ng

ad

on Leave a Comment

ALFATIHAH: Adik Raef Uqael Meninggal Dunia


Kuala Lumpur: Raef Uqael Mohd Rosli,4, yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kegagalan hati berfungsi tahap akhir meninggal dunia pada 8.20 malam tadi.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Shanghai Children Medical Center, Shanghai, China.

Perkara itu disahkan bapanya Mohd Rosli Abdul Rani,38, yang berada di Shanghai dalam kiriman mesej ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro malam tadi.

Menurut Mohd Rosli, walaupun berat dugaan diterima, namun dia dan isterinya Noraini Jaafar,37, reda dengan pemergian anak tunggal mereka itu.

Jenazah Raef Uqael akan dikebumikan di tanah air sebaik urusan membawa pulang jenazah selesai dalam masa terdekat.

Pada 22 Mac lalu Metro Ahad menyiarkan penderitaan Raef Uqael yang menghidap penyakit itu sejak berusia dua minggu memerlukan bantuan kewangan RM300,000 bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati yang didermakan bapanya di sebuah hospital di negara terbabit.

Kisah Raef Uqael sekali lagi disiarkan Harian Metro Sabtu lalu yang melaporkan pembedahannya terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kanak-kanak itu kurang stabil dan mengalami pelbagai komplikasi masalah kesihatan.

on Leave a Comment

Jawapan Yang Paling WIN Dari Nora Danish Bila Peminat Menghinanya Terlalu Tua Untuk Hisap Vape


Aksi Nora yang ketika belajar menukar 'coil' sendiri untuk vape itu mendapat kutukan kerana wajahnya sudah kelihatan tua dan tidak cantik lagi.

Paling teruk ada pihak yang menyatakan sia-sia sahaja Nora menjadi duta bagi produk Safi Rania.

Jom tengok apa respond Nora Danish apabila peminat mengatakan beliau sudah tua.

on Leave a Comment

ALHAMDULLILAH ! Akhirnya Lelaki Ini Yang Dipilih Abby Sebagai Suaminya Yang Ke 3


SELEBRITI Abby Abadi akhirnya membuat pengumuman bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Jai Ezzany pada 14 Ogos ini.

Abby memberitahu perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini bersama aktor Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar.

Hasil perkahwinan dengan Norman Hakim, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Tahniah buat Abby dan Jai! Semoga mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.


on Leave a Comment

Anwar Tahu Lebih Awal Muhyiddin Akan Dipecat Oleh Najib


PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah tahu lebih awal Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar telah memberitahunya “sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini”.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar memaklumkan perkara itu kepadanya ketika melawat Ketua Umum PKR di Penjara Sungai Buloh pada 24 Julai lalu.

Media rasmi kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan, Azmin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, juga telah mengulangi ‘sesuatu perkara besar akan berlaku dalam masa terdekat’ ketika berucap dalam program Jelajah Amanat Presiden di Kuala Selangor pada 24 Julai lalu.

Tian Chua mengaku perkara besar yang dimaksudkan olehnya dan Azmin dalam program itu melibatkan pemecatan Muhyiddin.

“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu (Jelajah Amanat Presiden). perpecahan dalam UMNO akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.

“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin UMNO.

“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” kata Tian Chua yang dipetik Selangor Kini.
on Leave a Comment

Rita Rudaini Meluahkan Keperitan Sebagai Ibu Tunggal Di Instagram


Kami tahu bukan senang tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ibu tunggal ni. Iya lah, ibu tunggal terpaksa menggalas dua tanggungjawab dalam masa yang sama, dia lah ayah dan dia lah ibu. Perlu bekerja untuk mencari rezeki dan pada masa yang sama harus menjaga hal ehwal anak-anak.

Seperti Rita Rudaini, banyak perkara yang perlu diambil kira. Lagi-lagi kerjaya Rita Rudaini sebagai artis yang perlu kejar banyak masa dan sebagainya. Sempena hari jadi anaknya Airit Rayyan Rizqin, Rita beri ucapan yang sangat sweet dan ada juga ayat-ayat buat kami sendiri rasa keperitan Rita sebagai seorang ibu tinggal.

Wahai anak2 mommy..sesungguhnya hanya ALLAH yg lebih mengetahui apa yg terjadi dan apa yg kita lalui dan apa yg mommy trpaksa tempuh fitnah,caci maki hanya krn mempertahankn anak2 syurga mommy…RYAN..harapan mommy,krn ryan ada sifat ‘lelaki pelindung’ yg ALLAH hadiahkn dlm diri ryan…ryan hilang ayah tp ryan ada mommy dan adik…sesungguhnya mommy tidak pernah menghalang ‘dia’ dr mendekati ank2 mommy spt mana tohmahan yg slalu org lemparkan pd mommy..kpd ‘dia’..sudah byk peluang dan harapan diberi utk mendekati n memberi sedikit kasih pd ank2 syurga ini…

kdg2 mommy spt peminta sedekah hanya utk kebahagiaan org lain …hanya ALLAH,mommy,ank2 dan ‘dia’ yg tau betapa mommy tlah berusaha brsungguh2 smpaikan mommy letak maruah mommy di kaki utk melihat sedikit ‘kebahagiaan’ utk mereka…tp kesalahan tetap di letakkn pd mommy mungkin kerana kamu brsama mommy smpai skrg…siapa yg sggup tggslkan kamu? Mommy xsanggup..letak lah emas,intan,duit menggunung pon,mommy xkn tggalkan kamu utk itu atau utk kejar cinta lelaki lain…tggjwb yg mommy pikul mmbesarkan kamu sorg diri dr kecil tak pernah mommy mintak di hargai atau di pandang oleh masyarakat krn itu mmg tugas seorg ‘ibu’ dan mmg tggjwb mommy smpai akhirat…

mommy cuma ada ‘doa’ dr ank2 mommy saja utk harta mommy slagi mommy hidup..doa kan segala2nya akan terlerai dan buktikan pd smua yg mommy tidak spt yg di sangka…doakn smuanya baik2 sj utk kita..setiap kali lps solat pesan mommy jgn lupa doa utk kedua ibubapa walaupon ryan cuma nmpk mommy saja dpn mata setiap masa..mommy sentiasa doakn ryan jd ‘lelaki’ yg berguna dan dilindungi ALLAH setiap masa..SELAMAT PANJANG UMUR ANAK..ryan dah makin bujang dan matang..#ryandah6thn
on Leave a Comment

Ajai BERANG Nurul UNGKIT KISAH LAMA Mereka Di Laman Sosial


Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, walaupun dia sering ditanya  sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.

"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun)," katanya kepada mStar Online.


Ajai diminta mengulas mengenai entri blog milik Nurul yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai.

Nurul menerusi entri tersebut turut menurlis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya sehingga mengundang rasa tidak selesa dirinya.

Tambah Nurul, persembahan duet bersama Ajai tidak mungkin berlaku memandangkan komposer itu bersikap tidak profesional.

"Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah, suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu. Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja," katanya dalam blog itu.

Sementara itu, Ajai berkata, buat masa ini dia tidak merancang untuk berduet dengan sesiapa pun kerana ingin memberi fokus terhadap album solo yang akan muncul tidak lama lagi.

Malah sekiranya ingin berduet, dia hanya akan memilih penyanyi yang belum pernah berduet dengannya sahaja.

"Buat masa sekarang, untuk nyanyian, saya nak siapkan album solo saya. Dan juga mahu menumpukan kerja-kerja produksi artis-arts Wake The Baby iaitu Amelina, Fahmi, Shiha dan Stellarband.

"Untuk rakan duet, saya belum fikirkan lagi dan jika ada pun mungkin artis lain yang belum pernah saya bekerjasama lagi," ujarnya.

Sementara itu Nurul yang dihubungi mStar Online bagi mengulas teguran Ajai itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang ulasan.

Selepas berpisah dengan Ajai, Nurul bertemu jodoh dengan rakyat Perancis iaitu Eric Daniel Depp, 50, dan bernikah pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak.
on Leave a Comment

"Salahkah Saya Berpakaian Seperti Ini ?"


Di luar tempat kerja saya tetap memakai niqab. Di tempat kerja pun saya pakai. Ikutkan di tempat kerja takpayah pakai pun takpe. Tapi disebabkan debu pasir dan debu besi. Saya beranikan diri untuk pakai. Tapi bila saya bekerja. Niqab ni saya lipatkan keatas sorok kat topi sebab saya nak pakai mask. Habis kerja saya turunkan balik. Yang penting safety 1st.

Dan

Yang membezakannya adalah berjubah dan tak berjubah. Bertudung Labuh dan tak bertudung labuh. berkain dan beseluar jeans. Itu perbezaan saya diluar kerja. Dan ditempat kerja. Sitempat kerja saya kena menyerupai pakaian lelaki. Kalau pakai kain pakai jubah buat welding. Terbakar baju tu. Rentung saya nanti wak. Salahkah saya berpakaian seperti ini??

Tegur saya secara private. Jangan sampai menghina. Lembut bicara. Saya boleh terima. Saya masih dalam perbaiki kelemahan berhijrah. Bantulah saya.

Luahan ini dipetik dari Facebook Saya Tyra
on Leave a Comment

3 Kerabat Johor Tampil Sampaikan 'MESEJ TERSIRAT' Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR: Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata semangat kepada rakyat Johor di Facebook baru-baru ini, kini status dua adindanya pula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar semalam, masing-masing dilihat menyampaikan mesej tersirat.

Dalam entri tersebut, Tunku Jalil memuat naik foto bendera Malaysia iaitu jalur gemilang tanpa sebarang warna bersama beberapa baris ayat.

“Jika ada perselisihan, moga kita membawa keharmonian. Jika ada kesilapan, moga kita membawa kebenaran.

“Jika ada keraguan, kita membawa kepercayaan. Dan jika ada duka, moga kita membawa harapan,” katanya.

Sementara itu, Tunku Idris dalam entrinya lebih kurang 13 jam lalu pula memuat naik gambar bendera Johor tanpa sebarang kapsyen yang sehingga kini disukai lebih 4,000 pengikutnya.

Ternyata, tindakan kedua kerabat Diraja Johor itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan mengaitkan situasi semasa negara terutamanya membabitkan rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.



Beberapa komen pengikut di laman sosial berkenaan juga meluahkan pandangan masing-masing.

“Sedih sangat dgn apa yg negara kita hadapi sekarang. Dapat rasakan yg negara luar duk gelak kt negara kita coz byk sangat drama,” tulis zitazety.

Manakala Ezzadzaman berkata: “Bangsa Johor.. Be Cool”.

Sebelum ini, TMJ memuat naik kenyataan ringkas selepas kurang 12 jam barisan Kabinet baru diumumkan yang antaranya menyatakan:

“Anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor”.

Selepas diteliti, kenyataan - kenyataan tersebut dipercayai sebagai sokongan jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disingkirkan daripada jawatan pemimpin nombor dua negara.

on Leave a Comment

MASYALLAH ! Lagi Musibah Menimpa Tan Sri Muhyiddin Selepas Dilucutkan Jawatan


SHAH ALAM - Selepas Umno Raub membatalkan hasrat untuk menjemput Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bagi merasmikan mesyuarat bahagian, Umno Sungai Besar turut mengambil langkah sama, lewat malam semalam.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira suasana politik semasa.

"Umno Sungai Besar batalkan hasrat untuk menjemput Timbalan Presiden Umno bagi majlis perasmian Persidangan Perwakilan 2015. Rombakan Kabinet ini dilakukan setelah Perdana Menteri mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran kerajaan.

"Mengambil kira faktor ini, Umno Sungai Besar sangat khuatir sekiranya jemputan ini diteruskan, insiden yang berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Umno Cheras yang mana beliau telah secara terang-terangan mengkritik dan mempertikaikan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang sedang dalam proses siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berulang dan sekaligus mengeruhkan keadaan politik Negara.

"Kenyataan beliau tersebut adalah bertentangan dengan Prinsip Tanggungjawab Bersama (Collective Responsibility) dan sekiranya berulang, ia boleh memecahbelahkan kepercayaan ahli akar umbi kepada kepimpinan parti dan menjejaskan pentadbiran kerajaan yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Muhyiddin Yassin kelmarin menjelaskan tindakan itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
on Leave a Comment

[VIDEO] Ngeri !!! Video Kemalangan Seorang Jururawat Maut Terperosok Di Bawah Bas


Kuala Lumpur: Seorang jururawat yang menaiki motosikal bersama suaminya maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuh mangsa terperosok di bawah sebuah bas persiaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam, mangsa, Nurul Ashikin Ahmad,33, dan suaminya, Qamarul Hazimin Ramlan,29, terbabit kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Difahamkan kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang pasangan itu terjatuh sebelum dilanggar bas persiaran yang berada di belakang mangsa.

Rakaman Video:


Rakaman kemalangan ngeri seorang jururawat maut terperosok di bawah basBerita Penuh : http://bit.ly/1h4jOyY
Posted by Berita Malaysia Kini on Tuesday, July 28, 2015

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu menarik keluar kedua-dua mangsa yang tersepit di bawah bas itu.

Bagaimanapun Nurul Ashikin disahkan maut manakala suaminya yang bertugas sebagai seorang tentera mengalami kecederaan parah.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu menarik keluar kedua-dua mangsa 
on Leave a Comment

TMJ Terus Lantang Bersuara


Nampaknya pelbagai reaksi dari Netizens termasuk pemimpin-pemimpin selalui media sosil mengenai rombakan kabinet semalam.

Selepas mengeluarkan kenyataan semalam tentang perkembangan politik semasa tersebut, Tengku Mahkota Johor,  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra disapa TMJ sekali lagi tampil membuat kenyataan.

Melalui status yang dimautnaik di page Facebook JOHOR Southern Tigers, TMJ berkata:

Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.

Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berdasarkan kenyataan itu, dapat dipastikan ia adalah sebagai tanda sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang merupakan anak Johor.

Muhyiddin telah digugurkan daripada kabinet selepas mengeluarkan ucapan yang bertentangan dengan presiden UMNO. 
on Leave a Comment

Muhyiddin Dedah Perbualannya Dengan Najib Sebelum Rombakan Diumumkan


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dia sudah mengetahui tentang penggugurannya dari kabinet sejam sebelum perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada umum.

Menurut beliau, dia sudah dimaklumkan untuk bertemu dengan Najib Razak pada jam 11.30 pagi.

Memandangkan beliau ketika itu berada di Sendayan Negeri Sembilan, beliau hanya sempat bertemu Najib pada 12.15 tengahhari semalam.

"Dia jemput saya dan selepas perbincangan saya beri pendapat saya dan beliau jelaskan apa yang patut dijelaskan.

"Dan saya tanya tujuan dijemput, adakah berkaitan rombakan. Dan dia angguk. Saya tanya adakah you nak bercakap apa-apa dengan saya.

"Dia (Najib) cakap dia susah nak cakap. Kemudian saya tanya adakah saya tak tersenarai, dia angguk dan ucapkan terima kasih," katanya memetik laporan MalaysiaKini

Muhyiddin mendedahkan perbualan ini semasa sidang medianya hari ini.
on Leave a Comment

[VIDEO] MEMALUKAN !!! Tuala Wanita Penyanyi Cantik Ini Terjatuh Ketika Buat Persembahan Secara Langsung


Patricia Navidad penyanyi asal Mexico ini mengalami insiden memalukan iaitu tuala wanita yang dipakainya terjatuh semasa dia sedang menyanyikan sebuah lagu di sebuah acara yang disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Mexico pada rabu (15/7) lalu.

Tuala wanita tersebut terjatuh di kala Patricia sedang menyanyikan lagu "Viva Mexico". Walaupun mengetahui hal demikian, wanita berusia 42 tahun ini tetap meneruskan nyanyiannya dan membiarkan hal tersebut.


Video insiden tersebut tersebar dan menjadi viral di media sosial. Ia mendapat banyak kritikan dari para netizen.

Sebahagian Netizen menganggap bahawa Patricia Navidad memang sengaja menjatuhkan tuala wanita tersebut agar menjadi sensasi yang boleh mempopularkan dirinya.

Tonton video di bawah:

on Leave a Comment

TMJ Tampil Bersuara Isu Muhyiddin Yassin Digugurkan Jawatan Oleh Najib


'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak.

Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?
TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ : (senyum)... Terima kasih.

Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing To Hide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

TMJ Tampil Bersuara Isu Muhyiddin Yassin Digugurkan Jawatan Oleh Najib


'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak.

Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?
TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ : (senyum)... Terima kasih.

Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing To Hide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Tan Sri Muhyiddin Akan Disoal Siasat Setelah Digugurkan Jawatan


PETALING JAYA: Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memorandumnya akan dihantar kepada SPRM di Putrajaya jam 11.30 pagi pada Selasa.

PMSP diketuai Ramesh Rao selaku Presiden yang sebelum ini bertanggungjawab mendedahkan video pengakuan Lester Melanyi yang mendakwa Sarawak Report membuat penipuan terhadap dokumen mengenai 1MDB.

Dalam memorandum kali ini, PMSP mendesak supaya suruhanjaya bebas itu menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Isu 1BestariNet, projek seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTL yang mana setiap ibu bapa, pelajar dan guru dibekalkan dengan kata laluan (ID) yang memberikan mereka akses kepada pelbagai alatan yang dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Pada Mac lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada 2011.

PAC juga berpendapat, pelaksanaan projek yang bernilai RM4.077 bilion ini lemah dan ia tidak seharusnya diteruskan lagi ke fasa seterusnya.

Syarikat YTL Communications juga disaman sebanyak RM 2.4 Juta apabila mereka didakwa gagal memenuhi sasaran di bawah kontrak 1BestraiNet.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati YTL gagal memenuhi kontrak memasang rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet kepada 1003 buah sekolah.

Dalam jemputan media itu juga, PMSP menyatakan pihaknya mendesak Muhyiddin supaya menjawab dakwaan pembabitan hubungan perniagaan pembinaan rumah dengan pemilik akhbar The Edge, Datuk Tong Kooi Ong.

Desakan terhadap Muhyiddin itu dipercayai susulan kritikan terbukanya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras pada Ahad.
on Leave a Comment

PUNCA SEBENAR! Tan Sri Muhyddin Digugurkan Dari Jawatan Timbalan Perdana Menteri


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.
on Leave a Comment

Luahan Keluarga Mangsa Kemalangan Setelah DIHINA Azwan Ali


Baru-baru ini Azwan Ali dilihat membuat kenyataan yang agak menghina kepada mangsa kemalangan maut jalan raya sempena raya.

Azwan Ali dlihat menggunala kata nama “ekor” kepada mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Seorang ahli keluarga mangsa kemalangan ternyata sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh Azwan Ali tersebut dan memberi respon.

Ini komennya:

Kluarge sye antara mangsa kemalangan mlm raya aritu wlupun atas kecuaian org lain.tp kami redha pemergian yg tersyg…saat takbir bergema…mercun berdentam dentum…

Kami d tanah perkuburan…selesaikan majlis pengkebumian.tiada ketupat utk raya tahun ni.malah bju raya juga x smpat lg kami pakai…paham kah AA…ape perasaan kami atas status yg die update ni?…saat terlihat daun ketupat kering…saat itu airmata gugur…mngenang ahli kluarga yg terkorban..malah kami juga msih berduka kerana ayah arwah msih di icu…

Semoga allah memberi hidayah pd AA…ingatlah..Allah uji hamba yg die sayang…mungkin AA x di uji kerana AA mngkin bkn antara yg Dia syg…sbb tu AA msih sihat dan masih mampu mnghina secara berterus terusan…

Dari berita, anak saudaranya maut manakala beberapa ahli keluarga yang lain cedera dalam satu kemalangan maut di Johor.

on Leave a Comment

Video: Pasangan Bergaduh Besar Di Tempat Awam Kerana Rupa Tidak Sama Seperti Di Laman Sosial


Dua orang teman yang berkenalan menerusi internet dirakam sedang bergaduh di tempat awam pada kali pertama pertemuan mereka di dunia nyata yang mana mereka berdua masing-masing menuduh telah menggunakan gambar palsu di internet.

Tidak dapat dipastikan lokasi mana bagaimanapun kejadian ini berlaku di sebuah bandar di China. Menerusi video tersebut seorang lelaki dan wanita menjerit antara satu sama lain kerana keterampilan di dunia nyata tidak sama, lapor Hong Kong Yahoo News.

"I hit you, so what? Look at what you look like, and you're pointing fingers at me!" kata wanita yang boleh didengari jeritannya itu.

Manakala lelaki itu pula mengeluarkan telefon bimbit dan menunjukkan gambar wanita berkenaan yang di internet kepada orang ramai. "Look. I was invited to meet an online friend. Look at how she looks before me, and then look at this photo." kata lelaki tersebut.

Manakala wanita itu pula cuba mempertahankan bahawa gambarnya dalam internet itu adalah dirinya. "You (onlookers) be the judge. Isn't this me? Isn't this me?" kata wanita tersebut kepada orang sekeliling dan mengatakan kepada lelaki itu "It's you who is lying to me, you bastard!"

Setelah mereka bertikam lidah mereka pula mula tolak menolak sehingga wanita itu terjatuh dan lelaki itu pun berlalu pergi.

Rakaman kejadian:

on Leave a Comment

Pelik Tapi Benar, Inilah Punca Sebenar Kenapa Pelajar Perempuan Di Jepun Wajib Tanggal Seluar Dalam


Sebenarnya, bagus juga belajar di Jepun ni. Kita boleh tengok pelbagai kejadian disiplin sekolah yang tak masuk akal dibuat oleh pihak sekolah di Jepun. Seperti dalam gambar ni, kejadian ini berlaku di Jepun dan sebenarnya perkara ini sangat normal terjadi di sekolah-sekolah Jepun. Kenapa pelajar-pelajar perempuan ni tanggalkan seluar dalam mereka?....

Daripada indikasi Japan News, ini merupakan satu spot check yang dilakukan oleh cikgu-cikgu sekolah untuk tengok samada pelajar-pelajar wanita ni pakai seluar dalam tak pergi ke sekolah? Yup… INI BUKAN BOHONG, INI BETUL-BETUL!!! Kalau nak tau, pelajar-pelajar wanita di Jepun perlu memakai skirt pendek pergi ke sekolah. Mungkin juga tak dibenarkan langsung pakai skirt labuh. So, macam-macam perkara boleh terjadi kepada student wanita ni......

#Kenapa spot check ni dijalankan? Sebenarnya cikgu ni prihatin terhadap student-student mereka bagi mengelakkan kejadian diraba dan ‘shark’ aktiviti. Shark aktiviti ialah perkara sekumpulan orang sangap Jepun yang selalu anaiya kat budak sekolah perempuan.. Mereka ni akan berlari menuju ke student wanita tu, kemudian, selak kain skirt student tu, then tarik seluar dalam student tu, manakala seorang lagi kawan mereka akan merakam video kejadian itu dari jarak jauh.
on Leave a Comment

Nora Danish Tampil Beri Penjelasan Mengenai Tuduhan Beliau Adalah Pengikut Freemason


Nampaknya Nora Danish masih tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi dan baru-baru ini saja, peminat telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang terdapat di leher pelakon tersebut yang disifatkan menyerupai lambang Freemason.


“Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Goggle Freemason punya lambang!!! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah,” nafi Nora dalam satu komen yang menjelaskan perkara tersebut dan melalui cara jawapannya, ternyata Nora berang dengan tuduhan tersebut.

Semoga dengan jawapan Nora tersebut dapat memberi penjelasan kepada peminat yang sangat bimbang mengenai status lambang segi tiga tersebut. Ada yang menjelaskan bahawa lambang itu hanya tatu sementara dan selain itu ada juga yang menegur Nora agar berhijrah dan bertudung.

Semoga Nora tabah menghadapi pelbagai perkara yang menanti dan tidak mudah melatah dengan peminat yang prihatin. Jika semua segi tiga adalah lambang Freemason, bagaimana pula dengan nasi lemak bungkus?
on Leave a Comment

SEDIH !!! Luahan Hati Seorang Lelaki Setelah Bakal Tunangnya Maut Akibat Kemalangan


Luluh hati seorang lelaki apabila bakal tunangnya meninggal dunia setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Dipercayai bakal tunangnya terlibat dalam kemalangan pada hari raya ketiga dan menyebabkan kecederaan di bahagian tulang bahu, tangan dan mengalami pendarahan di otak.

Lebih menyedihkan kerana segala persiapan majlis pertunangan telah diuruskan oleh bakal tunang lelaki tersebut.

Di bawah ini adalah antara kapsyen yang dimuat naik dalam gambar lelaki tersebut umpama menyembunyikan rasa kesedihan atas pemergian bakal tunangnya.

"Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya. tak sabar nak pkai time majlis nanti. bila sy nak beli saya punya awak kata tunggu dulu. awak yang nak pilih & belikan. awak organize sangat sayang, kalau boleh satu kertas mahjung tu awak nak tulis pasal preparation awak."

"Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan. dahla jari tu kecik cenonit je. nasib baik dapat cari. tu pun kena potong lagi nak kasi muat jari. nasib baik awak kaki tu mcm ada spring bila shopping lama mana pun takpe.
Al-Fatihah."

Di bawah ini adalah status in Instagram lelaki tersebut, sangat menyentuh perasaan.

Alfatihah kepada mangsa.
















Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :