ng

ad

on Leave a Comment

Sambal belacan antara menu tengah hari Obama di Seri Perdana

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. 

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengahari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.






on Leave a Comment

Tun Mahathir mahu Boeing bertanggungjawab ke atas MH370


Boeing lemah!
Boeing lemah!
Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab dan menjawab setiap persoalan mengenai kehilangan misteri penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beliau mempertahankan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak dengan mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

“Saya kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” katanya dalam entri terbaru menerusi blognya www.chedet.cc, kelmarin.
Katanya, kekecewaan itu diluahkan berikutan MAS dikecam teruk dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan itu adalah pengeluar pesawat itu, Boeing.
Foto
SEORANG waris antara ahli keluarga yang melakukan protes di depan pasukan keselamatan yang mengawal Kedutaan Malaysia di Beijing.

Semalam, MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing, Khamis lalu, berikutan ahli keluarga penumpang tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.
on Leave a Comment

GEMPAR! - [VIDEO] MUNCULNYA BARA API DI YAMAN, TANDA TANDA KIAMAT FENOMENA API HIJAZ


Pada Jumaat 07/06/13 Yaman di kejutkan apabila secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.



Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat munculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.

Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.

Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18) 
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46) 
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)

Saksikan video kejadian Fenomena Api Hijaz .

on 3 comments

Almy Nadia menangis sepanjang majlis pernikahan


PETALING JAYA: Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini.
“Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu.
“Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Sabtu.

Fizz Fairuz akhirnya disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran  RM20,000.
Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.
Beritahu Almy, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan.
“Kami tak rancang apa-apa pun, rancang kahwin sahaja. Yang lain-lain tak terfikir pun sebab Isnin ini Fizz akan sibuk di lokasi penggambaran.
“Yang penting kami dah kahwin. Jadi tiada lagi soalan daripada media mahu pun sesiapa sahaja iaitu bila nak kahwin?” selorohnya.
Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.
on Leave a Comment

Pemimpin NGO Malaysia enggan beri butiran tentang mesyuarat berkaitan Obama


 Semasa lawatan tiga haribeliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. 

Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan. 

Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.

Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri. Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30 minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan pandangan mereka.Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan masih belum dimuktamadkan.

"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya.

Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.

"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden. Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau menjemput kami."Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini," kata Dr Ahmad Farouk.

Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan agama di negara ini."Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara terdahulu," katanya.

Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan Obama.Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menulis: " Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa sehingga selepas acara tersebut.

"Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada ketika ini.

Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok.Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin. ~awani
on 41 comments

Status Terakhir Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi

Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

kubur+bercahaya2
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak meninggal di Hospital KL pada 20 April 2014 jam 8.52 am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer  dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. 

Dan ini ialah status terakhir yang dimuat naik dari facebook miliknya 4 hari sebelum kematiannya.
kubur+bercahaya3

kubur+bercahaya4


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beramal soleh, Amin.


Sedekahkan lah al-Fatihah.

Wallahu'alam.


BACA KISAH SEBELUMNYA Kubur ibu tunggal ini bercahaya ketika dikebumikan (6 gambar)
on Leave a Comment

Dilema pilih mana satu, lelaki tekad kahwini kembar



SEORANG
 lelaki, Mr Wichai (Tao), 24 dari Samut Songkram yang menyara hidup dengan menjual barang-barang lama telah berkahwin dengan kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan, 22 dalam majlis yang diadakan serentak.
Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang. Kedua-dua keluarga meraikan perkahwinan itu dengan kegembiraan.
Mereka bertiga telah berkawan sejak kecil lagi dan bila mereka besar, Encik Wichai tidak dapat memilih antara mereka. Akhirnya, Wichai melamar mereka berdua dengan mengatakan “saya cinta dan ingin mengahwini kamu berdua”. Kembar itu terus bersetuju.
Walaupun banyak gosip dikalangan jiran-jiran, keluarga mereka tetap menyokong perkahwinan ini. Malah ibu pengantin lelaki telah menyiapkan dua bilik pengantin di rumah keluarga Wichai.
Tentang peraturan tidur dalam seminggu pula, Wichai berkata, ” tiga malam dengan Cik Sirintara dan tiga malam lagi dengan Cik Thipawan. Kami akan tidur bertiga di hari Ahad!” Kembar itu pernah berjanji antara satu sama lain untuk tetap hidup bersama, begitu juga dengan pemilihan suami.
on Leave a Comment

Semua Amal Tergantung Dari Niat


Al-Bukhari rahimahullah berkata: Telah mengatakan kepada kami (haddatsana) al-Humaidi, dari Sufyan, dari Yahya bin Sa'id al- Anshari, ia mengatakan: Telah memberitakan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwa ia mendengar 'Alqamah bin Waqqash al-Laitsi mengatakan: Aku mendengar Umar bin al-Khaththab berkata di atas mimbar: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

 إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَانَوَى ٬ فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُوْلِهِ ٬ وَ مَن كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِامْرَةٌ يَنْكِحُهَا ٬ فَ هِجْرَتُهُ إِلَى مَاهَاجَرَ إِلَيْهِ٠ 

“Sesungguhnya segala amal itu tergantung niatnya dan sesungguhnya setiap orang mendapat kan apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya benar-benar kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya adalah karena dunia yang ingin diperolehnya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada tujuannya itu.” 

Ada beberapa masalah penting dari hadits ini, di antaranya sebagai berikut: 

Pertama: Hadits ini adalah hadits shahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Apabila al-Bukhari meriwayatkannya dengan sanadnya maka Anda jangan bertanya lagi, karena al-Bukhari telah memberitahu Anda bahwa hadits itu shahih dengan sanad-nya. 

Sebuah syair menuturkan: 

Apabila Hadzami telah berkata, maka benarkanlah 
Karena, perkataan yang benar adalah yang dikatakan oleh Hadzami 

(Keterangan: Hadzami adalah nama seorang perempuan Arab Yaman di masa jahiliyah. Ia kemudian dijadikan perumpamaan dalam hal ketajaman pandangan seseorang dan kebenaran berita yang disampaikannya penj.) 

Kedua: Hadits ini adalah hadits gharib. Hadits gharib adalah hadits yang pada salah satu tingkatannya hanya terdapat satu perawi saja; tidak ada orang lain dalam tingkatan ini, tidak penting bagi kita apakah pada tingkatan sebelumnya atau sesudahnya prawinya mutawatir (perawinya sangat banyak atau segolongan orang di mana menurut kebiasaan tidak mungkin mereka sepakat untuk berbuat dusta dalam meriwayatkannya), masyhur (perawinya tiga orang atau lebih, walaupun hanya dalam satu tingkatan, dan tidak mencapai derajat mutawatir), atau aziz (perawinya dua orang, walaupun hanya dalam satu tingkatan). 

Ketiga: Mengapa al-Bukhari memulai kitabnya dengan hadits ini? 

Al-Bukhari memulai dengan hadits ini karena setiap perbuatan tak akan diterima kecuali bila disertai dengan niat dan barangsiapa yang melakukan perbuatan tanpa niat maka Allah tak akan nerima perbuatannya Allal SWT berfirman : "Maka barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam, beribadah kepada Tuhannya." (QS. al-Kahfi: 110) 

Ia memulai dengan hadits tersebut seolah ingin mengatakan demikian kepada orang: Saya berniat menulis sebuah kitab untuk umat; saya ingin mempersembahkan sebuah karangan untuk manusia; saya ingin mempersembahkan hadiah dari kalbu saya dan dari buah hati saya, ilmu yang bermanfaat bagi manusia. Maka jika dengan perbuatan ini saya bermaksud mendapatkan keridhaan Allah, saya akan mendapatkan itu, dan jika dengannya saya bermaksud mendapatkan keuntungan dunia, maka saya pun akan mendapatkannya. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (QS. Hud: 15-16) 

Hadits, "Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya," ini merupakan inti hadits-hadits dalam Islam. Imam Syafi'i mengatakan, Seandainya aku mengarang sebuah kitab, niscaya aku tak memulai setiap bab kecuali dengan hadits, 'Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya. 

Abdurrahman bin Mahdi, seorang muhaddits dan kritikus besar mengatakan, Wajib bagi orang yang mengarang sebuah kitab untuk memulainya dengan hadits, Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya. 

Imam Ahmad bin Hanbal, imam Ahlussunnah Waljamaah mengatakan, Inti Islam terletak pada tiga hadits berikut: Pertama, hadits, Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya. Kedua, hadits 'Aisyah, 'Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang tidak berasal dari kami, maka ia tertolak. Dan ketiga, hadits, 'Islam itu dibangun di atas lima dasar. Di dalam sebagian riwayat dikatakan, Atau hadits, Tinggalkanlah apa yang meragu kanmu kepada apa yang tidak meragukanmu, atau hadits an- Nu'man bin Basyir, Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. 

Abu Dawud, seorang faqih dan penyusun kitab Sunan Abi Dawud semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas mengatakan bahwa inti Islam terdiri atas beberapa hadits dan ia menyebutkan bahwa di antaranya adalah hadits, "Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya." 

Hadits ini bagaikan raksasa dan tak ada yang dapat mendakinya kecuali orang-orang besar, seperti Imamal-Bukhari yang menjadikannya sebagai mukadimah bagi kitabnya. Karena, para ulama bertanya-tanya: Mengapa al-Bukhari tidak melakukan apa yang dilakukan oleh Muslim yang menyuguhkan sebuah mukadimah yang menjelaskan metode dan penulisan haditsnya? 

Apa yang dilakukan oleh al-Bukhari dapat dimaklumi karena salah satu dari tiga alasan berikut: 

Pertama: Mungkin ia telah menulis sebuah mukadimah tetapi kemudian mukadimah itu hilang. Ini pendapat yang sangat lemah. 

Kedua: Mungkin pula ia mengambil firman Allah, "Hai orang- orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya." (QS. al-Hujurat: 1) Jadi, ia mendahulukan perkataan Allah, sehingga ia sendiri tidak memberikan mukadimah (pendahuluan) 

Ketiga: Kemungkinan lain dan insya Allah ini yang benar ia merasa cukup dengan basmalah. Cukuplah bagi Anda, kalung itu sesuatu yang melingkari leher. Basmalah itu merupakan mukadimah, muhadharah, dan khotbah. Cukup bagi Anda menyebutkan basmalah di awal kitab. 

Al-Bukhari mengatakan, "Haddatsana (telah mengatakan kepada kami)." Alangkah bagusnya kata haddatsanal Alangkah indahnya kata itu terasa di dalam hati! Sesungguhnya kata itu mengingatkan kita kepada hadits dan ahli hadits. 

Imam Ahmad menuturkan, "Jika Anda melihat seseorang membenci ahli hadits maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq." Mengapa demikian? Karena, dengan begitu orang tersebut membenci sunnah, kemurnian, ilmu, iman, dan hasrat. Ketika membaca hadits tentang kelompok orang yang ditolong, Imam Ahmadmengatakan, "Jika mereka bukan ahli hadits, aku tak tahu siapa mereka." 

Sedangkan Imam asy-Syafi'i mengatakan, "Apabila aku melihat seorang muhaddits dan melihat orang yang mengamalkan hadits, sungguh seolah-olah aku melihat Rasulullah." 

Sebuah syair menuturkan: 

Ahli hadits adalah ahli Nabi 
Seandainya pun mereka tidak bersahabat dengan diri beliau, mereka bersahabat dengan nafas-nafasnya. 

Jika hal ini telah diketahui, maka kita pun mengetahui bahwa kata haddatsana merupakan ukuran yang penting dalam syari'at. Apabila Anda melihat seorang penuntut ilmu sangat memperhatikan kata haddatsana di dalam majelis-majelis, masjid-masjid, dan pertemuan-pertemuan, maka ketahuilah bahwa ia senantiasa mendapatkan kebaikan yang merata, ganjaran yang melimpah, dan keutamaan yang besar. 

Saudara-saudaraku! Al-Bukhari mengatakan: Telah mengatakan kepada kami al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair. Al-Humaidi itu ada dua. Pertama, al-Humaidi yang menghimpunkan Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, dan bukan al-Humaidi yang sedang kita bicarakan ini. Kedua, Abdullah bin az-Zubair al-Humaidi, seorang Syaikh al-Islam yang masanya 200 tahun lebih awal dibandingkan al-Humaidi yang menghimpunkan Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Abdullah adalah anak az-Zubair bin Abdullah bin az-Zubair. Sedangkan Sufyan dalam sanad hadits ada dua, yaitu Sufyan ats-Tsauri dan Sufyan bin 'Uyainah, keduanya merupakan bintang yang bercahaya dalam langit sunnah. 

Apabila seorang perawi mengatakan, "Telah mengabarkan kepadaku," maka artinya: Guruku telah membacakannya kepadaku sendiri dan aku mendengarnya, atau: Aku telah membacanya pada guruku dan ia mendengarnya. Sedangkan apabila perawi mengatakan, "Telah mengabarkan kepada kami," maka artinya adalah: 

Kami telah membaca pada guru kami di mana kami terdiri dari beberapa orang (sekelompok orang). Apabila ia mengatakan, "Aku telah mendengar," artinya ia mendengarnya langsung tanpa ada perantara. 

Di dalam sanad itu Sufyan mengatakan, "Telah mengatakan kepada kami Yahya bin Sa'id." Yahya bin Sa'id ini ada dua. Tetapi di antara para ahli hadits ada yang mengatakan bahwa Yahya bin Sa'id ada tiga: 

Yahya bin Sa'id al-Anshari, seorang tabi'in, lalu Yahya bin Sa'id al-Qaththan, salah seorang sahabat Imam Ahmad, dan Yahya bin Sa'id al-Mishri, seorang yang diperdebatkan oleh para ahli. Jadi, mereka ada tiga. Yahya bin Sa'id mengatakan: Telah mengatakan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwa ia mendengar 'Alqamah bin Waqqash al-Laitsi mengatakan, "Aku mendengar Umar bin al- Khaththab." Anda semua tahu siapa 'Umar, tak perlu lagi dijelaskan siapa dirinya. Kehidupannya dan sejarahnya telah menjelaskan siapa dia sesungguhnya. Semoga Allah meridhainya dan membuatnya ridha. 

Umar mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah saw mengatakan, 'Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya.'" 

Perkara terbesar dalam hadits ini adalah masalah keikhlasan dan mengharap keridhaan Allah dalam beramal. 

Allah SWT berfirman: "Katakanlah, 'Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam [menjalankan] agamaku. " (QS. az-Zumar: 14) 

Allah juga berfirman, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya." (QS. al-Bayyinah: 5) Dalam ayat lain Allah berfirman, "Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih." (QS. az-Zumar: 3) 

Bersih di sini artinya bersih dari kotoran syirik dan bersih dari selain mengharapkan keridhaan Allah dalam melakukan suatu perbuatan. 

Pada jilid ke delapan belas dari kitabnya, Ibn Taimiyah ketika menjelaskan hadits tersebut di atas mengatakan bahwa yang dimaksud dengan niat adalah tujuan dan keinginan. Allah SWT berfirman, "Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (QS. Hud: 15-16) 

Abu Hurairah mengatakan, "Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya orang pertama yang diputuskan perkaranya pada hari kiamat adalah seorang yang mati syahid. Lalu orang itu didatangkan. Kemudian diperkenalkan (diingatkan) kepadanya tentang nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepadanya, dan ia mengenalnya. Allah bertanya kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?" Orang itu menjawab, "Aku berperang di jalan-Mu agar aku mati syahid." Allah mengatakan, "Engkau berdusta. Sesungguhnya engkau berperang agar dikatakan kepadamu bahwa engkau seorang pemberani dan itu telah dikatakan orang." Kemudian diperintahkan agar ia diseret di atas mukanya sampai dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian yang berikutnya adalah seorang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Qur'an. Orang itu pun didatangkan. Kemudian diperkenalkan (diingatkan) kepadanya tentang nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadanya, dan ia juga mengenalnya. Allah bertanya kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?" Orang itu menjawab, "Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya, aku juga membaca Al-Qur'an di jalan-Mu." Allah mengatakan, "Engkau berdusta. Sesungguhnya engkau mempelajari ilmu agar dikatakan kepadamu, 'Sesungguhnya engkau seorang yang alim,' dan engkau membaca Al-Qur'an agar dikatakan bahwa engkau seorang qari dan itu telah dikatakan. Kemudian diperintahkan agar ia diseret di atas mukanya sampai dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian yang berikutnya lagi seorang yang diluaskan rezekinya oleh Allah dan diberikan bermacam-macam harta. Lalu orang itu didatangkan. Kemudian diperkenalkan kepadanya tentang nikmat-nikmat yang Allah berikan kepadanya, dan ia mengenalnya. Allah bertanya kepadanya, "Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?" Orang itu menjawab, "Tidaklah aku tinggalkan suatu jalan yang Engkau inginkan harta di nafkahkan pada jalan itu melainkan aku menginfakkannya pada jalan tersebut karena Mu "Allah mengatakan, "Engkau berdusta. Sesungguhnya engkau melakukan itu agar dikatakan, 'Ia seorang pemurah,' dan itu telah dikatakan. Kemudian diperintahkan agar ia diseret di atas mukanya sampai dilemparkan ke dalam neraka." 

Di dalam kitab as-Sunan terdapat riwayat dengan sanad jayyid yang menyebutkan bahwa Nabi saw bersabda, "Barangsiapa yang menuntut suatu ilmu yang seharusnya dituntut untuk mengharapkan keridhaan Allah tetapi ia hanya mempelajarinya untuk mendapatkan harta benda dunia niscaya ia tak akan mencium bau surga, padahal bau surga dapat tercium dari jarak empat puluh tahun." Dalam hadits dari beliau juga dengan sanad hasan, beliau bersabda, "Barangsiapa yang mempelajari ilmu bukan karena Allah atau menginginkan selain Allah dengannya, maka hendaklah ia bersiap menempati tempatnya di neraka." 

 Allah SWT berfirman:"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir." (QS. al-Isra': 18) 

Allah juga berfirman, "Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi." (QS. al-Isra': 20) 

Dalam sebuah hadits qudsi disebutkan bahwa Allah SWT mengatakan, "Aku adalah sekutu yang paling tidak butuh disekutu- kan; barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan di mana ia menyekutukan yang lain dengan-Ku, maka Aku akan meninggal-kannya dan sekutunya." 

Dalam riwayat Ahmad disebutkan bahwa di hari kiamat Allah mengatakan kepada orang-orang yang berbuat riya, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian berbuat riya kepada mereka, lalu lihatlah apakah kalian mendapati ganjaran pada mereka." 

Jadi, perkara ikhlas adalah perkara yang paling besar dalam Islam. Dalam memberikan pengertian tentang ikhlas, para ulama mengatakan bahwa ikhlas adalah Anda tidak menginginkan selain Allah dengan perbuatan Anda. Mereka juga mengatakan bahwa ikhlas berarti Anda tidak menginginkan pemberi balasan selain Allah. Menurut mereka, ikhlas adalah Anda melakukan suatu perbuatan di mana Anda tidak memperhatikan (tidak mempedulikan) pujian maupun celaan manusia. Pujian manusia tidak membuat Anda bertambah taat dan celaan mereka tidak membuat berkurang ketaatan Anda. Mereka juga mengatakan bahwa ikhlas adalah sesuatu yang tidak diketahui oleh orang sehingga dapat dirusak- nya, tidak pula diketahui oleh malaikat sehingga dapat ditulisnya (dicatatnya), melainkan hanya diketahui oleh Zat Yang Maha Mengetahui segala yang gaib.
on Leave a Comment

MH370: Isteri Pramugara Luah Perasaan, Yakin Insiden Satu KOMPLOT


Isteri Pramugara MH370 Luah Perasaan, Yakin Ini Semua Satu KOMPLOT

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.
Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.
51398147923_freesize23
“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.
Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.
“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.
Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.
“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.
“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.
Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.
Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI
on Leave a Comment

Pembaca Berita TV3 Sebak Baca Luahan Hati Isteri Pramugara MH370

Sebelum ini, kami ada berkongsi kisah luahan hati seorang pramugara nahas pesawat MH370.
Sungguh sedih dan sangat menyayat hati nukilan dan luahan perasaan isteri pramugara, Hazrin Mohamed Hasnan itu.
Terbaru, video rakaman berita TV3 semalam telah menjadi viral di laman sosial di mana siapapun yang melihat video ini pasti berlinangan air mata.
Saksikan video di bawah.
on Leave a Comment

Akibat Terlalu Kacak Lelaki Dapat Mercedes

Memandu kereta mewah merupakan antara impian ramai orang. Sebut sahaja kereta mewah seperti Mercedes, BMW ia 
hanya mampu dipandu oleh golongan kaya sahaja. Namun ia boleh berubah, jika anda benar-benar hensem.
 Mengapa pula? Haa, KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang nasib bertuah seorang lelaki apabila ia menerima 
satu hadiah sebuah kereta Mercedes daripada peminatnya. Pemberian kereta itu adalah disebabkan dirinya dianggap paling kacak 
di dunia. Kacak ke?

hensem

OTTAWA – Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah 
yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang
 dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak 
menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena
 sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar
 juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang
 terkenal Navid Negahban.
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :