ng

ad

on Leave a Comment

Kisah benar mengenai 'sihir pelalau'

Alhamdulillah. Setelah banyak tempat kami ikhtiar, akhirnya ayah jumpa juga ustaz yang mampu mengubati saya di Sarawak. Contoh sihir yang telah dikeluarkan. Gumpalan rambut yang diikat dengan benang bewarna jingga tetapi sudah dikerat oleh ustaz. 


Ia bukan dalam bentuk seperti ini bila dikeluarkan dari mulut saya. Tetapi, bila saya ludahkan air zam-zam yang sudah dibacakan dengan ayat Qur'an ke bekas daun keladi yang diletakkan dengan air garam, air itu membentuk rambut yang diikat.

Ada orang yang mahu hidup saya terikat menyebabkan apa sahaja yang saya lakukan seolah-olah tersekat. Kerjaya, perniagaan terencat-rencat. Peluang banyak tetapi tidak lekat. 

Jika suami/isteri anda yang penyayang tiba-tiba berubah menjadi baran, jika tiba-tiba anda terasa benci pada suami/isteri yang selama ini dicintai, berhati-hatilah. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Bertindaklah segera sebelum rumah tangga rosak binasa. 

Sejak dari zaman dulu lagi manusia telah menggunakan sihir untuk memisahkan suami isteri angkara hasad dengki dan rosaknya jiwa. (Baqarah 102). 

Hubungan dengan orang sekelilng juga bagai tidak boleh rapat. Ada sahaja yang akan membenci walaupun saudara dan kerabat. Ada juga yang pada awalnya sahabat akrab, kemudian khianat. Ada juga pihak ketiga yang menjadi penyibuk dalam keluarga, hasut adik beradik, ibu bapa agar bergaduh sesama mereka. Perkara kecil diperbesarkan sehingga berlakunya perselisihan faham yang berlarutan lamanya. Syaitan ketawa kerana silaturrahim putus di tengah jalan.

Tujuan saya berkongsikan kisah benar ini bukan bertujuan untuk menagih simpati. Tetapi sebab saya tidak mahu anda menjadi seperti saya sebelum ini. Bermati-matian saya saya tidak percaya benda khurafat seperti ini sebab sudah banyak tempat saya pergi, tetapi mereka tidak dapat kesan masalah yang dihadapi. 

Sama juga sebenarnya bila kita sakit, jumpa doktor sana sini kata tiada apa-apa. Tetapi bila berjumpa dengan doktor pakar, rupa-rupanya sudah kronik tahap sakitnya. 

Doakanlah kami agar Allah memberikan keinsafan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan ini. Moga Allah memberikan hidayah dan kesempatan kepadanya untuk bertaubat. Bimbang syirik ini semakin melarat, merana di dunia hingga akhirat. 

Doakan juga Allah membantu kami memulakan hidup baru, bebaskan kami dari segala belenggu. Moga malaikat juga mendoakan kalian dengan doa yang sama, dilimpahi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan yang didambakan sentiasa. 

Wallahu 'Alam bissawab. 

Memandang saya menerima mesej jumlah mesej yang banyak bertanyakan nombor telefon ustaz berkenaan, ini infonya, Wak Henry 019-8836154. Beritahu dia, Shahrina anak Ustaz Sharkawi yang keluar rambut dulu itu yang berikan nombornya. - Shahrina Ahmad Sharkawi | PIXEL MEDIA



on Leave a Comment

24 Sebab Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah Ke Perth, Australia



Kenapa ramai orang Malaysia berpindah ke Perth, Australia? Mengikut pemerhatian saya:

  1. Rakyatnya dijaga
  2. Pengangkutan awam sangat senang. Bas mengikut masa tanpa putus
  3. Train untuk Sabtu Ahad ada special rate untuk keluarga
  4. Cuaca panas tetapi berangin dan nyaman
  5. Gaji per jam tinggi
  6. Pembelian kereta murah
  7. Ibu tunggal banyak mendapat manfaat
  8. Malam mati, cuma pub sahaja yang ada. Kualiti masa bersama keluarga lebih tinggi.
  9. Di Malaysia kerja seperti orang gila belum tentu kaya. Tetapi di Perth, kerja keras lebih sikit sudah boleh merasa kemewahan sikit lebih-lebih lagi currencynya tinggi sikit kan?
  10. Waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Jam 5.10 petang, pejabat sudah dikosongkan.
  11. Susu tepung dan pampers harganya juga murah.
  12. Barang-barang keperluan juga murah
  13. Perangai warga tempatan amat menghormati orang lain menjadikan kita terpengaruh untuk mencontohi sikap baik mereka bila berada di sini
  14. Tiada rasa kesal atas pembayaran cukai yang tinggi kerana semuanya nampak dikembalikan kepada rakyat
  15. Kedai kebab bersepah-sepah
  16. Ada surau disediakan di lapangan terbang
  17. Kurang Islamphobia
  18. Komuniti Melayu di Perth sangat besar dan rapat
  19. Tiada Bangladesh, semua mat salleh yang buat construction. Kenapa? Gaji yang dibayar adalah tinggi.
  20. Selain itu, Perth paling dekat yang penerbangannya hanya 5 jam sahaja.
  21. Tidak perlu kerja profesional untuk menyara hidup. Kerja sebagai nanny juga boleh, ambil gambar, cuci pinggan, malah kerja cleaning pun boleh dapat AUS$25 bagi setiap jam. 
  22. Kita boleh mencipta kerja di sana tanpa perlu tunggu tawaran yang datang
  23. Paling senang cara migrate adalah dengan sambung belajar (Most Malaysian did)
  24. Belajar kalau bayar sendiri pun masih mampu. Percayalah!

Semua ini membuatkan saya rasa nak pindah ke Perth. Hehehe! - Kamalia Kamal | PIXEL MEDIA


Sumber asal : http://pixelperfext.blogspot.com/2016/02/24-sebab-kenapa-ramai-rakyat-malaysia.html
on Leave a Comment

Ideologi Daesh berkait Hari Kiamat, sukar dipatahkan

Islamic State
Islamic State atau Daulah Islamiyyah Iraq dan as Sham (Daesh) menjadi tajuk utama berita seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kumpulan militan Sunni itu memupuk rasa takut dan pada masa sama menimbulkan kehairanan bagaimana ramai orang iaitu Muslim sanggup bersabung nyawa meninggalkan keluarga dan negara menuju ke wilayah yang dikuasainya.
Apa yang menjadikan ada golongan Muslim sanggup bermati-matian kerana Daesh? Setakat pembacaan kita ialah ideologi yang dibawa mereka.
Ideologi Daesh sangat berkait rapat dengan gerakan Salafi, fahaman Syed Qutb dan yang paling penting ialah kumpulan hadis mengenai kedatangan Hari Kiamat.
Mereka percaya bahawa mereka adalah tentera yang dimaksudkan dalam hadis iaitu tentera panji hitam dari Timur dan akan menjadi tentera Imam Mahdi.
Mereka juga percaya bahawa mereka adalah askar terbaik dalam sejarah kewujudan manusia, yang mana ditakdirkan berperang di Dabiq, iaitu sebuah bandar kecil di Syria yang menjadi medan pertempuran yang maha dahsyat dan maha besar sebelum kemunculan Imam Mahdi mengikut catatan hadis.
Anggota dan pengikut Daesh yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka seperti yang dijanjikan Allah SWT dan sangat berpegang teguh kepada hadis yang meriwayatkan siri peperangan dan pembunuhan sebelum Hari Kiamat.
Ideologi yang berkaitan dengan kedatangan Hari Kiamat inilah yang dipegang, diperjuangkan dan dijadikan matlamat Daesh, di mana kita rasa memang sangat tidak mudah untuk mematahkannya.
Ini kerana, Hari Kiamat adalah salah satu daripada Rukun Iman yang wajib bagi setiap umat Islam di seluruh dunia percaya dan mengimaninya.
Sebagai Islam, sejak kecil kita diajar akan peristiwa berkaitan tanda-tanda kiamat yang banyak disebut dalam hadis di sekolah agama, kuliah agama, ceramah agamawan dan sirah Nabawiyyah. Cuma ada hadis itu sahih dan kuat, ada hadis sahih tetapi lemah dan ada juga hadis palsu.
Daesh menggunakan kumpulan hadis mengenai tanda kiamat ini untuk perjuangan mereka. Malah, mereka mahu mempercepatkan dan merealisasikan hadis itu, sama seperti Sultan Mehmet daripada Empayar Turki Uthmaniyyah yang berjaya merealisasikan hadis Rasulullah SAW berhubung penaklukan Constantinople atau Istanbul pada tahun 1453.
Bagaimana untuk mengekang ideologi Daesh? Kerajaan boleh katakan saja hadis berkaitan kiamat itu palsu atau tak sahih. Tapi bagaimana jika hadis berkaitan peristiwa sebelum Hari Kiamat itu sahih dan cuma lemah sahaja? Memang terlalu sukar sebenarnya dan itulah hakikat yang pahit untuk ditelan.
Sekali pun Daesh itu berjaya ditumpaskan, ideologi yang dibawa Daesh tetap kekal kerana ia bersangkut paut dengan keimanan umat Islam, disiplin ilmu hadis, sirah Nabawiyyah dan tafsir Al Quran.
Lagipun ideologi Daesh bukan baharu dan dipegang juga oleh kumpulan gerakan politik Islam lain yang ada di muka bumi ini. Beza mereka hanya pada kepemimpinan dan kaedah gerakan.
Yang pasti, usaha pihak berkuasa kita untuk mengekang dan memerangi Daesh sangat tidak mudah kerana ideologi yang dipegang mereka memang berkait dengan keimanan umat Islam.


on Leave a Comment

20 negara Islam Sunni termasuk Malaysia bakal serang Syria?

tentera3_600
Bermacam reaksi yang kita terima berhubung artikel bertajuk ‘Ideologi Daesh berkait Hari Kiamat, sukar dipatahkan’ yang diterbitkan pada 14 Feb lalu.
Mengimbas kembali, kita ada sebut dalam artikel itu mengenai kepercayaan puak Daesh ini yang mereka percaya ditakdirkan berperang di Dabiq, iaitu satu bandar kecil di Syria yang akan menjadi medan pertempuran maha dahsyat dan maha besar sebelum kemunculan Imam Mahdi mengikut catatan hadis.
Untuk pengetahuan pembaca, artikel berkenaan ditulis sehari sebelum bermulanya perhimpunan ketenteraan terbesar dalam sejarah Asia Barat.
Perhimpunan itu yang dinamakan Operation North of Thunder atau Nothern Thunder membabitkan seramai 350,000 tentera dari 20 negara Islam dengan kelengkapan 20,000 kereta kebal, 2,450 pesawat perang dan 460 helikopter tentera.
Kenyataan rasmi pengurusan Operation Northern Thunder menyebut, negara yang terbabit ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Jordan, Bahrain, Sudan, Kuwait, Morocco, MALAYSIA, Pakistan, Tunisia, Oman, Qatar dan beberapa negara Islam lain.
Operasi ketenteraan ini dicanangkan sebagai latihan sahaja yang berlangsung selama 18 hari, namun media seluruh dunia kecoh ia adalah persiapan negara Islam Sunni menyerang Syria dan menggulingkan Presiden Bashar Al Assad.
Pada masa sama, operasi berkenaan juga disebut sebagai langkah memerangi kumpulan militan Sunni Daesh yang menguasai sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq dan mengekang pengaruh Iran serta proksinya, kumpulan Hizbullah. Bashar Al Assad, pimpinan Iran dan Hizbullah adalah Islam daripada cabang Syiah.
Berikutan itu, Presiden Russia, Vladimir Putin cakap, perang dunia akan meletus jika benar 20 negara Islam ini akan menyerang Syria. Umum tahu, Syria dan Iran adalah sekutu Russia serta menjalin hubungan rapat dengan China.
Perkembangan global ini menyebabkan kita tertanya, betul ke askar Malaysia akan turut serta menyerang Syria kerana pembabitan dalam Operation Northern Thunder?
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjawab mengenai hal itu dengan berkata, askar kita tidak terbabit dengan operasi ketenteraan di Yaman. Katanya, latihan itu diadakan di utara Arab Saudi sedangkan Yaman terletak di selatan Arab Saudi.
Kita pelik sebenarnya dengan jawapan itu. Yang kita tahu dunia kecoh cakap-cakap operasi itu untuk serang Syria, bukannya Yaman dan adakah tentera kita terbabit atas dasar penyertaan dalam operasi itu.
Mungkin Menteri Pertahanan agaknya tak mahu kecoh-kecoh sebab ia perkara besar yang membabitkan banyak negara Islam, kuasa besar dunia yang ada senjata nuklear serta geo-politik global.
Situasi ini agak kompleks dan senario politiknya rumit, tetapi kini nampaknya seolah-olah negara Islam Sunni termasuk Malaysia, ‘menyerang’ kepemimpinan Syiah global iaitu Bashar Al Assad serta Iran yang disokong Russia serta China.
Ketika artikel ini ditulis, latihan ketenteraan di bawah Operation Northern Thunder masih berjalan dan membuatkan kita terfikir mengenai kepercayaan puak Daesh berhubung pertempuran maha dahsyat dan maha besar di Dabiq, Syria seperti yang dikatakan hadis.
Sekali sekala terlintas juga di otak kita mengenai derma politik RM2.6 bilion yang dikatakan daripada pemerintah Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Entah ia ada kaitan atau tidak, kita susah hendak menelaahnya.
on Leave a Comment

MENAKJUBKAN! Khasiat meletakkan bawang putih ke dalam telinga yang mungkin belum anda ketahui

Bawang putih sering digunakan sebagai bahan asas di dalam sesebuah rumah. Selain ia merawat demam dan selsema melalui khasiat anti-bakteria yag terkandung di dalamnya, bawang putih sering digunakan di dalam kebanyakan situasi perawatan dan penyembuhan.
Ibu dan nenek kita sangat tahu bahawa tiada ubat yang lebih baik daripada bahan semulajadi.
Salah satu keajaiban daripada ubatan tradisional adalah bawang putih. Berikut adalah beberapa tips yang akan memukau anda dengan praktikal dan kesan bawang putih:

1. Bawang putih menghilangkan rasa sakit di telinga dan membantu merawat sakit kepala.


Sakit telinga adalah perasaan yang tidak menyenangkan, tetapi dengan bantuan dari bawang putih boleh mengurangkan dan menghilangkan dalam sekejap.
Bagaimana?Secara ringkasnya ulas  bawang putih dibersihkan dimasukkan ke telinga anda. Sangat muat di telinga anda, sebagai plug telinga. Rasa sakit dan keradangan dirasai dalam beberapa minit, dan anda akan rasa suhu merebak keluar melalui telinga.
Pasti berhasil!– Dengan kaedah ini anda boleh menyembuhkan sakit kepala.– Dalam hal ini, ulangi prosedur sebelum tidur. Biarkan bawang putih tetap di telinga sepanjang malam.– Di pagi hari anda akan merasa seperti baru.
Bawang putih menurunkan suhu badan.Ini sangat sesuai untuk anak-anak. Jika anak anda mengalami demam, potong hirisan bawang tersebut dan rendam dalam cuka sider epal. Kemudian letakkan di kaki dan telinga anak anda. Suhu akan menghilang sangat cepat 

2. Legakan batuk dengan bawang putih.
Jus bawang putih adalah sirap ubat batuk semulajadi yang sangat berkesan yang boleh anda lakukan dalam resipi ini:bahan:– 1 ulas bawang putih– 2-3 sudu makan madu.
Caranya:Ambil sebiji bawang putih yang segar dan berukuran sederhana. Kupas bawang putih dan dipotong. Masukkan ke dalam mangkuk yang sedikit dalam dan tuangkan madu. Tutup mangkuk dengan foil atau pinggan dan tinggalkan pada suhu bilik semalam. Keesokan harinya, saring campuran melalui kasa tebal atau saringan. Ini adalah salah satu dos untuk satu hari.
Ambil satu sudu makan sirap setiap dua jam, atau anda boleh melakukannya lebih kerap. Tentu saja dalam waktu singkat anda akan merasa bahawa anda bernafas lebih mudah.

http://www.info.mydebat.com/wow-diluar-dugaan-lihat-apa-yang-terjadi-jika-anda-meletakkan-bawang-putih-di-telinga-semoga-bermanfaat/
on Leave a Comment

Cara Paling Mudah Bezakan Produk Milo Tulen & Tiruan (PATUT TAHU) !!



DI ZAMAN ini, banyak pihak tak bertanggung jawab mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan memanipulasi barangan sedia ada di pasaran dengan menjual produk tiruan.

Terbaharu, kes Milo tiruan yang dibuktikan dengan penyebaran rakaman video dan rampasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan perumahan di Mantin, Negeri Sembilan.
Susulan timbul kebimbangan orang ramai tentang produk tiruan yang dikhuatiri  dibeli oleh mereka tanpa sengaja, pihak Nestle menerusi akaun rasmi Milo Malaysia memaklumkan cara mudah mengenalpasti sama ada Milo yang ingin dibeli adalah produk tulen atau tiruan.
“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” demikian maklumat dikongsikan di laman tersebut.
Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.
Apa yang mengejutkan, proses pembungkusan produk tersebut didapati dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!



on Leave a Comment

Doktor Pesan Jangan Bagi Kanak-Kanak Minum Vitagen Dan Solivite Kerana Mengakibatkan Kanser




Admin mendapat satu info yang dikongsikan daripada group Whatsapp namun sejauh mana kenbenaran info ini tidak dapat dipastikan dalam perkongsian ini ada sahabat memberitahu bahayanya minuman Vitagen Dan Solivite dan semua jenis yogurt berikut seperti dalam whats app:






 Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt.
Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.

 Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser

 Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum ... Tp pesakit kanser xbole makan or minum bakteria hidup.

 copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah.Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah di
on Leave a Comment

Khasiat Parsley menurunkan berat badan dalam masa tiga hari sebanyak lima kilogram


Biasanya, Pasli cuma digunakan sebagai rencah masakan. Namun janganlah salah, nyatanya Pasli mempunyai banyak manfaat kesihatan, di antaranya melancarkan sistem pencernaan serta menolong tubuh untuk mengeluarkan racun berlebihan. Pasli juga dapat menghilangkan kembung.
Kami mengesyorkan untuk membuat minuman dengan bahan asas Pasli, yang bakal memberi manfaat untuk meningkatkan metabolisma, mengeluarkan racun serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.
Bukan itu sahaja, minuman ini juga dapat menolong anda menurunkan berat badan serta membersihkan tubuh dari racun. Pasli juga kaya dengan vitamin C serta K, dan mempunyai jumlah yang tinggi kalsium, besi serta kalium.
Untuk menolong anda menurunkan berat badan sehingga 5 kg cuma dalam masa 3 hari saja, berikut resipi minuman berasaskan Pasli yang boleh anda buat dengan mudah di rumah.
Bahan:
5 sudu makan Pasli dicincang
1 liter air
Cara membuatnya:
* Masukan Pasli ke dalam 1 liter air mendidih. Biarkan selama 30 minit lalu ditapis. Oleh kerana pasli mempunyai rasa yang pahit, anda boleh memberikan beberapa titisan air lemon, oren atau limau gedang.
* Teh Pasli dapat melembutkan otot-otot yang kaku serta melancarkan pencernaan. Ramai wanita menyatakan bahawa pasli sungguh ajaib, kerana boleh menolong mereka menurunkan berat badan.
* Pengambilan teh Pasli sangatlah bermanfaat serta disyorkan, tapi haruslah dalam jumlah yang wajar. Mengambil berlebihan tak dianjurkaan untuk siapa juga. Jangan minum lebih daripada satu liter teh ini dalam sehari.
Sebagai info, daun Parsley atau pun Pasli ini sebenarnya adalah daun ketumbar yang selalu digunakan dalam masakan seperti tom yam. ;)

on Leave a Comment

Ini Merupakan Sebab Mengapa Anda Harus Tidur Siang!

Tahukah anda terdapat kajian terbaharu mendapati tidur siang mampu membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi?

Ini pastinya menjadi berita baik kepada mereka yang gemar tidur waktu siang, bukan?
Memetik laporan CNN Indonesia, pengkaji daripada European Society of Cardiology Congress mendapatkan 200 orang lelaki dan 186 orang wanita, rata-ratanya berumur 60 tahun dan memiliki tekanan darah tinggi.
Hasilnya, peserta yang gemar tidur siang mempunyai tekanan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak tidur siang.
Menariknya, kajian itu juga menyimpulkan bahawa peserta yang gemar tidur siang lebih jarang mengambil ubat darah tinggi berbanding mereka yang tidak tidur siang.

Ini Merupakan Sebab Mengapa Anda Harus Tidur Siang!2

Jom ketahui 5 kebaikan tidur siang untuk kesihatan anda.

1. Meningkatkan Daya Ingatan
Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan anda terutamanya untuk golongan warga emas. Ini kerana semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Menurut kajian,manfaat tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit mampu meningkatkan daya ingatan otak anda.
2. Meningkatkan Produktiviti Kerja
Bagi mereka yang selalu keletihan akibat kerja atau memerlukan idea baru,anda disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja anda sekaligus memberikan anda idea-idea baru.
3. Mengubati Insomnia
Manfaat tidur siang yang lain ialah ia mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang
4. Menghilangkan Tekanan
Sekiranya pada malam hari anda kurang nyenyak atau tidak cukup tidur,pastinya pada siang hari anda berasa sangat tertekan untuk melakukan kerja. Oleh itu,manfaat tidur siang untuk kesihatan anda ialah ia mampu menghilangkan tekanan anda.
5. Menyihatkan Jantung
Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan juga stroke.

Tips Mendapatkan Tidur Siang Yang Baik

  • Waktu tidur yang disarankan ialah selama 20-40 minit.
  • Pastikan anda tidur siang hanya selepas pukul 12 tengahari.
  • Pastikan suhu bilik anda tidur sesuai iaitu tidak terlalu sejuk atau panas.
  • Jangan tidur ketika waktu malam sudah hampir menjelma kerana ia boleh mengganggu pola tidur anda pada malam hari.

from Oh My Media http://ift.tt/1oBkzU0


on Leave a Comment

[VIDEO] Cara membuka tin sardin tanpa pembuka tin






Cara yang amat praktikal sekiranya anda picnic dan terlupa membawa alatan yang diperlukan. Sekurang-kurangnya boleh mengelakkan stress especially bila perut dah mula menghasilkan irama lagu asli.
on Leave a Comment

Pencuri taring harimau terima padah

Kuala Terengganu: Tiga individu yang dipercayai terbabit mengeluarkan gigi taring daripada bangkai seekor harimau betina bakal berdepan denda maksimum sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan taring pada bangkai harimau yang mati dirempuh di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh di Kemaman pada 6 Februari lalu.
“Pihak kami sudah melantik pegawai khas untuk menjalankan siasatan kes berkenaan dan kerjasama semua pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi memudahkan proses menjejaki suspek yang bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
“Pelaku berdepan dakwaan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Seksyen 68 (1) (C) dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 hingga RM500,000 dan penjara lima tahun,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, semalam.
Tindakan tiga individu berkenaan menimbulkan kekecohan apabila perbuatan mereka menjadi viral di laman sosial baru-baru ini apabila tiga keping gambar kecil iaitu tiga individu sedang berdiri melihat bangkai harimau, seorang lelaki mencangkung di depan kepala harimau sambil memegang sejenis alat seperti tukul dan alat lain serta gambar mempamerkan seolah-olah membelek atau mengeluarkan sesuatu daripada mulut haiwan itu menggunakan alatan berkenaan.
Beliau berharap mana-mana pihak terbabit dengan perbuatan itu tampil memberi keterangan bagi melancarkan proses siasatan seterusnya membolehkan taring dan misai atau apa saja bahagian diambil daripada bangkai harimau bunting itu diserahkan kepada pihaknya.
“Jika suspek tampil dan menyerahkan bahagian yang diambil pada haiwan liar itu, kita dianggap dia memberi kerjasama dan kami menggunakan kuasa budi bicara untuk menyelesaikan kes itu dengan cara yang paling berhemah.
“Individu yang terbabit dengan perbuatan itu perlu mengambil peluang itu untuk memastikan mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang dan jika mereka tidak berbuat demikian tetapi ditangkap PERHILITAN, tindakan undang-undang dikenakan tanpa sebarang kompromi,” katanya.
Pihaknya membuat siasatan awal terhadap kakitangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang turut terbabit di dalam gambar yang diviralkan di laman sosial.
“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada PERHILITAN Terengganu di talian 09-6221460 jika mereka mempunyai maklumat mengenai perkara itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 7:57 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113986?platform=hootsuite#sthash.c3ikunT8.dpuf
on Leave a Comment

‘Jangan Pasang Ayat-Ayat Ruqyah Dalam Kereta Anda. Anda Lihat Sendiri Apa Akibatnya....’



Sumber dipetik dari seorang pengguna di Facebook yang tidak mahu namanya disiarkan. Percaya atau tidak terpulang pada anda sendiri.

Ada betul juga apa yang dia cakap tu... nak letak atau tak letak itu terpulang pada sendiri.



SUMBER : http://www.datangbulanke.com/2016/02/jangan-pasang-ayat-ayat-ruqyah-dalam.html
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :