ng

ad

on Leave a Comment

Ammar percaya ibu bapa akan dipenjara


ammarAmmar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).

STOCKHOLM: ”Saya hanya merasakan mereka akan didapati bersalah dan dipenjarakan,” kata anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang difikirkan Ammar, 12, mengenai masa hadapan, dia berkata ibu bapanya seperti akan dipenjarakan sebelum dia dapat bertemu mereka.
Namun, apabila anggota polis wanita Sweden bertanya apa yang difikirkan mengenai masa depannya, Ammar berkata, apa yang dia boleh fikir adalah memeluk kedua-dua ibu bapanya semula.
“Mereka akan masuk ke dalam penjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau bulan. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh bertemu mereka semula,” kata Ammar menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal yang dipertontonkan di mahkamah daerah Solna di sini.
Azizul Raheem Awalluddin, seorang pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya, Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul, menyebabkan mereka membuat laporan mengenainya kepada pihak berkuasa.
Memasuki hari keempat perbicaraan, Azizul dilihat memakai jaket baharu berwarna hitam dan tali leher biru, manakala Shalwati memakai jaket berwarna kelabu bersama dengan baju kurung.
Walaupun Shalwati dilihat sentiasa menulis nota pada minggu lepas, ibu kepada anak orang anak itu kini memberi tumpuan kepada video yang dipertontonkan sejak Isnin lalu.
Dalam temubual yang direkodkan itu, Ammar mengakui dia jarang dipukul oleh ibunya dengan rotan, ‘mungkin dua kali sebulan’.
Dia berkata, bapanya kadang kala menggunakan rotan ketika kelas al-Quran, tetapi tidak pernah benar-benar menggunakannya.
Ketika ditanya bila Ammar teringat saat dia pernah dirotan oleh bapanya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ketika dia mencuri kad kredit ibunya untuk membeli permainan video.
“Saya meminta ibu untuk membelikan alat permainan itu beberapa kali tetapi dia enggan. Jadi saya bertindak mengambil kad kreditnya dan membeli permainan itu sendiri,” kata Ammar.
Namun, Shalwati mengetahui perkara itu, menyebabkan Azizul bertindak memukul anaknya sebagai hukuman.
Ammar berkata, hukuman itu kekal diingatannya kerana dia merasakan bapanya lebih mementingkan wang berbanding dirinya.
“Saya melihat bapa benar-benar marah pada ketika itu,” kata Ammar.
Ini bukan kali pertama Ammar memberitahu bahawa adik-beradiknya yang lain turut dipukul kerana mencuri.
Ammar sebelum ini berkata, kakaknya Aishah turut dipukul beberapa kali kerana mencuri wang dan coklat.
Pada 10 Februari, Shalwati dan Azizul didakwa di atas tuduhan pencabulan integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera anak-anak mereka.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu dirumah mereka di Spanga, Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Perbicaraan bersambung pada Selasa.-MS
on Leave a Comment

Juliana Evans terlibat kemalangan di Michigan, USA






Gambar dan punca Juliana Evans kemalangan di Michigan - Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih Zizan Razak telah terlibat kemalangan teruk di Michigan, Amerika Syarikat apabila kereta Elektra yang dipandunya dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Akibat itu, bahagian belakang kereta Juliana Evans yang menggunakan BONCENG sebagai nombor plat kemek dan hancur termasuk lampu kanan belakang kereta.

Menurut info yang diberikan beberapa pengomen tegar fanpage Rotikaya, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian seorang pemandu yang hilang kawalan kerana berada dalam keadaan mabuk.

Selain itu, keadaan licin dan berais di Michigan, Amerika Syarikat juga mungkin sedikit menyumbang kepada kemalangan tidak diduga itu.


Setakat ini, info tentang punca kemalangan terbabit masih belum dipastikan kesahihannya namun admin berharap pelakon cantik manis itu berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan. Biasalah kan, kalau dah terlibat kemalangan, macam-macam benda yang difikirkan lebih-lebih jika bukan berlaku di negara sendiri.

Di bawah ini, admin sertakan sekeping gambar Juliana Evans kemalangan dan tiga lagi keping gambar lain beliau yang paling manis dan memukau.

on 1 comment

[GEMPAR] Terowong rahsia di Putrajaya

1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 


2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga. 

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok. 

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh. 

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. 

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat. 

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. 

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya. 

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya. 

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan. 

11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit. 

12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri. 

13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART. 

14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat. 

15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. 

16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. 

17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. 

18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”. 

19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi. 

20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang. 

21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya. 

22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad. 

23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri. 

24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan. 

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya. 

26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar. 

27.Kebangkitan akan bermula dari sini… 
on 1 comment

Ibu bapa guna rotan untuk kawal kami - Ammar



STOCKHOLM 21 Feb - Anak lelaki sulung pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa telah dipukul oleh ibu bapa mereka memberitahu bahawa sebatang rotan telah digunakan untuk ‘mengawal mereka adik beradik seperti hamba.’

"Ia seperti mereka menggunakannya (rotan) untuk mengawal kami. Dan kami ingin membuangnya," kata Ammar, 12, dalam rakaman video yang dimainkan di Mahkamah Daerah Solna di sini.

"Mereka (pasangan tersebut) fikir mereka adalah pemilik hamba dan kami adalah hamba mereka," tambahnya.

Mendengar kenyataan tersebut, ibunya, Shalwati Norshal dilihat mengetap bibirnya dan mula berpeluk tubuh.

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin ditahan sejak 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memaklumkan kepada salah seorang kakitangan sekolahnya bahawa dia telah dipukul, menyebabkan satu laporan polis telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.

Pegawai polis wanita di dalam video terbabit kemudian bertanya kepada kanak-kanak tersebut nama kayu yang digunakan untuk memukul adik beradiknya yang lain.

Ammar memaklumkan kayu tersebut dipanggil rotan dalam bahasa Melayu, namun tidak mengetahui nama kayu terbabit dalam bahasa Inggeris.

Ketika adiknya, Arif mempunyai sedikit kesukaran untuk menggambarkan rotan yang digunakan untuk memukul mereka adik-beradik, Ammar dengan terperinci menjelaskan bahawa ‘ia merupakan kayu berwarna kekuningan, dibuat sama ada daripada kayu atau buluh, agak bengkok dan kira-kira setengah meter panjang.’

Sepanjang temu bual, anggota polis wanita terbabit turut bertanyakan kepada Ammar kegunaan lain rotan tersebut dengan memberikan contoh seperti penyangkut baju turut digunakan untuk menyangkut pakaian.

"Ia (rotan) digunakan untuk memukul benda lain. Saya rasa ia digunakan untuk mengajar. Di Malaysia, dia (Shalwati) gunakan masa mengajar kami mengaji al-Quran. Bila saya tersilap, dia akan gunakannya untuk pukul saya atau memukul ke lantai," ujarnya.

Ketika disoal mengenai bagaimana adik beradiknya yang lain dipukul, Ammar memberitahu adik-adik lelakinya akan ‘berkongsi kesakitan’ tetapi kakaknya, Aishah lebih memendam perasaan.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre, kemudian memaklumkan pihak media bahawa keterangan Ammar tidak disokong dengan bukti-bukti lain dalam kes itu.

"Dia (Ammar) memberitahu banyak perkara yang kononnya turut dilihat oleh orang lain, masalahnya apabila ditanya kepada saksi yang lain, mereka tidak dapat mengesahkannya," kata peguam Sweden itu.
Stahre turut menambah kata, Shalwati kini mengira waktu untuk memberi keterangan dan menjelaskan segala tindakannya.

"Beliau menafikan setiap dakwaan dan berpendapat bahawa kanak-kanak tersebut pada masa itu tidak memberitahu perkara sebenar atau membesar-besarkan cerita atau memberitahu apa yang berlaku di negara lain yang mana cara membesarkan anak atau peraturan dan tradisi masyarakat Malaysia dan undang-undang Malaysia dipraktikkan dan dibenarkan," ujar peguam itu.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spånga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan bersambung 24 Februari ini.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
on 3 comments

Sepasukan askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir 2x ganda sebesar manusia. Selanjutnya....


Sepasukan askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir 2x ganda sebesar manusia. Keliwon ini didapati menyerupai manusia dan kelawar. Makanan keliwon ini adalah darah manusia jadi berhati-hati jika anda ternampak bayangan keliwon.

Menurut kajian, Keliwon adalah Khamis Malam Jumaat. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat keliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita. Malam jumaat keliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang menyeramkan ataupun keras kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan. Selain itu juga dikatakan pada malam ini, para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka.
on Leave a Comment

Maksiat Damansara Berakhir Ngeri

budak hisap gam Maksiat Damansara Berakhir Ngeri

Padah asmara atas kayangan 

DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri.



Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit.
Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk.
Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri.
Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin
Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu.
Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi.
Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat.
”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya.
on Leave a Comment

Cara Mengelak Untuk Disihir Atau Disantau Melalui Makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya di zaman moden seperti sekarang ni, amalan sihir masih lagi berlaku terutama di kalangan masyarakat melayu. Antara punca berlakunya sihir adalah disebabkan perasaan dendam seseorang terhadap orang lain, iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ,ada perasaan benci terhadap seseorang dan sebagainya.


 
Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.
 Jadi Ustaz mohd Zawai Yusoh ada memberikan cara untuk mengelak untuk disihir atau disantau melalui makanan adalah membaca ayat ini 7 kali sebelum makan atau minum.
 


DALAM sebutan rumi :
 ” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “
 Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..
 Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspadalah selalu sebelum makan makanan tertentu terutamanya makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir ini..
on Leave a Comment

Tuala wanita ada virus AIDS

Pеnyebaran bеrіta yаng diаnggаp pаlѕu іni ѕudah bermula ѕеjаk tаhun 2001 lagі ѕеpеrti dіlароrkan mеdiа antаrabаngѕa. Hаkіkаtnуa mеnurut ѕaintiѕ vіruѕ Aidѕ HIV tіdаk bоleh hіduр dіluar bаdаn manuѕiа lеbіh dаrі 48 јаm. Jelaѕnуа реnyеbаrаn bеritа іnі bertuјuаn memburukan Iѕrаеl dan sаbоtaј prоduk yg disоkоng negаra yahudі tеrѕеbut. 

Tіmeѕ Higher Educаtiоn UK : Pіhak bеrkuаsа kesihatаn Nigеrіа mеmuѕnahkаn bеribu-rіbu ѕаmpеl tuala wаnіtа diаgіhkаn ѕecаra реrcumа kераda реlаjar kerаna dakwaаn раlѕu оleh fundаmеntаlіs Islam bаhаwa mеrеkа tеlah tercеmar dengаn vіrus HIV. Keputuѕan іtu diikutі раnggіlаn olеh pеnаѕihаt khaѕ kерada preѕіdеn hаl еhwаl wаnіta untuk sіaѕatan dаkwaan bаhawа реlаjаr di timur laut Unіversitу оf Maіdugurі telah mengalamі ruam dan gatal-gatаl. 

Sаlah sаtu punсa mungkіn telаh diаnggаp sеbаgai pеnggunaаn раd tеrsеbut, уаng dіkеluаrkаn оleh Proсtеr & Gamblе. Titі Aјanаku mеnuliѕ keраdа Inѕtitut Pеnyеlіdіkаn dan Pеmbаngunаn Fаrmаsі Nіgeriа mеndаkwа bаhаwа uјіаn уаng dіjаlankаn оleh Hоsріtal Beѕаr Maіdugurі "pаda sаmреl раd dіеdаrkаn percumа keраda mahaѕiѕwа Unіvеrѕitі Mаіduguri оleh ејеn-ејеn fіrma іtu tеlаh mеndеdаhkan bаhаwa pаd dіpenuhі dengаn viruѕ HIV ". 

Agenѕi Dadah Kebangѕаan bagі Pentаdbіrаn Mаkanаn dаn mеngаrahkan lеbіh bаnyаk uјian ѕеrta-merta, dіmаnа terbuktі tidаk adа sеbarаng kоntаminaѕі арaрun ѕеpеrtimana ruаm dаn gatаl-gatаl yаng dіаlami ѕesetеngаh pеlajаr аdalаh dаri bеkаlаn аir уang tіdak dirawat. 

Prо-Palеѕtіn kumрulаn fundаmentalіs Islam dіtuduh sеngајa mеmulаkаn kemреn mеmburuk-burukkаn terhadap pengilаng multіnаѕionаl уang bеrрangkаlаn dі AS kеrаnа merekа реrсауa syarіkat-ѕуаrіkаt Amеrika mеmbiaуaі Isrаеl


Read more: http://beritahariann.blogspot.com/2014/02/tuala-wanita-ada-virus-aids.html#ixzz2trrqEMmy
on Leave a Comment

"Saya sudah biasa dipukul oleh ibu" - dedah anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden


ANAK pasangan Malaysia yang kini sedang didakwa di Mahkamah Sweden kerana dakwaan penderaan anak-anak dalam keterangan mereka berkata mereka menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka Shalwati Norshal.

Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul.

Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang.

“Saya sudah biasa dipukul oleh ibu.

“Dia selalu memukul saya di belakang dan di kaki, kemudian dia akan menarik telinga saya dan memukul saya di kepala,” kata seorang anak Shalwati.

Sebelum ini Shalwati, seorang guru yang kini mengambil cuti tanpa gaji kerana menemani suaminya seorang Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, mendakwa hanya memukul anaknya itu sekali sahaja.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang bertugas di Stockholm, Sweden kini sedang dibicarakan di Mahkamah Daerah Solna kerana memukul empat anak mereka berusia antara tujuh dan 14 tahun.

Menurut laporan media lain, Azizul ketika soal siasat berkata beliau hanya memukul anaknya pada kali kedua mereka sudah melakukan kesalahan untuk mendisiplinkan mereka.

Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Azizul ialah beliau memaksa seorang daripada anaknya itu untuk duduk di penjuru rumah selama lapan jam tanpa makanan.

Anak Shalwati yang berusia 12 tahun juga dilaporkan telah menulis surat meminta maaf daripada ibunya.

“Ia adalah hanya kemarahan saya yang memulakan semua ini, saya akan menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubahnya,” katanya.

Surat itu dimaklumkan oleh peguam bela Shalwati Kristofer Stahre kerana ia ditemui di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan tetapi surat itu ditolak oleh pasukan pendakwaan untuk dijadikan bahan bukti.

Pendakwa, Ana Arnell pula dilaporkan berkata surat itu tidak diambil kira sebagai bukti kerana ia adalah satu bentuk komunikasi peribadi dalam kalangan ahli keluarga.

Shalwati dan Azizul didakwa memukul anak mereka di rumah mereka di Stockhoml antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.

Mereka berdua bakal berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan enam tahun bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan ditetapkan berlangsung selama 10 hari sehingga 10 Mac depan.

Pasangan itu ditahan pada 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memuduk anak mereka kerana tidak menunaikan solat.
on Leave a Comment

BUDAK 'PEMBULI' DALAM VIDEO KLIP 'LAN TODAK' MENINGGAL DUNIA..... AL-FATIHAH



Masih ingatkah anda kes tiga budak pembuli Sek Men Tun Hussein Onn di Seberang jaya yang menjadi viral dengan video klip Lan Todak tidak lama dahulu ?

Salah seorang daripada pelajar itu dikatakan telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kes langgar lari jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.


Dikatakan, budak yang berbaju merah meninggal dalam kemalangan Jumaat pagi lepas.

Pagi tu semasa dalam perjalanan ke sekolah di SK Taman Inderawasih, motor ditunggang arwah terlanggar motor yang terlibat kemalangan lalu tercampak dan meninggal.

Dia meninggal pada pagi Jumaat. Mayatnya tiba di Surau Tuna pada pukul 12.30 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya pada pukul 1. Arwah Munir, yang berbaju merah dalam gambar di atas telah banyak berubah setelah kes buli itu. Dia banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan gotong royong seperti membersihkan surau/masjid.

Sebelum dia meninggal, dia sempat memohon maaf kepada ibu bapa dan mangsa buli tersebut. Al-Fatihah
on Leave a Comment

Senarai makanan-makanan pelik di dunia

Makanan pelik dan unik menyebabkan sesuatu tempat jadi terkenal. Jika makanan yang dijual lain dari biasa, ia dapat menarik minat penduduk tempatan serta pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan menjamu selera. Sedap atau tidak, biasa atau aneh, akan ditentukan kemudian. Makanan pelik boleh didapati di restoran, di tepi jalan dan juga di rumah penduduk tempatan. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan senarai 10 menu berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan.
Boodog
Lokasi : Mongolia
Info : Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut.
boodog
Balut Egg
Lokasi : Filipina
Info : Telur yang mengandungi embrio itik direbus dan dimakan.
balut-egg
Century Egg
Lokasi : China
Info : Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.
century-egg
Escamoles
Lokasi : Mexico
Info : Hidangan telur semut.
escamoles
Sannakji
Lokasi : Korea
Info : Hidangan sotong kurita hidup dengan bijan dan minyak bijan.
sannakji
Tuna Eyeball
Lokasi : Jepun
Info : Mata ikan tuna digunakan dalam masakan.
tuna-eyeball
Cock’s Combs
Lokasi : China
Info : Balung ayam jantan digunakan dalam masakan.
cockscombs
Fruit Bat Soup
Lokasi : Micronesia
Info : Sup yang menggunakan kelawar buah.
fruit-bat-soup
Smoked Rat
Lokasi : Vietnam
Info : Hidangan tikus salai terkenal di Canh Nau.
smoked-rat
Rocky Mountain Oysters
Lokasi : amerika dan Kanada
Info : Testis lembu, biri-biri dan khinzir yang digoreng.
rocky-mountain-oysters
on 1 comment

Bahaya Jika Tidak Asingkan Tempat Tidur Anak

 
Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.
Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu
I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat
Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.
Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.
Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.
Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.
“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.
“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.
“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.
“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.
“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”
Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”
“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.
“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi
“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.
“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.
Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.
Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”
Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.
“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi
“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.
Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.
Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.
Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?
Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.
Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia.
Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.
Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya
Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.
Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.
Wallahua’lam
on 1 comment

Rejam sehingga mati kerana memiliki akaun facebook



Rakka, Syria : Seorang gadis muda telah dilempar batu hingga mati oleh kumpulan Sunni-militan di Syria kerana mempunyai akaun Facebook. Fatoum Al-Jassem telah dibawa ke mahkamah syariah selepas dia ditangkap menggunakan laman web rangkaian sosial itu di Rakka, Syria.
Mahkamah Syariah mengisytiharkan bahawa penggunaan akaun Facebook boleh menyumbang kepada zina dan perempuan itu patut dihukum sama beratnya hukuman zina iaitu rejam, menurut satu laporan berita yang diterbitkan dalam agensi berita Fars Iran yang memetik laporan yang diterbitkan dalam bahasa Arab - bahasa Al-Rai Al-Youm.

P.S : Kalau dijalankan hukuman ni di Malaysia, alamatnya takkan ada lagi la anak-anak gadis yang akan berfacebook :)
on Leave a Comment

Amaran kepada wanita ! : Guna JARI anda ketika di bilik PERSALINAN !


Anda keseorangan?? Atau berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik HOTEL ?? Anda perlu untuk tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berpikir ada ke orang sedang perhati segala perlakuan anda..
Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.

 

Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.



Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :