ng

ad

on Leave a Comment


Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus...

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:::

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” {{[Al-Baqarah : 187]}}

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)****

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)))

Maha Suci Allah…!!!



on Leave a Comment

ANTARA TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN




Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, ada pengajarannya. Mungkin untuk kita belajar menghargai, dan mungkin juga untuk kita belajar tabah setelah dilukai...


:-Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

:-Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

:-Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

:-Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

:-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

:-Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

:-Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

:-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

:-Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

:-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

:-Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

:-Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

:-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

:-Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

:-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

:-Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

:-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

:-Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

:-Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

:-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...




on Leave a Comment

Kisah Seram - Penjaga Apartment



Cerita ni pengalaman aku sendiri, sebenarnya dah agak lama. Kali pertama aku pergi ke Pulau Langkawi bersama keluarga. Memang seronok masa tu, sebab masa kitorang sampai ke sana, kebetulan LIMA ataupon Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition sedang berlangsung.  

Bagi yang tak tahu LIMA tu apa, ianya pertunjukkan pesawat-pesawat dan kapal laut antarabangsa.Jadi paham-paham la kan, banyak hotel, chalet dan rumah penginapan dah sold out macam pisang goreng panas. Malam pertama kat sana kitorang kena tipu dengan "ulat". Tidur kat bilik sempit, dapat 4 bilik je. Orang ramai lak kan, memang tak selesa. Hari kedua kitorang cari tempat lain, Alhamdulillah kitorang jumpa sebuah apartment untuk disewa. 

Apartment ni memang selesa la. Tapi yang aku pelik, kenapa tak ada orang duduk or sewa kat situ. Mungkin baru check out kot. Ok takpe, mungkin dah rezeki kitorang dapat appartment tu. Siang hari tak ada ape yang mencurigakan kat rumah tu. Tapi menjelang malam, aku orang pertama yang rasa curiga. Apa taknya, sedang aku dengan abang dan ayah menonton bola sepak, EPL kat tv, aku dengar ada orang tekan loceng. Masa tu dah lebih pukul 12 malam. Aku pun cakap kat abang, "Ada orang kat luar tekan loceng, pegi la buka pintu". Tapi abang aku buat muka selamba dan dia cakap tak ada pon dengar ade bunyi loceng. Aik, biar betul. Aku dengar bunyik loceng tu skali lagi. "Haaa..Dengar tak?Ade orang la kat luar, tuan rumah datang kot nak bagi bantal." Sekali lagi abang dan ayah buat selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dah semua orang tak nak tengok siapa yang datang, aku pun bangun pergi buka pintu. Bila aku buka pintu tu, tak ada sorang pon depan pintu. 

Puas aku cari merata tapi memang tak ada orang. Yang paling best, aku tengok loceng tu dah rosak. Siap terkeluar lagi wayar loceng tu, tempat nk tekan loceng tu pon dah tak ada, dah jahanam. Kalau dah rosak, macam mana boleh bunyi? Bunyi apa yang aku dengar tadi?Aku tutup pintu dan terus sambung tengok EPL macam tak ada apa-apa yang berlaku. Habis je EPL, masing-masing tidur bilik, kecuali aku dengan abang, kitorang tidur kat sofa ruang tamu. 


Malam tu masa tidur aku tak diganggu apa-apa, tapi lain ceritanya dengan mak, kakak dan ayah aku. Keesokkan paginya, bermula la cerita masing-masing. Mak aku bangun nak kencing malam tu, tapi kat dalam toilet ade orang tengah buang air. Dengar bunyi air macam orang tadah air dalam baldi. Mak aku tolak pintu tu, tapi berkunci. Bila dah lama sangat tunggu, dah tak tahan, mak aku nak ketuk pintu bilik air tu. Bila ketuk, boleh pulak buka pintu ni, tak kunci pulak. Tapi tak ada sesiapa pun dalam bilik air tu. Lepas buat ape yang dihajatkan, mak aku tidur semula. 

Kisah yang sama berlaku pada kakak aku. Dia terdengar ada orang mandi di dalam bilik master bedroom. Tapi yang peliknya, suami dia tak dengar apa-apa pun. Ayah aku pulak dapat mimpi. Katanya dalam mimpi tu ade seorang budak lelaki sedang bermain didalam rumah. Budak lelaki tu ditemani oleh ibunya. Mereka berdua berpakaian serba putih dan si ibu tadi bertudung putih. Si ibu meminta maaf kepada ayah aku kerana anaknya yang nakal suka bermain-main dalam rumah. Seram tak? Pagi tu aku pun cakap kat keluarga aku semua apa yang aku dengar malam tu, bunyi loceng yang sebelum ni tak ada sorang pun percaya. Lepas tu kitorang pun cari lah tempat lain kan. Itulah pengalaman aku sewaktu di Langkawi buat kali pertama. Kalau tak percaya, korang cari la apartment ni, aku pon dah lupa kat mana


on Leave a Comment

Maksud Disebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.

Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak

Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.



on Leave a Comment

Punca Mengapa Anda Makan Banyak Kali!




Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.


Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.


(2) Makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.

(5) Tidak minum teh kurang gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.


Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda.


on Leave a Comment

Rahsia Cincin Nabi Muhammad SAW!




Nabi kita Muhammad S.A.W juga ada memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk cincin sahaja.
Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di jari tangan kanan dan ada kalanya di jari tangan kiri.

NABI MEMAKAI CINCIN
    Sangat berlainan pula dengan orang di zaman sekarang, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?

Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.

Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:

Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.

Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.


KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W
    Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun, kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan cincin di jarinya itu,
 
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
 
Maka semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan hingga hari kiamat. Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya itu maka hilanglah kerajaannya.
 
Wallahu Alam…


on Leave a Comment

Di seblik wajah Ayu terselit kekejaman yang mungkin anda terkejut!



Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.
Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.
Tetapi siapakah dia?
Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.
Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.
Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.
Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.
Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.
Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.
Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.
Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.
pag_10_edicion_608_920
Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.
Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.
Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.
Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.
Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.


on Leave a Comment

Akibat Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’ , Neelofa Mengamuk?


Untitled


Sudah menjadi lumrah manusia apabila ramai penonton difahamkan merungut tentang perjalanan AME2015 yang hambar, malah ada suara-suara melabelkan ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’. Betul ke?

Seperti yang telah  dijangka Neelofa menjadi tumpuan buat mata para pemerhati dunia hiburan yang menunggu penampilannya sebagai pengacara di majlis itu.
Bagaimanapun mendapat khidmat pereka Fizi Woo bagi menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.
Mana taknya Fizi Woo menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya… cantik tak?
Malangnya, ada individu dipercayai teman Neelofa sendiri telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram mengkritik rekaan tersebut.
Nak tahu dia cakap apa? Nah, baca sendiri…
imageResize
Dengan membuat perbandingan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015 individu tersebut menulis:
“These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”
Ouch, memang menusuk kalbu betul ungkapan yang dicoretkan individu tersebut.
Namun Neelofa kemudiannya membalas komen tersebut dengan ayat yang kurang pedasnya:
“Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”
Tak cukup dengan itu, Neelofa dan individu tersebut dilihat terus ‘berperang’ dengan komen lanjutan lain. Senang cakap, memang buku bertemu ruaslah.
lofa3
Amboi, tajam juga kata-kata Neelofa terhadap individu tersebut, kan? Tak apalah, masing-masing punya citarasa dan pendapat yang hendak diutarakan.
Senang cakap, setiap manusia perlu memiliki sifat menghormati pihak lain. Kalau tak, haa… jadilah insiden seperti kes ini. Sabar jelah.


on Leave a Comment

Beribu Duit Syiling Tertanam Di Badan Pokok Ini



Fenomena aneh pokok dengan syiling tertanam di seluruh kulit adalah satu misteri berjaya di rungkai, badan pokok dipenuhi telah dikesan di hutan sekitar England terutama pada laluan dari Daerah Peak ke Tanah Tinggi Scotland.


Sebenarnya ia adalah satu kepercayaan sesetengah orang di sana bahawa mememasukkan duit syiling ke dalam batang pokok membuatkan impian mereka termakbul. Pokok-pokok tersebut lebih di kenali sebagai "Wishing Tree" yang membawa tuah apabila dimasukkan duit syiling sambil membuat permintaan.

Selain itu ia adalah sebagai tanda menghormati dewa-dewa yang telah berjuta-juta tahun tinggal di dalam pokok tersebut dan dengan harapan dewa tersebut akan membalas dengan kebaikan.

Apa yang menarik kepercayaan ini telah diamalkan sejak dulu lagi di mana dijumpai pokok-pokok yang mempunyai syiling dari tahun 1700 an lagi.


Duit-duit tersebut telah meleding dan membengkok kerana sudah terlalu lama

Ada satu kejadian berlaku di Wales dimana ada seorang pengusaha perlancongan telah menolak hutan-hutan di sekitar hutan di sana untuk dibangunkan dan beliau terkejut kerana menjumpai 7 batang pokok penuh dengan duit syiling.

Pengusaha tersebut ,Meurig Jones, berkata kepada BBC: "Kami tidak tahu mengapa ia dilakukan apabila kita mula-mula perasan batang pokok itu telah dipenuhi dengan syiling.Saya melakukan beberapa penyiasatan dan mendapati bahawa pokok-pokok digunakan digunakan sebagai "Wishing Tree"

Apabila di tanya kenapa duit tersebut tidak diusik dan dicuri baliau menjawab, "orang yang sakit boleh tekan duit syiling ke dalam pokok dan penyakit mereka akan pergi. Jika seseorang itu mengambil duit syiling keluar walaupun, ia berkata, mereka kemudian jatuh sakit."

on Leave a Comment

Bercakap Dengan Pocong


Pada satu hari, ketika itu di waktu malam yang sungguh hening.. Seorang jejaka sedang menolong emaknya mencuci pinggan di dapur. Sinki di rumahnya terletak berhampiran dengan pintu belakang dan berhadapan dengan tingkap.
Dari sudut tingkap itu ternampaklah cahaya yang samar-samar hasil pancaran lampu neon rumah sebelah. Suasana ketika itu memang dirasakan dapat membangkitkan bulu roma.. Dia pun tidak tahu kenapa dia rajin sangat untuk mencuci pinggan ketika itu.. Dilihatnya pula pinggan yang dicucinya tidak habis, malahan makin bertambah-tambah pula. Tapi dia tak perasan siapa yang menambah pinggan-pinggan itu... 

Segala persoalan dia abaikan begitu sahaja.. Dia terus mencuci pinggan sambil mendendangkan lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussin ft Black. Sedang dia berdendang, tiba-tiba pintu belakang rumahnya di ketuk.. Ketukan itu langsung tidak diendahkan olehnya. Ketukan pintu masih terus berlangsung dengan berselang seli.. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk membuka pintu walaupun jauh dalam lubuk hati sanubarinya mengatakan jangan dibuka pintu itu.. 

Hanya beberapa langkah sahaja yang diambil olehnya untuk menuju ke arah pintu itu. Dia terus memulas tombol pintu  dan pintu itu dikuak seluas-luasnya. Maka terlihatlah di depan matanya  susuk tubuh yang memakai baju seragam putih lusuh berikat-ikat, wajahnya pula hitam tidak jelas.


Dia tergamam melihat susuk tubuh itu. Lalu terpancullah kata-kata dari mulutnya..

Dia: Mahu apa kau ke sini..
Pocong: Aku ke sini ada tujuan. Tujuan aku adalah untuk bertemu dengan engkau. Tuan aku dah mati 10 tahun lepas. Sekarang ni aku tidak bertuan, aku kesini untuk memohon kau menjadi tuan aku.. Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Dia tidak mahu menjadi tuan kepada pocong itu. Namun keengganannya langsung tidak diendahkan oleh pocong itu. Pocong itu terus merayu, dan terus merayu..

Dia:  Aku tak sudi menjadi tuan kau.. Baik kau pergi dari sini. kembalilah ke tempat asal kau. pergi pergi
Pocong: Tolonglah jadi tuan aku.. Aku merayu...

Lantas dia terus membaca ayat kursi. Dibaca dengan sepenuh hati yang bertujuan untuk menghalau pocong itu. Sedang dia membaca kalimah allah itu. Terasa badannya seperti digoncang-goncang. Rupanya Ibunya yang menggerakkan badannya kerana dia tidur meracau-racau.. Kata ibunya "dah setengah jam mak cuba kejutkan kamu. Tapi kamu tak terjaga juga.. kamu mimpi apa ni.." "Tak ada apa mak, cerita esok je la" katanya sambil mengucap.

Sebenarnya entri ini adalah olahan dari mimpi yang aku alami beberapa bulan yang lalu. Ketika itu aku bercuti di kampung. Aku terjaga dari mimpi itu sebelum pukul 3 pagi.. Keesokannya aku bertanya dengan mak apakah petanda mimpi yang aku alami ini.. Boleh pula pocong datang rumah mintak aku jadi tuannya. Gila apa.. Tapi mak kata itu semua mainan tidur.. Harap jangan ada apa-apa la.. 

Sempat juga aku bertanya dengan atuk, katanya mimpi itu betul-betul punya. Pocong tu memang tak bertuan dan sedang berkeliaran mencari tuan baru. Nasib baik aku tak nak jadi tuan dia dalam mimpi tu.. kalau tak masak aku...

**************

Meremang bulu roma semasa menaip entri ni



on Leave a Comment

Senarai hadis palsu di laman web JAKIM. Baca sini --> http://goo.gl/tU3DWu

Senarai hadis palsu di laman web JAKIM. Baca sini --> http://goo.gl/tU3DWuBaca ----> http://ift.tt/1DcWWkq
on Leave a Comment

Warga Emas Potong Zakar Sendiri Selepas Isteri Berubah Hati



Turki – Akibat kecewa ditinggalkan oleh isterinya yang kini bercinta dengan seorang doktor yang lebih muda, seorang pesara Turgut Oymen, 73, mengambil keputusan memotong alat sulitnya sendiri sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Turgut berbuat demikian kerana merasakan kelakiannya itu tidak diperlukan lagi selepas isterinya yang berusia 70 tahun, Nese, berubah hati dan jatuh cinta dengan seorang doktor yang berusia 55 tahun.
Ketika mendapat khabar mengecewakan itu, Turgut sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.
Berita itu disampaikan oleh Nese yang ketika itu berada di Istanbul, kira-kira 500 batu dari kediaman mereka. Nese memaklumkan untuk berpisah dengan Turgut dan tidak akan kembali lagi.
Sebaik mendengar berita itu, Turgut telah pergi ke sungai, lalu memotong alat sulitnya dan membuang ke dalam sungai berkenaan. Dia kemudiannya menghubungi ambulans sementara alat sulitnya itu gagal ditemui.
Menurut doktor, Turgut kehilangan darah yang banyak namun dia bernasib baik kerana masih hidup meskipun sudah berusia.
Turgut kini dalam proses pemulihan dan dia juga sedang dirawat bagi mengatasi kemurungan.
Dalam pada itu, jirannya, Pal Mehmet Koc, 70, berkata, Turgut yang juga bapa kepada enam anak itu amat sedih selepas mengetahui Nese, yang merupakan kekasihnya sejak kecil membuat keputusan untuk berpisah.
“Dia telah menghubungi Nese dan merayu supaya dia kembali, namun Nese memberitahu dia jatuh cinta dengan doktor berkenaan,” katanya.


on Leave a Comment

Kisah Seram Di Genting Highlands


Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit.


Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.

1. Amber Court
KISAH MISTERI DI GENTING HIGHLAND

Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

KISAH MISTERI DI GENTING HIGHLAND


Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria

KISAH MISTERI DI GENTING HIGHLAND

Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “

Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:

“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”

3. First World Hotel

KISAH MISTERI DI GENTING HIGHLAND

Hotel ini yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la
tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu
mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi
sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock

KISAH MISTERI DI GENTING HIGHLAND

Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….
kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…
membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari


on Leave a Comment

Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini





Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:

Sebuah patung dalam koleksi muzium tersebut tersembunyuinya satu jasad seorang rahib yang telah meninggal dunia sekitar tahun 1100 Masihi.

Patung tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan Meander, di mana ianya di imbas menggunakan imbasan CT dan endoskopi, dan dikenal pasti oleh penyelidik mengandungi mayat mumia Buddha Liuquan daripada  Sekolah Meditasi Cina. Patung budha tersebut kini dibawa ke Hungary, dan akan dipamerkan di Hungarian Natural History Museum sehingga Mei 2015.



Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :