ng

ad

on Leave a Comment

Jus Tembikai 1 Jug RM35?!


SUNGAI BULOH: Seorang pengguna Facebook, Naga, memuat naik gambar resit dari Restoran Tempayan yang dianggap harganya tidak munasabah dan masuk akal. 

"Believe it or not? Unbelieveble! Jus tembikai 1 jug RM35?! Air kosong 1 jug RM10?! Gila!" katanya.

Difahamkan, Naga dan tiga lagi rakannya berkunjung ke restoran berkenaan semalam. 

"1 jug air tembikai RM35, dibahagi dengan 4 orang sama dengan RM8.50 seorang minum. Harga sebiji tembikai tak sampai pun RM10. Boleh buat 3 jug air. Kalau dikali dengan RM35 sama dengan RM105 harga untuk sebiji tembikai. Tolak modal harga tembikai + air + gula RM15. Untung purata RM90.00. Itu baru sebiji tembikai," katanya.

Ekoran dikenakan harga mahal seperti itu, Naga menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke restoran berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

3 Tahun Di Perantauan Demi Keluarga


Muhd Jusuf, berbangsa Bangladesh, kerja di kedai perabot di Gombak.

Tepat jam untuk berbuka puasa, mujur aku ada sekotak air untuk berbuka buat sementara sampai ke stesen UKM. Kebetulan masa itu hanya kami berdua.

Sewaktu berbuka, aku pun bertanya.

"Are you muslim?"

Dia mengangguk. Aku pun kongsilah air dengan dia sebab pada masa itu dia tak ada apa-apa nak berbuka. 

Then kami pun terus berbual-bual. Aku tanya kerja sini dah berapa lama. Katanya sudah tiga tahun. Gaji berapa di sini?

RM1,200. RM600 hantar kepada keluarga. Ibu ayah masih ada tetapi ibu sedang sakit. Ada abang dan adik-adik di sana. Jadi baki tinggal RM400 untuk hidup sebulan. 

Bila ditanya cukup ke tak, dia hanya mampu tersenyum dan katanya cukup. Cuma kalau nak kumpul untuk kahwin, tak cukup. Kerjanya 6 hari seminggu. Makan minum tanggung sendiri. 

Aku beritahu dia pekerja Bangladesh yang bekerja di kilang aku, gaji RM2,000 ke RM3,000. Dia terkejut, dia kata itu rezeki mereka. Mungkin rezeki saya di sini. 

Lepas itu aku tanya, kawan-kawan dekat tempat kerja okay tak? Dia kata okay, semua muslim dan ada yang dari Pakistan. Katanya, kalau nak hidup okay dan harmoni, tak mahu gaduh-gaduh. Kalau gaduh tak dapat apa-apa pun.

Aku pun tersenyum saja dalam hati aku. Baik sungguh lelaki Bangladesh ini. Setiap perbualannya membuatkan aku terfikir sejenak dan tersenyum.

Moral of the story:

Duit banyak mana pun, kaya macam mana pun kalau tiada keberkatan hidup tak guna juga. Kalau tiada kebahagiaan hidup tak guna juga.

Kita gaji besar, duit ada pun belum tentu sampai kat orang tua kita. Orang lain kerja susah, hidup susah cari rezeki halal, boleh je hidup, bahagian je hidup. 

Kemudian hidup ini kenalah harmoni. Kawan-kawan adalah orang kedua yang rapat dengan kita. Kalau kita ikhlas berkawan, sudah tentu kawan pun ikhlas nak berkawan dengan kita.

Dalam hidup ini jangan ada istilah 'makan kawan', 'dengki dengan kawan'. Ini tak, tak boleh tengok kawan senang, ada je yang tak puas hatinya. Memang betul tiada manusia yang sempurna di dunia ini tetapi kalau dah sokmo macam palat perangai, apakah itu?

Berbuat baik dengan orang, inshaAllah orang akan berbuat baik dengan kita. 

Kepada brother Jusuf, semoga Allah SWT memberikan kerahmatan kepadamu dan sentiasa melindungimu. Ameen. - Wan Daus

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Berapa Ramai Dah Kongsi Kenyataan Fitnah Ini?


PUTRAJAYA - Tersebarnya gambar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa rakyat tidak terkesan dengan pengumuman kenaikan petrol RON95 sebanyak 10 sen semalam.

"Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!" 

Screenshot kenyataan itu tersebar di laman sosial dan disebarkan lagi oleh blogger media-info-semasa.blogspot.com yang menyenaraikan 5 sebab Ahli Parlimen Pontian itu patut meletak jawatan. 

Akibatnya, Timbalan Menteri Kewangan itu dikritik habis-habisan di laman sosial tanpa henti dan laman-laman sosial milik beliau juga diserang oleh netizen.

Malangnya, ramai yang berkongsikan berita itu tanpa menyelidik kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu. 

Kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak pengendali page 'troll' Ahmad Maslan pada 1 Jun yang lalu. Jika dilihat pada 'timeline' page berkenaan, pengendali laman itu kerap memuat naik status-status yang berniat memburukkan Ahmad Maslan.

Laman Facebook page Ahmad Maslan yang sebenar mempunyai 15,000+ likers berbanding page troll tadi yang hanya mempunyai 445 likers. 

AHMAD MASLAN FAKE: https://goo.gl/JszpHM
AHMAD MASLAN ORIGINAL: https://goo.gl/ejLm9k

Kesannya, Datuk Ahmad Maslan menerima banyak pahala dimaki oleh netizen-netizen yang kononnya berpuasa tetapi memaki hamun orang tanpa menyelidik kesahihan sesebuah berita terlebih dahulu. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Drama Gerak Khas Semakin Mengarut!'


Sebut saja drama bersiri Gerak Khas, pastinya ramai rakyat Malaysia pernah menonton drama terbitan Yusof Haslam. Dulu, memang teruja bila menonton Gerak Khas. Iye lah, masa dulu-dulu mana ada banyak drama seperti ini di kaca televisyen Malaysia. 

Dengan aksi-aksi berbahaya, mendebarkan dan diselitkan sedikit dengan humor, menjadi drama ini menarik untuk ditonton seisi keluarga. 

16 tahun sudah berlalu, drama bersiri ini sepatutnya banyak perubahan. Namun, hampa, drama bersiri ini masih kelihatan seperti drama lama yang tidak berubah seiring dengan kemajuan dan kehendak semasa. 

Fazrin Jamal, salah seorang penonton drama bersiri ini menyenaraikan 8 sebab mengapa dia tidak lagi menonton Gerak Khas yang dikatanya semakin tidak relevan. 

8 reasons why I no longer watch Gerak Khas.

1. The lyrics of the theme song is ridiculous - Bergerak wahai demi untuk negara. Seriously, what the hell?

2. We know from the very beginning who's the culprit. No suspense, no mystery.

3. The makeup is so not convincing. Even pak pandir know it's syrup not blood dripping from the actor's face.

4. If you watch CSI, Eleventh Hour and Hannibal you will learn some history, psychology, chemistry and pathology facts. But did you learn anything after watching this series for 16 years?

5. Police officers in the series were portrayed as polite and have integrity but that's not so in reality. Only few are actually kind and soft-spoken. I'm sorry if my opinion offended anyone but this is what majority of us believe. Anyway, I would like to say thanks to kind-hearted police officers out there.

6. Gerak Khas recycle same shit over and over again. People get tired you know?

7. It's no longer funny. When I was a kid my family and I laughed out loud watching Inspektor Mazlan made joke and flirting with Inspektor Aleeza. But now everyone is so serious.

8. Gerak Khas handle all cases - deviant teaching, murder, drug abuse, human trafficking da da da. Seriously all cases? As far as I know there are Bahagian Jenayah Berat, Bahagian Dadah etc. Since when one Bahagian handle all criminal cases? I know the series is fictional but that is not a licence to make it so unrealistic and illogical.

This is just my opinion. If i'm wrong, you're more than welcome to correct me. - Fazrin Jamal
on Leave a Comment

'Berderau Darah Aku Melihat Pemuda Ini'


Dia hanya mampu berhenti di kaki tangga masjid, duduk di kerusi rodanya dan kepalanya tertunduk longlai. Sekali sekala menyapa lemah para makmum yang melewati. 

Awalnya hatiku gagal menangkap kehebatan sosok tubuh ini mungkin dek kerana kakinya yang mungkin tidak mampu menjejak bumi. Mungkin keadaanku yang tergesa-gesa naik ke ruang solat untuk menunaikan solat maghrib menyebabkan kehadirannya di situ ku anggap biasa-biasa sahaja. Lebih-lebih lagi ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Singgah untuk solat maghrib. Tiada seorang pun yang ku kenali di sini.

Usai solat maghrib kami sekeluarga terus menuju kedai makan tepi jalan berhadapan dengan masjid untuk makan malam kerana waktu berbuka tadi kami hanya sempat berbuka puasa dengan roti yang diagih-agihkan oleh Pihak Tesco pada malam sebelumnya di Masjid Sultan Ibrahim. Mujur kakak Sofiyyah dan Abqari sempat membawa bersama bungkusan makanan Tesco tersebut dari rumah. 

Rancangan awal untuk berbuka puasa di Tesco Extra terpaksa dibatalkan kerana perlu berurusan dengan pihak pembekal biskut raya. Sebahagian biskut raya yang kami jual kami ambil dari pembekal untuk menambah pilihan kepada biskut-biskut homemade yang kami buat sendiri dengan jenama Mubarak Cookies yang kini boleh didapati di pintu masuk utama Tesco Kuala Selangor. 

Kesian pula dengan anak-anak yang masih kelaparan meminta makanan yang lebih ‘special’ untuk malam ini. Tanpa berlengah kami bersegera menuruni tangga masjid menuju kedai makan tersebut. Dan pemuda istimewa itu masih di situ. Dengan wajahnya tertunduk lesu. 

Azan isyak berkumandang. Alhamdulillah Tuhan gembirakan juga kami dengan makan malam yang lazat. Benarlah sepertimana hadis mengatakan kegembiraan Mukmin yang berpuasa itu saat berbuka. 

Setelah habis azan kami kembali ke masjid untuk solat Isyak. Hairan, pemuda itu masih di situ. Dalam keadaannya yang seperti tadi. Sesekali mengangkat kepalanya melemparkan senyuman melihat telatah anakku Abqari berlari dan bermain sambil menaiki tangga. Plastik teh o nya bersama bungkusan makanan masih tergantung rapi di pemegang kerusi rodanya. Ku kira dia berbuka puasa di situ tadi. Di tempat yang sama. 

Selesai solat Isyak, kami bercadang untuk pulang berterawih di rumah sahaja memandangkan masih ada sejam lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Kami pun menuju ke kereta. Menuruni anak tangga masjid dan pemuda itu masih di situ. 

Sesampai di kereta, rancangan untuk pulang terus gagal memandangkan ada jemaah terawih yang meletakkan kenderaannya di belakang kami. Kami terhalang untuk pulang. Plan B. Selesaikan terawih di masjid itu. Mudah-mudahan pemilik kereta itu membuat 8 rakaat supaya kami dapat pulang awal. Perancangan ALLAH. Kami pasrah. Walaupun badan sudah keletihan. Berkat Ramadhan kami gagahi jua. 

Menuju semula ke ruangan solat di tingkat atas. Tanpa disangka bertemu lagi dengan pemuda berkerusi roda tadi. Dia masih di situ. Ku lewat di hadapannya. Ku lihat kedua tangannya terangkat sedikit. 

Berderau darahku sedikit kali ini melihat situasi itu. Rupanya dia sedang mengangkat takbir untuk mengikut imam yang baru memulakan solat terawih di tingkat atas. 

Entah kenapa, bagaikan ada hembusan yang bertiup di hati ini melihatnya sedang lemah mengangkat takbir. 

Kagum, hiba, sedih. Bercampur baur. Tanpa berlengah Ku capai handphone dari poket. Segera aku snap sosok tubuh yang sedang solat di atas kerusi roda itu sambil menaiki tangga. Dalam hati ingin juga ku bantu dia ke atas, tetapi dia sudah pun memulakan solatnya. Dan aku sendiri tergesa-gesa naik bersama anak-anak lelakiku untuk solat terawih. 

Kagum. Dia kurang upaya namun jiwanya yang bersungguh mencari cinta Tuhannya membuatkan dirinya gagah perkasa menunggu di situ sejak maghrib hingga terawih dalam keadaan sekeliling yang kurang selesa. Tidak menjadikannya alasan untuk ternafi daripada melayakkan dirinya menjadi Insan bertaqwa sepanjang Ramadhan. 

Sedih, aku yang lebih kelihatan lebih sempurna secara fizikal daripadanya tak setabah itu dalam membuktikan kesungguhanku untuk meraih rahmat Allah di bulan Ramadhan. 

Hiba. Mungkin berkat doa insan-insan sepertinya, aku dan seluruh umat Islam diberi Allah kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan. 

Ya, perancangan Allah menginginkan aku mengambil hikmah. Tiada yang sia-sia di dalam tadbir Yang Maha Esa. Syukurku ya Allah. 

Hidupkanlah hatiku ya Allah supaya apa sahaja yang berlaku di sekelilingku walaupun sekecil-kecil perkara, memperjelaskan lagi kebesaranMu di mataku. 

Ku turuni anak-anak tangga itu sekali lagi setelah terawih untuk pulang dan insan istimewa itu sudah tiada di situ. Mudah-mudahan pihak pengurusan masjid dapat membuat sesuatu supaya pemuda tadi dapat menunaikan solat di ruangan solat di tingkat atas. Tak terbayang betapa gembiranya dia nanti sekiranya waktu itu tiba.

Imannya pada Tuhannya telah menguatkan dirinya yang lemah di pandangan insan.

Kredit - Taufik Hakim Ahmad Wahab

Menurut seorang penduduk yang mengenali insan istimewa ini, nama pemuda itu ialah Masri. Asalnya, beliau tidak berkerusi roda. Keadaannya menjadi seperti itu adalah kerana kemalangan jalan raya.

Dulu Masri tinggal di rumah abangnya yang berdekatan dengan masjid. Masri selalu berulang dari rumahnya ke masjid dengan kerusi roda untuk solat berjemaah. Tapi lama kelamaan keadaan itu menjadi sukar dan dia memilih untuk tinggal di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat).

Sewaktu abangnya ingin berpindah kembali ke Johor, Masri menolak untuk mengikut abangnya. Sebaliknya memilih untuk terus tinggal di masjid.

Akhlaknya yang baik membuatkan jemaah serta ahli jawatankuasa masjid senang dengannya. Masri tidak kedekut untuk mengeluarkan belanja bagi tujuan aktiviti masjid, membantu membersihkan peralatan solat seperti telekung dan sebagainya, juga menjaga kasut-kasut para jemaah daripada dicuri. 

Padahal dia seorang yang kelainan upaya namun masih dapat memberikan sumbangan kepada masjid dan jemaahnya. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Asalkan Tak B0gel'


KUALA LUMPUR - Sudah berapi dicurah lagi dengan petrol. Itulah tindakan seorang Anggota Dewan undangan Negeri (AUDN) Kinrara, Ng Sze Han, yang tampil bodoh mengeruhkan lagi keadaan dengan notis yang tidak bertamadun.

Ng Sze Han, memuat naik gambar di laman Facebooknya tentang notis cara pemakaian yang dibenarkan bagi orang awam yang berurusan di pejabatnya dengan konsep 'selagi tak berb0gel.

"Anda dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tanpa lengan atau apa-apa saja pakaian asalkan tidak b0gel. 

"Anda tidak akan dipaksa memakai sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan cara anada berpakaian," katanya. 


Notis yang dimuat naik itu turut memaparkan para wanita yang memakai pakaian menJolok mata dibenarkan. 

Gambar yang dimuat naik oleh ADUN Kinrara ini merupakan tindakan membalas dendam terhadap pihak yang menganiaya kaum-kaum Cina yang datang berurusan di kaunter-kaunter agensi kerajaan. 

Tindakan Ng itu jelas sekali cuba mengeruhkan lagi keadaan serta memperlekehkan etika pemakaian pelawat ketika berurusan di pejabat kerajaan. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Sakit Leher Aku!'


JOHOR - Video seorang remaja lelaki dibuli sekumpulan rakan sebayanya tersebar di laman sosial lewat petang semalam. 

Video berdurasi 1 minit 46 saat itu dimuat naik di laman Facebok dan menerima 8,878 shares serta ditonton sebanyak 231,880 kali.

Seorang remaja lelaki yang memakai baju jersi pasukan JDT ditampar, disepak, dicekik dengan hos air sebelum disebat dengan objek tersebut. 

Difahamkan, kes buli itu berlaku di Tongkang Pechah pada awal bulan lalu. Laporan polis juga telah dibuat dan polis kini sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

HUKUM MENGEMBALIKAN SIHIR/SANTAU PADA SIPENYIHIR




Sekiranya kita disantau/sihir, jumpa perawat, dan berubat, katalah siperawat offer, ni nak buat macamana ni, nak buang je ke, atau nak pulangkan pada sipembuat???

Ada bomoh dan perawat islam juga melakukan perkara ini, antaranya kaedah bakar bata, dan banyak lagi kaedah lain yang aku pun tak tau nak kata, sebab tak belajar... konon memulangkan sihir yang dihidapi tu kepada yang menghantarnya....sebab dah tak de pilihan.... kononnya la...

Kalau kita mengembalikan sihir/santau kepada sipembuat(tuan) sihir, kita juga sama tarafnya sebagai penyihir tadi, penginaya tu, dan antara dosa dosa besar tu! so kalau disihir/santau apa sekalipun, berat macamana sekalipun, sakit macamana pun, menderita macamanapun, jangan sesekali meminta perawat memulangkan sihir/santau kepada sipembuat!

TAHUKAH bahawa memulangkan sihir dengan sendirinya telah membuatkan jin sihir itu mengganggap sipemulang sihir adalah sebagai tuan barunya???? dan jin sihir itu akan mengerjakan pula orang yang mula menghantar sihir itu.... dah sama sama jadi tukang sihir...

Sila Hapuskan saja jin sihir tu sampai sakit tu sembuh! Tak terampun dosa sebagai penyihir tu kecuali Allah yang Maha pengampun itu mengampuni! kalau perawat tu tak mampu nak menghapuskan jin sihir tu, sila cari perawat lain yang mampu, jauh lebih baik daripada kita menanggung dosa menyihir pula yang termasuk 7 pembinasa....

INGAT TU, jangan sesekali memulangkan sihir/santau pada yang menghantar!!!!

Perawat tu confirm tergolong ahli sihir jugak kalau ia memulangkan sihir tu, tapi yg memberi greenlight utk memulangkan tu sama gak! tak terlepas!!!

Tu yg dah mati ada rohnya bergentayangan tu!!! nak camtu????? tau roh gentayangan tu macamana??? roh yang alam barzakh pun tak nak terima!!!! sebab terlalu terukkkkkkkkkkkkkkk, jahatttttttttttttt
on Leave a Comment

Tandas Cangkung Punca Kesihatan Anwar Merosot


KUALA LUMPUR -  Kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin teruk dan membimbangkan kerana dinafikan akses kepada rawatan yang diperlukan, dakwa peguamnya. 

Justeru, pasukan peguamnya menyarankan Anwar dipindahkan dengan segera ke tahanan kediaman agar beliau dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan dari doktor peribadinya.

Menurut Sivarasa Rasiah, selagi tidak dipindahkan, kezaliman terhadap Anwar Ibrahim akan berterusan.

"Masyarakat antarabangsa sepatutnya risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk. Bertambah teruk lagi Anwar dinafikan akses kepada rawatan dan kemudahan semenjak dimasukkan ke dalam penjara.

Sivarasah yang juga Naib Presiden PKR itu berkata, sel yang menempatkan Anwar juga menjadi salah satu punca kesihatannya semakin teruk.

"Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dalam satu sel kosong dengan baldi untuk mandi, tandas cangkung dan dalam keadaan panas serta lembab dengan pengudaraan yang minimum menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.

"Bukan itu saja, Anwar juga tidak dibenarkan bertemu dengan keluarganya terlalu kerap sungguhpun doktor mengesyorkan beliau dibenarkan bertemu dengan keluarga setiap minggu. Malah pertemuan dengan para peguam juga turut dinafikan.


Sementara itu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melalui laman Twitternya berkata, beliau mengambil maklum mengenai kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Minta Maaf Atau Ayah Report Polis!'


SHAH ALAM - Azwan Ali hari ini diberikan amaran keras dan dituntut memohon maaf secara terbuka dari Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abullah, kerana menghina bangsa Melayu.

"Dia perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun berbangsa Melayu juga. Dia perlu minta maaf di atas apa yang dia telah buat.

"Saya bagi dia tempoh masa seminggu untuk memohon maaf. Jika dia gagal berbuat demikian, saya akan laporkan pada pihak berkuasa. Sangkut dia nanti," katanya.

Tambahnya lagi, Azwan Ali tidak boleh menghina Melayu itu anjing, Melayu itu neraka. 

"Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi peluang seminggu sebab ini kan bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah sendiri," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Sekitar Sambutan Hari Keputeraan TMJ

TMJ dan isterinya - foto Johor Southern Tigers

Tepat jam 12 malam tadi, berlangsungnya sebuah majlis sederhana yang menyambut hari keputeraan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Majlis itu disambut dengan meriah bersama-sama dengan isterinya, serta beberapa pemain pasukan Johor Darul Ta'zim serta rakan-rakannya.

Sementara itu, netizen yang berasal dari dalam dan luar Johor juga membuat ucapan selamat ulangtahun kepada baginda. Mereka mendoakan agar TMJ dipanjangkan umur dan diberikan kekuatan untuk memerintah negeri Johor.

Selamat ulangtahun kelahiran buat TMJ dari kami. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Mati, Matilah!'


Assalamualaikum,

Salam bikers semua. Kejadian berlaku pada 29 Jun 2015. 

Mohon semua penunggang motosikal berhati-hati dengan pemandu lelaki (India), Proton Saga berwarna biru dengan nombor pendaftaran WFJ6067.

Kejadian memandu secara melulu semasa waktu puncak petang tadi sehingga hampir dilanggar pengguna motosikal yang menyusuri laluan kecemasan.

Sikapnya telah ditegur oleh seorang pengadu dengan menggunakan hon namun dia memberhentikan keretanya di laluan kecemasan.

Pengadu cuba menasihatinya dengan baik mengatakan bahawa sikapnya itu akan mendatangkan kecelakaan kepada pengguna jalan raya ynag lain.

"Kalau kena langgar, claim saja sama saya," 

"Iyelah, kamu naik kereta, duduk dalam kereta. Kalau kena langgar, penunggang motosikal juga yang teruk. Silap-silap boleh mati kata pemilik WFJ6607,"

"Mati, matilah. Kurang satu Melayu dalam Malaysia,"

"Hey! You tak boleh cakap macam itu," balas pengadu namun tidak diendahkan lalu dia memandu dengan tanpa rasa bersalah.

Pengadu meneruskan lagi perjalanannya. Sebaik saja berada di belakang kereta lelaki itu tadi. lelaki terbabit dengan sengaja menekan brek secara mengejut menyebabkan pengadu nyaris terlanggar kereta berkenaan. Tindakan itu dilihat sengaja mencetuskan kemalangan.

"Cubaan beberapa kali dilakukannya menyebabkan kemalangan biarpun terpaksa menyelit/memotong kereta yang lain. Dia juga cuba melanggar saya tiga kali tetapi saya dapat elak serta beralih ke lorong kecemasan. 

Belum berakhir, kereta itu kembali mengekori pengadu dan sanggup mencelah-celah di antara penunggang motosikal. Bimbang dengan kejadian yang tidak diingini berlaku, pengadu terus memecut ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis.

Mengakhiri perkongsian info itu, pengadu menasihatkan agar mana-mana penunggang yang menyaksikan atau hampir menjadi mangsa pemandu berkenaan, melaporkan kejadian itu kepada pihak polis demi keselamatan bersama terutamanya penunggang motosikal. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Ditahan Polis Selepas Melamar Kekasih


SICHUAN - Seorang lelaki yang merancang melamar kekasihnya di sebuah simpang jalan Chengdu yang sibuk, ditahan oleh pihak polis sejurus kekasihnya menjawab 'Ya'.

Lelaki itu, Zhang Liang, telah menjemput hampir 100 ahli keluarga dan rakannya untuk memberi kejutan itu kepada kekasihnya.


Malangnya, Zhang tidak mengetahui bahawa tindakannya itu memerlukan keizinan dari pihak polis untuk membuat perhimpunan itu di tempat awam atas sebab keselamatan.

Kegembiraan pasangan itu hanyalah seketika sebelum sekumpulan polis tiba di tempat itu dan membawa mereka pergi. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Saya Gemar Melihat Mereka Memakai Telekung & Jubah'


Dalam diam, ada jua yang memerhati umat Islam menjalani bulan ramadan. Di kala kita sibuk dengan bulan ramadan, seorang wanita India bernama Malini Mimie, berasa kagum dan memuji keindahan umat-umat Islam yang berlumba-lumba mendapatkan pahala lebih dan keberkatan hidup. 

Bagi Malini yang tinggal di kawasan kampung, dia suka melihat umat Islam berjalan bersama-sama pergi sembahyang terawih di masjid berhampiran.

Baca luahan hati ikhlas Malini Mimie di bawah:

Sempena dengan bulan ramadan ini, apa yang saya gemar lihat ialah rakan-rakan muslim kita pergi sembahyang terawih. Suasana itu kelihatan indah sekali berjalan menuju ke masjid dengan memakai telekung dan jubah.

Di kawasan kampung, saya dapat melihat jiran-jiran muslim berjalan bersama-sama ke masjid selepas jam 8 malam di bulan ramadan ini.

Saya faham bulan ramadan ini penuh dengan dugaan tetapi saya teruja melihat rakan-rakan muslim kita berpuasa.

Apa yang kita boleh buat sebagai orang bukan Islam menyokong mereka?

Kita boleh merancang perjalanan di kala rakan-rakan muslim kita pulang ke rumah dengan memberikan laluan kepada mereka terlebih dahulu agar mereka dapat tiba di rumah sebelum waktu berbuka puasa. 

Jika kita berkunjung ke mana-mana restoran dan mendapati rakan-rakan muslim kita tidak mempunyai tempat duduk untuk berbuka puasa, kita boleh menawarkan tempat duduk kepada mereka dulu. Ini supaya mereka selesa untuk berbuka puasa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini kepada rakan-rakan muslim di luar sana.

Mari kita menghormati ibadah agama masing-masing sebagai mahkluk ciptaan Tuhan untuk menikmati keharmonian hidup bersama-sama. - MALINI MIMIE


Luahan hati Malini ini menerima reaksi yang baik dari netizen. Sepatutnya beginilah sikap setiap masyarakat Malaysia agar kita dapat hidup bersama-sama tanpa sebarang sikap perkauman dan kebencian. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Bapa, Ibu Tiri Dera Yaya Ditahan


KOTA BHARU - Pasangan suami isteri yang mendera kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah ditahan oleh pihak polis, malam tadi.

Suspek, ibu tiri mangsa yang berusia 25 tahun dan bapa kandungnya yang berusia 39 tahun telah ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan sebuah restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Mangsa yang hanya berusia 5 tahun itu diambil oleh ibu kandungnya dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak bermaya dipercayai akibat didera oleh ibu tirinya di Rantau Panjang. 

Lapor media tempatan, mangsa terpaksa menanggung derita itu selama enam bulan selain dari mengalami kecederaan yang sangat serius apabila patah 13 tulang serta banyak kesan-kesan parut di badannya. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Rezeki Kena Maki, Dapat Makan Steak RM4,678!

Gambar dari Instagram Nur Azira

Wah! Rezeki di bulan ramadan. Siapa sangka, jawapan simple 'MENATE' itulah yang mendatangkan rezeki makanan yang bernilai RM4,678. Makanan orang kaya, mana mampu orang marhaen nak merasanya, ye tak? 

Semalam, mangsa kena maki Azwan Ali, Nur Azira, memuat naik beberapa gambarnya berbuka puasa di Me'nate Steak Hub bersama dengan keluarganya serta wakil pengendali laman Facebook popular, Oh! Media. 

"Assalamualaikum. First of all, I nak berterima kasih kat Oh! Media because viralkan that case. Hehehe! Yeayyy! Dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar!

"Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4K (bills for iftar today). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang. Soon HATERZZZ yang ramai hokey!" katanya yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.

Dalam kenyataan Nur Azira di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu dan tidak lupa juga kepada pemiliknya yang sangat peramah ketika melayani mereka sekeluarga.

"Owner tersangatlah peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang di sana. Steak yang disajikan untuk kami sangat sedap, soft dan terasa herbnya," 

Azira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya. 

Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kesedapan steak restoran ini, bolehlah berkunjung ke cawangan yang berhampiran dengan anda. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua


PETALING JAYA - Video seorang pemandu lelaki mengasari pemandu warga emas di USJ 1, belakang Summit USJ, tersebar di laman Facebook sejak malam tadi. 

Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama.

Pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352,

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong.


Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu mula bertikam lidah dengan mangsa. 

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa. 


Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas. 

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan. 

Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah:


Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak bertindak melulu dan memandulah dengan berhemah. Tiada gunanya bergaduh hanya kerana sebatang jalan atau hanya kerana ingin cepat. Pandu cermat, jiwa selamat. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Lelaki Dimasukkan Ke IJN Disebabkan VAPE

Gambar dari Vapor Malaysia Open Group

Berita ini mungkin akan membuatkan para vaporians tergelak. Tetapi bacalah dengan hati yang terbuka dan positif. 

Seorang individu yang tidak diketahui namanya telah memuat naik gambar dengan caption yang mendakwa rakannya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung bengkak.

"Baru-baru ini sahabat saya telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami maslaah jantung bengkak. Dia kini telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan yang menelan kos sebanyak RM30,000.

"Menurut doktor pakar, menghisap Vape merupanya salah satu punca dan terdapat lima kes seumpama ini. 

"Teorinya, bila seseorang itu menghisap vape, dia akan mengepam wap air ke jantung. Jadi ambil iktibar. Saya kongsi cerita ini sebab saya sayang pada sahabat-sahabat semua," katanya. 

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh para vapors sekalian. Menurut mereka, cerita itu karut dan semestinya datang dari golongan anti vaping. - THEHYPEMEDIA.COM

on Leave a Comment

'Teruskan Support Betina Najis MENATE' - Diva AA


Susulan dari kes Azwan Ali memaki hamun seorang followernya di Twitter, wanita berkenaan menerima jemputan untuk menjamu selera di restoran berkenaan dari pemilik Me'nate Steak Hub sendiri. 


Bagaimanapun, 'drama' rupanya tidak habis di situ. Azwan Ali kali ini membuat kenyataan balas di laman Instagram pula.

"Besar hama tak berkudis dengan all Melayu anjing yang terus #menyalakkk dok support betina najis 'MENATE'! Terbukti merekalah binatang Melayu dan Melayu syaitan direjam yang terus amok di bulan ramadhan & berlagak sebijik syaiton! Sikit pun tak goyah! Tuhan ada! Tuhan tahu kebenarannya! In fact, Diva AA terbang tinggi sambil meludah balik all," katanya. 

Sudah bersalah tak mahu mengaku apatah lagi memohon maaf. Umum tahu lelaki yang menggelarkan dirinya Diva ini sudah pergi ke tanah suci beberapa kali dan juga mendapat gelaran haji tetapi masih begitu juga perangainya.

Apa pun, kami doakan moga Diva Azwan Ali dilembutkan hatinya untuk berubah dan memohon maaf kepada mangsa makiannya. - THEHYPEMEDIA.COM
on 1 comment

'Jangan Harap Aku Menangis Depan Kubur Kau!'


SARAWAK - Seorang wanita tergamak menyumpah seranah ibu kandungnya sendiri di WeChat, seperti sudah tiada perasaan sayang lagi di dalam dirinya terhadap wanita yang pernah mengandungkannya selama 9 bulan itu.

"K*mak sial babi. K*mak punya mak macam tu. Kau tunggu kalau aku dah pandai balik. Sedia saja perut kau kena tikam dengan pisau oleh aku. Berani kau laporkan pada polis tentang kes aku. Kau tunggu. Andai kau mati, jangan harap aku nak menangis depan kubur kau tu. Tak ingin aku! Kalau aku masuk pusat pemulihan, siap kau! Kau tengok je sejauh mana aku boleh pergi. Kau mak arr. memang p***mak betul! Sial hidup kau!"

Demikianlah caci maki seorang wanita terhadap ibunya sendiri hanya kerana melaporkan kes yang berkaitan dengan dirinya kepada pihak polis.


Katanya, jika dia dimasukkan ke dalam pusat pemulihan, wanita itu akan menikam perutnya dengan pisau selain dari mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan menangis di kubur wanita yang melahirkannya itu jika mati. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Pasangan Dera Budak 5 Tahun Lari Ke Thailand


KOTA BHARU - Pasangan suami isteri yang mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun diburu oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, pasangan muda yang masing-masing berusia 40 dan 25 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran, Thailand, selepas kejadian itu dan bersembunyi di sana.

Pihak polis juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap dua suspek berkenaan secepat mungkin.

Berdasarkan kecederaan mangsa yang sangat serius, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak .

Mangsa, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin, 5 tahun, ditemui dengan keadaan badannya yang terdapat kesan kecederaan lama dan baru termasuk parut hampir seluruh badan.

Mangsa juga dikatakan tidak diberi makan menyebabkan badannya susut dan dipercayai telah didera selama 3 atau 4 bulan. 

Difahamkan, mangsa telah dijaga oleh ibu tirinya yang berusia 25 tahun selepas ibu kandungnya berpisah dengan bapanya sejak tahun 2013.

Keadaan mangsa masih lemah namun dilaporkan stabil. Sehingga kini, mangsa masih enggan bercakap kerana masih lagi trauma. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Rokok Naik Harga 30 Sen Mulai Esok


KUALA LUMPUR - Mulai esok, harga rokok akan dinaikan sebanyak 30 sen berikutan Cukai Barnagan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut British American Tabacco Malaysia (BAT Malaysia), pihaknya sebelum ini telah menyerap cukai ke atas rokok sehingga ke hari ini.

Dipetik dari portal MalaysiaKini, semakan harga adalah mengambil kira GST dan BAT telah menyerap GST setelah perlaksanaan GST pada 1 April lalu.

Berikut adalah harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa esok:
  • Dunhill RM13.80
  • Kent RM13.80
  • Benson & Hedges RM13.80
  • Peter Stuyvesant RM12.30
  • Pall Mall RM12.30
  • Lucky Strike Plain RM14.30
- THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Sayu, 2 Beradik Tenung Jasad Ibu


KEPALA BATAS - Gambar dua adik beradik kecil ini tersebar di laman sosial sejak semalam.  Mereka yang kehilangan ibu tersayang yang terlibat dalam kemalangan hanya mampu merenung jasad ibu mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam di Pasir Gebu, Penaga, mangsa, Nor Azura Mohammed Azhar, 30, yang menunggang motosikal Honda EX5 terlibat dalam kemalangan terlanggar tiang telefon.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Caltex Bagan, Butterworth menuju ke Kampung Bakau Tua. 

Gambar: (kiri) gambar mangsa bersama dengan dua anaknya. (kanan) motosikal milik mangsa yang terlanggar tiang telefon.

Suami mangsa, Mohd Kamal, tidak menyangka keengganan anak bongsunya berenggang dengan ibunya ibarat petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Kebetulan Amir mengikut ibunya ke tempat kerja, manakala anak sulung kami, Amirul Hakimi yang berusia tujuh tahun menunggu di rumah," katanya. 

Pemergian mangsa meninggalkan suaminya dan dua orang anaknya, Amir Hafizi, 4 dan Amirul Hakimi, 7. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Rezeki Kena Maki Dek Azwan Ali


Baru-baru ini, Azwan Ali memuat naik tweet di laman Twitternya yang bertanya tentang restoran mana yang menghidangkan steak, kerana beliau mengidam untuk berbuka puasa dengan menu tersebut.

"Salam. Nak steak la todayyyy! Nak cari cafe yang tak sesak Melayu Jebawokkk! Any ideas?,"

Lantas menjawab pertanyaan selebriti itu, Ajiwaaa atau @NurAziraWA membalasnya dengan jawapan 'MENATE'.

Malangnya, jawapan yang diberikan oleh Nur Azira itu telah disalahfahamkan oleh Azwan Ali. 

"Sundal bertudung paling binatang #Menyalak real anjing! #Puiii Puas hati tak neraka?"

Terkejut dan tidak menyangka tweet balas dari Azwan. Nur Azira menjawab:

"I means steak house Menate laaa divaaa. Apa ni? katanya.


Ekoran itu, ramai yang mengecam tindakan biadab Azwan Ali yang melemparkan ayat kurang hajar itu kepada follower Twitternya. 

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian pemilik restoran berkenaan.


"Assallam, semoga ramadhan ini terus menerus memberkati hidup Cik/Puan Nur Azira Wazi Azman serta keluarga. Harap tabah dengan segala dugaan yang ditempuhi atas dasar sabar.

"Terima kasih kerana niat Cik/Puan kerana mencadangkan kedai saya Menate Steak Hub pada saudara Azwan Ali. Ini bukanlah warkah simpati buat puan/cik dari kami warga Menate. 

"Saya selaku tuan punya Menate Steak Hub, Mustaffa Hj Othman dengan rasa rendah diri menjemput Puan/Cik... " mesej seterusnya tidak dapat dibaca. 

Itulah yang dikatakan sebagai dugaan dan rezeki. Moga Azwan Ali meminta maaf pada 'mangsanya' itu dan berpada-padalah sebelum melemparkan kata-kata biadab seperti itu. 

Di bulan baik dan mulia ini, jagalah pertuturan dan kelakuan. Tiada gunanya berpuasa jika tutur kata tidak dijaga sehingga memalukan diri sendiri.

Difahamkan, berikutan insiden yang memalukan itu, Azwan Ali telah mengubah laman media sosialnya kepada private. Malu? Mungkin. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Kasihan Orang Bergaji RM900'


Kasihan tengok orang bergaji RM900. Nak beli kereta, susah. Nak beli rumah, memang tak akan dapat. Kalau yang dah berkeluarga, lagi teruk. Hidup untuk kerja je. Nak duit lebih, kena buat Overtime sampai tak ada life. 

Selepas i migrate ke Aussie, I nampak orang sini jauh lebih baik. Gaji 1,000 pun boleh beli rumah, boleh beli kereta atau at least hidup lebih selesa, masa kerja yang sesuai dan hidup pun teratur.

Di Malaysia, kalau anda cuma lulus SPM bermaksud, bye-bye kepada peace of mind. Gaji 3,000 pun sakit. Anda akan jadi hamba kerja kepada syarikat dan negara so called Islam tetapi corrupt. Anda kena kerja sampai anda tak ada mood. 

Bangun pagi, balik malam/petang. Kadang-kadang ikut shift. Masa untuk keluarga atau anak-anak memang jarang ada. Orang bergaji RM10,000 bolehlah pergi makan angin, melancong, tenangkan fikiran, enjoy life tanpa fikir tekanan ekonomi. 

Orang bergaji RM900, masuk hari ini, seminggu kemudian fikiran dah mula terganggu. Mana nak cari duit untuk anak-anak? 

Orang Melayu bangga sebab ini negara Islam. Tetapi hakikatnya kerajaan yang menguruskan zakat pun tak pandai. Duit berbilion-bilion hilang entah kemana tetapi bila ada orang curi RM2 dekat tabung masjid sebab lapar, terus kena penjara dua tahun. 

Perbankan Islam dicipta untuk profit, guna agama untuk lebih keuntungan. Orang berpendapatan rendah kena tindas, tak ada pembelaan. Ini kenyataan yang kita semua nampak. Kita tahu yang kerajaan tahu tetapi mereka buat-buat tak tahu. 

Orang Melayu cuma dapat survives sampai sekarang sebab ada Raja-Raja Melayu. Tapi benda positif ini dah jadi negatif sebab 'Ketuanan Melayu' yang jaga orang Melayu meletakkan kita di zon yang terlampau selesa.

Usaha untuk membasmi kemiskinan juga lemah. Usaha kita untuk educate bangsa sendiri pun lemah. Sudahlah tahap pendidikan di Malaysia tidak seberapa. Banyak universiti tersenarai dalam ranking terendah. 

Dan antara penyakit paling teruk orang kita ialah:
  • Bila nasihat baik-baik, tak mahu dengar.
  • Bila kena kutuk, semua meroyan. 
  • Melayu akan guna 'Ketuanan Melayu' bila mereka terancam. 
  • Orang Melayu tahu mereka miskin tetapi mereka tak tahu nak buat apa. 
  • Orang kita tak faham situasi. Tetapi bila dah faham, tak mahu fikir. Bila dah fikir, salah faham. Bila dah salah faham, mulalah bergaduh. 
  • 'Kau cakap macam bagus tapi apa sumbangan kau?' - Ayat mati orang fikiran benak yang menghalang orang lain untuk berfikir dan buka minda. Minda block. 
  • Gaji 3,600 dikira miskin. Gaji bawah 3,500 bermaksud anda papa kedana. 
Yang tinggal pada orang Melayu cuma 'Delusi' Ketuanan Melayu mereka dan Malaysia ini Melayu yang punya.

Hakikatnya, mereka semua menjurus ke arah mengemis di negeri sendiri.

Kredit - AUNI AMEERA
on Leave a Comment

Gambar Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun Didedahkan


Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.


Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa.

Baca luahan sedih Sheila Khan di bawah:

"Baby Zara, I can't believe this happen to you sayang. Umur baru lima tahun dan terpaksa lalui saat-saat yang sangat sukar dipukul ibu tiri separuh mati sehingga patah tulang belakang. Patah tulang rusuk dan bahagian-bahagian badan lain. Retak hampir 10 bahagian di badan. Kepala pecah akibat hantukan kuat di dinding. Dahi dihentak ke lantai. Tak diberi makan sehingga 0 protein dalam badan. 

"Allah, please be nice to her. Dia dah sakit terlalu lama sendirian tanpa kami tahu. Dia yang menanggung setiap kesakitan dan kami hanya mampu berdoa. Jauhilah segala duka di matanya.

"Ya Allah, pulihkan semangatnya, kuatkan jiwannya. Ya Allah, jika ada keajaiban, pindahkanlah deritanya kepada ku. Ya Allah, pasti ada hikmah di setiap kejadian. Berikanlah balasan yang setimpal kepada yang melakukan.

"Zahara sayang, be strong Yaya. Mama Yaya and family semua hari-hari doakan Yaya cepat sembuh," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Gambar kecederaan mangsa yang sedang menerima rawatan di HRPZ II:




on Leave a Comment

46 Hari Menunggu Gaji, Penjawat Awam Mula Resah


PUTRAJAYA - Pembayaran gaji penjawat awam diawalkan sempena sambutan Aidilfitri nampaknya bertukar menjadi satu penantian yang bakal menyeksakan ramai penjawat awam.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, gaji penjawat awam akan dibayar pada 9 Julai dan tempoh menunggu pembayaran seterusnya pada bulan Jun pula mereka terpaksa menunggu selama 46 hari. Ini pasti menimbulkan keresahan mereka dan terpaksa berbelanja secara berhemah.

Namun, ada segelintir penjawat awam sudah bersedia dengan perkara seperti itu dan dilihat tiada masalah untuk berdepan dengan 46 hari tersebut.

Sesetengah penjawat awam sudah biasa menyediakan senarai perbelanjaan harian dan tidak timbul masalah tidak cukup wang di kemudian hari.

Ada juga berpendapat, gaji 9 Julai boleh digunakan, namun mereka perlu memastikan gaji itu tidak dihabiskan agar tidak mendatangkan masalah kelak.

Bayaran awal atau lambat bukan masalah besar. Apa yang penting, cara perbelanjaan itu perlulah berhemah. Untung pada mereka yang mempunyai gaji dari kerja-kerja sampingan yang dijalankan. 

"Tiada masalah untuk bayaran awal atau lambat. Apa yang penting, nafsu untuk berbelanja itu perlu ditahan. Jika tidak ingin menghadapi masalah kekurangan wang belanja dalam tempoh 46 hari, pastikan gaji yang diterima pada 9 Julai kelak tidak digunakan walaupun satu sen. 

"Gaji 9 Julai itu perlu ditahan sehingga genap 25 hari. Dengan itu barulah tiada masalah kekurangan wang. Namun, cara ini tidak sesuai dipraktikkan oleh sesetengah penjawat awam terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga," kata penjawat awam yang tidak ingin didedahkan namanya.- THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Kami Sudah Biasa Dimaki'


KUALA LUMPUR - Sebut saja DBKL, ramai yang akan mencebik bibir kerana telah diajar dengan persepsi yang negatif terhadap agensi itu.

Orang ramai yang melihat pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunda kereta yang diletakkan di zon larangan pasti menganggap tindakan itu kejam kerana tidak menunggu pemilik kereta yang mungkin berurusan di kawasan yang berdekatan.

Biarpun ditohmah dengan pelbagai kata-kata caci maki, mereka tetap menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kelancaran trafik untuk pengguna jalan raya yang lain.

Dipetik dari portal Malaysia Gazette, seorang kakitangan DBKL meluahkan rasanya yang kecewa dengan tindakan orang awam yang selalu memandang serong terhadap mereka.

"Kita tidak boleh fikir apa perasaan orang sebab orang juga tidak fikir pun apa kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Kalau kita lambat bertindak, lebih ramai lagi orang yang akan melakukan kesalahan yang sama di sepanjang jalan di zon larangan meletakkan kenderaan.

Kami sudah biasa dimaki hamun oleh pemilik kenderaan tetapi kami terpaksa memekakkan telinga sebab apa yang kami buat adalah tanggungjawab yang diamanahkan. 

"Kalau tak nak kereta kena tarik, patuhilah arahan papan tanda. Kalau dah salah itu, mengaku saja dan mungkin kami boleh bantu dari segi lain pada masa akan datang," katanya.

Jelas pegawai DBKL berkenaan, kebiasaannya pemilik menyangka kereta mereka hilang dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Lantas mereka membuat laporan polis di balai berdekatan.

"Apabila pemilik membuat laporan, polis akan mengarahkan pemilik kereta menghubungi Pusat Tunda Kenderaan DBKL. Jika disahkan kereta milik mereka ada di sana, pemilik boleh terus datang membuat tuntutan. Tetapi jika tiada, barulah menjadi urusan polis," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Padanlah Allah Bagi Bala Kepada MAS'


Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA. 

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja 'Beer percuma'.

'Beer, beer, beer!'

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

"Betul ke awak ini lebih 18 tahun?"

Budak itu jawab, "YA!"

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam. 

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak. 

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah. 

Kredit: Kamaruzaman Jaffar.

Artikel ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

'Jangan Biarkan Wanita Ini Masuk Ke Rumah Anda!'


Kepada semua, bantu saya mencari pembantu rumah yang tidak tahu erti bersukur ini telah melarikan dan meninggalkan dua bayi saya di rumah begitu sahaja!

Anak gadis saya baru berusia dua bulan. Anak lelaki saya pula berusia 2 tahun.

Alhamdulillah anak-anak saya selamat tetapi saya sangat-sangat berharap dapat mencari pembantu rumah ini.

Segalanya berlaku dua jam yang lalu (jam 11 pagi semalam). Dia juga telah mencuri iPad, laptop syarikat dan telefon bimbit saya. 

Jadi, tolonglah bantu saya mencari wanita ini dan juga terjumpa atau yang baru nak mengupah pembantu rumah, tolong perhatikan gambarnya dan pastikan anda tidak menjadi mangsanya. 


Jangan izinkan dia masuk ke rumah anda atau berhampiran dengan anak-anak anda. Wanita ini tidak berhati perut dan berterima kasih. Tolong sebarkan berita ini. Terima kasih.

Kredit - Jan Hazeman.

- THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Luahan Pekerja Bank Dilarang Keluar Solat Jumaat


Assalamualaikum.

Saya bekerja di sebuah bank di ibu negara. Bank yang namanya kita tahu bukan milik seorang muslim ataupun bangsa Melayu.

Kisahnya terjadi bila saya meminta izin untuk keluar ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat sebentar tadi. Memandangkan orang sudah tidak terlalu ramai di bank dan staff juga mencukupi, saya pun memberitahu kepada manager saya yang saya ingin keluar untuk solat Jumaat.

Larangan untuk keluar diberikan dengan tegas. Saya pun bagi tahu kepada dia bahawa staff yang ada sekarang sudah mencukupi untuk coer kerja-kerja yang ada kejap lagi. Lagipun hari Jumaat tengahari bank ini memang tak ramai orang.

Sekali lagi beliau meninggikan suara pada saya. Tapi kali ini dengan bahasa yang lebih kurang ajar. Banyak isu-isu sensitif telah disentuh. Antaranya, belia mempertikaikan waktu-waktu solat orang Islam yang menyebabkan staff muslim selalu tiada di tempat kerja.

"Rehat keluar, sembahyang keluar, itu you ular dalam masjid itu you punya bapak mau bayar gaji ka?"

Itu antara ayat yang keluar dari mulut beliau.

Saya bukanlah seorang staff yang mudah bertindak ganas tanpa berfikir panjang. Kalau ikutkan panas telinga ini, memang dah sampai tangan saya ini atas muka dia.

Tetapi saya fikirkan tindakan saya itu boleh menyebabkan saya dibuang kerja. 

Semoga syarikat-syarikat yang racist dekat luar sana itu boleh belajar menghormati tuntutan agama yang dianuti oleh lain-lain bangsa yang ada di Malaysia ini.

- THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Patah Tulang Belakang Dibelasah Mak Tiri


KOTA BHARU - Sayu hati seorang ibu melihat keadaan anak kandungnya yang berusia 5 tahun didera oleh ibu tirinya.

"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini," kata Sana Abd Malek, 28 tahun.

Sana terkejut melihat keadaan anaknya yang kelihatan cekung dan dalam kesakitan.

Difahamkan, kali terakhir Sana bertemu dengan anaknya pada Ramadan tahun 2014, setelah bekas suaminya tidak membenarkan Sana bertemu dengan mangsa.

"Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badannya dan luka di kepala. Doktor juga memaklumkan anak saya turut patah tulang belakang," katanya kepada wartawan Harian Metro di wad Kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Penderitaan Yaya itu hanya diketahui oleh ibu kandungnya setelah mangsa di Rantau Panjang pada Rabu lalu. Sana menjelaskan, isteri kepada bekas suaminya itu telah menghubunginya dan meminta untuk mengambil Yaya kerana mereka sibuk bekerja. 

Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis selepas menghantar mangsa ke Hospital Golok, Thailand, sebelum dirujuk ke HRPZ II, semalam. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Netizen Berang Peniaga Bazaar Jual Makanan Basi

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA - Selepas 10 hari berpuasa, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial berkenaan segelintir peniaga bazaar ramadan yang tidak bertanggungjawab.

Baca luahan hati mereka di bawah:

"Saya pun terkena. Beli air soya dalam jam 6 petang. Saya beli dua bungkus sebab pada masa itu katanya nak tutup kedai. Jadi dia (peniaga) juallah dua bungkus dengan harga RM3. Sampai waktu berbuka, tengok air soya itu dah berbuih. Geram!  Esok pergi balik gerai peniaga itu dan tegur. Namun saya pula dimarahinya. Katanya, saya cuba menutup periuk nasi dia," Emiliya Mahadi.

"Saya pun dah banyak kali terkena. Beli gulai kawah di bazar wakaf baru. Buka puasa nak makan. Belum sempat makan buka plastik tu, bau dah semerbak satu rumah. Peniaga-peniaga janganlah tamak. Kadang-kadang yang tak ada rasa langsung pun ada. Tawar macam air kosong je. Kalau tak nak meniaga, baik jangan meniaga. Bagi orang yang betul-betul nak berniaga," Liena Lin

"Saya dah tiga tahun tak pergi ke Bazaar Ramadan sebab kecewa dengan kuih yang basi, lauk yang basi. Tak sempat makan masa berbuka. Kalau kita cakap, peniaga marah. Sambil berniaga dapat duit sambil itu buatlah pahala. Senang je, masak sedap-sedap dan bersih, sambil itu niat sedekah. Orang yang beli pun puas hati," Fazlina Meor. 

"Hari pertama puasa pun dah terkena. Tepung Pelita, basi. Lokasi, Bazaar Ramadan Simpang 4 Telok Pulai Klang. Agak-agaklah pun kalau nak berniaga kak oi. Jangan buat pembeli kecewa," Shah Jojon.

"Saya pernah beli ikan talapia bakar sebesar tapak tangan RM5. Memang betul-betul ambil dari tempat pembakar. Balik rumah, time nak berbuka. Isi ikan hancur. Bagi kucing, kucing pun tak nak makan. Sah ikan busuk pun dibakar juga. Bungkus balik elok-elok dan esok petang bagi balik. Hampa sungguh!" Shuhada A Long.


Segala luahan di atas di ambil dari laman Facebook Harian Metro. - THEHYPEMEDIA.COM
on Leave a Comment

Golongan Anti Israel Kritik 2 Produk Terbaru McDonald


Baru saja diperkenalkan di pasaran pada awal bulan ramadan, namun sudah dikritik oleh netizen yang anti Israel.

Dakwa mereka, dua produk baru keluaran restoran makanan segera itu menggunakan nama ala-ala arab untuk menarik pelanggan beragama Islam.


"Dengan nama ala-ala ereb, pastinya ummah berduyun-duyun ke McDonald," kata Xanderz

"Wow! Jarum-jarum halus ISIS Toliban telah meresapi ke dalam McD. Kini McD lebih syumul dan suci," Dodol Gemok.

"inilah makanan halal sebenarnya. Dijamin masuk sorga yang diimpikan ummah," Kelapa Parut. 

Demikianlah sindiran mereka terhadap dua produk berkenaan. 

Dua produk yang dimaksudkan itu ialah Foldover Lazeez dan Foldover Mashwi. 

Dakwa netizen, penggunaan nama ala-ala 'ereb' itu berikutan kejayaan rakyat Malaysia memboikot restoran makanan segera itu pada tahun lalu ekoran serangan Israel menyerang Palestin yang telah mengorbankan banyak nyawa. 

Susulan tindakan memboikot itu mengecapi kejayaan yang besar, restoran rangkaian terbesar dunia di Malaysia itu mengakibatkan jualannya merundum. 


Namun, kesan boikot itu tidak berterusan lama. Dalam beberapa bulan kemudian, restoran itu kembali dipenuhi oleh orang ramai. - THEHYPEMEDIA.COM
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :