ng

ad

on Leave a Comment

Penjelasan kes pasangan ditahan pukul anak tak solat di Sweden


Kata-kata hikmat “Sayang anak ditangan-tangankan” bukan lagi menjadi sesuatu pegangan yang baik kalau berada di negara orang, terutama di Sweden.

Ini kerana sebarang sentuhan yang dianggap sebagai pukulan atau memberi tekanan emosi, akan membawa padah bagi kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak.

“Kanak-kanak adalah tanggungjawab masyarakat di sini,” kata pemandu teksi yang membawa kami di Stockholm.

Sweden negara pertama memperkenalkan pengharaman secara rasmi terhadap hukuman kor-poral pada 1979, diikuti beberapa negara lain di rantau ini.

Tak dibenar tampar

“Kami tidak dibenarkan menampar mereka, malah tidak dibenarkan mengangkat tangan pun. Kalau kanak-kanak itu ada masalah, kami akan cuba membincangkan masalah terbabit untuk menyelesaikannya. Jiran dan guru juga bertanggungjawab untuk membuat laporan, jika mengesyaki kanak-kanak dipukul atau didera secara emosional,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara masyarakat Sweden dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Stockholm membesarkan anak mereka, saya menemui beberapa keluarga di sini.
Betul seperti kata pepatah ‘masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.’

Sejak datang bekerja dan menetap di Stockholm, Pengurus Projek Electrolux, Zainal Abu Khair dan isterinya, Aryati Anuar, banyak belajar dengan mendengar dan melihat persekitaran mereka.

Zainal menceritakan pengalaman menyaksikan peristiwa di sebuah kedai permainan.

“Seorang kanak-kanak menjerit-jerit dan berguling di atas lantai kerana mahukan permainan. Semua orang di kedai itu memerhatikannya. Bapanya dengan tenang memberitahu mengapa permainan itu tidak boleh dibeli.

“Walaupun kanak-kanak itu berusia tiga tahun, bapanya bercakap seperti dengan orang dewasa,” katanya. - bharian
on Leave a Comment

Petua & Rahsia Untuk Awet Muda Mengikut Cara Islam


Siapa yang taknak awet muda? Kekadang umur dah lanjut tapi muka still nampak macam budak budak. Jom kita pratikkan sedikit petua atau rahsia untuk awet muda mengikut cara islam. Tak perlu membazir nak beli makeup tebal tebal bagai untuk cantik. Islam dah gariskan panduan untuk kita.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

on Leave a Comment

Petua & Rahsia Untuk Awet Muda Mengikut Cara Islam


Siapa yang taknak awet muda? Kekadang umur dah lanjut tapi muka still nampak macam budak budak. Jom kita pratikkan sedikit petua atau rahsia untuk awet muda mengikut cara islam. Tak perlu membazir nak beli makeup tebal tebal bagai untuk cantik. Islam dah gariskan panduan untuk kita.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

 
on Leave a Comment

Panduan dan tips penting untuk elak berlakunya jenayah






Maklumat dan Tips Ringkas dan Padat Berkaitan Jenayah

1. Jangan melawan atau jadi hero! 
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis 
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan 
Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank 
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik 
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujang 
Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.

Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.

Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat 
Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam 
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

9. Wanita dan beg tangan 
Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan
Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri 
Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian 
Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan atau laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan, rogol, samun, pecah rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

Selain dari nombor telefon kecemasan 999, PDRM juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 03 - 2262 7555 atau 03 - 2262 6555. Kedua nombor ini adalah untuk kecemasan dan terletak di pejabat Bukit Aman.

Nombor ini selain khusus untuk bantuan kecemasan Polis, ianya juga akan dapat mengerahkan Balai Polis berdekatan untuk bertindak dengan lebih cepat. Talian ini boleh dihubungi dari seluruh Malaysia.
on Leave a Comment

KERONGSANG YANG BERBENTUK TAHI BURUNG MERPATI PADA HARGA RM 7,900 SEBUTIR (11 GAMBAR)

Frances Wadsworth dari Ealing, Londong telah menghasilkan kerongsong yang berbentuk tahi burung merpati yang jatuh dari udara. Kerongsang ini juga dihias dengan kristal dan permata serta dijual pada harga RM 7,900. 


on Leave a Comment

PADAH YANG BERLAKU JIKA TINGGALKAN TIN MINUMAN DALAM KERETA (3 GAMBAR)




Jangan tinggalkan miuman tin dalam kereta dalam cuca dan suhu yang sejuk:




on Leave a Comment

SENJATA RAHSIA KUASA BESAR YANG TIDAK PERNAH DISIAPKAN

Manusia merupakan bangsa yang suka membangunkan senjata demi kepentingan diri-sendiri bagi mengancam mana-mana negara atau agama yang dianggap sebagai ancaman terhadap kewujudannya.

Hal ini telah membawa sesebuah kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membangunkan senjata walaupun senjata yang dibangunkan tidak masuk akal dan dianggap 'gila' di mana akhirnya ia hanya mampu disiapkan setengah jalan dan tidak disiapkan dengan sempurna.

Nak tahu apa jenis senjata tersebut, meh tengok kat bawah ni.


1. Bom Nuklear Lunar

Juga dikenali sebagai Projek 119-A iaitu sebuah program yang dibangunkan untuk mengebom Bulan dengan menggunakan senjata nuklear bagi menaikkan moral dikalangan penduduk Amerika Syarikat selepas berjaya menyaingi Soviet Union dalam perlumbaan angkasa. Walaubagaimana pun, ia tidak pernah dilaksanakan kerana mengambil langkah untuk meletakkan seorang manusia di Bulan adalah lebih baik daripada cuba untuk meletupkannya.


2. Kapal Pengangkut Pesawat Aisberg

Juga dikenali sebagai Projek Habakkuk di mana pihak Britain telah membangunkan pelan semasa Perang Dunia Ke-2 untuk membangunkan sebuah kapal pengangkut pesawat pykrete (kapal campuran kayu, besi dan ais). Ia mengambil suatu tempoh masa yang lama untuk menyedari bahawa ia merupakan satu pembaziran sumber dan menenggelamkan idea tersebut dari dibangunkan.

3. The Flying Dorito

A-12 Avenger II juga dikenali sebagai "The Flying Dorito". Ia merupakan pesawat pengebom 'stealth' yang dibangunkan bagi menggantikan pesawat Grumman A-6 Intruder yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin. Pembangunan pesawat A-12 telah berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan dalam pembuatan telah membawa kepada pembatalan projek ini pada tahun 1991 dengan pembaziran kos sebanyak US$5 Billion.
4. Alat Pemusnah Dunia Pihak Soviet

Ada pihak yang mengatakan ia hanya mitos, namun pada tahun 1990-an, beberapa bekas pegawai tinggi tentera Soviet Union dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dalam satu siri wawancara dengan pihak kontraktor pertahanan Amerika Syarikat, BDM mengakui akan kewujudan alat tersebut yang digelar "The Dead Hand". 

Dikatakan mungkin masih beroperasi sepenuhnya, ia merupakan sistem kawalan nuklear secara automatik yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua Rusia (ICBMs) sekiranya serangan nuklear dikesan dalam bentuk seismik, cahaya, tahap keradioaktifan dan tekanan yang melampaui batas. 

Walaubagaimana pun, kelemahan terhadap bentuk serangan ini telah dikesan dan menggagalkan operasinya.


5. Kapal Terbang Yang Tidak Mendarat

Selain mempunyai pesawat yang mampu mendarat dan berlepas daripada kapal pengangkut pesawat, pihak tentera juga mahukan sedikit kelainan dan daripada itu, Salmon XFV telah dibangunkan di mana pesawat ini akan mendarat dengan menggunakan ekornya. 

Selepas beberapa siri ujian dan penyelidikan, projek ini telah dibatalkan dengan alasan tiada satu pun juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan menggunakan ekor secara menegak.
6. Penceroboh Masa Hadapan

Bayangkan sebuah pesawat pengebom yang direka mampu membawa bom nuklear serta terbang pada ketinggian 15 Kilometer dari paras laut dengan kelajuan 3 kali ganda kelajuan bunyi. Pesawat B-70 Valkyrie sepatutnya mampu menjadi pesawat pengebom impian pada masa hadapan. 

Namun dengan beberapa siri masalah seperti kos yang tinggi, penambahbaikan altitud pada senjata peluru berpandu permukaan-ke-udara, dan pengenalan peluru berpandu balistik antara benua (ICBMs) telah membawa kepada pembatalan projek pesawat ini pada tahun 1961. 

Dua rekaan prototaip pesawat ini sempat digunakan namun satu daripadanya telah terhempas berikutan perlanggaran di udara pada tahun 1966.


7. The Thunderscreesh

XF-84H merupakan pesawat eksperimen turboprop yang dikuasakan dengan enjin turbin yang digabungkan dengan enjin kipas supersonik. Berikutan terlampau banyak kelemahan dari segi aerodinamik dan tahap kebisingan enjin yang terlampau tinggi, iaitu mampu didengar sehingga 25 batu jauhnya sehingga membawa kepada sakit loya yang teruk dikalangan krew penerbangan telah membawa kepada pembatalan projek ini.
on Leave a Comment

Telepathy – Mengetahui sesuatu yang akan berlaku


Istilah telepathy ialah mengesan atau mengetahui sesuatu yang akan berlaku atau sesuatu yang sedang berlaku.  Orang yang ada kuasa telepathy , ada kebolehan untuk mengetahui sesuatu kebaikan atau keburukan yang akan berlaku kepada dirinya , keluarganya , kawan-kawan rapatnya atau orang yang sangat rapat dengannya. Telepati juga berfungsi sebagai pembawa berita daripada Internel Mind , alam roh , alam gaib , Dewa , Tuhan dan sebagainya.
Ramai di kalangan kita ada kebolehan untuk mengetahui sesuatu yang akan berlaku. Biasanya orang yang ada kebolehan untuk mengetahui apa yang akan berlaku , akan dapat pesanan tentang celaka yang bakal berlaku contonya : kebakaran , kemalangan , penyakit dan sebagainya. Kuasa telepati biasanya terdapat kepada orang yang melatih meditasi , yoga , berzikir dan orang yang rajin sembayang. Ada juga orang yang tidak membuat sesuatu pun dapat kuasa telepathy tetapi ia adalah suatu kemalangan atau sementara sahaja. Ia akan hilang selepas beberapa lama.

Kegunaan Kuasa Telepathy
  1. Berkomunikasi dengan Internal Mind kita
  2. Mengetahui sesuatu yang sedang berlaku.
  3. Mengetahui sesuatu yang akan berlaku.
  4. Mengetahui celaka , penyakit , kemalangan atau sesuatu keburukan yang bakal menimpa kita.
  5. Mengetahui potensi diri kita .
  6. Mengetahui kebolehan , kelebihan diri kita.
  7. Ia boleh menjadi sebuah petunjuk untuk kehidupan kita.
  8. Mendapat pesanan tentang orang yang ada disekeliling kita.

Apabila sesuatu belum berlaku bagaimana kita tahu ia akan berlaku ?
Adakah semuanya sudah ditentukan ?
Saya tiada jawapan untuk soalan ini.
Setiap orang manusia berhak dapat kuasa telepathy . Manusia pada zaman dahulu mempunyai kuasa telepathy yang kuat , mereka boleh mengetahui apa yang sedang berlaku disekitar dunia dari tempat duduknya. Manusia sekarang sudah menghilangkan kuasa telepathynya kerana dia tidak tahu atau tidak percaya atau tidak mengunakan kuasa telepathynya. Sesebuah kuasa atau energy yang terdapat pada diri kita akan hilang selepas sebuah tempoh jika tidak digunakan untuk masa yang panjang . Ia takkan keluar dari diri kita tetapi kita akan hilang kawalan terhadapnya.


on 1 comment

PM Jawab Kritikan Kenyataan ‘Kangkung’


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ‘kangkung’ sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

“Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

“Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘kangkung’ yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. – BERNAMA
on Leave a Comment

[BANGGA] Rupanya Allahyarham Ibrahim Pendek pernah berlakon di Hollywood


Allahyarham Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.



Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. 

Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.


Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :