ng

ad

on Leave a Comment

Jiwa-jiwa yang tenang sentiasa merindui tuhannya

Tidak kira samada baik atau jahat seseorang manusia itu, ia tetap datang daripada dzat yang berkuasa yakni Allah. Samada suatu masa dahulu, sekarang atau akan datang. Namun begitu, setelah dilahirkan ke dunia, manusia akan mulai dipengaruhi oleh 2 unsur iaitu baik atau jahat. Bermula sejak itu, manusia akan terpisah kepada 2 golongan, seperti juga halnya di Padang Mahsyar nanti, yakni golongan kanan (golongan yang selalu menegakkan amar ma'ruf dan mencegah nahi mungkar semasa di dunia) dan juga golongan kiri (golongan yang banyak melakukan maksiat). Terdapat satu lagi golongan, namun golongan tersebut adalah lebih tinggi darjatnya di sisi tuhan dan penulis tidak akan membincangkannya di sini kerana kesuntukan ruang dan waktu.

Apa yang penulis ingin sampaikan, golongan kanan adalah terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai hawa nafsunya sehingga ia tunduk. Golongan ini mempunyai jiwa yang tenang (mutma'innah) dan di hari kiamat nanti, akan kembali kepada tuhan mereka, kerana di situlah tempat asal mereka. Kemudian mereka ini akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

Bagi golongan kiri yang ingkar, yang selalu mengikut telunjuk hawa nafsu dan menjadikan dirinya hamba kepada nafsu, maka golongan ini akan dihumban ke dalam api neraka selama-lamanya atau sehingga suatu tempoh yang ditetapkan oleh Allah.
on Leave a Comment

Komen paling kelakar seorang lelaki mengenai sebuah video di facebook





Sebuah video yang diupload oleh page PenMerah [dot] com mengenai gelagat orang perempuan 
apabila berada di tempat awam mendapat komen yang agak kelakar daripada seorang lelaki. 

Komen yang telah di 'screenshot' tersebut berbunyi :



P.S : Ade tak sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sama? Mesti ngeri kan?
on Leave a Comment

AJL (Juara Lagu) 1991 - Laksamana- Gugurnya Bunga Cinta






Persembahan kumpulan Laksamana- Gugurnya Bunga Cinta, Juara Lagu ke-6 (1991).

Vokal yang dilihat amat mantap jika dibandingkan peserta berkumpulan yang lain di dalam Juara Lagu tahun 1991. Penulis merasakan vokalnya paling sempurna iaitu bukan seperti penyanyi yang sedang 'mengawal suara'. Nyanyian yang seiring dengan muzik tanpa terlalu ke hadapan atau terlalu ketinggalan. Dari segi persembahan pentas, penulis tiada komen yang khusus mengenainya.

Kumpulan-kumpulan dan penyanyi solo lain yang berentap di dalam Juara Lagu tahun tersebut termasuklah Ella-sepi sekuntum mawar merah, Kris-tiara, Massa-patahnya sayap malam, Olan-cinta bandar tasik selatan, Mega- Takdir dan Waktu. Juara Lagu tahun tersebut  jatuh kepada kumpulan Mega. Tempat kedua adalah penyayi Shima-setelah aku kau miliki dan tempat ketiga adalah kumpulan Kris.


on Leave a Comment

10 pekerjaan paling berisiko tinggi

10. Juruterbang pesawat


Selain mengambil kira faktor keselamatan diri, juruterbang memikul tanggungjawab  dalam memastikan keselamatan beratus-ratus penumpang yang dibawa bersamanya. Juruterbang juga terdedah kepada risiko hidrasi (kekurangan air dalam badan), insomnia dan kanser kulit.

9.Pengembala haiwan ternakan


Haiwan ternakan jika dalam jumlah yang banyak adalah berisiko untuk mendatangkan kecederaan dan mungkin juga kematian kepada pengembala yang mengembalanya.
8.Pekerja buruh binaan


Tidak dinafikan pekerjaan ini amat berisiko tinggi serta sering dikaitkan dengan kemalangan sejak dahulu lagi.
7.Juruteknik bantuan kecemasan



6.Pasukan keselamatan di dalam operasi

5.Bomba

4.Pemandu jentera berat

3.Pemotong kayu balak



2.Warden penjara


Berisiko menerima ugutan dan ancaman dari penjenayah yang pernah dikawal selia oleh mereka.
1.Pegawai polis


Tempat pertama meduduki carta adalah pegawai polis. Boleh dikatakan mempunyai pelbagai jenis risiko yang ada bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan. Amat bersesuaianlah jika mereka sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana menjaga keselamatan negara agar kekal terjamin.

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :