ng

ad

on Leave a Comment

Jiwa-jiwa yang tenang sentiasa merindui tuhannya

Tidak kira samada baik atau jahat seseorang manusia itu, ia tetap datang daripada dzat yang berkuasa yakni Allah. Samada suatu masa dahulu, sekarang atau akan datang. Namun begitu, setelah dilahirkan ke dunia, manusia akan mulai dipengaruhi oleh 2 unsur iaitu baik atau jahat. Bermula sejak itu, manusia akan terpisah kepada 2 golongan, seperti juga halnya di Padang Mahsyar nanti, yakni golongan kanan (golongan yang selalu menegakkan amar ma'ruf dan mencegah nahi mungkar semasa di dunia) dan juga golongan kiri (golongan yang banyak melakukan maksiat). Terdapat satu lagi golongan, namun golongan tersebut adalah lebih tinggi darjatnya di sisi tuhan dan penulis tidak akan membincangkannya di sini kerana kesuntukan ruang dan waktu.

Apa yang penulis ingin sampaikan, golongan kanan adalah terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai hawa nafsunya sehingga ia tunduk. Golongan ini mempunyai jiwa yang tenang (mutma'innah) dan di hari kiamat nanti, akan kembali kepada tuhan mereka, kerana di situlah tempat asal mereka. Kemudian mereka ini akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.

Bagi golongan kiri yang ingkar, yang selalu mengikut telunjuk hawa nafsu dan menjadikan dirinya hamba kepada nafsu, maka golongan ini akan dihumban ke dalam api neraka selama-lamanya atau sehingga suatu tempoh yang ditetapkan oleh Allah.
on Leave a Comment

Komen paling kelakar seorang lelaki mengenai sebuah video di facebook





Sebuah video yang diupload oleh page PenMerah [dot] com mengenai gelagat orang perempuan 
apabila berada di tempat awam mendapat komen yang agak kelakar daripada seorang lelaki. 

Komen yang telah di 'screenshot' tersebut berbunyi :



P.S : Ade tak sesiapa yang mempunyai pengalaman yang sama? Mesti ngeri kan?
on Leave a Comment

AJL (Juara Lagu) 1991 - Laksamana- Gugurnya Bunga Cinta






Persembahan kumpulan Laksamana- Gugurnya Bunga Cinta, Juara Lagu ke-6 (1991).

Vokal yang dilihat amat mantap jika dibandingkan peserta berkumpulan yang lain di dalam Juara Lagu tahun 1991. Penulis merasakan vokalnya paling sempurna iaitu bukan seperti penyanyi yang sedang 'mengawal suara'. Nyanyian yang seiring dengan muzik tanpa terlalu ke hadapan atau terlalu ketinggalan. Dari segi persembahan pentas, penulis tiada komen yang khusus mengenainya.

Kumpulan-kumpulan dan penyanyi solo lain yang berentap di dalam Juara Lagu tahun tersebut termasuklah Ella-sepi sekuntum mawar merah, Kris-tiara, Massa-patahnya sayap malam, Olan-cinta bandar tasik selatan, Mega- Takdir dan Waktu. Juara Lagu tahun tersebut  jatuh kepada kumpulan Mega. Tempat kedua adalah penyayi Shima-setelah aku kau miliki dan tempat ketiga adalah kumpulan Kris.


on Leave a Comment

10 pekerjaan paling berisiko tinggi

10. Juruterbang pesawat


Selain mengambil kira faktor keselamatan diri, juruterbang memikul tanggungjawab  dalam memastikan keselamatan beratus-ratus penumpang yang dibawa bersamanya. Juruterbang juga terdedah kepada risiko hidrasi (kekurangan air dalam badan), insomnia dan kanser kulit.

9.Pengembala haiwan ternakan


Haiwan ternakan jika dalam jumlah yang banyak adalah berisiko untuk mendatangkan kecederaan dan mungkin juga kematian kepada pengembala yang mengembalanya.
8.Pekerja buruh binaan


Tidak dinafikan pekerjaan ini amat berisiko tinggi serta sering dikaitkan dengan kemalangan sejak dahulu lagi.
7.Juruteknik bantuan kecemasan



6.Pasukan keselamatan di dalam operasi

5.Bomba

4.Pemandu jentera berat

3.Pemotong kayu balak



2.Warden penjara


Berisiko menerima ugutan dan ancaman dari penjenayah yang pernah dikawal selia oleh mereka.
1.Pegawai polis


Tempat pertama meduduki carta adalah pegawai polis. Boleh dikatakan mempunyai pelbagai jenis risiko yang ada bagi sesuatu jenis bidang pekerjaan. Amat bersesuaianlah jika mereka sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana menjaga keselamatan negara agar kekal terjamin.

on Leave a Comment

Sangkakala Kembali Berbunyi NASA Sahkan Bunyi “kiamat” Dari Langit Memang Wujud


KOL

Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.
Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.
Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk.
Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku.
Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.
”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.
Biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi.
Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.
Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya.
Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut.
Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing.
”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dari planet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin.
Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi.
NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar.
on Leave a Comment

Mat Salleh Tak Mengaku Salah Pecah Cermin Kereta



SUSULAN video viral seorang lelaki mat saleh bertindak memecah cermin sebuah kereta akibat perselisihan faham atas jalan raya, individu terbabit, Mc Gruer Kenneth George telah ditahan polis dan dibawa ke mahkamah.

Mc Gruer, warganegara United Kingdom didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan yang dibawa ke atasnya.
Majistret Aina Azahra Arifin memutuskan Mc Gruer diikat jamin sebanyak RM1,000.
Memetik Rakyat Post, kes berkenaan akan disebut semula pada 4 Disember depan.

Kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang pada Ahad lalu, yang mana Mc Gruer bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Myvi selepas penumpang kereta itu dipercayai menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya. - PENAMERAH


on Leave a Comment

Inilah WAJAH SYAITAN Yang Telah MEROGOL Gadis 11 Tahun Hingga MENGANDUNG !



Pemandu Lori Didakwa Perkosa Budak 11 Tahun Sampai Lahirkan Anak, Tersengih Selepas Mengaku Tak Bersalah
Seorang pemandu lori sempat melemparkan senyuman selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan perkosa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Dia dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kikir, Bahau.

Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan bayi lelaki secara songsang di sebuah klinik kesihatan di Bahau pada jam 9 pagi, 8 Ogos lalu.

Bayi seberat lebih satu kilogram selamat dilahirkan dan mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia di HTAN akibat radang usus jam 4.40 pagi.

Selepas lebih sebulan menyembunyikan diri, tertuduh akhirnya ditahan polis di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes berkenaan sangat serius membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun, selain mengambil tempoh lama membolehkannya ditahan.

Bagaimanapun, tertuduh diwakili Abdul Aziz Hamzah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban memohon mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan dia diikat jamin.

Sazlina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 daripada seorang penjamin.

Pada masa sama, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan, selain melarangnya mendekati mangsa atau keluarga hingga kes selesai.

Sazlina menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sumber : Metro

on Leave a Comment

Pasti Anda TERKEJUT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada Bayi Ini Sebelum Ditemui MATI !


Jempol: Lelaki kejam yang membuang bayi perempuan dipercayai dalam keadaan masih hidup dengan mulut diikat sebelum ditemui mati di ladang sawit di FELDA Palong 2, di sini, pagi semalam sudah ditahan polis.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan petang semalam bersama kakaknya berusia 28 tahun yang melahirkan bayi itu di rumah mereka di FELDA berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, wanita terbabit dipercayai melahirkan anaknya di rumah pada pagi Khamis lalu dan menyumbat bayi itu dalam plastik sampah sebelum membuangnya.

"Suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan, manakala kakaknya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat bayi perempuan itu ditemui seorang penternak lembu dengan tubuhnya dibalut kain batik dan mulut diikat plastik dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengari.

Penduduk, Rahim Ma'an menunjukkan tempat bayi yang ditemui mati oleh Md Jamil Samad ( kiri ) di ladang sawit di FELDA Palong 2. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
on Leave a Comment

VIRAL Video Terakhir Part 4 Paling Sadis! Time dia pijak Buah dada tu yg paling sakit !


Video part 3 telah ditapis (sensored) kerana suspek telah mengaibkan mangsa.

.


Dalam video ke tiga menunjukkan rakaman mangsa yang dipukul teruk ditanggalkan baju dan buah dadanya dipijak oleh wanita berbaju hitam dalam gambar tersebut. perut mangsa juga di pijak,. di akhir video tersbut menunjukkan wanita yang memukul mangsa itu menggesa agar mangsa dibawa ke balai polis. namun motif nya masih tidak diketahui kerana akhrnya dia yang ditangkap 


][UPDATE]] Berita terkini dan video penuh kes wanita atau gadis gaduh di Bachok Kelantan Part 3 trending dilaman sosial. Susulan penyebaran video part 1 dan part 2 menerusi laman sosial, rata-rata pengguna laman sosial mencari sambungan bahagian part 3. Untuk info, sambungan kes pergaduhan part 3 adalah sangat mengaibkan mangsa dan tidak sesuai untuk tontonan bawah umum. Terdahulu, seorang wanita berusia 20an telah ditahan pihak Polis susulan memukul seorang mangsa. Dalam rakaman video terbabit, mangsa dipukul dengan teruk dan diaibkan ditempat terbuka. Difahamkan motif pergaduhan adalah disebabkan cemburu buta.

gaduh

Punca Pergaduhan Wanita Di Bachok Kelantan Tersebar
Media sebelum ini menyebarkan punca pergaduhan susulan penipuan mangsa dalam perniagaan online. Namun, saksi kenalan rapat mangsa dilaman sosial menafikan pergaduhan akibat penipuan peniagaan online. Saksi menyatakan pergaduhan disebabkan cemburu buta. Difahamkan, teman lelaki suspek telah mempunyai hubungan dengan mangsa selepas mereka berpisah. Info tambahan, teman lelaki suspek adalah anak golongan berada.

punca
Gambar Suspek Kes Pukul Wanita Di Kelantan
suspek 1 suspek 2
suspek 3
suspek 4 suspek 5 suspek 6
Suspek Kini Sudah Ditahan Pihak Polis
ditahan
tangkap





on Leave a Comment

Lelaki Terima PADAH Kerana Buat Bising Ketika Bertembung Dengan SEKUMPULAN Gajah !


THAILAND - Terganggu dengan bunyi bising sebuah motosikal, sekumpulan gajah bertindak menyerang seorang penunggang motosikal ketika mangsa cuba melepasi sekumpulan gajah itu di sebuah jalan di Taman Negara Khao Yai, berdekatan dengan bandar Korat, utara Thailand.

DIfahamkan, penunggang motosikal itu pada mulanya bergerak secara pelahan cuba melepasi sekumpulan gajah itu tanpa menyedari bunyi bising enjin motosikalnya menganggu telinga gajah-gajah berkenaan. 

Berang dengan bunyi itu, sekumpulan gajah terbabit meluru ke arah mangsa dan memaksanya untuk turun dari motosikal itu. 


Takut melihat keadaan itu, mangsa segera melompat dan meninggalkan motosikalnya di bahu jalan serta meminta ampun pada sekumpulan gajah itu agar tidak diapa-apakan. 

Mangsa hanya mendapat motosikalnya kembali setelah gajah-gajah terbabit tenang dan berlalu pergi. 

Susulan insiden itu, pihak taman negara berkata "Penggunaan motosikal akan diharamkan di kawasan Khao Yi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
on Leave a Comment

PANAS!! Giliran Wanita Kelantan Berbaju Putih Pula Di Kenal Pasti ! Mari Lihat Apa Alasannya


on Leave a Comment

VIDEO Ini Membuatkan Seluruh Rakyat Johor Bangga Dengan Raja Mereka !

Seperti yang diketahui ramai, kerabat diraja Johor adalah salah satu kerabat diraja yang sungguh rapat dengan rakyatnya selain Sultan Kelantan, di mana mereka dilihat banyak bercampur dengan rakyat.

Terbaru menjadi perbincangan hangat rakyat terutamannya rakyat Johor, mengenai sebuah video yang memaparkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil mencemar duli dengan mengisar ais di sebuah gerai menjual air batu campur (ABC) di Pontian.

Video berkenaan telah dikongsikan oleh Tnegku Jalil di laman Instagram miliknya di mana memaparkan bagina dengan bepakaian t-shirt hitam dengan tangan kiri berbalut kelihatan bersahaja mengisar ABC berkenaan dengan sambil diperhatikan oleh pemilik gerai.



Terbaiklah Tungku Jalil
Posted by Berita Malaysia Kini on Wednesday, October 21, 2015

Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Tungku Jalil yang mudah bercampur dengan rakyat kebanyakkan.

izal_oriey melalui akaun Instagramnya berkata "tunkujalil memang sempoi, bila nak datang segamat, datang lah mengejut , dkt hospital segamat, nal sangat tgok tunku dgn style sempoi mesra dgn rakyat, pssssttt!! Tunku, kalau turun hospital segamat, cari saya eaksss, nak bergambo."

Sikap Tungku Jalil juga bukan sahaja disenangi oleh rakyat Johor,

khairie1510  berkata "Tunku, bila nk dtg Sabah? :) org Sabah pun minat ngn Tunku." dan nurfairuz_noordin berkata "Saya bukan rakyat Johor tetapi saya dapat rasakan kasih sayang rakyat Johor kepada tunku. Semoga tunku sihat selalu ��"

Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail sebelum ini bergelut dalam melawan penyakitnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser hati dan kini berada dalam fasa pemulihan.
on Leave a Comment

Akhirnya Wanita Kelantan Ini DITANGKAP Dan Cerita PERKARA SEBENAR Yang Berlaku



Ada org ckp ni dia profile budak sluar belang ni..tpi sy x pastila,tpi klu tgk video n muka dlm profile dia ni mmg sama..


SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita dipukul oleh dua wanita lain viral di laman Facebook hari ini.

Laman Facebook Friends of BN mendakwa, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan.

Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dilihat dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan.

Seorang wanita lain pula menendang kepala mangsa beberapa kali.

Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

"Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan," tulis laman itu.

Menurut Friends of BN, kejadian tersebut dikatakan akibat berlaku salah faham yang menyebabkan mereka yang terbabit bergaduh.

Hampir 10,000 pelayar menyaksikan video tersebut menggesa PDRM segera menyiasat kejadian berkenaan.

http://ift.tt/1M4LjjC

ada org reply di fb mcm di bawah,tak pasti betul ke x















namun begitu gadis yang memukul itu telah ditahan oleh pihak polis
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :