ng

ad

on Leave a Comment

Mengejutkan !! Sungguh mengejutkan isi dalam kotak KFC ini

Apa yang mengejutkan sangat ?

Huh !

Gila tak terkejut buka buka kotak KFC ada iPhone 6.

Tambah sweet kalau orang tersayang yang bagi.

Untunglah ada suami macam tu kan ?

on Leave a Comment

FUNNY.Kisah Pelancong Jepun Yang Terkejut Melihat Iklan Burger Benjo

Kisah seorang pelancong dari jepun yang menceritakan kembali ketika beliau berada di bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.

Beliau menceritakan, di suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. Memandangkan beliau terbang melakukan perjalan ke Malaysia khusus untuk pengalaman yang eksotik, jadi beliau memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. Walau bagaimanapun, beliau tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku.

Perkataan itu ialah "Benjo". "Benjo" bermaksud "Toilet" di Jepun, jadi beliau bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan "Benjo" apa yang beliau lihat di papan iklan itu. Ya, ia sememangnya "Benjo". Harganya adalah 1.80 ringgit Malaysia (kira-kira AS $ 0.60), kira-kira separuh harga hamburger mereka. Beliau tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka. Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka. Beliau berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada beliau perlu bersusah payah mencari jawapan itu.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, "Satu Benjo, sila"(One Benjo, Please), kata beliau. Bukan menjawab dengan jangkaan, beliau menceritakan bagaimana telur "Benjo" dibuat di dalam acuan cincin di panggangan, ditambah beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal. Akhirnya, "Benjo" diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya, Jelas beliau.

Di akhir cerita, beliau mengatakan "Anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara di Malaysia. Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan "Benjo" (dalam bahasa jepun " tandas") untuk menggunakan bilik air, seseorang mungkin membuat anda menunggu dan kemudian memberikan anda sandwich telur hangat.

on 2 comments

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa  sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942

Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846
on Leave a Comment

Budak mengaku datang dari masa depan tahun 2035 di facebook

Facebook dihebohkan oleh seseorang yang mengaku berasal dari tahun 2035. Melalui akun facebooknya, orang itu mengaku kalau ia berasal dari tahun 2035 dan kembali ke tahun 2014 dengan membawa misi... Berikut adalah perkenalan orang yang mengaku berasal dari masa depan itu melalui sebuah postingan di facebook...

on Leave a Comment

Perompak acu pisau samun RM1,200

Pemilik sebuah hotel di Jalan Raja Haroun, di sini, kerugian RM1,200 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan pisau yang bertindak nekad menceroboh ruangan lobi hotel itu sebelum melarikan wang.
Dalam kejadian jam 8 malam Sabtu lalu, pekerja wanita terbabit yang berada di kaunter penyambut tetamu terkejut apabila suspek masuk dan terus mengacukan pisau.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan ketika kejadian itu hanya seorang pekerja berada di lobi hotel sebelum suspek merampas RM1,200.
Menurutnya, sebaik merampas wang itu, mereka terus melarikan diri tanpa mencederakan mangsa.
“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dapat merakam imej seorang suspek,” katanya.

Ab Rashid berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti suspek dan memburu mereka.

on Leave a Comment

Model wanita separuh waras selamba badak jalan pakai seluar lukisan di NY

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememang­nya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.

Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.
Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.

Menurut Elite Daily, model berkenaan dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.
Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan dia menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.

Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.

Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.

Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.

Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu.
Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar.

Dia sempat menoleh dan ketawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian.

Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis.
Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille de­ngan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.'

Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai.

Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.

on Leave a Comment

Sebab mengapa tasik yang cantik ini amat berbahaya jika tersentuh airnya

Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!

Tasik yang berada di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.

Ketika Perang Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.

Sebanyak 156 letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.

Hasilnya, kawah besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik. 

Program letupan ini ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang dibenarkan. 

Jika dilihat, Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan. 

Pelawat yang ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif. 

Tasik ini memang sangat berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu, burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana.
on Leave a Comment

[IKTIBAR] Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung

Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. 

Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!

Gambar viral anggota polis wanita sedang memegang sejenis alat

Selepas diupload di lama sosial,gambar anggota polis yang cantik lagi ayu ini telah mendapat sambutan yang hangit dan kemudiannya menjadi viral.jangan kata like sahaja,jumlah share pun mencecah ribuan share!.

Cantik giler kot sampai macam tu sekali..hehe… lepas ni kompom ramai aje lelaki bujang yang beria nak masuk anggota polis kan.tapi jangan pula di tangkap oleh si anggota polis yang cantik lagi ayu ini kang tak pasal jadi viral juga!..haha..
GAMBAR ANGGOTA POLIS CANTIK GILER JADI VIRAL!
on Leave a Comment

(4 Gambar) Guru Biologi Tercantik Di Dunia

Seorang guru matapelajaran biologi di sebuah sekolah di China telah menjadi viral di laman sosial apabila dia diangkat sebagai calon guru biologi tercantik di dunia. Deng Yuan Yuan merupakan seorang guru biologi di sebuah sekolah menengah yang terletak di Jinlin, China. 

Beberapa laman di internet menulis bahawa, dia tidak pernah mengalami masalah pelajar ponteng ketika kelasnya. Bukan itu sahaja, malah tidak pernah ada sebarang laporan bahawa terdapat pelajar yang tertidur ketika sesi pembelajarannya.

Seringkali kita dengar pelajar sekolah begitu tidak berminat dengan subjek biologi, namun tidak bagi pelajar-pelajar didikan guru cantik ini. Tidak hairanlah jika guru wanita ini menjadi guru kegemaran pelajar di sekolahnya.

Dengan rupa paras yang cantik, dia juga mempunyai ketinggian sekitar 180cm yang mana merupakan purata ketinggian seorang model. Malah penampilannya yang selesa dengan mengenakan 'mini-skirt" membuatkan dia guru yang amat menawan.

on Leave a Comment

Juruterbang wanita tarik perhatian

Beijing: China mempamerkan sentuhan wanita di dalam pasukan tenteranya semalam apabila dua juruterbang pejuang wanitanya mempamerkan bakat mereka dalam pertunjukan aerobatik menggunakan jet J-10.
Dua wanita itu berjalan seiring juruterbang lain dengan berpakaian seragam dan berkaca mata hitam sebagai sebahagian daripada pertunjukan pasukan aerobatik tentera udara China, ‘August 1st’ pada pertunjukan udara perdana negara itu.
Mereka sebahagian daripada sekumpulan lima juruterbang pejuang wanita yang tidak didedahkan nama mereka.
Semuanya merekodkan lebih 750 jam masa penerbangan bagi empat jenis pesawat berbeza.
Syarikat keselamatan China dan tentera udaranya dijadualkan mempamerkan senjata dan perisaian terkininya pada pertunjukan udara di Zhuhai minggu ini, termasuk pejuang Stealth J-31 yang baru dan kapal terbang pengangkut tentera terbesarnya.
Selain itu, pasukan tentera udara Russia, ‘Knights’ - yang turut mempamerkan jet pejuang SU-35 Russia - dan Emiriyyah Arab Bersatu juga akan membuat pertunjukan pada acara berkenaan.
‘Black Eagles’ dari Korea Selatan bagaimanapun membatalkan penyertaannya selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana penggunaan T-50, kapal terbang supersonik yang dibangunkan bersama Korea Aerospace Industries dan firma pertahanan AS Lockheed Martin.
Sebaliknya penganjur menaikkan gambar gergasi T-50 untuk membolehkan pengunjung berangan seolah-olah mengambil gambar bersama pesawat itu.

“Memang seronok tetapi tidak sama seperti merasai pesawat yang sebenar,” kata seorang pengunjung. - AFP
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :