ng

ad

on Leave a Comment

Komen Johan Raja Lawak kontroversi Virus tersingkir di MLM 2014

Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.


Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Berikut pula ialah screenshot komen Johan Raja Lawak selepas kumpulan Virus tersingkir semalam di separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Sumber screenshot : Blog Sinarharian-on9

on Leave a Comment

Kisah Malaikat Muncul Membantu Mujahidin Chechnya Dalam Peperangan.. SUBHANALLAH !!!

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain.

Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan. 

Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.

Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga.

Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas.

Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung. Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak.

Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah. Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. 

Komandan Khattab berkata, “Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”. Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas.

 Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.

Laungan Takbir

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir.

Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.

Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik.

Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan.

 Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok. Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. 

Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami. Allahuakbar.

 Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.
on Leave a Comment

Raja Arab Saudi Tinggalkan Barack Obama Kerana Panggilan Allah

PRESIDEN VS RAJA SEGALA RAJA (ALLAH)
Nampaknya kehadiran Barack Obama ke Arab Saudi tidaklah sepenting panggilan Allah. Presiden Amerika dan isterinya ditinggalkan oleh Raja Arab Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ketika protokol diplomasi sedang berlansung. 



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh India.com, Raja Arab Saudi dilihat tergesa-gesa meninggalkan Obama dan delegasinya di lapangan terbang kerana mahu menunaikan solat Asar. Arab Saudi merupakan satu-satunya negara Islam yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara mereka.

Seorang penterjemah menjelaskan perihal pemergian Raja Salman tersebut kepada Barack Obama , bahawa Raja Salman akan segera datang beberapa minit kemudian setelah usai melaksanakan solat Asar .

LIHATLAH! LIHATLAH! SEHARUSNYA KITA JUGA MELAKUKANNYA... JIKA ADZAN WAKTU SHOLAT SUDAH MASUK, AYO SEGERA KITA TINGGALKAN PEKERJAAN KITA. KITA TINGGALKAN DULU BOS KITA DI DUNIA. KITA SEGERA MENGHADAP ALLAH YANG MAHA BESAR UNTUK MENUNAIKAN SHOLAT!

Semoga menjadi pelajaran untuk pemimpin-pemimpin yang lain.
juga menjadi pelajaran buat mereka.
on Leave a Comment

Satu Pengajaran Baik Untuk Adik Neelofa, Ameera

Sebelum ni heboh cerita neelofa memuat naik gambarnya mencetuskan kontroversi kerana adiknya berusia 14 tahun membalas komen di akaun instagram dengan bahasa yang agak kasar disebabkan peminat membalas komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.

Neelofa menjelaskan bahawa adiknya itu masih belum matang dan baru berusia 14 tahun. Di usia itu emosi mengawal minda dan sekiranya dia mengetahui perkara ini bakal menjadi kontroversi sudah semestinya dia tidak akan sesekali memuat naik gambar itu.

“Kalau saya tahu benda ini nak terjadi sudah tentu saya takkan share. Satu gambar sahaja orang beranggapan bermacam-macam spekulasi padahal mereka tidak tahu perkara yang sebenar”

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

seorang maulana yang merupakan saudara kepada pak cik datang kepada saya beberapa kali dan menyebut “merabete! merabete!”. Dia menganggap saya seperti anaknya”

Apabila adiknya itu mencampuri perkara tersebut dia awal-awal sudah memberitahu kepadanya supaya tidak melibatkan dirinya dalam isu tersebut. Walaubagaimanapun, Lofa menjelaskan bahawa tidak adil bagi peminat untuk menyelar tindakannya tersebut kerana Ameera masih berusia 14 tahun dan tidak terlibat langsung dengan dunia seni.

“Tak adil untuk dia. Sepatutnya dia dikira sebagai orang biasa sebab dia bukan artis atau orang yang berada dalam industri dia tak terlibat langsung. Kesianlah dia baru sahaja berumur 14 tahun. Lepas itu saya ada juga bercakap dengan dia supaya perkara ini boleh menjadi pengajaran”

“Sebelum ini saya sudah bercakap juga dengan dia supaya diam sahaja dan tak payah balas balik sebab perkara ini takkan habis, Kalau melawan juga pun tak habis. Tapi dia tak dengar juga bila dah kena hentam teruk dan saya rasakan inilah yang paling teruk sekali sehingga dia tak senang duduk dan trauma. Apa-apa pun, dia belajar daripada kesalahannya,” terang Lofa.
on Leave a Comment

Kecewa Cuba Jual Teruna Tapi Tak Laku

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang dibuat dalam sebuah akhbar untuk melelong terunanya tidak mendapat sambutan kaum hawa.

Mengaku dirinya bukan sekacak Brat Pitt dan bukan juga seorang yang hodoh, Seb Ciercies, 29, nyata kecewa apabila harga yang ditetapkan untuk dirinya iaitu RM3,850, tidak dibida mana-mana wanita.

“Saya tidak faham kerana saya seorang yang berwajah menarik dan menyangka akan ada yang membida lebih tinggi untuk saya.



“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh seluruh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.

Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.

“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan tenaga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya.
on Leave a Comment

A New Baby Costs How Much???

Having a baby is an amazing experience. The pitter patter of little feet, first steps, and the very first "I love you".

The downside? New parents usually underestimate the costs that come along with having a baby - delivery costs, medical care, education costs, and more.

Let HSBC Advance help manage your finances and prepare you for this joyous phase of life.

 

Read more at www.hsbc.com.my

Thumbnew1
This goes out to Malaysians who enjoy traveling and taking pictures.

Enjoyed a fun holiday recently? Upload pictures of your travel adventures to win exciting prizes like travel vouchers and more!

Earn up to RM10

Share this Special
on Leave a Comment

10 Model Kereta Terbaik Dengan Harga Bawah RM55 Ribu Yang Perlu Anda Miliki Mengikut CNN

1. Dodge Dart RM50,638.09 

2. Hyundai Veloster RM54,769.55

3. Fiat 500 RM49,070.99

4. Mazda 3 RM48,121.22

5. Chevrolet Sonic RM48,121.22

6. Ford Fiesta RM41,789.48

7. Honda Fit  RM48,232.03

8. Kia Soul RM44,005.59

9. Scion iQ RM48,327.01

10. Volkswagen Jetta RM49,118.47

....................

Kereta terbaik di Malaysia bawah RM55,000.


on Leave a Comment

nasridean: Hurry! It's your Fiverr bonus

Spend $10 get $5 back, on all Gigs! This offer is valid until the end of January 29 only. Shop now.

Millions of professional Gigs at your fingertips. Get the best services at the best value.
Check out these highly rated Gigs:
Design a logo
SHOP NOW $5+
Create a whiteboard video
SHOP NOW $5+
Fix WordPress Issues
SHOP NOW $5+
Record a message
SHOP NOW $5+
Get all the Gigs you need also in your pocket
Love Fiverr? Connect with us!

The fine print: Spend a total of $10 or more on any number of Gigs by 11:59pm EST January 29, 2015 and $5 will automatically be applied to your Fiverr® account by February 3, 2015. You must redeem the $5 credit by purchasing a Gig by February 9, 2015 or the credit will be deducted from your account. This promotion is limited to one per person and is exclusively for the recipient of this email. For any technical issues faced, please contact Customer Support with the following code: Jan27S10G5. The offer is valid on www.fiverr.com, the Android App or on the iPhone App.

This email was sent to you by Fiverr, Inc. To ensure delivery to your inbox you can add email@newsletter.fiverr.com to your address book or safe list. If you wish to unsubscribe from all future emails, please unsubscribe.

Fiverr, Inc. | 401 Broadway, Suite 1600 | New York, NY 10013, USA

on Leave a Comment

Google Alert - roti kaya

Google
roti kaya
Daily update January 27, 2015
WEB
Gambar ROTIKAYA
ROTIKAYA. Izara Aishah sebagai Liyana dalam siri drama baru adaptasi novel, Mr London Ms Langkawi. Berganding pula dengan hero Zul Ariffin, ...
Google Plus Facebook Twitter Flag as irrelevant
ROTIKAYA berkongsi pautan.
Mira Iera Aii jgn same kn aidil ngn laki u... Aidil to gji sbln 50k... Bgi rita 3k xberbaloi...dia berhak mtk lbih dri to... 7k ke... You must go on rita... Ktrang ...
Google Plus Facebook Twitter Flag as irrelevant
See more results | Edit this alert
You have received this email because you have subscribed to Google Alerts.
RSS Receive this alert as RSS feed
Send Feedback
on Leave a Comment

Apa berlaku apabila mengambil hormon jantina? Baca sini..

Lelaki juga berisiko menghidap kanser payu dara. - Gambar hiasan
HORMON dikatakan memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Paling utama, hormon mempengaruhi mood, kemampuan dan keinginan seksualiti, kesuburan, kesihatan kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan.
Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda. Namun, apa terjadi jika lelaki mengambil hormon wanita?
Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' ghairah bereksperimen dengan ubat-ubatan untuk mengubah penampilan menjadi wanita.
Ini diakui sendiri bekas mak nyah, Mohd. Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin.
Katanya, pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payu dara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.
Selain pil hormon dalam pil perancang, golongan ini turut mengambil suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B.
Mohd. Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.
Mengimbas perjalanannya sebagai mak nyah, Mohd. Khariri yang juga pengasas Persatuan Kebajikan Darul Modahish (PKDM) berkata, dia menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.
Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit 'bercinta' dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.
Kini Mohd. Khairiri mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.
Dalam pada itu, dia menasihatkan agar lelaki yang ingin menjadi mak nyah tidak perlu memilih jalan singkat seperti mengambil pil hormon tanpa nasihat doktor.
Katanya, perubahan fizikal dan masalah kesihatan yang dialaminya kini sangat azab.
Pun begitu, dia bersyukur kerana sudah meninggalkan dunia gelap tersebut.
Fungsi hormonMenurut Pakar Runding Perubatan Estetik, Dr. Alice Prethima, badan kita mempunyai pelbagai hormon antaranya estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid.
Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik.
"Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan stres," ujarnya.
BerbezaSebab itulah lelaki dan wanita mempunyai keperluan hormon yang berbeza.
Tambah Dr. Alice, penyalahgunaan hormon bukan sahaja memberi kesan kepada lelaki kerana wanita yang mengambil ubat hormon tanpa nasihat doktor juga berisiko.
Mengulas kecenderungan golongan mak nyah makan ubat hormon seperti pil perancang keluarga, Dr. Alice memberitahu, ia seperti satu trend dalam masyarakat sekarang.
"Mereka mengambil hormon wanita untuk membesarkan payu dara, melicinkan kulit dan mendapatkan bentuk badan wanita.
"Proses ini tidaklah berlaku dalam masa yang singkat dan sebab itulah ada yang mengambil suntikan, implan dan pembedahan untuk membentuk payu dara dan punggung.
"Masalahnya, ubat-ubat kini boleh diperolehi dengan cara yang mudah dan murah. Ini juga boleh memberi kesan pengambilan ubat hormon yang mungkin tidak selamat selain kesan sampingan ubat itu sendiri," katanya.
Tambah Dr. Alice, penyalahgunaan ubat-ubatan tersebut mendedahkan mereka dengan risiko pelbagai penyakit kronik termasuk kanser payu dara dan prostat.
Kandungan estrogen dalam pil itu meskipun dalam sukatan yang rendah menjadikan darah cepat melekit dan menyebabkan dinding saluran darah menjadi tebal.
Pembekuan darah itu biasanya mula terbentuk di bahagian kaki seterusnya berpindah ke paru-paru, jantung dan otak yang boleh mengakibatkan kematian atau lumpuh.
"Pil-pil hormon estrogen dan progesteron lazimnya disarankan oleh doktor kepada wanita. Penggunaannya boleh membantu wanita mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon dan masalah yang biasa mereka alami seperti keguguran rambut, jerawat dan sebagainya," ujarnya.

on Leave a Comment

SUBHANALLAH! Doktor Rawat Tuan Guru Nik Aziz Terkejut Tak Pernah Terjadi Kepada Pesakit Lain



Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 
Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. 

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.
Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula. 

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 
Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..
Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :