ng

ad

on Leave a Comment

Misteri Anak Patung Berwajah Seram Dan Bergerak Sendiri Ditemui Di Hougang Singapura


Warga twitter di Singapura kecoh apabila sebuah anak patung dengan mata di tutup dengan kain putih bertulisan ayat AL-Quran dijumpai diletakkan di tepi sebatang pokok di hougang, Singapura. Apa yang menyeramkan, adalah wajah anak patung tersebut yang menyeramkan. Terdapat juga dakwaan anak patung yersebut bergerak-gerak dengan sendirinya!!
1
Menurut beberapa pengguna twitter, patung itu adalah milik seorang yg dikenali sebagai Narcosis (@S_chadenfreude) di laman twitter. Menurut Narcosis, anak patung itu adalah kiriman pos dari seseorang. Menurutnya lagi, anak patung itu bukan seperti anak patung biasa. ia sebenarnya berpuaka! beliau juga menerangkan mengapa mata anak patung itu harus ditutup dgn kain.

2
3
4
Ketika anak patung itu dijumpai di tepi pokok, seorang ustaz yang berpengalaman telah dipanggil untuk membantu.
5
on Leave a Comment

Penyakit paling berbahaya



Penyakit paling berbahaya biasanya disebabkan oleh virus. Kebanyakan penyakit juga dikatakan berpunca daripada virus. Ada teori mengatakan penyakit kanser berpunca daripada virus. Ia berlaku apabila terdapat jenis virus yang dapat mengubah DNA sel sehingga sel tersebut membentuk sel baru yang dipanggil kanser. Walaunagaimanapun tidak semua virus bertindak demikian. Ada virus yang bertindak menghapuskan fungsi sel darah putih yang menyebabkan sistem keimunan badan menjadi lemah dan sebagainya.


Contoh penyakit yang disebabkan oleh virus adalah selesema. Sesetengah kita apabila mendapat selesema akan menganggap ia perkara biasa. Sebenarnya apabila kita selesema, kita harus berjumpa doktor. Ini kerana doktor harus mengesahkan samada selesema tersebut selesema biasa atau sebaliknya.

Selesema walaupun biasa pada peringkat awal, ia pada kes yang terpencil dapat menjadi virus yang boleh membunuh secara tiba-tiba. Oleh itu sentiasalah prihatin terhadap tahap kesihatan anda.
on Leave a Comment

Senarai negara paling progresif untuk tahun 2014. Malaysia di tangga ke berapa?




indeks progresif sosial 2014

Menurut data dari Indeks Progresif Sosial (IPS) bagi tahun 2014 menunjukkan New Zealand berada ditangga teratas diikuti oleh Switzerland, Iceland, Belanda dan Norway. Data ini dikeluarkan oleh The Social Progress Imperative, sebuah badan bukan berkepentingan yang terletak di Amerika Syarikat.

Dari keseluruhan 132 buah negara yang diindeks, Malaysia berada di tangga ke-45 mengatasi negara-negara seperti China, Arab Saudi, Thailand dan Indonesia. Negara yang popular di rantau Asia Tenggara ini iaitu Singapura pula didapati tidak tersenarai di dalam 132 buah negara untuk tahun ini.

IPS dilakukan dengan mengambil kira peluang, keperluan asas, dan kesejahteraan rakyat.
on Leave a Comment

Lima anak kahwin serentak

  • Lima anak kahwin serentakAriffin (kiri) dan Fatimah (kanan) menunjukkan isyarat ‘lima’ dan ‘bagus’ sebagai tanda lima anaknya mendirikan rumah tangga.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Majlis perkahwinan anak pasangan, Che Ariffin Abd Manaf, 54, dan Sharifah Fatimah Syed Hussain, 50, di Seri Aman, Lorong Seri, dekat sini, dimeriahkan dengan sambutan lima menantu serentak.
Kelima-lima anak pasangan, Farhana, 28, Mohd Farhan, 25, Mohd Syafiq, 24, Mohd Anis, 22, dan Mohd Anas, 20, dikatakan menyuarakan hasrat mereka untuk mendirikan perkahwinan secara serentak.
Lima adik beradik berkenaan turut mencipta sejarah tersendiri apabila diarak bersama pasangan masing-masing sejauh 200 meter (m) sehingga ke kediaman mereka dalam cuaca panas terik.

Suap air Yasin
Kira-kira jam 1 petang, perarakan dimulakan dengan anak kedua dari tujuh beradik, Farhana bersama pasangannya, Mohd Shafarin Mansor, 29, diikuti adiknya, Farhan dengan Fatin Fadlilah Mohd Salleh, 25.
Kemunculan Mohd Syafiq dan Syazwani Ghazali, 24, dituruti Mohd Anis bersama Siti Aishah Mohd Noor, 21, serta tidak ketinggalan Mohd Anas dengan isterinya, Nurul Nadjua Izda Mohd Izham, 19.

Kesemua pasangan pengantin dilihat segak mengenakan persalinan berwarna kelabu, manakala ibu bapa mereka sedondon berbaju biru semasa meraikan kehadiran tetamu.

Lebih menarik perhatian, apabila bapa, Ariffin dan ibu, Sharifah, lima adik beradik berkenaan menyuapkan air bacaan Yasin kepada setiap anak dan menantu baru mereka.


Tanda terima menantu
Ariffin berkata, gimik memberi anak dan menantunya minum air Yasin diadakan buat julung kalinya sebagai cara dia gembira menerima kehadiran warga baru dalam keluarga mereka.

Katanya, dia sengaja merancang dan melakukan acara gimik sedemikian sebagai tanda dirinya dan isteri merestui perkahwinan lima anaknya bersama pasangan pilihan hati mereka.

Lebih menggembirakan, katanya, apabila majlis perkahwinan anak menantunya diserikan lagi dengan kehadiran lebih 6,000 tetamu termasuklah ahli keluarga, saudara mara mahupun kenalannya.

Walaupun berhabis kira-kira RM100,000, namun ia berbaloi apabila anaknya gembira, dan puas hati dapat memuaskan hati tetamu.
on Leave a Comment

Biodata Ustaz Harun Din

BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.
Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS
Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
on Leave a Comment

Mengatasi gangguan jin


Oleh Fadhil ZA

 Jika anda curiga bahwa anda mengalami gangguan jin dan sihir yang ditandai dengan sering melihat sesuatu yang orang lain tidak melihatnya, sering mendengar bisikan atau suara untuk melakukan sesuatu, terhalang jodoh, tertutup pintu rezeki, sakit yang tidak bisa ditelusuri secara medis, sering bermimpi buruk dan lain sebagainya.  Lakukanlah test untuk memastikan apakah ada  gangguan sihir atau tidak dengan mendengarkan ayat Rukyah seperti tersebut dibawah ini .
 AYAT RUKYAH DAN TEST GANGGUAN SIHIR

00:00
00:00
DOWNLOAD
Perhatikan reaksi yang muncul ketika mendengarkan ayat rukyah itu, jika muncul rasa mual, mau muntah, anggota tubuh bergerak sendiri, badan terasa panas, jantung berdebar keras, sendawa terus menerus dan lain sebagainya , berarti anda positip mengalami gangguan jin atau sihir.
Untuk menghilangkan pengaruh sihir itu lakukan Rukyah mandiri dengan cara mendengarkan ayat Rukyah tersebut sambil  meletakan tangan kiri diatas dada dan tangan kanan diatas perut. Selanjuitnya  putar tangan kanan yang diatas perut berlawanan arah jarum jam sambil membaca doa :
“Ya Allah ya Jabbar, ya Mutakabbir , ya Dzaljalaali wal ikraam…hamba mohon dengan kebesaran dan kemuliaanMu , keluarkan berbagai penyakit, kotoran dan jin fasik yang berdiam ditubuh hamba ini dengan izin dan kehendakMu. Jangan Kau izinkan mereka menetap ditubuh hamba untuk selama lamaNya”
Jika timbul rasa mual dan mau muntah , dorongkan tangan yang diatas perut kearah leher, kemudian muntahkan semua yang bisa dimuntahkan pada waktu itu. Lakukan semua itu berulang ulang sampai tidak terasa mual dan mau muntah lagi.  Mudah2an semua penyakit , kotoran dan jin fasik itu keluar dari tubuh anda bersama muntah tersebut.
UNTUK PELAKSANAAN RUKYAH MANDIRI INI DAPAT DIPILIH BEBERAPA AYAT RUKYAH SEBAGAI BERIKUT
1. AYAT RUKYAH  SEIKH  FARES ABAD

00:00
00:00
DOWNLOAD
2. AYAT RUKYAH SEIKH MAJED AL JAMIL

00:00
00:00
DOWNLOAD
3. AYAT RUKYAH SEIKH SUDAIS

00:00
00:00
DOWNLOAD
4. AYAT RUKYAH SEIKH AL GHOMIDY

00:00
00:00
DOWNLOAD
Jika gangguan jin itu berasa dari leluhur anda karena pernah ada perjanjian antara leluhur anda dengan golongan jin sebaiknya perjanjian itu dibatalkan dahulu . Sebelum membaca doa diatas lakukan doa pembatal perjanjian dengan mengucapka n iktrar sebagai berikut:
“Ya Allah ya Jabbar ya Mutakabbir….Demi kebesaran dan kemuliaanMu ya Allah mulai hari ini kami  batalkan perjanjian yang pernah dibuat oleh leluhur kami dengan golongan Jin yang tidak pernah  kami ketahui sebelumnya, jangan Kau izinkan mereka mendekati kami mulai hari ini ya Allah”
Perhatikan juga jika ada jimat, benda pusaka  yang bisa menjadi sumber sihir dirumah, siongkirkan semua benda itu dari diri dan rumah anda.

Semoga bermanfaat bagi anda semua.
on Leave a Comment

Mengapa Jin Betina Mencintai Seseorang Lelaki






Pertama kalinya ditekankan bahawa penulis tidak pasti akan gangguan jin ini samada berkaitan dengan saka dan juga samada gangguan boleh bermula sejak seseorang lelaki itu dilahirkan ke dunia, atau selepas dilahirkan ataupun pada salah satu masa kehidupan lelaki tersebut iaitu samada semasa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Penulis menulis adalah berdasarkan pemerhatian dan sedikit pengalaman yang pernah penulis dapatkan daripada mereka-mereka yang pernah mengalaminya.


  1. Jin biasanya adalah makhluk yang lebih banyak melakukan dosa berbanding manusia, walaupun sesetengahnya merupakan jin yang baik seperti jin Islam. Jin juga mempunyai sifat hampir sama seperti iblis dan syaitan iaitu dicipta daripada api.
  2. Seseorang lelaki yang banyak melakukan maksiat ataupun fasiq akan disukai oleh jin kerana sifat jin itu sendiri yang kebanyakannya suka melakukan dosa dan maksiat. Apabila seseorang lelaki gemar melakukan maksiat, maka sudah tentu dia akan menarik jin tersebut untuk berdamping dengannya. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang lelaki yang gemar menonton filem lucah akan menarik jin betina yang menyerupai wanita di dalam filem lucah tersebut untuk berdamping dengannya. Ini menyebabkan jodoh lelaki tersebut menjadi sukar kerana jin betina tersebut akan melakukan pelbagai cara agar jodoh lelaki tersebut sukar. Cepat merasa jemu terhadap pasangan, tiada persefahaman dan sebagainya adalah antara gangguan yang ditimbulkan oleh jin betina tersebut.
  3. Gangguan ini akan berterusan selagi mana ketagihan lelaki tersebut terhadap filem lucah tidak dibendung.
on Leave a Comment

Tabiat Wanita Menurut Tafsiran Kitab Tajul Muluk



Tabiat Wanita Menurut Tafsiran Kitab Tajul Muluk (PERINGATAN: Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.) 1. Jika dilahirkan pada hari ISNIN: Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. 2. Jika dilahirkan pada hari SELASA: Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. 3. Jika dilahirkan pada hari RABU: Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara. 4. Jika dilahirkan pada hari KHAMIS: Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina. 5. Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa. 6. Jika dilahirkan pada hari SABTU: Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan. 7. Jika dilahirkan pada hari AHAD: Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami, taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa sahaja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, cari jalan lain.
on Leave a Comment

Pilot Menangis Umum Kapalterbang Bakal Jatuh

Para penumpang yang dalam penerbangan dari Croatia ke Perancis melalui saat menakutkan setelah pilot mengumumkan pesawat yang mereka naiki akan terhempas dalam masa 6 minit kerana mengalami kegagalan enjin.


Pilot Menangis Umum Kapalterbang Bakal Jatuh

Sambil menangis kapten pesawat mengumumkan mereka hanya ada 6 minit sebelum terhempas. Pengumuman ini menyebabkan keadaan di dalam pesawat gempar.

'When the pilot next came on he was crying. He said we had six minutes before we would crash, but that we should not panic. People were screaming out at the back of the plane.'-daily mail

“Pilot mengingatkkan penumpang bahawa kami hanya ada 6 minit sebelum terhempas,” kata seorang penumpang seperti dilaporkan Daily Mail.

Setelah itu, para penumpang diarah untuk mengenakan jaket keselamatan (life jacket) dan bersiap untuk mendarat di air.

Seorang penumpang, Benjamin Girard menggambarkan pengalaman mengerikan dalam penerbangan Europe Airpost, yang dipenuhi tangisan dan teriakan.

“Dia memberitahu akan melakukan pendaratan kecemasan di laut, dan memperingatkan mungkin ada letupan. Semua orang sangat ketakutan, bahkan ada kru kabin kelihatan sangat panik dan yang lainnya pucat, hanya diam,” kata Girard.

“Kemudian pilot menangis, mengatakan kami memiliki masa enam minit sebelum terhempas tetapi tidak perlu panik. Namun openumpang terus berteriak,” katanya lagi.

Pilot Menangis Umum Kapalterbang Bakal Jatuh
'People were screaming': The plane made an emergency landing at Venice's seaside airport
Setelah beberapa minit yang menakutkan, pesawat itu berjaya mendarat di Lapangan Terbang Marco Polo, di Venice. Lapangan terbang berdekatan pantai tanpa ada kecederaan. Drama mengerikan itu pun berakhir.

Europe Airpost mengakui bahwa ada kepanikan di dalam pesawat. Tetapi menegaskan keselamatan penumpang yang utama.

“Penerbangan menuju Nantes mengalami masalah pada enjinnya. Kapten mengambil keputusanuntuk mendarat di Venesia dan mengumumkannya kepada para penumpang. Itu adalah prosedur yang dilakukan oleh kru pesawat, mendaratkan pesawat dengan selamat di Venive,” ujar jurucakap Europe Airpost.

on 1 comment

6 Gambar: Gagal Uji Bakat Menyanyi, Gadis Cantik Buka Baju…

6 Gambar: Gagal Uji Bakat Menyanyi, Gadis Cantik Buka Baju… - Sayang sekali… muka dan body dah ada, malangnya suara hancur. Kerana gagal dalam uji bakat menyanyi di China, gadis ini nekad membuka baju dalam atau bra yang dipakainya dan membaling br.a tersebut di meja juri.
Mungkin gadis ini sesuai jadi model baju dlam kerana mempunyai penampilan yang menarik walaupun suara tidak merdu – Berdarahidung dot blogspot dot com
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :