ng

ad

on Leave a Comment

Penduduk Kampung Parit Jerman Gembira Jerman Juara



PONTIAN – Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi ini.

Jeritan ‘gol’ memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.

“Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik,” kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.

Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.

Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawanasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.

“Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papantanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini,” kata Mohd Asri.


Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk melawat.

Beliau berkata jamuan khas akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan kemenangan pasukan Jerman itu.

Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.

Kampung tersebut dinamakan sedemikian berikutan terdapatnya bukti kehadiran masyarakat Jerman yang berdagang dan membuka kawasan pertanian di Sungai Peradin suatu ketika dahulu.

Terdapat kesan peninggalan sejarah seperti batu-bata dan tangga batu yang dianggap penduduk generasi tua sebagai bukti peninggalan tentera Jerman.

Dikatakan, ia merupakan penempatan sementara tentera Jerman yang disediakan oleh sekutunya Jepun yang berpangkalan di Singapura, selain Kampung Parit Jerman di Sitiawan, Perak dan sebuah markas di Pulau Pinang pada Perang Dunia Kedua. – BERNAMA
on Leave a Comment

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.
Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini. - Reuters
on Leave a Comment

Ancaman dunia terhadap ekonomi Israel jika rundingan damai gagal


Ketika rejim zionis bersungguh-sungguh membedil Semenanjung Gaza dan Palestin, rupa-rupanya ada ketakutan wujud dalam diri rejim laknat itu berikutan tindakan boikot yang sudah mula diambil penduduk dunia ke atas produk yang ada kaitan dengan mereka.

Perdana Menteri zionis Benjamin Netanyahu menganggap kempen memboikot atau memulaukan produk mereka adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan, demikian menurut laporan Sinar Harian.

Ketika ini kedengaran ancaman dari beberapa negara antaranya Britain memaksa Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar kabinetnya untuk mencari jalan penyelesaian.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel, maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” katanya menurut laporan Jerusalem Post.

Terdahulu, pada Februari lepas Setiuasaha Negara Amerika Syarikat John Kerry turut menyuarakan ancaman boikot oleh negara Uncle Sam itu tetapi jika rundingan damai antara Israel dan Palestin gagal.

“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Menteri Kewangan rejim Yair Lapid turut mengingatkan beberapa kali bahawa jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari negara-negara Eropah, maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta(RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.

Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz pula beranggapan, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.

“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini satu ugutan,” katanya.

Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.

“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri, Dunia sedang memerhati Amerika dalam rundingan damai ini.

“Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggungjawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. 
on Leave a Comment

Gambar Rumah Dato Siti Nurhaliza

 Siti Nurhaliza rupa-rupanya ada 4 buah rumah kesemuanya, banyakkan. Tapi tak kisah la kan. Orang banyak duit, boleh beli banyak rumah. Jom kita tengok antara rumah Dato' Siti Nurhaliza.



 Yang ni dekat Kuala Lipis.rumah ibunda Dato' Siti

 Yang ni dekat Cameron Highlands


 Yang ni dekat Cheras



 Yang ni dekat Bukit Antarabangsa 



on Leave a Comment

Kumpulan 4U2C Dihidupkan Kembali Dengan Anggota Terbaru





Siapakah anggota ForUToC yang paling comel sekali dari kanan? 


KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Sekitar awal era 1990-an dahulu, kumpulan 4U2C yang dianggotai tujuh orang anak muda pernah mencetuskan fenomenanya sendiri dalam industri muzik negara dengan lagu Fiona.

Kini selepas 20 tahun, nama kumpulan ini telah muncul semula dalam industri hiburan kita. Dengan hanya mengekalkan seorang anggota asal iaitu Dato` AC Mizal, 4U2C yang dijenamakan semula kepada ForUToC muncul dengan enam anggota baru yang kesemuanya adalah pelawak terkenal tanah air.

Ajak Shiro, Shuib dan Rahim dari kumpulan Sepahtu serta ketiga-tiga ahli kumpulan Bocey iaitu Acey, Fard dan Abam tampil bergandingan bersama Dato` AC Mizal untuk menghasilkan semula ForUtoC generasi baru.

Projek istimewa kemunculan semula ForUToC ini adalah hasil idea Dato` AC Mizal sendiri untuk mengabadi dan memperingati kenangan terhadap 4U2C.

Malah, kumpulan ini baru sahaja melancarkan versi baru Bergema Takbir Di Pagi Raya, lagu yang pernah popular didendangkan 4U2C satu ketika dahulu.

Bagi anda yang ingin mengetahui perkembangan lanjut kumpulan ini, jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP malam ini di mana ForUToC bakal hadir sebagai tetamu jemputan.

Selain hadir untuk mempromosikan kumpulan ForUToC, mereka juga bakal berkongsi pelbagai cerita menarik serta perkembangan terbaru mereka di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pasti anda tidak mahu lepaskan peluang menonton program MeleTOP malam ini bukan?

Jadi jangan lupa untuk bersama hos MeleTOP anda, Nabil Ahmad dan Neelofa yang kini telah berhijab pada malam ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Sumber www.murai.com.my
on Leave a Comment

Pengalaman Felixia sebelum dan selepas memeluk Islam



Selepas beberapa bulan dikritik dan menjadi mainan media, bekas model Playboy Felixia Yeap berkata beliau "akhirnya kembali" selepas gadis berumur 28 tahun itu memeluk Islam hari ini.
Yeap yang mahu nama asalnya dikekalkan selain menambah nama di hadapan berdasarkan mimpi, mahu status kaum Cinanya juga dikekalkan.
"Hari ini saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang dan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya.
"Nama Cina saya (Chin Yee) bermaksud ketenangan dan keanggunan. Saya yang sudah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan keluarga dan kenalan yang sering memberi galakan supaya terus istiqamah. Tidak ada media yang akan hadir," katanya menerusi blognya pagi ini.
Yeap, 28, memilih 5 Ramadan sebagai tarikh untuk memeluk agama Islam sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu sebelum ini mengakui hasratnya untuk memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dulu ajaran agama.
Yeap mengakui sebelum mendekati Islam, beliau pernah mendalami agama Kristian dan Buddha namun tidak mendatangkan ketenangan jiwa.
Katanya, selepas mengenali Islam, dia lebih bersifat sederhana dan sudah tidak mengimpikan kemewahan yang pernah dikecapinya.
"Saya pernah ke gereja Katolik setiap petang Ahad selama 2 tahun. Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin serta mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
"Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan. Hati saya tidak pernah rasa tersentuh. Sejak saya mula mengenali ajaran Islam, saya lebih reda, tenang dan senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
"Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya seperti mana dulu. Saya tidak lagi rasa teruja dengan kereta sport, beg mahal, kehidupan popular atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah," katanya.
Yeap berkata, rahmat besar bagi dirinya adalah dikurniakan seorang ibu yang sangat memahami hasratnya untuk memeluk Islam.
Katanya, ibunya tetap tabah walaupun disindir saudara-mara kerana memiliki anak perempuan yang mengenakan busana muslimah.
"Rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang Islam dan seringkali disindir saudara mara lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan surat khabar dan sebagainya.
"Ibu tidak membantah malah merestui keputusan apabila saya memberitahu sedang mempelajari Islam dan bercadang untuk memeluknya," katanya.
Jelitawan ini mengakui pesan ibunya sentiasa menjadi pegangan kerana dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai Tuhan.
Katanya, dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam bidang peragaan, bahan seperti arak, rokok dan dadah tidak pernah menjadi amalannya.
"Berbekalkan nasihat ibu iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
"Saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik.
"Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, parti yang paling ‘happening’, rasa ‘happy’, berapa yang boleh dikikis daripada lelaki kaya yang memikat dan mendahagakan kemewahan tanpa mempedulikan harga diri," katanya.
Yeap berkata, tiada guna hidup dengan penuh kemewahan tetapi jiwa rasa kosong dan bergelumang dengan dosa. – 3 Julai, 2014.
on Leave a Comment

GEMPAR!! Seorang Lelaki Mengaku Sebagai Utusan Tuhan

Gambar hiasan

PORT DICKSON – Tanpa diketahui apa motif sebenarnya, seorang lelaki menjemput media menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ke satu sidang media tergempar di bandar ini, semalam.

Menerusi SMS yang dihantar kepada beberapa wartawan media tempatan di daerah ini kelmarin, lelaki dikenali sebagai Balu, 40-an, mendakwa kononnya ada berita menarik mengenai Islam untuk dikongsikan bersama.

Bagaimanapun, sidang media yang diadakan di sebuah pekarangan masjid itu bertukar sesuatu tidak masuk akal apabila Balu mendakwa dirinya sebagai utusan tuhan untuk menyebarkan agama Islam.

Menurutnya, dia telah lama mendapat perintah dari tuhan, namun baru sekarang mahu mendedahkannya kepada umum.

Namun, Balu mengelak untuk memberitahu nama sebenarnya serta melarang jurugambar mengambil gambarnya dengan alasan ia larangan kepada dirinya.

“Saya sudah lama dilantik jadi utusan, semasa saya muda lagi, tapi sekarang baru saya nak beritahu orang ramai.

“Tapi sekarang ini, saya belum boleh beritahu bagaimana saya dilantik jadi utusan tuhan. Tetapi yang pasti, saya diutuskan untuk keselamatan dunia,” katanya.

Dia yang mendakwa sebagai seorang anggota tentera yang sedang dalam cuti peralihan untuk bersara, bagaimanapun kelihatan resah dan tidak selesa apabila diasak pelbagai soalan wartawan yang hadir pada sidang media berkenaan.

Akibat asakan demi asakan, sidang media itu hanya berlangsung kira-kira 15 minit apabila dia kemudian bergegas meninggalkan lokasi.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung kejadian berkenaan.

“Sekiranya individu berkenaan bukan beragama Islam, pihak kami tiada kuasa untuk ambil tindakan.

“Ia disebabkan kami bergantung kepada enakmen jenayah syariah yang hanya boleh diguna pakai untuk mereka beragama Islam sahaja,” katanya, semalam.
- See more at: http://ejeninfo.blogspot.com/2014/07/gempar-seorang-lelaki-mengaku-sebagai.html#sthash.gbzj6MMw.dpuf
on Leave a Comment

Bayi Kembar ini Tidak Sedar Dilahirkan



SubhanaAllah.. Tersenyum seorang apabila melihat video bayi kembar yang tidak sedar sudah dilahirkan. 


Video ini diambil oleh seorang jururawat bernama Rochel dari Perancis yang yang kagum dengan bayi ini yang tidak melepaskan pelukan satu sama lain ketika dilahirkan. 

Tekbik yang digunakan ini dinamakan Baby spa yang merangkumi proses mengurut dan memegang perlahan bayi di tempat mandian selama 10 hingga 15 minit. 

Walaupun nampak rilek tapi jangan mencuba tanpa mereka yang pakar.



on Leave a Comment

Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang?




Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.

Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :