ng

ad

on 1 comment

Kisah Taubat Sultan Perak



Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak. Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.

Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.

“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.

Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.

“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.

“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.

Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”

“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.

“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur kerana Sultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.

“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.

Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.

“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.

Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut. Saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.


                
on Leave a Comment

Superheroes iringi pemergian kanak-kanak 5 tahun

Ketika keranda berisi mayat Brayden Denton dibawa ke tanah perkuburan, enam pengusung memakai kostum seperti Spider-Man, Thor, Hulk, Superman, Iron Man dan Batman bagi mengenang minat mendalam ditunjuk kanak-kanak terbabit ketika hayatnya.

Menurut ibu Denton, Staci, melihat mereka membawa keranda Denton, dia berpendapat pasti anaknya sangat teruja kerana memang itulah dunia yang diimpikannya.
“Sejak April tahun lalu Denton menghidapi kanser otak dikenali Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DPIG).

“Sejak itu dia berjuang untuk sembuh dan menjalani 30 sesi rawatan radiasi,” katanya.

Sepanjang waktu itu, kata Staci, Denton, 5, mengekalkan minatnya terhadap watak adiwira terutama Spider-Man.


Menghargai minat ditunjuk Denton, mereka turut menghadiahkan kek hari lahir dengan tema Spider-Man kepada budak terbabit.

“Walaupun Denton teramat lemah, dia tidak pernah melepaskan peluang menonton Spider-Man,” katanya.
Idea menggunakan watak adiwira untuk majlis pengebumian Denton diilhami ayahnya selepas budak terbabit meninggal dunia pada 8 Mei lalu.

Staci yang memakai baju Spider-Man ketika ditemui berkata, di mata Denton, seseorang yang berpakaian kemas bukanlah individu memakai sut dan tali leher. 
on Leave a Comment

Ada Pihak Sembunyikan Fakta MH370 – Dr M

Dr Mahathir


BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat yakin bahawa ada pihak sedang menyembunyikan fakta penting berkenaan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dalam tulisan di blog beliau www.chedet.cc hari ini,  Dr Mahathir turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana penyembunyian fakta itu, Malaysia dan MAS yang terpaksa berhadapan dengan segala kritikan dan dipersalahkan.
“Ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu, tidak adil kerana MAS dan Malaysia yang kini menerima segala tuduhan,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir turut beranggapan ia hanya membuang masa dan wang untuk pasukan mencari terus mencari serpihan pesawat atau mendengar isyarat ‘ping’ kerana ia bukan kejadian biasa.
Pesawat itu ada di satu lokasi, kemungkinan besar tanda-tanda ia milik MAS seperti logo MAS sudah pun tiada,” katanya dalam blog berkenaan.
Beliau turut memetik satu artikel menarik di laman web Flightglobal.com berkenaan satu paten sistem anti-keganasan yang membolehkan pesawat didaratkan secara automatik jika sesebuah pesawat penumpang dirampas.
Artikel itu ditulis oleh John Croft dan ia pernah dilaporkan oleh Mynewshub.my pada 31 Mac 2014 bertajuk “Paten AS 2006 Mendedahkan Pesawat Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat“.
Boeing menurut artikel itu menerima paten untuk satu sistem yang jika diaktifkan akan membolehkan pihak di darat mengambilalih semua kawalan pesawat sedang terbang dan secara automatiknya akan mendaratkan pesawat ke landasan yang tertentu.
Sistem itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sistem pengesan atau pun dari alat kawalan jauh menggunakan radio atau satelit oleh agensi risikan kerajaan antarana Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) jika dikesan ada cubaan pengganas mengawal pesawat itu.
Menurut Dr Mahathir, Boeing mesti menjelaskan berkenaan sistem ini.
“Saya tidak boleh membayangkan seorang juruterbang melakukan pendaratan di dalam air secara sempurna kemudian secara senyap tenggelam bersama-sama pesawat itu.
“Atas sebab tertentu, media tidak akan mengeluarkan laporan yang menyebut tentang Boeing dan CIA, saya harap pembaca blog ini akan menyedarinya,” kata beliau. 
on Leave a Comment

Penyanyi Lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad Meninggal Dunia



ISU & KONTROVERSI
Penyanyi Lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad Meninggal Dunia
Kau pergi jua, setelah cinta ku kini membara, belum sempat kucurahkan kasihku, kau pergi tak kembali. Begitulah bait-bait lagu yang pernah didendangkan oleh Adam Ahmad.

BACA SELANJUTNYA-------http://filemtempatanterbaik.blogspot.com/2014/05/penyanyi-lagu-kau-pergi-jua-adam-ahmad.html

on Leave a Comment

Kenali Diri Anda




Siapa anda? Anda adalah seorang manusia yang hebat kerana anda dilahirkan daripada benih yang terbaik. Benih yang terpilih daripada berjuta-juta benih.

Anda juga berkuasa untuk menentukan hidup anda kerana anda dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan akal yang boleh menentukan baik buruk dan seterusnya mengubah takdir anda.

Akal merupakan suatu misteri kerana dengannya anda boleh menentukan halatuju anda samada di dalam kehidupan anda sekarang mahupun kehidupan selepas anda mati. Pilihan berada di tangan anda. Inilah istimewanya akal yang dicipta oleh Allah yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk seperti haiwan dan tumbuhan. Mereka juga hidup tetapi tidak diberikan keistimewaan seperti kita. Kerana itu kita berhak mendapat syurga sekiranya  telah melakukan amal kebaikan dengan ikhlas kerana Allah semasa hidup.

Anda juga hebat kerana dilahirkan dengan mempunyai bakat tertentu. Cuba renung sejenak apa bakat terpendam yang anda miliki. Anda akan merasa hebat jika anda menyedari bahawa anda memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Anda mungkin telah banyak kali merasai kegagalan di dalam kehidupan anda. Tetapi anda masih mampu untuk bangun dan berdiri. Mungkin anda masih mencuba dan terus mencuba dan akhirnya anda berjaya juga. Kegagalan dan kejayaan di dalam hidup manusia mungkin sama banyak tetapi keazaman dan kesungguhan anda menyebabkan anda berbeza di antara satu sama lain.


on Leave a Comment

Negara Manakah Yang Paling Ramai Dihuni Yahudi?




Yahudi Ultra Ortodoks

Selama ini tidak banyak data dan peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia.

Negara mana yang paling ramai dihuni oleh orang Yahudi?

Sudah tentu negara yang pertama paling ramai dihuni oleh bangsa Yahudi adalah Israel dengan jumlah penduduknya 5313800 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada peringkat dasar setiap negara, yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keselamatan, budaya, ilmu pengetahuan, teknologi-maklumat, dan bahkan bidang pertanian.

Semakin ramai jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek polisi pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi, cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam 'genggaman' golongan Yahudi.

Ini kerana orang Yahudi selalu membina jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'.

Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling banyak adalah: Amerika jumlah Yahudi 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi dunia), Perancis jumlah Yahudi 491.000 (3.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), kanada jumlah Yahudi 373.000 ( 2.9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Britain jumlah Yahudi 297.000 (2.3% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Rusia 228.000 (1.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Argentina jumlah Yahudi 184.000 (1.4% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia ), German jumlah Yahudi 118.000 (0,9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Australia jumlah Yahudi 103 (0.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), dan Brazil jumlah Yahudi 96,000 (0.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Dari data ini golongan Yahudi yang paling ramai di luar Israel, iaitu di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara 'super power' yang mempunyai pengaruh secara global, baik di bidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keselamatan, dan memberi kesan sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal adanya 'lobbi' Yahudi yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC  yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang ramai, dan sudah masuk dalam semua institusi awam yang ada di Amerika, maka melihat keadaan seperti ini betapa Amerika sekarang ini para pemimpin Israel telah menganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Israel dengan mudah mengawal dasar terhadap negara dan pemerintah Amerika.

Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu 'Trioka' Perancis, Britain dan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi). Disamping Rusia yang sejak zamannya Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Bahkan, sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea adalah Yahudi.

Semua negara Barat, bergabung dalam kumpulan G8 (Kumpulan Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang ramai dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi 'episentrum' (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lain, seperti Amerika, Perancis, Kanada, Britain, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi 'proxi' (tangan) Israel.

Lihat dalam kes konflik di Timur Tengah, sejak wujudnya negara haram "Israel" di tahun 1948 sehingga perang 1956, 1967, 1973 dan serangan Israel di Lebanon 1982 serta perang di Lebanon Selatan 2006. Terakhir pencerobohan Israel ke Gaza, semua menggunakan 'proxy', negara yang sudah di bawah bayang-bayang Israel.
on Leave a Comment

18 KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA


Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyaimanfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan. 


18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. 

Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. 

Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. 

Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 

Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. 

Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. 

Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. 

Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. 

Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. 

Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. 

Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .

Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
on 2 comments

Eksklusif: Setahun Sebelum Peristiwa MH370. Wajib Baca!!!


Bismillahir Rahmanir Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.

Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Sergei Glazyev bersama Presiden Russia, Vladimir Putin
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.

Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankanAncshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.

Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.

Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia.

Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu.

Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.

Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.

Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.
Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.

Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.

Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.

Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.
on Leave a Comment

PENGGODAM ISLAM SEDUNIA LANCAR #OPISRAEL LUMPUHKAN ZIONIS

Menurut laman Facebook Anonymous Malaysia, dijangka pada 7 haribulan April ini seluruh penggodam muslim di dunia akan bergabung untuk melumpuhkan sistem operasi atas talian Israel dengan mensasarkan serangan besar-besaran ke atas lebih 7000 laman web milik kerajaan Zionis.
Projek dinamakan #opisraelbirthday ini akan menghimpunkan penggodam ternama dari dunia Islam dan penggodam bukan Islam yang bersimpati dengan nasib masyarakat Palestin yang ditindas rejim Israel.
Jika dirujuk kepada laman web #opisraelbirthday,  478 laman web Israel sudah berjaya diceroboh oleh para penggodam walaupun tarikh sebenar perang siber itu masih dalam beberapa hari lagi.
Ucapan tahniah dan doa yang terbaik kepada mereka kerana apa yang mereka lakukan itu hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas. Tindakan mereka ini tidak ubah seperti mujahid, tetapi menggunakan akal dan kemahiran yang ada.
Setidak-tidaknya Israel pasti menerima mesej yang jelas bahawa anak muda Islam akan bertindak dalam pelbagai bentuk untuk membela saudara mereka di Palestin.
Bagi mereka yang ingin mengikuti perkembangan serangan siber ke atas Israel ini boleh melawat laman Facebook rasmi Anonymous Malaysia dihttps://www.facebook.com/AnonymousMalaysiaOfficial untuk perkembangan yang terkini.
Angka:
- Lebih 700 Laman Web Israel dijangkan akan diserang.
- Lebih 9000 Laman Web akan dilumpuhkan dan dirosakkan
Laman Rasmi Global : http://opisraelbirthday.com/
#Share #SupportOpIsrahell #Anonymous #MuslimHackers

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :