ng

ad

on Leave a Comment

Paul Walker tidak sempat habiskan filem Fast and Furious 7

ku-xlarge-1
0112_walkcrash_sp
Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.
Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.
UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.
Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.
Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita.
article-2516303-19BF938300000578-301_964x704
ku-xlarge
ss

sss


Read more: http://www.nescafeais.com/gambar-paul-walker-meninggal-dunia-selepas-terlibat-kemalangan/#ixzz2mCfRoqD6
on Leave a Comment

TERMAHAL DALAM SEJARAH. Belanja Perkahwinan RM 13 Juta Zain dan Che' Ta

Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal bergelar suami isteri pada 11 Disember depan.
SHAH ALAM: Majlis Perkahwinan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendapat tajaan bernilai RM13 juta sekaligus disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.
Syarikat barangan kemas Habib Jewels merupakan penaja terbesar sebanyak RM10 juta selain 27 pihak penaja lain.
Rozita, 40, berkata, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggapnya ia sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan Zain, 29.
"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.
"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu," katanya pada majlis sidang media pengumuman tarikah perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvesyen Setia City di sini pada Isnin.
Antara penaja yang terlibat termasuklah Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari, dan Seri Catering.
Pasangan tersebut mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam.
Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu disaksikan seramai 60 orang tetamu.
Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.
Beritahu pelakon drama Kiah Pekasam itu, selepas bergelar isteri kepada Zain, dia akan memperlahankan pembabitan aktiviti seninya kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga dan perniagaan busana muslimah yang dijalankan sejak 2011.
"Selepas ini saya lebih selektif dalam setiap tawaran lakonan yang diambil dan hanya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
"Kiranya saya akan lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarga," ujarnya.
Zain yang juga merupakan pelakon siri Oh My English pula berkata, dia berharap dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anak Rozita iaitu Ammar Effendi, 16 dan Aniq Ezra, 13.
"Selain itu saya bersama Ammar dan Aniq meminta Rozita supaya masakkan untuk kami setiap kali dia cuti daripada penggambaran," selorohnya.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan.
on Leave a Comment

[GEMPAR] Fiber misteri di dalam nugget McDonald's

Misteri Kandungan McDonald’s Chicken McNuggets - Hari ini diumumkan penyiasatan pertama yang dijalankan di Makmal Forensik Makanan Natural News, cawangan yang berkonsepkan penyelidikan sains di mana kami meneliti makanan di bawah mikroskop dan mencari apa sebenarnya yang ada di dalam makanan itu.
Awal hari ini, saya telah membeli 10 ketul Chicken McNuggets dari sebuah restoran McDonald di Austin, Texas. Di bawah pengawasan yang ketat dan penuh berhati-hati, saya memeriksa nuget tersebut di bawah mikroskop digital berkuasa tinggi, menyangkakan hanya akan menjumpa ketulan kecil daging ayam yang diproses disebalik kerangupan kulit nuget itu.
Tapi, apa yang saya temukan amatlah mengejutkan sekali! Saya telah banyak melihat benda-benda pelik dalam kajian dan penyelidikan ke atas makanan dan nutrisi, namun saya tidak pernah menjangkakan sesuatu yang seperti ini…..
Terkini : Natural News telah menunjukkan beberapa keping foto Chicken McNuggets yang mengandungi “fiber misteri”, seperti yang anda lihat di bawah.
Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets5 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets9 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets10 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets4 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets3 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets8 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets7 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggetsMisteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets6 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets
Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets1 Misteri Kandungan McDonalds Chicken McNuggets
Seperti yang ditunjukkan dalam foto-foto di atas, Chicken McNuggets dipercayai mempunyai kandungan fiber yang pelik yang mungkin sesetengah orang memanggilnya sebagai “Morgellon’s”.
Kami menemui struktur yang kelihatan seperti bulu hitam yang melekat di dalam nuget, juga struktur yang berbentuk seperti telur yang melekat pada bulu atau fiber.
Ia ditunjukkan dengan keterangan yang lebih jelas dalam gambar berkenaan, yang diambil pada 15hb Ogos 2013 di Makmal Forensik Makanan Natural News. Sampel Chicken McNuggest yang sebenar yang digunakan seperti dalam gambar telah disejukbekukan sebagai bukti forensik.
Kami juga menemui tompokan berwarna merah di beberapa tempat, juga objek berbentuk sferikal yang menyerupai alga.
Kami tidak menyatakan atau membuat kesimpulan bahawa objek-objek ini menjadikan Chicken McNuggets McDonald tidak selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, kami percaya bukti bergambar ini mampu mencetuskan penyiasatan FDA (Food Development Association) ke atas kandungan komposisi Chicken McNuggets.
Soalan yang paling utama, dari manakah struktur yang seakan rerambut ini datang? Ini adalah soalan yang paling utama perlu dijawab, memandangkan ayam tidak diproses bersama bulunya. Adakah mungkin terdapat pencemaran bersilang sewaktu memproses Chicken McNuggets? Soalan ini perlu dijawab.
Kongsikan penemuan ini dengan semua orang.s
on Leave a Comment

Lagenda Puteri Santubong

Jika dilihat dan diteliti Gunung Santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring. Gunung Santubong merupakan gunung legenda yang terletak 35km di utara bandar Kuching, Sarawak. Ia setinggi 810 meter, 2658 kaki persegi dari paras laut berada dikedudukan sebuah semenanjung di Buntal.Jika dilihat dari kejauhan ia amat mendamaikan dengan keadaan sekelilingnya sentiasa diselubungi awan dan kabus.
Gunung Serapi merupakan gunung legenda yang terletak 20 km di barat Bandar Kuching, Sarawak. Ia setinggi 911 meter atau 2600 kaki persegi dari paras laut dan berada dikedudukan banjaran Gunung Matang.
Berikut adalah dua versi legenda mengenai puteri santubong buat tatapan dan pengkisahan maklumat sejarah kita.
Versi 1
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah dua puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama tujuh orang saudara lelaki mereka selepas ayahanda mereka, Sultan Brunei dibunuh di dalam satu komplot rampasan kuasa. Memandangkan tujuh putera ini ingin melarikan diri ke Tanah Melayu, mereka perlu menyeberangi Laut China Selatan maka mereka telah bersepakat meninggalkan kedua-dua saudara mereka di Bukit Santubong.
Penduduk kampung berasa hairan dengan kehadiran kedua-dua puteri tersebut kerana mereka tidak pernah melihat kedua-duanya ditambah pula dengan kecantikan mereka yang luar biasa. Mereka dianggap sebagai puteri yang turun dari kayangan. Penduduk kampung dan puteri-puteri ini hidup aman damai sehinggalah kedua-dua mereka bergaduh dan berbunuh kerana menganggap seorang lebih cantik dari seorang lagi. Oleh itu, timbullah legenda Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang.
Kembali kepada tujuh bersaudara itu pula, mereka telah meneruskan pelayaran mereka sehinggalah mereka sampai di Pulau Pinang menaiki burung bayan. Setelah mendarat mereka mencari tempat tinggal. Semasa di Pulau Pinang burung bayan yang ditunggang telah terlepas maka dari situlah Bayan Lepas di Pulau Pinang mendapat namanya. Difahamkan carta organisasi salasilah keturunan ini masih wujud di sana.
Versi 2
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.
Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.
Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi. Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.
Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung serta kecantikan dan kejelitaan kedua –dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.
Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.
Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera Serapi.
Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-dua puteri ke kayangan.
Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.
Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran
Versi legenda ini lebih diterima sehingga memberikan ilham kepada Tuan Haji Madeli Johari, bekas pengarah RTM Sarawak untuk mencipta lagu Puteri Santubong seperti di bawah. Buat mereka yang rajin menghayatinya, dilampirkan juga versi Bahasa Melayu Baku.

Lagu Puteri Santubong
VERSI ASAL

Puteri Santubong


Oh......
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh......
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh......
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
VERSI TERJEMAHAN

Puteri Santubong


Oh...
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, zaman dulu kala.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Cantik, tak ada yang dapat lawan,
Anak Dewa-dewa turun kayangan.

Oh...
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh...
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari mereka dua bergaduh,
Mengata-ngata tak henti-henti,
Seorang cakap dirinya bagus lagi,
Seorang tak kalah walau sampai ke mati.

Sudah jemu mereka dua bergaduh,
Lalu saling memukul mereka dua puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Mencalarkan Santubong sampai hari ini.

Tapi Santubong membalas juga,
Lalu dibaling batang belidak,
Sampai terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabur jadi Pulau Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Sekarang mereka jadi kenangan,
Untuk diingati sepanjang zaman.
Kesimpulan
Penceritaan ini adalah sekadar memperkayakan kisah legenda tanah air yang penuh dengan maksud tersirat buat renungan dan iktibar bersama.
on Leave a Comment
gambar hiasan
‘Tak sangka ALLAH balas cepat’ | KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.
Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
“Kenapa? Macam serius bersembang?” Soal saya ingin tahu.
Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.
“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,
“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”
Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.
Dermakan segumpal wang
Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.
Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.
Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.
Upah naik beca
Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.
“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”
Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.
“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.
“Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau…” ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
“Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka,” jawabnya.
Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.
“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.
Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.
Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.
on Leave a Comment

WANITA SENANG MASUK SYURGA MUDAH JUGA MELANGKAH KE NERAKA

Wanita Senang Masuk Syurga Mudah Juga Melangkah Ke Neraka

Seseorang hawa itu jika patuh kepada setiap kata-kata suaminya, tidak meninggalkan suruhan ALLAH, tidak melakukan kemaksiatan dan pandai menjaga maruah keluarga memudahkannya menjejak syurga idaman semua. Kerana itulah, dikatakan hikmahnya menjadi seorang perempuan.

Wanita adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH SWT yang indah dan berharga. Wanita jugalah sebenarnya yang akan menjadi pasangan kepada golongan lelaki yang bernama suami. Sebagaimana ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangan untuk Nabi Adam AS. Malah beruntunglah bagi seorang lelaki atau suami, jika dia mempunyai isteri yang solehah sepertimana didambakan, pastinya akan menghiasi syurga dalam rumah tangga.
Namun begitu terdapat hadis Nabi yang menyatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang menghuni neraka ALLAH disebabkan perkara-perkara yang dilakukannya. Sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”
Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Baginda SAW bersabda: “Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.
“Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”
Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.
on Leave a Comment

Jep Sepahtu dan Rahim R2 kemalangan

Jep-Sepahtu-dan-Rahim-R2-Kemalangan
Jep Sepahtu dan Rahim R2 dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya malam tadi, kemalangan yang berlaku di Putrajaya itu dikatakan berpunca daripada Rahim R2 yang telah tertido ketika memandu.. Jep Sepahtu melalui laman social instagram memberitahu bahawa kedua-dua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Kemalangan tersebut berlaku ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain sepak takraw bersama Mawi dan rakan-artis yang lain. – MyGosip
on Leave a Comment

Pegawai polis malu kerana gambarnya tersebar di internet

SEORANG anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu tidak dikenali itu turut dimuatkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat tengah malam tadi, lebih 6,000 pemilik akaun Facebook telah menanda Like sebagai tanda sokongan dan pujian terhadap polis muda itu.

China Press menggambarkan polis yang dikenali sebagai Hezran berumur 22 tahun itu merupakan seorang anggota yang pemalu dan tidak dapat membiasakan diri dengan wartawan dan lensa kamera.

Hezran tidak menyangka tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan akan dirakam, malahan tersebar di alam maya.

Polis muda yang mana ibu dan bapanya juga berkhidmat dalam pasukan polis itu ternyata terkejut apabila diberitahu rakan sekerja bahawa terdapat wartawan yang ingin bertemu dengannya.

"Gambar itu dirakamkan pada bulan April dan saya tak sangka ia akan tersebar selepas enam bulan," katanya kepada China Press.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette mendapati ramai pengguna Internet yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi pujian kepada Hezran dalam laman Facebook PDRM.

Sesetengah pengguna Facebook turut menyeru orang ramai berlaku adil kepada polis kerana terdapat ramai polis yang baik, walaupun imej mereka tercemar oleh segelintir kecil polis yang kurang amanah.
on Leave a Comment

[GEMPAR] Penemuan Ikan Duyung pada bulan Mac lepas

 
 
Sejak dua tahun yang lalu, dunia Eropah kecoh tentang kewujudan ikan duyung. Mereka beranggapan spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland. Semua ini bermula dari dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 yang bertajuk "Mermaids: The Body Found". yang menarik seramai 3.6 juta penonton dan mencatatkan jumlah penonton tertinggi di dalam sejarah Animal Planet.

Pada Mei yang lalu "Mermaids: The New Evidence" muncul. Di Eropah dan dunia Barat kecoh mengenai dokumentari tersebut. Keyakinan masyarakat pula begitu tinggi sehingga  Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa menafikan kewujudan haiwan tersebut.

Tindakan ini di sebabkan mereka menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan meminta jabatan itu mengeuarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan tersebut. Sesetengah pihak menganggap dokumentari itu sebagai penipuan.

Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.

Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.


Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.





“Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,” kata beliau kepada Mynewshub.my hari ini.

Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.

Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.

“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.

“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.

Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.

Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.

“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.

Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.

Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?

“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum. 

sumber - Mynewshub.my


on Leave a Comment

Kalaulah polis trafik cenggini yang saman....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-

"Cik, saman la saya berapa banyak pun cik suka. Sebagai seorang yang budiman, saya memang suka disaman. Jangan lupa tuliskan nombor telefon atas surat saman tu ya untuk 'rujukan" saya. Hehehe" SILA SHARE!!!
on Leave a Comment

COOL.Manohara buat tattoo lipstick di bibir.

Manohara Odelia Pinot mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar ia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan.

Manohara Buat Tatu Bibir Kerana Malas Bergincu

Menurut laporan portal Kapanlagi, Manohara membuat keputusan itu selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah.

"Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.

"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa," ujarnya.


Tambah Manohara, pada mulanya dia agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka.

Manohara sebelum ini pernah berkahwin dengan kerabat Kelantan iaitu Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Manohara Buat Tatu Bibir Kerana Malas Bergincu
on Leave a Comment

Negara kita diintip pihak luar?




KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Wisma Putra telah mendapatkan penjelasan
daripada Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Joseph Y. Yun berhubung dakwaan
mengenai kegiatan pengintipan di kedutaan negara itu di sini.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini berkata Yun menyatakan semua
kegiatan pengawasan yang dijalankan oleh AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan
keselamatan.
Ini khususnya untuk mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan
senjata pemusnah besar-besaran.
Isu itu timbul berikutan laporan akhabar mengenai dakwaan oleh pemberi
maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa AS mempunyai
90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan AS di
Kuala Lumpur.
"Duta itu menyatakan Kedutaan AS telah menerima arahan daripada
Washington D.C. untuk menyemak semula skop kerjanya dalam perkara itu," kata
Anifah dalam kenyataan.
-- LAGI
ANIFAH-INTIP 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menteri itu berkata Duta Amerika itu turut memberi jaminan bahawa privasi
individu tidak akan terjejas.
"Wisma Putra sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa relevan Malaysia
berhubung perkara ini dan sekiranya terdapat bukti sahih, kementerian akan
mengambil tindakan sewajarnya.
"Wisma Putra memberi jaminan keselamatan dan kedaulatan Malaysia adalah
menjadi keutamaan kerajaan Malaysia," kata Anifah.
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :