ng

ad

on Leave a Comment

(GAMBAR) Nak Pujuk Punya Pasal, Wanita Ini Sanggup Telanjang!



 
 
Seorang saintis wanita berbogel ketika cuba untuk menjinakkan paus beluga di Kutub Utara yang sedang membeku.

Natalia Avseenko, 36, seorang ahli marin sanggup berbogel kerana percaya bahawa paus beluga tiak suka disentuh oleh bahan buatan seperti pakaian menyelam. Penyelam dari Rusia itu nekad menyelam dengan suhu air mencapai minus 1.5 darjah Celcius.

Penjinakan paus berlaku di kawasan Wilayah Murmansk di hujung utara-barat Rusia di pantai Laut Putih dekat Lingkaran Kutub Utara

Rata-rata manusia boleh mati jika dibiarkan di sub-sifar suhu air laut selama lima minit.
Namun, Natalia adalah seorang ahli yoga dan teknik meditasi yang digunakan untuk menahan nafas dan tetap di bawah air selama 10 minit 40 saat.
on Leave a Comment

Bukan gambar edit

Photo: Reuters

Sekali imbas , pemain di dalam gambar nampak seperti budak berumur 5 tahun ataupun si kerdil yang sedang bermain bola. Walaubagaimanapun, gambar di atas disahkan asli , bukan diphotoshop atau sebagainya.

Gambar diambil semasa perlawanan persahabatan antara France menentang Belgium yang berkesudahan seri 0-0. Pemain yang kelihatan kerdil di dalam gambar adalah Mathieu Valbuena dari skuad yang terkenal dengan gelaran Les Bleus ini. Beliau berusia 28 tahun, mempunyai ketinggian 5'6 sementara 2 orang pemain Belgium di belakangnya masing-masing berketinggian 6'5 dan 6'3.


Vabuena adalah dari kelab Marseille dan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Newcastle pada musim panas nanti.


on 1 comment

KEBAIKAN MEROKOK



Siapa kata merokok tidak mendatangkan faedah? Selain daripada World Health Organisation (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya, merokok sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri yang tidak dapat diperjelaskan oleh sains. Berikut adalah 5 kebaikan merokok :


1) Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut.

Seorang perokok mungkin pokai kerana kehabisan wang membeli berkotak-kotak rokok, namun mereka masih boleh menyelamatkan wang mereka pada masa hadapan daripada menjalani pembedahan lutut. Ini kerana kajian yang telah dilakukan mendapati mereka yang merokok kurang mengalami risiko pembedahan tisu penyambung di bahagian lutut berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian ini telah dilakukan di Universiti Adelaide, Australia dan telah disiarkan di jurnal Arthritis & Rheumatism isu keluaran Julai 2011. Namun bagaimanakah kaitannya? Pembedahan penggantian tisu lutut biasanya terjadi di kalangan mereka yang obes dan juga mereka yang gemar berjogging. Walaubagaimanapun, perokok didapati jarang berjogging dan juga tidak cenderung untuk mengalami obesiti. Inilah sebabnya mengapa perokok kurang risiko menjalani pembedahan lutut. Selain itu, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, pengkaji juga gagal mengaitkan risiko kejadian tulang rapuh dengan tabiat merokok. Mereka berpendapat bahawa nikotin di dalam tembakau telah melindungi tisu di lutut daripada musnah. Kemungkinan inilah sebabnya mengapa perokok boleh terselamat daripada mengalami penyakit kerosakan tisu lutut.

2) Merokok mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

Beberapa kajian yang telah dilakukan juga mendapati mereka yang merokok kurang terdedah kepada risiko penyakit Parkinson. Ini telah didedahkan dalam jurnal neurologi isu keluaran Mac 2010. Menurut jurnal tersebut, semakin meningkat jumlah tahun dan juga jumlah rokok yang dihisap, semakin meningkat kesan perlindungan seorang  individu terhadap penyakit Parkinson. Pengkaji-pengkaji daripada Universiti Harvard adalah di antara yang pertama mendapat bukti meyakinkan bahawa perokok kurang terdedah kepada risiko Parkinson. Walaubagaimanapun, kajian lain yang telah dilakukan dan diterbitkan di dalam jurnal Neurologi isu keluaran Mac 2007 sebaliknya mendapati kesan perlindungan seorang individu terhadap Parkinson berkurangan sekiranya perokok berhenti daripada merokok. Para pengkaji ini membuat kesimpulan di dalam kajian sains khas mereka bahawa mereka tidak mempunyai jawapan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

3) Merokok juga mengurangkan risiko mengalami obesiti

Nikotin di dalam rokok bertindak sebagai 'pengurang' selera makan. Perkara ini telah diketahui berabad lamanya iaitu semenjak zaman Christopher Colombus lagi. Pada tahun 1920, pembuat rokok mensasarkan rokok kepada golongan wanita yang menganggap merokok dapat melangsingkan badan mereka. Suatu kajian yang diterbitkan di dalam sebuah jurnal bertajuk Psikologi dan Tingkahlaku isu keluaran Julai 2011 mendapati faktor utama mengapa seorang perokok sukar berhenti merokok adalah kerana faktor berat badan yang mungkin naik sekiranya mereka berhenti merokok, selain daripada faktor ketagihan. Kaitan di antara kenaikan berat badan dan berhenti merokok sangat sukar diperjelaskan. Tabiat merokok akan menyebabkan perubahan tingkahlaku di mana perokok akan kurang makan. Sebagai 'pengurang' selera makan, merokok juga akan menyebabkan makanan yang dimakan kurang sedap seterusnya mengurangkan selera makan. Seorang pengkaji dari Yale melakukan kajian terhadap tikus yang diberi nikotin dan tindakbalas 'hipotalamus' otak tikus menjadikan tikus tersebut kurang selera makan dan kajian ini diterbitkan pada isu keluaran Jun 10, 2011 dalam jurnal Sains. Tiada seorang doktor pun yang akan menyarankan rokok sebagai pengawal berat badan, selain daripada faktor rokok itu sendiri yang mengandungi berbagai bahan kimia beracun. Kajian yang dilakukan di Yale ini bagaimanapun telah membuka mata kepada mereka yang menghidap obesiti dan cuba menggunakan ubatan berbahaya sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan dengan menggantikan ubatan berbahaya tersebut kepada rokok.

4) Merokok mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

Berbanding mereka yang tidak merokok, kadar kematian seorang perokok akibat serangan jantung adalah kurang berbanding mereka yang tidak merokok. Perokok juga didapati lebih harapan untuk sembuh apabila menjalani rawatan jantung seperti 'fibrinolytic'(penggunaan ubatan tertentu) dan juga 'angioplasty' iaitu kaedah rawatan menggunakan 'belon' dan  'tiub' di dalam arteri berbanding mereka yang menghidap penyakit jantung tetapi tidak merokok. Terdapat sebab yang menarik mengapa perkara ini berlaku. Perokok cenderung mengalami luka di dalam arteri yang menyebabkan pengumpulan 'plak' dan lemak di dalam arteri mereka. Oleh itu teori mengapa perokok lebih mempunyai harapan berbanding mereka yang tidak merokok selepas beberapa kaedah rawatan dilakukan adalah kerana mereka mengalami serangan jantung pada usia muda iaitu lebih kurang 10 tahun lebih muda daripada mereka yang tidak merokok.(plak dan lemak yang terkumpul tidak pada tahap yang serius pada usia yang muda). Suatu kajian yang diterbitkan pada isu keluaran Ogos 2005 jurnal bertajuk 'American Heart' walaubagaimanapun menyangkal dakwaan ini dengan menyatakan bahawa faktor umur sahaja tidak memadai bagi menerangkan perbezaan kelebihan antara mereka yang merokok dan tidak, dan juga paradoks yang mengatakan bahawa merokok membawa kebaikan dan sebagainya. Tiada teori selanjutnya bagi menyangkal dakwaan ini dikeluarkan selepas itu.


5) Merokok membantu ubat 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik.

'Clopidogrel' ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang darah menjadi pekat dan bermanfaat kepada mereka yang menghidap penyakit koronari arteri dan penyakit saluran darah lain kerana ia dapat mengurangkan risiko terkena 'strok' dan serangan jantung. Merokok didapati membantu 'clopidogrel' berfungsi dengan lebih baik. Suatu kajian dilakukan oleh pengkaji dari Korea dalam isu keluaran Oktober 2010 dalam jurnal bertajuk 'Kajian Trombosis' sebagai lanjutan daripada hasil kajian dilakukan oleh pengkaji dari Harvard yang diterbitkan pada 2009 adalah bagi menunjukkan kebaikan merokok 10 batang rokok sehari. Dalam kajian tersebut didapati terdapat sesuatu di dalam rokok yang akan mengaktifkan sejenis protein dipanggil 'sitokrom' yang akan mengubah 'clopidogrel' ke tahap yang lebih aktif. Sekali lagi, tiada seorang pun doktor bertauliah yang akan menggalakkan pesakitnya menghisap rokok bagi menjadikan 'clopidogrel' lebih baik. Tetapi kelebihan merokok ini dan juga 4 kelebihan lain yang telah disebutkan tadi menunjukkan kepada kita bahawa tembakau dan nikotin (tidak termasuk tumbuhan beracun yang lain) mempunyai beberapa kebaikan dan ianya amat berguna sebagai nilai tambah di dalam rawatan penyakit tertentu pada masa hadapan.

P.S : Seperti yang telah dihuraikan, terdapat hanya 5 kebaikan merokok berbanding keburukannya yang mungkin berkali-kali ganda. Inilah sebabnya mengapa hukum merokok adalah haram dan ini dipersetujui sebahagian besar para ulama'. Pilihlah untuk tidak merokok. 
on Leave a Comment

DATUK MALEK NOOR NASIHAT 'BUJANG-BUJANG TERLAJAK' TIDAK PUTUS ASA

"Mesej saya kepada para bujang terlajak ingatlah, ini sunnah Nabi Muhammad SAW. Kita naikkan martabat kita sebagai lelaki dan kita naikkan martabat seorang wanita menjadi isteri.
DATUK MALEK NOOR NASIHAT 'BUJANG-BUJANG TERLAJAK' TIDAK PUTUS ASA




Cinta untuk dijaga - Malek Noor


DATUK Malek Noor yang berkahwin buat pertama kali pada usia 57 tahun menasihatkan 'bujang-bujang terlajak' agar tidak putus asa dan berusaha menyempurnakan fitrah diri sebagai manusia.


Beliau berkata, perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW dan martabat seorang lelaki menjadi tinggi apabila mengahwini seorang wanita solehah.


"Mesej saya kepada para bujang terlajak ingatlah, ini sunnah Nabi Muhammad SAW. Kita naikkan martabat kita sebagai lelaki dan kita naikkan martabat seorang wanita menjadi isteri.


"Nabi pun tak mengaku umat jika kita tidak kahwin. Sebab itu saya minta kepada bakal bapa-bapa tua tu, kahwinlah," katanya dalam satu pertemuan dengan Mega di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


Malek yang berkahwin dengan Datin Dr. Wan Asma Wan Ismail pada 12 Mac tahun lalu berkata, walaupun beliau memperisterikan seorang ibu tunggal yang memiliki tujuh anak, beliau tidak merasakan dirinya telah berkahwin dengan seorang 'janda'.


Tarikh tersebut dipilih sendiri oleh Malek kerana pada tarikh sama beliau berdoa di hadapan Kaabah setahun sebelumnya (12 Mac 2011) memohon untuk mendapat seorang isteri solehah.


"Kalau niat kita itu betul kerana Allah, nescaya Dia melindungi semua baik buruk perkahwinan.


"Saya tidak rasa saya kahwin dengan janda. Orang di sekeliling pun tidak menyindir saya, malah mereka gembira dan mengucapkan tahniah.


"Mungkin jika saya pernah kahwin dengan orang lain ketika muda Allah akan uji dengan perbalahan dan perceraian. Tetapi Allah takdirkan saya kahwin pada usia ini dan mendapat isteri yang baik," katanya.


Ketika ditebak persoalan zuriat dan kemungkinan beliau berpoligami, Malek dengan tegas berkata, beliau percaya Allah memberi anugerah cinta untuk dijaga dan bukan menyakiti hati perempuan untuk diduakan.


Katanya, beliau sudah ada seorang anak angkat dan tujuh anak tiri serta enam cucu tiri yang memanggilnya 'papa' untuk berkongsi kasih sayang dan perhatian.


"Saya minta maaf. Bagi saya lelaki zaman ini yang mahu berpoligami sebenarnya lebih bermotifkan kebendaan dan hawa nafsu.


"Poligami itu sunnah Rasulullah SAW. Tetapi lihatlah wanita bagaimana yang baginda kahwini dan apa tujuan di sebalik pernikahan baginda.


"Lagipun bagi saya, saya sudah mengikut sunnah baginda dengan berkahwin dan Insya-Allah saya akan jaga satu-satunya isteri saya, buat segala yang Allah perintah dan tinggal larangan-Nya. Soal kepuasan dunia bukan lagi keutamaan saya," katanya.


Tambahnya lagi, beliau akan tetap mengingati janjinya dengan arwah bapa mentua, Wan Ismail Wan Ahmad yang baru sahaja meninggal dunia pada tarikh 5 Ramadan baru-baru ini pada usia 88 tahun.


"Sebelum majlis akad nikah, arwah menggenggam tangan saya dan berpesan menjaga anak perempuannya itu baik-baik. Saya ingat lagi arwah menyebut 'mu jaga anak aku molek'," katanya.
on Leave a Comment

TERKINI! Lagi Lelaki Ditembak Mati Di Georgetown

TERKINI! Lagi Lelaki Ditembak Mati Di Georgetown GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.
Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis
Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.
Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.
Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.
Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.
Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.
Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. – mStar
on Leave a Comment

Tubuh Syuhada Tidak Lut Senjata Tajam, Kebal Dari Tikaman Syaitan Basyar

Satu keajaiban bilamana syaitan-syaitan Basyar cuba menikam dan merobek tubuh syuhada tetapi usaha mereka tidak berhasil. Tubuh syuhada seolah-olah kebal dari tikaman dan tidak lut oleh senjata tajam. ALLAH MAHA BERKUASA
video

on Leave a Comment

Kanak-Kanak 5 Tahun Yang Gemar Bergaya Seperti Lelaki Dewasa (Gambar)

Biasanya, kanak-kanak berusia 5 tahun akan senang mengenakan apa saja baju dan seluar yang disediakan oleh penjaganya. Sama juga halnya dengan Alonso Mateo, namun berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya, dia lebih memilih pakaian berjenama dengan gaya fashion yang trendy.


Gaya pakaiannya boleh dikatakan menyaingi anak-anak dalam keluarga Hollywood ternama seperti anak-anak Jolie-Pitt dan Beckham.

Ibunya, Luisa Fernanda Espinosa adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Alonso seorang yang trendy dengan pakaian-pakaian berjenama seperti Tom Ford, Gucci, Dior, Stella McCartney, Little Marc Jacobs dan Dolce & Gabbana.

Gambar-gambar dirinya berposing dengan gaya bak lelaki dewasa, dipamerkan di dalam akaun Instagramnya yang telah diikuti lebih dari 26 ribu followers.











on Leave a Comment

NASA temui Terompet Sangkakala Malaikat Israfil

Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu kapan dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)

Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:
Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)

Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan bagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (studi tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Proyek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta. Sebab prediksi yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau prediksi lain menyebutkan bentuknya datar.

Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mencengangkan, karena hasil penelitian tersebut menemukan bahwa alam semesta ini berbentuk seperti terompet.

Pada bagian ujung belakang wilayah ‘terompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak bisa diamati (unobservable), sedang bagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem tata surya berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).

“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68)

“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)

“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)

Banyak ulama tafsir mengatakan bahwa tiupan terompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diartikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menguraikan bahwa tiupan terompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.

Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?

Tim WMAP mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang bisa menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Proyek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara mendetail, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 derajat. Ini menyimpulkan bahwa ketika mengembang, alam semesta terulur panjang. Sempit di awal dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk terompet abad pertengahan. Hal ini tentu mematahkan prediksi selama ini yang menyatakan bahwa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.

Tim WMAP yakin bahwa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk terompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh ujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)

“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)

Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya

Editor: Farid Zakaria
Credit Info & Picture © NASA / WMAP Science Team (http://map.gsfc.nasa.gov/media/060915/index.html)
on Leave a Comment

Air Coca Cola Setelah Dipanaskan!

coke
Minuman Coca cola menjadi kegemaran ramai, namun awas…
Pernahkah anda memanaskan setin air coca-cola? Tetapi sebelum dipanaskan, air minuman bergas kegemaran ramai ini kelihatan sungguh enak sebagai penghilang dahaga.  Mari lihat apa yang berlaku pada air coca-cola setelah dipanaskan.
Selepas air Coca-Cola dipanaskan selama  kira-kira setengah jam, hasil yang diperolehi tidak lah semenarik seperti keadaannya pada mula-mula tadi.
masak_coke
Coca-cola mula dipanaskan…
Coca-cola yang dipanaskan  akan meninggalkan sejenis lendir kasar berwarna hitam yang pada dasarnya adalah bahan kimia dan bahan perasa yang digunakan dalam proses membuat air Coca-Cola.
masak_coke2
Lendir mula terbentuk setelah coca-cola dipanaskan
Jika di negara China, bahan berlendir ini akan disejukkan dan digunakan sebagai ubat-ubatan. Sirap fruktosa dan bahan-bahan lain pada air Coca-Cola ini bersama dengan halia dan buah lemon boleh digunakan untuk mengurangkan penyakit yang berbeza.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa minuman bergas seperti Coca-Cola ini sangat tidak elok diminum.  Sebaliknya, apabila minuman ini dipanaskan sehingga mendidih, ia boleh membawa kesan yang baik pula.
hakis
Air Coca cola juga berupaya menghakis karat
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai alat perkakas dapur yang kotor dan sukar dibersihkan, dengan menggunakan air Coca-Cola yang dipanaskan, ia boleh membersih dengan mudah dan hasilnya ia akan nampak seperti baru dibeli.  Begitu juga dengan barangan yang mempunyai kesan karat atau kotoran seperti wang syiling dan barang-barang tembaga.  Mudah saja, rendam seketika dalam air Coca-cola dan gosok.  Pasti berkilat kembali!,
Selain itu, dengan memasukkan halia ke dalam air Coca-Cola yang dipanaskan pada suhu sederhana dan minumnya ketika panas, ia mampu menghilangkan simptom selsema anda.
Jika diambil secara sekali-sekali sekala boleh dimaafkan lagi.  Tetapi buat yang ketagihkan minuman bergas ini…fikir-fikirlah akan kesannya pada usus perut anda.
on Leave a Comment

INSIDEN PEMBUNUH UPAHAN KINI MELIBATKAN GOLONGAN BERPROFIL TINGGI

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kejadiaan pembunuhan menggunakan
senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan
berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.

Hari ini sahaja, dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di
Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam
kejadian hari ini ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang
lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika
ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung
Simee di sini pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata
kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap
tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan
dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang
ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

-- LAGI

 TEMBAK-UPAHAN 2 KUALA LUMPUR

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak
yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain
Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di
parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong
Ceylon, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga
Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan
Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk
Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di
Putrajaya pada 26 April.

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha
membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes
pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.

-- LAGI

TEMBAK-PEMBUNUHAN 3 KUALA LUMPUR

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya
telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke
negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam
tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk
dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian
kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan
tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah,
ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan
melibatkan orang awam lain, antaranya:

-- LAGI

TEMBAK-PEMBUNUHAN 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

* 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di
persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

* 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan
Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang
tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.

* 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan
dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor
Baharu, Johor.

* 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak
ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang,
dipercayai berkaitan perniagaan.

* 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam
kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat
Taman Kucai di Lunas.

* 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika
sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan
cedera dilaporkan media.
-- BERNAMA

Powered by Blogger.

Total Pageviews

Booking ticket online

mas airline ticket book

About us

Anda mungkin meminati :