ng

ad

on Leave a Comment

Cara mengesan jin melalui wangian kasturi





Bagi mereka yang ada menyimpan minyak kasturi hitam dirumah masing-masing,buka penutupnya dan bacakan fatehah,kursi dan 3 qul lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut.Kemudian anda sapu minyak tersebut pada kawasan lubang hidung anda,jika bau minyak itu busuk dan terasa pedih pada kulit hidung,sahlah anda ada gangguan jin.Jika anda mencium minyak tersebut lalu terasa wangi dan tidak pedih pada permukaan kulit hidung,maka tiada sebarang gangguan dalam diri anda.


Minyak kasturi disyorkan dipakai tiap-tiap kali sebelum solat dan sebelum tidur malam kerana ia sunnah dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian kasturi terutama minyak kasturi yang sudah diruqyah terlebih dahulu.
Kasturi adalah minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali" Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-


1) Memberi kekuatan pada roh
 2) Menenangkan Jiwa 
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
 4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
 5) Menghilangkan debaran jantung
 6) Menghilangkan Sesak Nafas 
7) Melegakan Lelah (Asma)
 8] Menyedarkan orang yang pengsan 
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh 
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh 
11) Menghilangkan rasa gementar 
12) Menghilangkan sejuk tubuh 
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
 15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing 
16) menjernihkan mata putih pada mata 
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
 18] Mencegah wabak penyakit 
19) Melanjutkan usia 
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.


Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum seperti kasturi.
on Leave a Comment

Solat Hajat & Cara Bacaan Yassin untuk kembalikan harta yang hilang/dicuri





Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah. 

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.  

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.(sila rujuk gambar)


3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang. 

5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

 Testimoni pengamal:
''Selepas membaca surah Yasin dan berdoa pencuri kepanasan seperti hilang kewarasan.''-Pak ngah
on Leave a Comment

Do they resemble to each other?




Macklemore, Brad Pitt and Duncan James. Two are singers while the other one is an actor. Aren't they resemble to each others?

These pictures were taken when they were about the same age. Whose more attractives? You decide.
on Leave a Comment

Misterinya seorang pemain bola sepak kebangsaan Jerman, Miroslav Klose


Miroslav dari piala dunia 2002 hingga tahun 2006




Piala dunia 2014


Ada 2 jenis pemain bola sepak. Yang pertama, menyerlah di peringkat kelab (negara), tetapi tidak menyerlah di peringkat dunia.  Yang kedua pula adalah berlawanan kepada yang pertama tadi.

Suatu ketika dahulu, Ronaldo adalah suatu nama yang amat signifkan kerana nama beliau menyerlah tidak kira di peringkat mana pun pertandingan bola sepak tersebut berlangsung.

Semasa piala dunia 2002, Ronaldo telah memenangi anugerah kasut emas kerana menjaringkan sebanyak 8 gol. Semenjak itu, tiada lagi bilangan gol sebanyak itu pernah dihasilkan mana-mana pemain sehingga kini, iaitu sehingga piala dunia yang terbaru, 2014.

Miroslav Klose adalah seorang penyerang kebangsaan pasukan Jerman dan hanya bermain di kelab negaranya sendiri iaitu Wender Brehmen. Beliau adalah penjaring kedua terbanyak dalam piala dunia 2002, dan di suatu ketika pernah memintas bilangan gol yang dihasilkan Ronaldo. Namun, 2 gol jaringan Ronaldo di pentas akhir piala dunia tersebut meranapkan sama  sekali anugerah kasut emas yang diramalkan milik Miroslav.

Walaubagaimanapun, apabila Jerman menjadi tuan rumah dalam piala dunia 2006, Miroslav telah menunjukkan taringnya dan akhirnya berjaya merangkul anugerah gelaran kasut emas dengan bilangan gol sebanyak 5 biji. Namun begitu, juara piala dunia pada tahun tersebut adalah milik pasukan Azzuri iaitu negara Itali.

Kini, pada usia 36 tahun semasa piala dunia 2014 yang lalu, beliau bukan lagi berada di senarai penjaring terbanyak. Rekod tersebut dipegang oleh pemain junior kepada beliau yang bernama Thomas Mueller. Walaubagaimanapun, Miroslav juga dianggap signifikan kerana beliau telah bermain sehingga 4 kali perlawanan piala dunia dan juga tersenarai di kalangan penjaring yang sentiasa menjaringkan gol di setiap perlawanan piala dunia.

Persoalannya, mengapakah pemain ini kurang menjadi perhatian pemerhati bola sepak seluruh dunia? Malah beliau tidak pula ditawarkan untuk bermain di mana-mana kelab ternama. Adakah kerana gaya permainannya yang seperti 'fox in the box' (mencari peluang gol di dalam kotak penalti), membuatkan beliau kurang diminati oleh para pemerhati bola sepak?  Sungguh aneh apabila difikirkan senario yang berlaku, apabila seseorang yang telah banyak menyumbang di dalam sesebuah sukan, mendapat perhatian yang kurang daripada orang ramai.





Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :