Alam Ghaib-Tanda seseorang lelaki dicintai jin betina&Ramalan Jodoh
Select Menu
» » » MH 370 Antara Konspirasi, Hijack dan Alam Ghaib




Sedang kebanyakan pihak mengemukakan pelbagai teori konspirasi, saya juga rasa terpanggil untuk menulis kerana tidak mahu menjadi antara yang terakhir. Jadi di sini saya ingin mengemukakan pandangan yang langsung berbeza dan tiada kaitan dengan apa-apa konspirasi.

Saya mengatakan pesawat itu mungkin telah hilang secara misteri tanpa apa-apa konspirasi. Saya hanya cuma menyuarakan apa yang saya dapat rasakan berdasarkan pengetahuan saya. Tidak memaksa untuk anda menerima pendapat ini jika anda kurang menyenanginya.

Kalau sebelum ini Segitiga Bermuda juga sesuatu yang misteri dengan pelbagai kehilangan jet, aircraft, kapal dan sebagainya , kenapa jika dikaitkan kejadian MH 370 ini dengan apa yang telah berlaku di Segitiga Bermuda menjadi sesuatu yang dipandang sinis? Jika pernah berlaku di sana, tak mustahil juga di sini kan? Dan sudah bertahun-tahun kita tidak mendengar lagi apa-apa peristiwa tentang kehilangan di Segitiga Bermuda, tak mustahil juga kalau ianya kembali menghantui pada masa kini.

Sebagai info, boleh dikatakan terdapat dua kawasan kehilangan kapal dan jet yang kerap berlaku di dunia ini sebenarnya. Yang pertama adalah Bermuda Triangle itu sendiri iaitu di utara lautan Atlantik dan yang kedua adalah di lautan Pasifik berhampiran negara Jepun. Tetapi oleh kerana bilangan kes kehilangan kapal dan jet banyak berlaku di Bermuda sejak akhir 1940an, maka Bermuda Triangle lebih terkenal .

Sejak dari dulu lagi US sering membantu negara-negara yang mengalami kehilangan kapal dan pesawat secara misteri di lautan. Antaranya adalah negara Jepun. US pernah menghantar kapal perangnya melalui perairan di Jepun bagi membantu negara tersebut dalam misi pencarian mereka. Jadi tidak hairanlah jika US sekarang pun melakukan perkara yang sama terhadap Malaysia.

Sejarah kehilangan pesawat bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di dunia ini. Contohnya dalam kes kehilangan pesawat British South American Airways Star Tiger pada 30 Januari 1948  yang melakukan penerbangan dari Santa Maria Island Airport ke Bermuda . Tiada distress call dilakukan dan pesawat hilang tanpa sebarang kesan atau serpihan kemalangan dijumpai. Pesawat itu membawa seramai 25 orang penumpang dan salah seorangnya adalah wira perang dunia kedua iaitu Air Marshal Sir Arthur Coningham.



Pesawat mirip British South American Airways Star Tiger 

Contoh yang lain pula adalah kehilangan 5 buah pesawat tempur milik US yang sedang menjalani sesi latihan rutin dalam tahun 1945. Pesawat tempur tersebut adalah Flight 19 dan kehilangan dilaporkan berlaku di kawasan Bermuda Triangle iaitu di kawasan lautan Atlantik. Cuaca dikatakan sangat baik semasa sesi latihan rutin tersebut. Flight 19 memulakan penerbangan pada pukul 2 petang sebelum hilang dari kawalan pada pukul 3.45 petang (sesi latihan hanya tinggal beberapa minit sebelum pesawat mendarat). Kumpulan SAR (Search and Rescue) iaitu sebuah aircraft PBM Mariner yang mempunyai 13 orang krew  dihantar bagi menyiasat punca kejadian tersebut. Malangnya pesawat tersebut juga akhirnya  mengalami nasib yang serupa seperti Flight 19 iaitu hilang tanpa dapat dikesan di kawasan Bermuda Triangle tersebut. Dikatakan juga ketua kepada 5 buah pesawat Flight 19 iaitu sir Charles Taylor ada menghantar isyarat radio tentang beberapa perkara aneh sebelum pesawat itu hilang dari kawalan control tower. Antaranya mereka (termasuk 4 orang pesawat) menyatakan bahawa mereka telah tersesat di laluan di udara padahal ia adalah laluan yang biasa mereka lalui. Ada juga antara mereka mengatakan ternampak seperti lautan berwarna putih. Sejurus selepas isyarat terputus, menara kawalan mengeluarkan isyarat kecemasan. Sehingga kini tiada langsung berita tentang penemuan pesawat-pesawat ini.

Tidak kira samada jet peribadi atau penerbangan komersial seperti British Airways dan sebagainya, laluan di Bermuda Triangle tersebut adalah merupakan laluan udara biasa bagi setiap jenis pesawat. Ini kerana kejadian pesawat hilang bukanlah sesuatu yang selalu berlaku seperti juga kejadian nahas pesawat. Oleh itu, kawasan Bermuda Triangle hanyalah suatu gelaran tidak rasmi untuk merekodkan kes-kes kehilangan pesawat ataupun kapal yang pernah berlaku. Ironinya, setiap kali misi menyelamat dan mencari dilakukan di kawasan tersebut, ketika itu jugalah keadaan cuaca tiba-tiba menjadi buruk. Akhirnya misi SAR terpaksa ditangguh pada hari yang lain.


Pesawat yang hampir sama seperti Flight 19

Beliau merupakan juruterbang yang sangat
berpengalaman dan memiliki 2500 jam penerbangan 

Hanya selepas suatu peristiwa di mana sebuah kapal yang berlayar dari Kanada iaitu Derbyshire (diambil sempena nama sebuah jambatan di Liverpool, England) hilang dalam pelayarannya ke Kawasaki, Jepun dengan membawa beratus ribu tan bijih-bijih besi dalam tahun 1980 , barulah dikatakan ada kemungkinan peristiwa di Bermuda sebenarnya bukan sesuatu yang misteri lagi.


Kapal Derbyshire dikatakan terputus hubungan tanpa apa-apa isyarat kecemasan (distress call) dilakukan. Kapal tersebut membawa 44 orang anak kapal termasuk 2 orang isteri kepada anak kapal tersebut.  Ketika itu kapal tersebut hanya lebih kurang 200 batu lagi untuk sampai ke Okinawa, Jepun. Ribut taufan dasyat yang berlaku secara tiba-tiba dikatakan menjadi punca karamnya kapal tersebut. Enam minggu selepas kehilangan Derbyshire dilaporkan, sebuah kapal tanker Jepun telah menemui life boat milik Derbyshire. Dalam tahun 1994, Search and Rescue dilakukan dan menemui kapal yang karam tersebut sedalam 4KM di bawah dasar laut.




Kapal ini lebih besar dan lebih kukuh berbanding kapal Titanic. Karamnya kapal ini menjadi suatu tanda tanya dan misteri.

Persoalan juga timbul dengan kehilangan MH 370 secara misteri. Menurut pakar, walaupun transponder dimatikan, radar sebenarnya masih boleh mengesan di mana pesawat tersebut berada kerana terdapat dua jenis radar iaitu radar primer dan sekunder yang mempunyai fungsi tersendiri. Walaubagaimanapun di dalam kes MH 370 ini, kehilangannya adalah misteri kerana tiada kesan atau petunjuk yang dapat dijadikan sebab akan kehilangan pesawat ini.

Tiada distress call, tumpahan minyak yang bukan milik pesawat atau kapal dan juga keadaan cuaca yang baik bukanlah sesuatu yang pelik jika dikaitkan dengan kehilangan pesawat atau kapal kerana kejadian ini pernah berlaku di dalam sejarah. Tetapi ke semua ini juga bergantung kerana kejadian kehilangan MH 370 masih belum boleh dijadikan sesuatu yang konklusif selagi tiada sebarang petunjuk ditemui.

Doa dan harapan saya adalah agar misteri kehilangan MH 370 segera berakhir dan misi pencarian menemui kejayaan. Semoga dengan doa kita semua, suatu keajaiban akan berlaku dan segala persoalan akhirnya terjawab.



About D. Nasri

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

Kami tidak bertanggungjawab di atas segala komen yang diutarakan di laman web ini. Juga segala yang terkandung di dalam laman web TAJUL MULUK merupakan pandangan peribadi semata-mata dan tidak boleh disabitkan dengan sebarang tindakan.



Kerajaan

" });
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks




Penawar pelbagai penyakit kronik
http://khaltamarplus1.blogspot.com/