ng

ad

on Leave a Comment

Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita, Anda Pasti Terkejut !!




Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.


Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.

Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

on Leave a Comment

Kisah Seram Mayat Berasap !!

Kisah Seram Mayat Berasap. Peristiwa ini bermula ketika di sekolah rendah ketika berumur 10 tahun yang mana mengalami pengalaman dengan mayat berasap


Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun.


Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.
Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.
Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku. Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.
Kisah Seram Mayat Berasap
Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.
Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.



on Leave a Comment

Roh Meminta Melihat Jasad




Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya."



    Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya: "Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan".


    Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: "Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu".


    Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara "Wahai tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku berpisah dengan engkau?


    Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah:


        "Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan kekayaanya. Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya."


    Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak Adam(manusia). Sementara daripada keterangan yang lain pula berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat. Ada juga menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang ditinggalkan" maka roh pun turun pada malam al-Qadar.


    Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud:


        "Malaikat sama turun dengan roh",


    Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud:


        "Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul kudus) malaikat berdiri dengan berbaris."


    Menurut riwayat Ibnu Abbas;


        "Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu serta berkata: "Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini."


Wallahu'alam



on Leave a Comment

CInta Dia Hingga Ke Syurga


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.

Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.



Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih… 
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
 
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” 
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.



Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

on Leave a Comment

15 Kepercayaan Tahyul Masyarakat Melayu Yang Masih Lagi Diamalkan

















Ada banyak kepercayaan Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga menganggapnya sebagai kepercayaan tahyul.

Tanda-tanda alam itu dikatakan boleh memberi gambaran maksud samada petanda ia negatif atau positif.

1. Jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

2. Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

3. Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

4. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya(kepercayaan masyarakat zaman kesultanan Melayu dahulu kala)

5. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda akan turunnya hujan pada hari tersebut.

6. Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut atau puting beliung.

7. Jika banyak kelkatu yang menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

8. Kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

9. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita, juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah.

10. Namun jika kumbang atau ‘belalang pelesit’ yang masuk ke dalam rumah, bermakna ada benda mistik yang tidak elok bertandang.

11. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak ‘mengiyakan’ percakapan kita.

12. Sekiranya kita berjalan dan ada binatang melintas di depan juga mempunyai beberapa maksud. Jika kucing yang melintas jalan kita di depan, itu membawa maksud akan bertemu rakan anda sepanjang dalam perjalanan tersebut.

13. Jika biawak pula yang melintas, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahsa ‘Biawak Hidup’ yang menyamakan dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan hidup orang lain.

14. Sekiranya kita didatangi serangga tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, atau kumbang, sebaiknya tidak diganggu atau dibunuh. Sewajarnya ia dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran makhluk serangga sepertini terjadi secara alamiah.

15. Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

Walaupun kebenaran dari tanda-tanda yang terjadi ini adakalanya banyak diragui, namun masyrakat Melayu terdahulu menganggap memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan alam spiritual disekeliling

Info diatas bertujuan sekadar memberi gambaran bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat Melayu yang mempercayai amalan kuno ini, biarpun beberapa kepercayaan ini telah lupus dimamah zaman, tetapi masih wujud lagi di sesetengah tempat dimana mereka mengamalkan amalan tersebut.


Bagaimanapun berbaliklah berpeganglah pada kitab ajaran Islam, dan percayalah disetiap kejadian itu adalah atas kekuasaanNYA…


on Leave a Comment

5 Perkataan Bahasa Cina Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

Kita adalah rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia pelbagai kaum, ada Melayu, Cina, India, Melanau, Iban. Jadi memang tak mustahil langsung kalau bahasa seharian kita juga bercampur-campur antara bangsa.


Contohnya, lima perkataan bahasa Cina ini sangat popular digunakan di kalangan orang Melayu.

1. Tapau
















           


bermaksud bungkus atau ‘take away’. Kita akan sering mendengar perkataan ini disebut oleh orang kita sewaktu di kedai mamak.

Contoh ayat: Aney, roti kosong tak mau GST tapau satu!

2. Otai


Otai bermaksud seseorang yang mahir atau hebat dalam melakukan sesuatu.

Contoh ayat: Azimah memang seorang yang otai dalam membuat kerja. Dia boleh berfacebook dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan!

3. Kawtim


Kawtim bermaksud bermuafakat, bersetuju atau bertolak ansur terhadap sesuatu perkara.

Contoh ayat: Najib harus kawtim dengan Rosmah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan belanjawan rumahtangga.

4. Pow


Pow bermaksud mengenakan atau meminta sesuatu secara paksarela dari seseorang.

5. Lanjiao


Yang ni tak bagus bro, jadi kurang-kurangkanlah atau hindarilah dari sebut ayat ni..


on Leave a Comment

Rakaman Detik Kematian Dengan Meminum Racun



Seorang rakyat Switzerland bunuh diri dibantu perubatan atau euthanasia. Disaksikan keluarganya, ia meneguk ubat mematikan di sebuah klinik di Switzerland. Proses menuju kematian itu, hebatnya atau mungkin sedihnya, disiarkan televisyen BBC, menjadi Kontroversi.

Nama lelaki itu adalah peter Smedley berusia 71 dan sedang sakit parah yang tak mungkin dapat disembuhkan lagi. Pemilik hotel ini pun memutuskan untuk mengakhiri penderitaan itu dengan cara meminum ubat membawa maut.

Niatnya itu boleh terlaksana kerana di negaranya, Switzerland, euthanasia tidak terlarang. Beliau meminta doktor di sebuah klik bernama Dignitas memberikan ubat mematikan: barbituates.

Entah bagaimana dia mengizinkan kepada Sir Terry Pratchett, pengacara Terry Pratchett: Choosing To Die, untuk merakam detik-detik terakhirnya saat meminum racun. Berlaku sebelum Krismas tahun lalu.

Dalam gambar di BBC yang ditayangkan (13/6/11) itu, pesakit, Smedley, didampingi doktor dari klinik. Sebagai perpisahan terakhir, si isteri Christine (40) mencium suaminya dan berkata, "Kuatlah sayang".

Christine pun kelihatan tenang saat Smedley meminum ubat itu, namun ia tetap berada di samping suaminya itu. Kelihatan pesakit dengan yakin meminum ubat yang sudah disediakan doktor. Dan dalam masa beberapa saat, ia meninggal di kerusinya.

Selepas tayangan itu, debat panas muncul di Twitter, media sosial lain serta media cetak membuat BBC digelar 'cheerleaders' euthanasia ..

on Leave a Comment

Kisah 5 Orang Yang Di Kenakan Hukuman Mati Tapi Tidak Mati

 1. Anne Green

Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya. Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah sampai di kampus,peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tenggoroknya. Mereka segera memberinya minum. Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa kata. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu. Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.

 2. John Henry George Lee

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang terpotong pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dinyatakan bersalah dan dihukum gantung. Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman. Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak. Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali. Di tengah kebingungan pihak penjara dan eksekutor, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.

 3. William Duell

Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London. Sama seperti Anne, mayat William rencananya akan dimanfaatkan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur regular pada waktu itu. Setelah dinyatakan mati, mayatnya dibawa ke universiti. Kemudian setelah pakaian nya dilucuti dan diletakkan di atas papan, ada seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas. Makin lama, William bernafas makin cepat. Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga,kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman kurungan.

 4. Joseph Samuel

Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut ikut dibunuh. Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut. Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti. Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik. Bukannya menggantung tubuh Joseph, tali tersebut malah putus. Di cuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut juga putus. Di tengah keriuhan penonton, di cuba lagi untuk kali ketiga. Tali tersebut kembali putus. Kali ini petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabernur mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup. Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa tidak seharusnya Joseph mendapat hukuman tersebut.

5. Wenseslao Moguel

Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia ditembak 9 kali,termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya. Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut. Foto di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley's Believe It or Not. Di mana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.

on Leave a Comment

Budak Ini Berkebolehan Melihat Dalam Gelap Seperti Kucing


                         

Manusia biasanya memerlukan cahaya untuk dapat melihat sesuatu dengan jelas, terutamanya di malam hari. Namun tidak bagi Nong Yousui. Budak yang berasal dari Dahua, China, ini dilahirkan dengan mata biru cerah dan boleh melihat jelas di dalam gelap sekalipun, seperti mata kucing.
Mata biru cerah Nong tak hanya membuatnya kelihatan unik, gurunya juga mendakwa bahawa mata Nong berubah menjadi bersinar dan berwarna hijau neon ketika disuluh dengan lampu.

Seorang wartawan tempatan dari China menyiapkan satu set untuk menguji kemampuan Nong. Ia diminta untuk duduk di dalam bilik gelap gelita. Nong menyelesaikan seluruh ujiannya dan membuktikan bahawa penglihatannya di malam hari sama dengan penglihatan di hari siang pada kebanyakan orang.

Para saintis mendedahkan bahawa hal ini sukar dipercayai. Penglihatan malam atau night vision ini biasanya dimiliki oleh haiwan tertentu, seperti kucing dan harimau. Keadaan ini dimungkinkan oleh adanya lapisan tipis sel yang dikenali sebagai tapetum lucidum. Masih belum diketahui secara pasti bagaimana boleh lapisan ini boleh dimiliki oleh manusia.


                           
Namun menurut James Reynolds, seorang doktor pakar mata kanak-kanak di State University of New York, ada mutasi genetik tunggal yang mungkin boleh membentuk tapetum lucidum sepenuhnya pada manusia dan berfungsi dengan baik walaupun sangat jarang berlaku. Sebab kemampuan semacam ini akan memerlukan beberapa mutasi dari generasi ke generasi dan tidak boleh terjadi dalam mutasi tunggal.

"Kira-kira 2 minggu selepas ia lahir saya diberitahu bahawa matanya berbeza. Kami kemudian membawanya ke rumah sakit dan doktor mengatakan kepada saya untuk tidak bimbang kerana seiring pertumbuhan usia matanya akan berhenti bersinar dan akan berubah menjadi hitam seperti kebanyakan orang China, tapi kenyataannya tak ada yang berubah, "ungkap ayah Nong, seperti dipetik dari Daily Mail.

                          

                         

on Leave a Comment

Kisah Kubur Bercahaya Walaupun Arwah Tidak Tahu Membaca Al - Quran !!!


Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata...

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar...

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu...

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu...

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?...

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya...

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati...

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang...

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan...

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”...

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini...

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Subhanallah..Subhanallah..!!!

on Leave a Comment

Rahsia Dan Kebaikan Disebalik Surah AL-FATIHAH Yang Mungkin Tidak Diketahui Oleh Kita Semua !!!!


1 – AL-FATIHAH –  Baca 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami....

2 – AL-FATIHAH – Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman ....

3 – AL-FATIHAH –  Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental....

4 – AL-FATIHAH – Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan....

5 – AL-FATIHAH – Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa...

6 – AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu...

DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.  INSYAALLAH...

NOTA LUNA NANA : Marilah kita sama-sama amalkan. Yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk kita jadikan ia pedoman supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu pada masa hadapan.Wallahualam bi sawab...

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :