Warna Cinta Impian.

Tambahnya, selagi benda tersebut tidak bercanggah, tidak salah untuk bekas suaminya mengehadkan aktiviti anak sulungnya itu. Bagaimanapun, Erra menjelaskan perkara tersebut mempunyai batasan dan jika dia perlu bersuara, barulah dirinya akan menyatakan pendiriannya. - rotikaya.com


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1RLMuO4
on Leave a Comment

Susulan Kes Langgar Peraturan, Ini Respon Dato Vida Yang Sungguh Tidak Disangka


“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itu janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas dikritik Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, selepas teguran itu, beliau berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Dr Vida memaklumkan beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Kelmarin, Kevin menggariskan beberapa peraturan yang wajar dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Menurut Kevin, Dr Vida perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Kata Kevin lagi, Dr Vida tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi.

Malah, Dr Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Kevin menegaskan, Dr Vida mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika terus melanggar peraturan.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1RLMtK5
on Leave a Comment

Tidak Disangka Sangka Ular Senduk Berlegar Luar Cermin Kereta Ketika Lelaki Ni Sedang Memandu


Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pokok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan.

Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.





Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.

Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.

Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.

Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya. Memang menakutkan kejadian ini, beringat-ingat sebelum kena.





from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1VQBM90
on Leave a Comment

Giliran Imam Masjid Dedah Punca Sebenar Pengantin Lelaki Ditumbuk


KUALA LUMPUR: Hasrat sepasang bakal pengantin untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas majlis akad nikah mereka kecoh berikutan pengantin lelaki dikatakan bertumbuk dengan wakil pengantin perempuan kerana mendakwa wang hantaran yang dijanjikan sebanyak RM15,000 tidak dapat dipenuhi.

Video pergaduhan yang memaparkan pertelingkahan membabitkan keluarga pengantin lelaki dan perempuan mula tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam.

Berikutan insiden tersebut, seorang wanita yang mendakwa saudara kepada pengantin perempuan tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanie Azwani menerusi laman Facebooknya, insiden pergaduhan di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam itu tercetus bukan disebabkan oleh wang hantaran tidak cukup, sebaliknya wakil pihak lelaki bersikap kurang ajar ketika perbincangan mengenai hal tersebut sedang dibuat.

“Tetapi pergaduhan berlaku kerana pihak pengantin lelaki yang bercakap dengan kurang ajar apabila pihak pengantin perempuan bertanyakan baki wang hantaran.

“Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang. Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan.

“Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih,” tulisnya yang melampirkan kenyataan Imam Masjid Khadijiah.

Sementara itu, akhbar Kosmo! hari ini melaporkan dalam kejadian kira-kira 3.15 petang kelmarin, pengantin lelaki itu ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah disebabkan wang hantaran berjumlah RM15,000 tidak mencukupi.

Menurut laporan akhbar itu lagi, pengantin lelaki yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dikata bercinta dengan tunangnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, ekoran insiden tersebut, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.

- mD


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1qb7jpZ
on Leave a Comment

Ini Penjelasan Wakil Pengantin Perempuan Tentang Isu Bertumbuk Sebelum Akad Nikah


Sejak semalam menjadi viral di laman sosial pengantin lelaki telah ditumbuk gara-gara tidak menyediakan wang hantaran yang cukup seperti yang diminta.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.

Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.

Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.


Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.

Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri.



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1pTWnxi
on Leave a Comment

Wanita Korea Buang Beribu Duit Kertas Atas Jalan, Tapi Takda Siapa Berani Ambil Kerana..


Seronoknya bila ada orang yang bagi kita duit percuma. Tapi keadaan kat Korea ni sangat pelik.

Seorang wanita Korea telah mendermakan duitnya sebanyak 2 juta won (RM 6917) di Downtown Squre, Seoul Korea. Walau bagaimanapun, orang ramai hanya melihat sahaja duit tersebut dan tak ada seorang pun yang berani ambil.

Sesuatu yang mengejutkan dan orang yang ada di situ hanya mengambil gambar sahaja. Barulah kami tahu rupanya ia merupakan satu kesalahan di Korea untuk mengambil duit yang kita tak ketahui asalnya dari mana di Korea Selatan. Bagi sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan di anggap sebagai pencuri.

Wanita berusia 55 tahun tersebut membuang duit sebanyak RM 6917 itu ke atas jalan untuk mengelakkan bekas suaminya mengambil duit itu. Hanya polis sahaja yang dibenarkan mengambil duit berkenaan apabila tiba di situ.


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Uo7Hyb
on Leave a Comment

Tips Mudah Untuk Bersihkan Belakang Kuali Yang Sudah Hitam Berkerak Seperti Baru


Kuali yang kita pakai seharian sudah pasti akan menjadi hitam di bahagian belakangnya kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebakan ia melekat di belakang kuali.

Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak suka, admin pernah terdengar sembang-sembang orang-orang tua zaman dulu yang mereka suka belakang kuali hitam, kenapa mereka suka belakang kuali hitam berjelaga.

Rupanya, apabila belakang kuali hitam, ia lebih cepat meresap haba api yang membakar menyebabkan kuali lebih panas berbanding kuali yang tidak berjelaga.

Apapun, admin kongsikan sini bagi mereka yang hendak membuang kerak-kerak jelaga hitam di belakang kuali berkenaan dengan mudah dan berkesan.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj, jom kita baca cara-caranya.

Cara basuh belakang kuali.

1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar( supaya senang nk rendam kuali @periuk)

2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.

3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.

4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Selamat mencuba!!

sumber


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Uo7FGg
on Leave a Comment

Mungkinkah Ini Sebab Ku Li Tukar Pendirian Dan Kini Sokong Najib?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah merupakan individu yang memberi cadangan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan cara undi tidak percaya di Parlimen.

Walaupun memberi cadangan sedemikian, namun kata Dr Mahathir, Tengku Razaleigh atau Ku Li kini dilihat telah menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.

"Dia dah tukar dia punya pedirianlah.

"Dia ingat kalau satu orang hilangkan RM42 billion itu perkara baik, dia harus sokong, itu hak dia.

"Akhirnya dia yang cadang jatuh Najib ini, dia sokong Najib," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung tindakan Tengku Razaleigh yang menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Selain itu, Mahathir turut memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib.

Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir.

"Walaupun dia kata dia boleh dapat majoriti, (tetapi) dia tak dapat. Itu saja dia tau. Dia pun tak buat apa dan dia pun suruh orang yang buat," kata Mahathir tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu. - MalaysiaKini


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1Uo7FpZ
on Leave a Comment

Senarai Kopi Yang Dikesan Beracun Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 40 jenis minuman segera yang dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Kebanyakan kopi yang bercaun ini memaparkan paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi bahan terlarang selepas dikemaskini terakhir pada 7 Disember 2015.

1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candy 193
4. Extend Up Energy Drink
5. Extremen
6. Extrewomen
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. sasanergy Drink
33. Trica Jus
34. Tri-Max
35. True SR
36. vigor Candy
37. Vitca-F
38. Vitca-M
39. Winnie Beauty V1
40. XKL Sky Fruit Juice Premix

Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia


from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/1MLJb26
on Leave a Comment

5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar Dan Tak Dengar Cakap


Bagi ibu bapa, mendidik anak-anak merupakan satu cabaran yang besar bagi mereka. Tak dinafikan, setiap dari ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak.

Namun antara cara yang paling biasa digunakan adalah dengan mengugut seperti contoh : "Kalau tak mandi, tak boleh pergi taman".

Sebenarnya, didikan dengan cara ugutan ini mempunyai banyak 'side effects' jika tidak digunakan dengan betul.

Seorang pengguna media sosial, Muhammad Zukermi Bin Edi, berkongsi satu ilmu yang disampaikan oleh kawannya yang menceritakan secara ringkas kenapa cara didikan ini sangat merbahaya dan salah serta bagaimana untuk menggunakannya dengan betul selain memberi tips-tips bagaimana mengajar anak supaya lebih mendengar kata.

Perkongsian dari Muhammad Zukermi Bin Edi

"Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."

"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"

"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas.

Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun.

Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward.

Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt.

Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. 

Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.

Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

Muhammad Zukermi Bin Edi
Anak Peniaga Pasar Malam



from Sajian Informasi Terkini http://ift.tt/25rxZmw
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :